Ahad, 14 Ogos 2016

#PokemonGO Review


 
Tiba-tiba terasa nak buat review PokemonGo. Sejak dua menjak ni kecoh di Malaysia tentang permainan PokemonGo yang baru muncul di sini. Saya bukanlah pemain games. Main game pun kadang-kadang. Dulu2 waktu masa facebook ada banyak games aku selalu lah juga main game2 yang tidak terlalu berat macam Hatchlings, Pet Society, Friends for Sale etc.  Semalam aku di rumah hubby @faizalr di Behrang.  Dalam dok saja2 kat rumah tu tetiba aku terasa nak install PokemonGo. Bukan apa.. bila dah terlalu banyak fatwa keluar atas 'haram'nya PokemonGo terasa macam teringin untuk tahu apa sebenarnya yang sampai kecoh sgt PokemonGo ni. Encik Hubby pun terkejut tgk aku install Si Aliff pula bising2.. mommyyyyy.. PokemonGo tu kan haram!!!

After install aku pun main. Kecohlah kan kami sefamily. Then bila dah pat dua pokemon dalam bilik kami, dah xde pokemon muncul. Permainannya adalah, bila pokemon muncul, ianya perlu ditangkap dengan membaling pokemon ball kepada pokemon tersebut. Bila dah tangkap 2 pokemon dan xmuncul dah pokemon aku pun update status FB aku spt di bawah:

Yupp aku rasa boring sbb PokemonGo ni kalau nak main kena keluar rumah dah berjalan! Sedangkan aku nak main sambil relaks2.. huhu.. Tapi yang aku tertarik adalah komen dari ibu mentuaku tentang PokemonGo. Katanya "xboleh tengok, haram katanya". Kata-kata ibu mentuaku membuatkan saya terasa nak buat review ni. Bukannya apa, terlalu banyak fatwa rasmi dan tak rasmi ttg PokemonGo ni yang membuatkan aku rasa.. aduhai.. sebenarnya ada yang betul dan ada yang tak betul. Dan terkesan dgn fatwa2 ini adalah orang yang tidak tahu apa2, yang hanya membaca dan percaya akan berita yang diterima tanpa memahami apa yang sebenarnya berlaku. Kesian ibu mentuaku.. :(

Dua hari aku dok godek PokemonGo ni. Setelah install kami keluar dari rumah ke Taman Tasik YDP Slim River. Dari situ kami start main secara aktif sebab kami bergerak. "Kami" adalah aku, encik hubby, Aliff & Eryna. Kami bermain sebagai satu family. Ok bagi aku PokemonGo ni adalah satu permainan yang menarik. Kita perlu collect jenis2 pokemon yang berlainan dan akan naik dari satu level ke satu level. Pemain perlu sentiasa alert dgn persekitaran supaya tidak terlepas bila Pokemon tiba2 muncul di kawasan persekitaran. Bila bermain kedua2 Aliff dan Eryna mmg kecoh. Kdg2 sampai over excited. Bila jumpa pokemon masing2 berebut nak tangkap. 

Setelah 2 hari bermain PokemonGo, aku dapati sebenarnya tiada masalah dengan permainan PokemonGo itu sendiri. Sememangnya ada Pokemon atau Pokemon Ball yang perletakkannya berada di tempat2 yang mungkin kurang sesuai seperti di surau dan di tokong/kuil. Tadi kami jumpa pokemon ball di taman permainan dan dapat kesan pokemon ball di sebuah surau di area Autocity. Tapi xdelah pulak aku berkejar ke surau tu utk pi cari pokemon ball walaupun pokemon ball aku dah nak habis. Dalam PokemonGo Juga ada beberapa alert yg dihighlight contohnya Jangan bermain sewaktu sedang memandu. Kalau kita bergerak dengan laju, keluar notification 'You are going too fast' dan minta kita agree bahawasanya kita adalah passenger dalam kereta, bukan pemandu.  Juga ada notification, jangan menceroboh ke tempat2 yg tidak dibenarkan ketika bermain. So sememangnya dalam game ini telah ada amaran2 yg dikeluarkan khas utk mengingatkan pemain supaya jgn melampaui batas.

PokemonGo adalah satu permainan yang berasaskan GPS. Ianya akan detect location kita, kalau kita guna kamera kita akan lihat Pokemon tersebut berada dalam kawasan kita. Macam tadi Aliff nampak Pokemon duduk atas riba aku ketika aku sedang drive. Tetiba rasa geli :P.  Ada macam2 versi komen tentang keupayaan game ini utk detect location dllg. Bagi aku satu jer.. kalau orang takut sangat.. tak yah guna google maps, waze atau GPS dlm kereta yer. Sebab semua benda ni memang detect location kita. Even apps "Find my Friends" dalam iPhone pun menggunakan kaedah yang sama. Kalau tak tahu buat research dan tak perlu buat2 havoc tanpa fakta yang sah.

Mudarat & Haram
Mudarat & haram sesuatu permainan @ games sebenarnya bagi aku bukan pada games tersebut kecuali games tersebut memang meminta kita menyembah selain dariNYA atau memurtadkan kita. Then ianya boleh difatwakan haram. Tapi bagi saya yang sebenarnya haram ini wujud bila games ini memudaratkan kita dan kehidupan kita. Contoh kita main game sampai tak ingat makan minum dan tak ingat untuk menunaikan ibadah sebagai hamba Allah. Juga memudaratkan jika kita main sampai membahayakan diri kita, contoh kita main PokemonGo sambil memandu, kita masuk rumah orang, kita berebut Pokemon sampai bergaduh2.. Game tujuannya utk menghiburkan, bukan memudaratkan. Kalau sampai tragedi berlaku disebabkan main game tersebut, bukanlah salah game tetapi salah manusia yang terleka dan terpengaruh dengan hasutan syaitan. Dalam hidup ini yang penting kita perlu berpada2. Jangan buat sesuatu sampai melampau. Walaupun saya beri Aliff dan Eryna main PokemonGo ini saya tetap berikan syarat2 tertentu. Dan di rumah mereka tak sibuk mengadap game ini sebab tiada pokemon kat rumah. Sekali sekala keluar rumah boleh lah main. Bagi saya yang penting kawalan dalam permainan tersebut. 
Pokemon menyorok kat belakang Eryna waktu kami tengah dok nak order lunch di Behrang2020.
Jadi apa yg penting bagi saya adalah kawalan dan bermain berpada-pada. Jgn sampai lebih2 dan tak ingat dunia. Jgn jadikan permainan yang mengawal hidup kita tetapi kita yang mengawal permainan. Itu sangat penting. 

So, bagi saya PokemonGo tak salah, yang salah org yg main PokemonGo hingga melampaui batasan agama dan masyarakat. Itu saja review saya. So, esok saya akan cari pokemon kat USM lah nampaknya.. hahaha... :P

~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan