Rabu, 16 Mac 2011

Kenduri di Sik.. @nazra

Tengahari tadi aku dan hubby telah ke Sik, Kedah untuk menghadiri kenduri jemputan Umi Nazrah atau @nazra, kawan twitter kami. Bila nazra jemput last week kot.. rasa agak terkejut.. hehe.. tau2 dah nak kawen.. but aku gitau hubby, kita kena pergi ni coz masa kitorg kawen nazra sanggup turun dari utara ke KL.. so setakat ke Sik tu mestilah pergi. Tak delah jauh sgt.. Mula2 kaget jugak sebab kenduri hari rabu.. tapi sebab cuti sekolah kan.. Hubby mmg ambik cuti, tapi aku tak cuti pun.. sempat ke ofis kejab utk meeting finalised utk PPG yg nak dtg daftar Sabtu ni.. then baru gerak ke Sik. Kira hari ni ganti sebab sabtu ni aku kena kerja pagi sampai petang.. plus bagi taklimat sekali.. waaa..

Oleh sbb kami tak pernah sampai ke Sik, so mmg totally ikut alamat dlm kad jemputan.. dah sampai ke sik tu.. end of the road tetiba cam salah.. kami ada lalu satu kenduri gak.. bila hubby turun tanya somebody, org tu kata dah terlepas sikit.. kami pusing seround tapi xjumpa.. end up aku cakap kat hubby.. agaknya yg kenduri tadi tak.. ikut logik hari ni hari rabu.. takkan le ramai org wat kenduri hari rabu kan.. Sampai kat rumah kenduri tu.. suh hubby tanya.. rupa2nya salah.. hihi.. ada sorang pakcik ni volunteer nak tunjuk rumah.. dia ckp dekat jer.. so kitorg pun ikutla motor dia sampai ke rumah nazra.. begitulah org kampung... baik kan!

Inilah banner di simpang masuk rumah nazra. Berkobar2 kami berjalan masuk.. hhihi.. dah lama tak gi kenduri.. tu yg best sgt tu bila dijemput..


Hubby & sicilik eryna masa kat kenduri. Eryna cam biasa tak de masalah sgt gi mana2.. as long as mummy atau papa dukung.. she'll be a good girl. Tapi bila org hulur tgn nak amik, akan tgk muka mummy.. mcm xmo pi @ mintak izin boleh ke gi kat org tu.. hihi

Lauk pauk kenduri yg simple tapi tiga kali hubby ku bertambah. Memang sgt sedap!! First class. Yang bestnya sebab kenduri ni di kampung, masakan kampung dan kenduri gotong-royong.. aku suka sgt. KAt bandar macam dah susah nak dapat kenduri cenggini. Again.. aku nak tekankan, lauk kenduri sgt sedap walaupun simple!! Kalau org offr bungkus tadi mmg aku tak malu2 nak.. haha..

Masa kami dtg pengantin tgh dok makan, so aku dgn tak malu2 gi salam dgn pengantin dulu.. hehe..


Suasana kenduri yg best! Yang paling penting, khemah lelaki dan perempuan diasingkan.. tapi aku dan hubby dok kat khemah tgh2 makan sama2 pasal susah dgn eryna kalau nak makan asing2.. hihi (alasan).. yelah kan.. apa2 kena hubby tolong amik...:P

Ini dia penanggah.. dah jarang jumpa penanggah time kenduri ni.. so precious bagi aku kenduri2 yg macam ni.. nampak hasil gotong royong tu..

Itu dia periuk lauk pauk.. best..best..

Aku dan pengantin @nazra. Nazra ni mmg tinggi orgnya.. haha.. terasa kecik aku dibuatnya.

Peace!!

Otw balik keluar2 jer dari simpang area rumah nazra, tetiba 'pop' bunyi kuat, and tetiba cermin tingkap belah aku retak.. pop pop pop.. hubby kata ada budak baling batu, aku tak pasan.. sebab sibuk dok pegang eryna.. mujur ada tinted.. so tak de la berderai cermin tu.. jadi selamatla kereta sampai ke penang.. alhamdulillah.. sampai rumah hubby terus ke kedai utk ganti cermin yg baru.. melayang RM230.. tapi xpe.. anggaplah apa2 yg terjadi camtu semua takdir Allah dan bukan rezeki kita.. insyaallah.. Kalau nk tgk rupa cermin kereta yg pecah berjln dari Sik ke Penang boleh jenguk kat blog my hubby..

Anyway.. thanks nazra atas jemputan. really appreciate it. Selamat Pengantin baru untuk Nazra & suami.. semoga berbahagia setiap saat dan berkekalan hingga ke akhir nyawa.. Amin...

~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan