Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Selasa, 11 Jun 2013

Trip to Romania.. Part 1

Perjalanan dari KL menghala ke Abu Dhabi.. kemudian ke Rome dan akhirnya Bucharest bermula pada 3 Jun 2013 pada pukul 10 malam. Aku ada conference di Bacau Romania bersama-sama dengan encik hubby. Perbelanjaan ke Romania ni USM tak tanggung yer.. huhu.. guna duit sendiri 100%. Aku highlightkan perbelanjaan sendiri sebab dulu ada org tuduh aku perabih duit rakyat... haha.. sgt sensitif bila kita guna duit sendiri hasil titik peluh kerja 24/7 dan org cakap cenggitu.. huhu.. Anyway.. aku  blogkan perjalanan kami suami isteri ke negara Romania yang pada keseluruhannya negara kuat Kristian.. sangat mencabar tetapi banyak ilmu baru yg kami dapat.. 

 Ready for adventure di KLIA... huhu.. konon2 la tu... 

 
Dah ready nak naik flight... ke Rome kami naik Etihad Airways.. best juga..

 
Diri sendiri di Abu Dhabi... hajat hati nak gi Abu Dhabi jalan2 bila2 nanti.. :P

 
Incik suami di Abu Dhabi...  

 
Di airport Rome, Italy

 
Incik suami di airport Rome.. ingat nak cari jersey AC Milan tp sygnya airport dia sgt kecik.. huhu.. nak shopping pun tak berapa best :P


Akhirnya kami sampai di Hendri Coanda Airport, Otopeni, Bucharest.. penat mmg penat tp seronok jugak!


 Rumah makcik Romania yg kami tumpang.. makcik ni rakan sepermainan game online dgn hubby beberapa lama dahulu... baik orgnya, dptlah kami duduk percuma di Bucharest selama 2 malam.. :-)

 
 Matawang Romania adalah dalam bentuk RON/lei.. Kadar tukaran lebih kurang sama atau sedikit rendah dari matawang malaysia.. kira 50lei lebih kurang RM50 juga laa..

 
Buah anggur yang sedang berputik depan rumah makcik... geram menengoknya...

Bandaraya Bucharest.. first time tgk mmg sgt impress.. bangunan semua antik2 belaka..

 
 Bucharest City.. tak puas mata memandang... sgt cantik

 Salah satu icon/landmark di Bucharest

 Makcik kenalan hubby yg mahu dirinya tidak dikenali dalam gambar.. katanya dia dah tua.. tak cantik.. hehe.. masa ni snap time dia nak belikan kami roti di kedai tu... sedap rotinya.. incik hubby kena paksa makan roti sebesar2 gajah.. memang tension dibuatnya.. tp biasala.. org tua..

 Di sebuah tram station yg sgt cantik..

 Makciklah tukang ambik gambar yer... 


 Cantikkan bangunan belakang tu!!

 Me at Bucharest City...
 Incik hubby menghayati Bucharest City...

 Sepasang kekasih berbulan madu kali ke nampuluh di bandaraya Bucharest... nak jadi cerita bangunan belakang tu sgt unik sebab di luarnya adalah bangunan lama.. di dalamnya bangunan baru kaca.. org2 kat sini mmg jaga bangunan lama.. so diorg tak musnahkan... baguskan! walaupun adalah sedikit pelik.. huhu


 Sila translate.. aku tak faham.. haha..

 Pizza vegetable utk mengalas perut yang kelaparan di tghari..

 Drakula... icon famous di Romania... tapi org Romania tidaklah berbangga dgn drakula ni.. masing2 macam tak berminat nak cerita bila ditanya pasal drakula... boleh?

 Oleh sebab ramai yg kirim.. aku borong FM je la... tp sebenarnya agak mahal.. satu dalam RM10.. so bila dah ramai yg kirim beratus duit habis utk beli FM aje.. huhu..

 Susah betul nak cari souvenir kat Bucharest ni... puas pusing.. nak cari tshirt pun susah.. harga pun agak mahal.. dalam 30 lei sehelai.. 

 Pokok ceri sedang berbuah di tgh bandar... geram betul nak amik makan.. huhu..

 City centre lagi...

 Siap pergi pasar untuk beli buah cherry.. aku memang dah aim dari malaysia nak beli buah cherry sebab aku tgk dlm wikipedia yg Romania adalah pengeluar cherry ketiga terbesar di dunia.. so bila sampai sana memang aku mencari cherry.. alhamdulillah dapatlah makan cherry yg sedap itu... harganya mmg tak mahal.. kalau kat msia seciput dah berpuluh2 RM..

 Tak taulah bangunan apa... amik jer gambar asal cantik..

 Aku dan hubby di depan University of Bucharest.. bestnya nampak universiti tu.. tgh bandar dan bangunannya sangat menawan kalbu..

 One of the museum in Bucharest... aku tak ingat nama... sori ler..huhu

 Tak jemu mengadap Bunga rose ni..

 Musim spring baru nak abis... so masih banyak bunga yang cantik2 terutamanya bunga rose..

 Lepak sekejab di sebuah park di bandaraya Bucharest.. entah nape incik hubby tetiba tak sedap perut.. huhu... mungkin perut jet lag..

 Teksi Romania.. since kami nak ke sana, pihak penganjur conference dah bagi amaran awal.. jangan naik teksi sebab org teksi di sana jahat2 belaka.. akan charge mahal dan sebagainya.. kami dinasihatkan naik bas atau train utk ke mana2.. which is quite convenient..

 Fresh milk murah di sana... kami mmglah suka minum fresh milk.. peluang tidak disia2kan..

 Alahai.. sorrylah suamiku.. jariku mengganggu semasa pengambaran di tengah kotaraya Bucharest..

 Di tengah2 kotaraya Bucharest

 Di depan Peasant Museum...

Di depan kedai bunga yg cantik... bunga2 mmg cantik2 belaka.. terpegun tgk..


 kami dah nak berangkat ke Bacau untuk conference setelah lepak di Bucharest.. time ni tgh tunggu keretapi...

 
Dalam keretapi nak ke Bacau...


 Dalam keretapi nak ke Bacau.. till part 2.. Our trip in Romania..


Ok itu sahaja untuk part 1... insyaallah.. part 2 lebih detail... 

~mel







2 ulasan:

  1. "Sila translate.. aku tak faham.. haha.." In July 4, 1976, the Red Cross society of Romania was founded in the building of Coltea Hospital,

    BalasPadam
  2. Tak sempat lagi nak update blog!

    BalasPadam