Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Rabu, 17 Ogos 2016

RUTIN SEORANG IBU BEKERJA.

Bangun pagi2 kejut siapkan apa2 yg patut, persiapkan diri & anak, hantar anak pi sekolah dan terus ke pejabat (perincian tak perlu dinyatakan). Kerja spjg hari di pejabat, waktu rehat cuma waku lunch, itupun sgt limited time. Ptg balik drive sampai rumah, ambil anak, settlekan apa2 yg patut, then masak utk dinner. Nak senang beli jer kat luar tp biasalah anak biasanya nak mak dia yg masak juga. Kalau desperate mmg beli jer. Lepas masak dah maghrib, siap2 lepas maghrib terus dinner. Sebab? Lepas dinner perlu waktu mengemas, sidai baju (basuh baju time masak), angkat baju dllg.. huhu... lipat kain selalunya out of question.. buat erja gitu gini tau2 dah pkl 10.. badan dah over letih.. selesaikan apa2 yg patut.. kdg2 tak sempat pun selesai apa2 yg patut dah terlena... TV? Agaknya Tv tu bentuk bulat ke lonjong? Bersosial dgn jiran sebelah, time tgh berkejar2 nk gi kerja tu lah bertegur sapa. Berehat? Time tidurlah time rehat. Hobi? Kalau dapat berhobi tu alhamdulillah.. biasanya sempat siram pokok kat pasu jer utk pastikan pokok tu tak mati. Semangat? Ibu bekerja ni biasanya semangat berkobar2.. nak menjahitlah, nak memasaklah.. baking la.. nak menjahitlah (ada 7 pasang kain beratuq nak dijahit), nak buat durian crepe laa.. huhu.. Itu belum lagi ada hati sentiasa nak update blog.. :P

Anyway, walaupun apa yg terjadi biasanya ibu bekerja ni redho je dgn apa yg perlu dihadapi saban hari.. Kdg mmg kagum dgn ibu bekerja yg boleh buat side income dgn berniaga, menjahit, boleh uruskan sekolah anak, dllg.

Jadi, bersyukurlah jika anda masih punya masa utk tgk tv, sempat curi2 masa utk taking a nap in the afternoon, sempat layan anak2 buat kerja sekolah, sempat merasa bosan dgn kehidupan yg dull.. sebab wanita berkerja ni kdg tak sempat nak buat kopi utk diri sendiri.. teringin2 nak minum last2 terlupa.. Apatah lagi nak pi exercise..

So.. salute to working mums out there. Walaupun aktiviti di atas mungkin berbeza dari seorang ke seorang tapi hakikatnya masih sama. Anda sgt kuat kerana setiap pagi anda mampu menahan tangis meninggalkan jantung hati anda diasuh org lain... kan....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan