Sabtu, 5 Mac 2011

Mongoloid & Buta Huruf..

Minggu lepas adalah minggu yg tersgt sibuknya buat aku. Ada mcm2 aktiviti dan tugas yg perlu dilakukan hinggakan nak online pun tak terlarat.. Antara aktiviti yg berlaku adalah pemantauan kafeteria, hubb start kerja baru (melibatkan aku gak), design dan buat webpage, meeting.. meeting.. dan kerja2 pensyarah laa iaitu supervise student phd dan masters.

Yang aku nak cerita pasal topik Mongoloid & buta huruf ni berkaitan dgn pemantauan kafeteria Bakti Permai. Seperti biasa aku adalah ketua pemeriksa pemantauan. So aku akan jadi org yg bertanggungjawab atas segala aktiviti pemantauan. Salah satu gerai yg kami periksa kepunyaan Pak Habib.. salah serog pekerjanya adalah anaknya sendiri yg Mongoloid/Down Syndrome. Biasalah kan.. hati manusia.. bila tgk anak dia yg sebegitu bekerja di gerainya, aku mula rasa goyah.. eh.. budak ni ada pass keselamatan ke.. ada ambik cucuk typhoid ke.. dllg concern. Tapi dari segi fizikal mmg tgk elok budak tu (perempuan) pakai topi, apron, kasut bertutup dllg.

So bila pegawai kesihatan yg bersama2 aku melakukan pemantauan dok pegang kad2 kesihatan pekerja.. cepat jer aku gi tanya.. budak tu ada cucuk ke? Ada kad kesihatan ke? Bila pengawai kesihatan kata semuanya lengkap.. then aku lega. Tapi sedikit marah dgn diri sendiri sbb ada sedikit perasaan menyangka yg bukan2.. huhu.. Kemudian.. dok tgh kami check gerai pak habib tetiba pak habib tu panggil anak dia tu.... "Kakak....., Mai sini sat..!!" Dan anaknya menjawab.. "Yaa Abah!!" dgn suara yg halus dan mulus... Bergetar hati seorg ibu ini.. walaupun anak tu serba kekurangan, dpt juga membantu ayahnya di gerai makan tu.. Sebak juga rasa hati...


Buta Huruf... actually salah istilah ni.. tapi tak tau panggil ape.. Salah satu gerai yg aku pergi juga adalah gerai menjual air kepunyaan Haji Sattar. Haji Sattar ni dulunya ada 4 org isteri.. baru2 ini isteri yg sulung kembali ke rahmatullah, so tinggallah 3. semua isteri2 haji sattar ni bekerja di gerai pak sattar.. ada 2 gerai haji sattar ni, satu di hadapan masjid dan satu gerai minuman yg aku nak pantau/check hari tu. Bila aku ke gerai tu, haji sattar xde. Mmg dah lama xnampak haji sattar kat situ, so bila aku dtg aku minta isteri dia (seorg ) yg ada di gerai minuman tu utk panggil pak sattar dtg ke gerai sebab ada dokumen pengesahan yg haji sattar perlu tandatangan setelah aku selesai check gerainya.

Setelah abis check 11 gerai semuanya aku & kuncu2 aku yg memantau kafeteria bakti permai naik ke bilik mesyuarat kat atas gerai tu untuk berbincang & bagi markah. Lepas tu kami panggil semua tuan punya gerai naik utk sign. Tunggu punya tunggu haji sattar tak muncul. Aku dah tak sabar sbb dah nak lunch masa tu. Kepenatan pun yer jugak. Tiba2 munculllah isteri haji sattar (yg keberapa aku tak tau) bg mewakilkannya. So, aku pun jemput dia duduk dan terangkan hasil pemantauan dan lain2 lagi sebelum minta dia tandatangan. Dalam ruang yg perlu diisi tu ada ruangan nama, no. ic, dan tandatangan... So bila dah selesai aku pun cakap kat kakak tu... kak tolong tulis nama kat sini, sign kat sini.. dan tulis no ic kat sini..

Dia ambil pen dan sign dgn bentuk yg paling ringkas... mcm huruf l senget tapi adala lubang sikit kat tgh (aku nyesal tak amik gambar sign dia tu). Pastu dia bg kat aku dokumen tu.. aku cakap..kakak tulis nama dan no ic yer kat sini... dia tulis kat no ic 76854 kat no ic.. aku pndg muka dia.. dia ckp ni no passport! Oh.. bukan org malaysia rupanya tp cam pendek sgt pulak no passport tu.. aku terima je la.. mmg slanga yg digunakan agak berbeza.. aku agak mcm org kemboja. Kemudian aku suh dia tulis nama... bila dia tulis.. terbeliak bijik mata aku!! Dia tulis jawi!! Alamak!! Bila aku tengok betul2 tulisan jawi yg kecik + halus tu, aku pandang muka dia.. aku tnya.. nama akak Maryam ke? Dia cakap yer nama Maryam. So aku pun tulis dlm rumi dan tanya Maryam binti ape.. dia pun cakapla nama dia Maryam bt Hussin.

Actually kakak tu mmg agak takut2 masa berdepan dgn aku tu... so aku pun simpati gak.. jd aku pun jd amat lembut.. haha.. tapi selalu mmg aku beli air kat gerai tu.. mengira dia mmg pandai.. tp tak taula pulak dia xpandai tulis rumi.. Dalam hati aku berkata ada jugak zaman skrg org tak pandai tulis rumi.. pada jangkaan aku umur kakak tu dlm lewat 40an... so dia bukanlan buta huruf.. respek aku dia pandai tulis jawi.. aku ni tergagap2 nak baca jawi.. apalagi nak tulis.. buruk betul tulisan aku kalau tulis jawi...

Sebenarnya dalam hal ini juga tetiba aku rasa sebak.. salah satu sebab aku simpati dgn kakak tu sebab dia mmg nampak takut dgn aku... lagi satu sebab aku rasa sedih sebab aku sendiri kurang pengetahuan dlm jawi.. baca boleh..tulis tu mcm org buta huruf la sikit2 kena fikir lama utk nak wujudkan satu perkataan... sedih2.. nak belajar skrg ni otak ada sedikit kebekuan... so aku pun boleh dikategorikan sbg buta huruf gak kan??

huhu...moralnya.. jgn pandang org2 cam ni sebelah mata.. tak kira la mereka downsyndrom ke buta huruf ke... mungkin sebenarnya mereka lagi pandai dlm satu2 pengetahuan berbanding dgn kita yg konon2nya sempurna ni... kan?

~mel

3 ulasan:

  1. bukan dulu ajar deaf ke? macam mana boleh ter'tune' balik pemikiran tipikal masyarakat normal ni?

    BalasPadam
  2. keh3.. cikgu khas da marah.. ampun cikgu.. actually jgn salah faham.. yg pasal dak downsyndrome tu bukan xbg dia kerja atau takut dia kerja kat kafeteria tu, tp takut pak habib tu bg dia kerja tanpa ambil suntikan & pas keselamatn.. klu dia xde mende2 tu, akk terpaksalah amik tindakan pd pak habib tu & sekat budak tu dari bekerja.. sebab ada peraturan ttg tu.. tp alhamdulillah sbb dia ada semuanya.. so xdela tepaksa ambik tindakan yg akk xsuka.. huhu.. faham?

    BalasPadam
  3. Ya betul ... Kita selalu fikir yg bukan2 ...

    BalasPadam