Selasa, 21 September 2010

Ziarah Hari Raya...

Alhamdulillah.. pada petang hari raya kedua kami berpeluang utk menziarahi pusara ayahanda & bonda.. Walaupun tidak dapat melakukan ziarah pada pagi hari raya pertama seperti kebiasaan tapi ziarah ini sedikit sebanyak mengubat rindu pada insan2 tersayang yg telah pergi menemuiNya. Tahlil yg diketuai oleh saudara kandung sendiri sememangnya menusuk ke jiwa.. moga kalian berbahagia di sana kerana ada darah dagingmu yg mampu berbuat demikian. Syukur alhamdulillah.. rasanya itu adalah impian setiap ibu bapa.. punya anak yg mampu mendoakan melakukan tahlil sendiri buat mereka...

Ketika berada di sana, kesedihan masih terasa.. baru setahun lepas mak pergi.. rasa macam baru semalam.. kerinduan pada mak mmg masih sentiasa membara.. terutama bila tiba hari raya begini.. kesyahduan amat terasa.. Ini kali kedua beraya tanpa mak.. apa2 pun aku tahu.. aku pasti mak berbahagia di sana.. dengan ilmu yg mak tinggalkan pada kami.. ilmu yg mak tinggalkan pada anak2 murid mak.. insyaallah tentunya ianya jadi bekalan buat mak di sana. lebih2 lagi jika ilmu tersebut digunakan oleh insan2 tersebut. Masih ku ingat.. masa aku masih kecil.. mak sering mengutarakan bahawa dia ingin sekurang2nya salah seorang anaknya menjadi guru.. Alhamdulillah.. impian mak tercapai.. malah aku rasa bertuah kerana aku adalah pendidik guru.. mendidik insan2 untuk membentuk insan2 berguna di muka bumi ini... Bertuahnya aku kan..

Airmataku tetap menitis di pusara insan kesayangan ku.. terutama ketika ingin melangkah pergi... rindu akan tetap bersamaku.. dan tak mungkin rindu ini akan terpadam...


ziarah..1
Tahlil di hadapan pusara..

ziarah..
Kali pertama suamiku menyertai kami...

ziarah..
Ahli keluargaku..

Menziarahi kubur
Aku (baju hitam merah) mendukung eryna... (p/s gambar cilok flickr hubby @fullfilth :P)


Semoga bersua lagi di lebaran akan datang...

~mel

2 ulasan:

  1. bile boleh raya dgn kak mel? klau dtg umah dpt duit raya x? ;p

    BalasPadam
  2. keh3.. nk dtg gitau la.. call/sms dulu.. nnt boleh la masak special2 sikit.. singgit cukup x duit raya? kalau singgit pasti boleh :P

    BalasPadam