Memaparkan catatan dengan label beg. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label beg. Papar semua catatan

Ahad, 15 Mei 2011

Projek Weekend...

Okey.. susah betul nak cari beg yg memenuhi spesifikasi aka memenuhi kehendak aku.. hehe.. (alasan). So dah beberapa lama aku teringin nak buat beg utk keperluan mengisi barang eryna. Beg yg aku inginkan adalah simple beg yg boleh muat satu botol susu, satu @ dua keping diapers, purse/iphone purse aku dan sehelai dua sapu tangan/baju eryna..

Hari ni aku bertugas di desasiswa.. so xleh nak gi mana2 sebab menunggu kehadiran penghuni sementara desasiswa utk ambil kunci.. so terpaksa dok umah aje.. masa itulah yg aku guna utk menjahit beg kat bawah ni... hihi.. dah dirasmikan pun gi pasar malam tadi... :)


PROJEK WEEKEND
Disebabkan xde 'batting' yg sesuai, so aku guna span biasa jer utk batting beg kecil ni... ok gak!

PROJEK WEEKEND
itu dia interior dlm beg ni.. aku guna valcro jer utk jadi pelekat beg.. senang & simple..

Actually projek weekend aku ni sebenarnya aku mulakan dgn 'tempahan' dari @aliffzachary utk buat beg simple sempena hari guru esok. Nak bagi kat cikgu Rafidah katanya. So, aku pun jahitkan beg kecil itu dan kemdiannya diisi kat hari guru seperti di bawah. Esok nak bg cikgu rafidah..

projek weekend

Itu lah projek weekend aku... hajat hati nak gunting baju kurung Pahang utk diri sendiri.. ada 3 pasang kain lom berusik... + nak jahit baju kurung pertama eryna buatanku sendiri.. hihi.. tp baju kurung pertama eryna dah siap.. kakak aku dah tempah di Kelantan utk hari raya... :P

~mel


Ahad, 13 Mac 2011

Beg..




Semalam pagi2 hubby dah mengemas atas almari tempat kami menyimpan beg. Ada satu beg warna oren kepunyaanku yg aku gunakan dulu2 utk berulang alik dari Msia-NZ. Beg tu sangat kuat.. dan last aku guna time pergi ke NZ pada penghujung 2008 and before that aku ke Spain. So beg tu mmg banyak berjasa.. Bila hubby angkat jer beg oren tu.. 'pup'' tangkainya tercabut.. so hubby cakap.. hmm.. camne nak bawak ke Melbourne ni.. reput dah semuanya... So, berakhirlah riwayat beg oren ke dlm tong sampah besar di Saujana ni.

So, kami pun siap2.. fikir2 pergi QBMall lah.. beli beg yg ada brand sikit.. bukan jenama "POLO' Giant coz ada beberapa trip tahun ni.. so biarlah beli yg tahan lasak. Sampai di Jusco QBMall ada sales.. alhamdulillah.. so dapatlah kami sebijik beg warna biru... jenama POLO yg asli, bukan tiruan.. haha... kenapa pilih warna biru? sbb mudah dikenalpasti bila beg tu lalu atas belt kat airport nnt.. mmg aku selalu cam tu... cari beg biar warna yg bukan hitam.. supaya aku tak pening cari kat airport.. huhu.. Beg yg ni mmg pilihan hubbyku.. dia tgk terus terpikat.. sampai kat rumah pun asyik dok cakap, bestnyer beg tu.. :P

Beg yg berharga RM549... huhu.. tak termampu den nak beli... after 70% diskaun dpt RM164.. keh3.. mujur..

Eh..muatla eryna masuk dlm beg ni.. boleh la seludup nanti.. eryna tak ikut utk trip ni coz aku kena present dlm konference + attend aktiviti konference.. tp insyaallah bulan 7 nnt kami ada trip lagi utk bercuti.. dan eryna akan ikut...


Apa?? Eryna tak boleh ikut??? Waaaa....

Nak ikut..nak ikut... :P

~mel