Memaparkan catatan dengan label conference. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label conference. Papar semua catatan

Selasa, 11 Jun 2013

Trip to Romania.. Part 1

Perjalanan dari KL menghala ke Abu Dhabi.. kemudian ke Rome dan akhirnya Bucharest bermula pada 3 Jun 2013 pada pukul 10 malam. Aku ada conference di Bacau Romania bersama-sama dengan encik hubby. Perbelanjaan ke Romania ni USM tak tanggung yer.. huhu.. guna duit sendiri 100%. Aku highlightkan perbelanjaan sendiri sebab dulu ada org tuduh aku perabih duit rakyat... haha.. sgt sensitif bila kita guna duit sendiri hasil titik peluh kerja 24/7 dan org cakap cenggitu.. huhu.. Anyway.. aku  blogkan perjalanan kami suami isteri ke negara Romania yang pada keseluruhannya negara kuat Kristian.. sangat mencabar tetapi banyak ilmu baru yg kami dapat.. 

 Ready for adventure di KLIA... huhu.. konon2 la tu... 

 
Dah ready nak naik flight... ke Rome kami naik Etihad Airways.. best juga..

 
Diri sendiri di Abu Dhabi... hajat hati nak gi Abu Dhabi jalan2 bila2 nanti.. :P

 
Incik suami di Abu Dhabi...  

 
Di airport Rome, Italy

 
Incik suami di airport Rome.. ingat nak cari jersey AC Milan tp sygnya airport dia sgt kecik.. huhu.. nak shopping pun tak berapa best :P


Akhirnya kami sampai di Hendri Coanda Airport, Otopeni, Bucharest.. penat mmg penat tp seronok jugak!


 Rumah makcik Romania yg kami tumpang.. makcik ni rakan sepermainan game online dgn hubby beberapa lama dahulu... baik orgnya, dptlah kami duduk percuma di Bucharest selama 2 malam.. :-)

 
 Matawang Romania adalah dalam bentuk RON/lei.. Kadar tukaran lebih kurang sama atau sedikit rendah dari matawang malaysia.. kira 50lei lebih kurang RM50 juga laa..

 
Buah anggur yang sedang berputik depan rumah makcik... geram menengoknya...

Bandaraya Bucharest.. first time tgk mmg sgt impress.. bangunan semua antik2 belaka..

 
 Bucharest City.. tak puas mata memandang... sgt cantik

 Salah satu icon/landmark di Bucharest

 Makcik kenalan hubby yg mahu dirinya tidak dikenali dalam gambar.. katanya dia dah tua.. tak cantik.. hehe.. masa ni snap time dia nak belikan kami roti di kedai tu... sedap rotinya.. incik hubby kena paksa makan roti sebesar2 gajah.. memang tension dibuatnya.. tp biasala.. org tua..

 Di sebuah tram station yg sgt cantik..

 Makciklah tukang ambik gambar yer... 


 Cantikkan bangunan belakang tu!!

 Me at Bucharest City...
 Incik hubby menghayati Bucharest City...

 Sepasang kekasih berbulan madu kali ke nampuluh di bandaraya Bucharest... nak jadi cerita bangunan belakang tu sgt unik sebab di luarnya adalah bangunan lama.. di dalamnya bangunan baru kaca.. org2 kat sini mmg jaga bangunan lama.. so diorg tak musnahkan... baguskan! walaupun adalah sedikit pelik.. huhu


 Sila translate.. aku tak faham.. haha..

 Pizza vegetable utk mengalas perut yang kelaparan di tghari..

 Drakula... icon famous di Romania... tapi org Romania tidaklah berbangga dgn drakula ni.. masing2 macam tak berminat nak cerita bila ditanya pasal drakula... boleh?

 Oleh sebab ramai yg kirim.. aku borong FM je la... tp sebenarnya agak mahal.. satu dalam RM10.. so bila dah ramai yg kirim beratus duit habis utk beli FM aje.. huhu..

 Susah betul nak cari souvenir kat Bucharest ni... puas pusing.. nak cari tshirt pun susah.. harga pun agak mahal.. dalam 30 lei sehelai.. 

 Pokok ceri sedang berbuah di tgh bandar... geram betul nak amik makan.. huhu..

 City centre lagi...

 Siap pergi pasar untuk beli buah cherry.. aku memang dah aim dari malaysia nak beli buah cherry sebab aku tgk dlm wikipedia yg Romania adalah pengeluar cherry ketiga terbesar di dunia.. so bila sampai sana memang aku mencari cherry.. alhamdulillah dapatlah makan cherry yg sedap itu... harganya mmg tak mahal.. kalau kat msia seciput dah berpuluh2 RM..

 Tak taulah bangunan apa... amik jer gambar asal cantik..

