Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Rabu, 16 April 2014

Huawei..

Hari ni aku pi ofis pagi2 selepas hantar eryna.. hajat dihati nak selesaikan beberapa urusan MQA then terus sampai ke petang sebab one of my PhD student ada pembentangan proposal. Walaupun aku tgh cuti, aku still support my students bila ada pembentangan dllg.. Setelah dok leka buat kerja MQA aku pun ke bilik air ambil air sembahyang hajat nak berdhuha.. masuk ofis tanggal tudung tetiba ada org ketuk pintu.. Biasa aku malas nak buka tapi tadi cepat2 aku pakai tudung balik dan buka pintu..

Rupa2nya si Ismail Fayed, student yg nak present petang nanti.. Dia dtg nak pulangkan thesis PhD yang dia pinjam sebagai rujukan semalam.. then tetiba dia hulur satu plastik beg.. dia cakap lupa nak bagi semalam.. Semalamnya aku jumpa dia dgn sorang student PhD aku (pompuan) yg baru daftar semalam yang kebetulan kawan dia.. Bila aku ambil plastik tu aku cakap tima kasih dan dia tak perlu bawak apa2 sepatutnya untuk aku.. dia ni full time student tp aku consult dia thorugh email sahaja sebab dia kerja full time di Qatar University.. tapi dia sgt commited dgn study dia..

Aku ingatkan kotak dalam plastik tu biasanya mat arab ni bagi perfume.. aduhh.. dlm hati perfume lagi.. aku kurang sikit dgn bau perfume arab.. ada berbotol2 kat umah xlarat nak guna.. bau tak boleh ngam dgn hidung aku.. Bila aku belek2 eh.. bukan perfume... errr... la.. smartphone rupanya... terkojut den!! Sgt2 terkojut.. sebelum bukak ambik gmbr hantar kat encik hubby dulu sbb mcm tak caya..

So kat bawah ni henfon yang diberi oleh student aku tu.. bukanlah jenama mahal (kalau dapat iphone 5 mmg aku lagi pening..huhu).. Bila aku check harga under 400.. okla.. sape nak bagi henfon free kan.. boleh aku try2 best juga telefon ni.. tak de la cokia sangat.. Bila tgk review di UK org kata telefon ni sgt baik cuma sbb bahan yg digunakan tu plastik so ianya ringan dan murah... Apo-apola.. yang penting rezeki.. dan boleh aku guna utk projek android aku.. hehe..




~mel
Alhamdulillah...

2 ulasan:

  1. Patut dia kena bagi iPad mini

    BalasPadam
    Balasan
    1. iPad mini tunggu pre viva la.. agaknya nnt dia dpt phd dia bagi macbook pro sebijik tak?

      Padam