Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Sabtu, 26 Disember 2009

malam last..

Today is our last day of Kembara di Indonesia.. Esok akan ke Singapore & ambil flight balik ke Penang. Oleh sebab duit projek di Indonesia banyak yang tidak digunakan (dlm ertikata lain banyak lebih), AJK projek bhg Indon telah mengumumkan bahawa makan mlm hari ni di sponsor dgn duit projek. Kira last dinner lah utk projek kembara K4N ni.. Biasanya makan guna duit sendiri. Tempat yg derang decide adalah restoran seafood. Aku ngikut aje..

Sampai kat tmpt seafood gerak hati aku cakap... errkk esklusif tempat ni. Aku pun tanya kat derang.. duit ada berapa.. agak2 cukup ke nak makan ni. Derang ckp.. rasanya cukup Dr... kami ada sejuta rupiahv(dlm RM250++). Aku cakap.. kalau xcukup aku xleh nak bantu sebab duit aku dah habis shopping.. yg tinggal cuma dlm 60ribu rupiah je.. Bila aku tanya en. sofwan, my colleague dia ada duit lebih tak in case tak cukup duit.. dia cakap dia ada 600 ribu rupiah lg.. So aku budjet2 cam cukupla... ada dlm RM500, xde risau sgt..

So, di meja bedudak Ajk ni order la.. sikit punya lama pilih makanan.. aku siap sound lagi.. cepatla.. aku dah lapar.. Bila makanan sampai... mak ooooiiii.. terkejut aku.. macam2 jenis seafood.. udang (4 pinggan besau), ketam, sotong (4 pinggan lain2 jenis masakan), ikan siakap (2ekor besar), ikan kerapu (2 ekor besar), tiram (etah tak ingat berapa pinggan), udang galah (4 pinggan besar), sayur2 ait fresh orange + air temikai 2 jug, dllg.. aku macam nak terbeliak bijik mata. Selalu makan satu family dgn family aku yg ada 23org jumlahnyer pun xsebanyak itu. Itupun kalau kat Msia dlm lingkungan RM300. Ini mcm 5 kali ganda yg selalu family aku makan ni.. Tgh2 makan aku tanya kat bebudak tu.. berapa ni semua korang kira tadi.. derang ckp.. dalam 600ribu Dr. Aku terkejut. Eh.. betul ke korang ni kira.. td siang kitorg lunch kat kedai nasi padang yg agak ekslusif pun dah 630ribu.. takkan ni lg murah.. Derang ckp.. betul Dr.. mmg kitorg dah kira.

Aku cakap kat en. sofwan.. errr.. aku cam tak percaya jer 600ribu lebih ni.. entah2 budak2 ni tak biasa makan seafood x? ke diorg salah faham camne nak order ni... Anyway.. dalam pada berfikir ttg harga tu, mmg sedap giler makan seafood fresh ni.. Org lain pun makan sesedap rasa..

lagi 15 minit kol 9.. aku cepat2 suh derang siap2 nak byr.. van yg kami sewa habis khidmatnya kol 9..so kena cepat2 balik.. So mana2 yg dah siap semua berlari ke van termasuklah en sofwan. Mula aku nak ikut ke van tapi aku cam tetiba rasa aku kena tunggu jugak bebudak ni bayar.. Bila waiter datang bawak bil... tengok2 bilnya 2JUTA RUPIAH!!.. (dalam RM750)Bebudak ni ade 1 juta rupiah jer.. en sofwan dah tah ke mana.. kalau campur duit en sofwan pun tak cukup.. baru 160ribu. Muka ketiga2 org AJK dah pusat lesi. Mana nak korek duit nak bayar ni.. duit ada separuh jer.. Kesian betul aku tgk muka bebudak tu..

Memula aku ingat nak suh one of them gi panggil en sofwan.. pastu cam fikir apa en sofwan boleh buat.. duit dia pun tak cukup.. Tetiba aku terfikir nak tanya waiter tu... errr.. sini boleh guna kredit kad kan? Waiter tu cakap.. "buleh Mbak.." Aku pun terus ikut budak tu.. hulur kredit kad aku..& bayar.. Settle bil aku pun pusing tgk blakang.. Ajk2 aku semuanya muka masih pucat tak berdarah lagi.. Tergelak terbahak2 aku dibuatnya..

OTW nak gi van.. masing2 masih gabra.. Dr.. mcm mana ni... macam mana kitorang hanya mampu nak byr 1 juta jer kat Dr... lagi 1 juta mcm mana.. Mmg time tu aku gelak habis.. mmg time aku bayar tu tak terfikir pun camne nak suh derang byr balik...yg penting time tu nak selamatkan derang dari jadi tukang basuh pinggan kat restoran tu!! huhu.. Then aku cakap.. xpelah..jgn risau.. duit projrk kat aku pun masih ada lebih.. so aku boleh amik balance nya dari situ je nanti.. huhu...


Masing2 terus cakap... LEGAA.... Rupa-rupanya semua tukang order makanan tu tak pernah makan seafood kt restoran... jd derang tak tau yg harga seafood semua tu dikira dlm kilo!! Derang ingatkan kalau tulis 10ribu rupiah tu maksudnya 10 ribu rupiah sepinggan.. tak tau yg maksudnya 10ribu rupiah sekilo!

Dalam van derang kena gelak.. really experience la kat derang.. hehe.. masing2 tak habis2 ucapkan TQ sebab aku jadi penyelamat derang.. kalau tak mmg kena cuci pinggan laa..


~mel
mujur kad boleh swipe.. huhu seram gak sbb amountnya berjuta2.. :P

3 ulasan:

  1. Keh2 duit x cukup la pulak.. Melantak x hengat budak2 ni..

    BalasPadam
  2. huhuh.. ngeri ngeri tak cukup duit kat tpt org.. waaah.. takutnyaaaa

    BalasPadam