 Aku dan hubby di depan University of Bucharest.. bestnya nampak universiti tu.. tgh bandar dan bangunannya sangat menawan kalbu..

 One of the museum in Bucharest... aku tak ingat nama... sori ler..huhu

 Tak jemu mengadap Bunga rose ni..

 Musim spring baru nak abis... so masih banyak bunga yang cantik2 terutamanya bunga rose..

 Lepak sekejab di sebuah park di bandaraya Bucharest.. entah nape incik hubby tetiba tak sedap perut.. huhu... mungkin perut jet lag..

 Teksi Romania.. since kami nak ke sana, pihak penganjur conference dah bagi amaran awal.. jangan naik teksi sebab org teksi di sana jahat2 belaka.. akan charge mahal dan sebagainya.. kami dinasihatkan naik bas atau train utk ke mana2.. which is quite convenient..

 Fresh milk murah di sana... kami mmglah suka minum fresh milk.. peluang tidak disia2kan..

 Alahai.. sorrylah suamiku.. jariku mengganggu semasa pengambaran di tengah kotaraya Bucharest..

 Di tengah2 kotaraya Bucharest

 Di depan Peasant Museum...

Di depan kedai bunga yg cantik... bunga2 mmg cantik2 belaka.. terpegun tgk..


 kami dah nak berangkat ke Bacau untuk conference setelah lepak di Bucharest.. time ni tgh tunggu keretapi...

 
Dalam keretapi nak ke Bacau...


 Dalam keretapi nak ke Bacau.. till part 2.. Our trip in Romania..


Ok itu sahaja untuk part 1... insyaallah.. part 2 lebih detail... 

~mel







Selasa, 4 Jun 2013

Live Blogging from Rome, Italy


Hari semalam 3/6 kami memulakan perjalanan ke Bucharest Romania utk menghadiri konference di sana. Kali ni kami cari flight murah2 so terpaksalah transit sampai 2 airport spjg perjalanan. Aku dan incik hubby sekarang ni tgh transit dlm 5 jam di Airport Leornado da Vinci, Rome, Italy... Malam tadi kami transit di Abu Dhabi.. Kejab jer dalam 2 jam.. setakat ni oklah perjalanan ni.. Just bila sampai sini rasa pekerja airport kat sini tak mesra alam sgt.. Huhu.. Lagi satu kat airport ni je tak de wifi free.. So terpaksalah guna wifi bayar sebab dah boring sgt.. Haha.. Hidup tanpa internet mmg bosan.. :P

Kali ni kami naik flight Alitalia yang sekutu-sekutunya adalah Etihad Airways dan Tarom. Etihad Airways agak best juga.. Tapi Alitalia tu okla flightnyer tapi flight attendane semua lelaki tua2 dan tak mesra alam.. Nak tanya apa2 pun takut jadinya.. Huhu...Tarom tak tau lagi sebab lom naik..harap2 okla.. Makanan di Etihad semuanya halal.. Tp Alitalia dia hidangkan bfast ada sosej..so kami tak makan ler.. Ntah sosej ape ntah.. So makan roti je la.. Huhu...



Lihatlah suamiku minum air mineral yg berharga Euro 2.10.. Kat airport ni sempat la kami shopping sikit2..  Just beli 2-3 fridge magnet dan calender.. Cari yg unik2 aje.. Aku ni walaupun mengumpul fridge magnet tapi sebenarnya aku jarang kirim kat orang.. Sebabnya aku hanya kumpul fridge magnet tempat2 yang aku pergi sahaja.. That's why bila org tanya ehh.. Tak penuh pun fridge.. Haha.. Memangla sebab aku takde la berjalan sgt.. Setahun sekali dua jer ke oversea.. 

Anyway.. Plan perjalanan kami kali ni.. Hari ni sampai di Bucharest.. Dua malam di Bucharest then hari Khamis kami akan ke Bacau pula utk konference yg akan kami attend. Aku akan present paper kat sana. Hari Ahad kami akan pulang ke tanah air tercinta.. Insyaallah..

Oklah chow dulu.. Semoga perjalanan kami dipermudahkan.. Insyaallah...

~mel


Isnin, 13 Jun 2011

I Seksi..

I have been extremely busy for the last couple of weeks... Mainly because of ICECSE 2011 .Link
ICECSE 2011 ni kami panggil dengan I seksi.. hihi.. jadi glamer konference ni disebabkan sebutan I Seksi tersebut. Tugas aku dari awal mmg sibuk coz aku yg setup webpage utk konference ni. Updating mmg non-stop! Yang paling menyusahkan adalah disebabkan utk upacara pembukaan tetamu yg dijemput utk merasmikan adalah Rosmah Mansur (sori ler aku tak berapa nak bahagia dgn kemunculan dia, so no salutation whatsoever yg aku nak letak kat depan nama dia.. huhu).

Preparation utk menyambut hamba allah RM ni sgt memenatkan. Protokol2 yg tak sepatunya perlu dilakukan, aku rasa cam habis duit ke situ jer laa... ish ish ishh...Rehersal ntah berapa kali. On the first rehersal aku terpaksa jadi MC bidan terjun sebab kebetulan MC asal iaitu Tn Hj Rahman kematian kakaknya. So aku tolong utk sesi pertama. Mmg sgt memenatkan coz rehersal non-stop dari pg sampai lunch. Mujurlah utk sesi2 yg seterusnya Tn Hj Rahman cakap dia dah ok dah boleh teruskan tugas sebagai MC. Kalau x.. mmg matilah aku...huhu..

Sebelum hari kejadian (opening ceremony on the 12 June).. ada workshop di sebelah ptg. Pada pagi Jumaat 11 Jun tu mcm2 kena buat, settlekan banyak perkara. Time workshop pulak, aku kena makesure semua laptop & projector ddah dibubuh kat bilik2 workshop... ish.. ada pulak technician yg tak wat keje... so, termengah2 aku tukar venue bilik yg xde laptop ke tempat yg ada mende2 tu.. workshop pkl 3.15ptg, technician dtg pukl 3.15 ckp they all diberitahu session start pkl 3.30... adeh2.. poning aku. Dah ler ptg tu sekali lagi di bidan terjunkan utk jadi pengerusi di one of the workshop....

Pada hari kejadian aku mmg plan nak gi lambat coz dapat tahu pkl 10.30 baru rosmah akan tiba.. patutnya dia dtg pkl 9.00.. Tapi ntah camne tetiba ada call dari Dewan Budaya cakap laptop utk Keynote speaker tak setup lg.. org yg dok nunnnn kat atas dewan pun xmuncul... ehhh.. aku pening.. rasanya aku tak jaga dewan budaya.. so terpaksalah aku call sana sini utk panggil technician yg sepatutnya bertugas di situ.. aduhai.. sambil bersiap2 rasa tension gakla...


Opening ceremony okla.. (malas nak citer pasal rosmah dok promote permata jer.. ).. Then disebabkan kelambatan rosmah, parallel session utk persidangan terpaksa tunda... Ya Allah.. kecoh jadinya.. patutnya konference yg diutamakan.. ini sebab rosmah.. abis semua jadi kucar-kacir.. i was soo disapointed. Mcm2 lagi yg aku tak puashati.. but what to do.. telan aje la dlm hati.. haha... nak citer pun tak guna..

Ahad which was yesterday, aku kena present paper & jadi pengerusi utk the session. Punyalah sibuk, aku mmg tak sempat buat powerpoint utk the presentation hari2 sebelumnya, so lepas subuh baru aku dapat buat powerpoint tu.. Aku dah decide malas nak bawak laptop.. so aku save powerpoint aku dlm pendrive.. Dlm hati ada rasa tak sedap.. so aku upload kat email and send kat diri sendiri..

Masuk2 dalam bilik utk present.. bila aku sumbat pendrive dlm komputer.. ya allah.. kluar kat skrin "pendrive corrupted".. terkejut aku.. then aku try pulak kat komputer the other presenter.. sama jugak.. adoilla.. patutnya aku present no 1, then ada 2 lg presentation, aku mintak that guy present dulu, dan aku nombor 2.. masa mamat tu start present aku terus call hubby, minta dia copy dari laptop kat umah & hantar harddisk kat aku... after dia buat2.. dia nak start kereta.. ya allah.. kereta pulak xleh start.. aku really kelam kabut. Hubby cakap, dloadla dari email.. alamak... kat bilik session tu xde internet... aku berlari ke bilik technician, pinjam pendrive derang, dload dari email aku... alhamdulillah... berjaya...

So dapatlah aku present..walaupun dgn penuh tragis.. haha... mmg pengalaman horror betullah...

lepas present, balik rumah.. amik hubby.. terus gi kenduri kawen... haha.. xmo fikir pasal konference dah.. even majlis penutupan pun aku xgi.. malas...



~mel
agaknya inilah akibatnyer bila jemput org yg tak sepatutnya..




Sabtu, 2 April 2011

Good Bye Melbourne..

Kami kat Melbourne International Airport.. tgh tunggu flight Air Asia di Gate 6 utk pulang ke Kuala Lumpur.. Melbourne ni sgt best utk jalan2 but a bit expensive la.. terutamanya sbb currency Australia sgt tinggi dan makin menaik.. Anyway.. we really enjoy being here..

Bye bye melbourne.. kalau ada kesempatan dtg lagi.. insyaallah... Tak sabar2 nak balik ke KL.. yiehaaaa...

~mel & faizal @melbourne