Rabu, 29 Oktober 2008

pakcik oo pakcik...

This morning i kena pergi visit computer facilities kat 2 buah sekolah utk upgrading. Oleh kerana sekolah tu seberang jambatan p.pinang dan aku tak biasa dgn area tu, so aku decide singgah kat bakery tepi tesco utk beli roti ke.. puff ke... + air utk breakfast. Aku fikir kalau jambatan jem.. then aku boleh bfast sambil2 mengharungi jem tu... Sampai kat bakery tu aku beli: 1 Danish Sausage, 1 Banana Muffin + 1 Curry Tuna. Saja aku beli bnyk sebab aku fikir kot2 aku tak makan kat mana2 nanti.. yang tu jela aku makan.

Masa aku tengah nak dalam kereta kat parking depan tesco tu.. tetiba kat depan kereta aku belah kiri sikit aku seorang pakcik... aku agak dalam umur 60++ kot.. pakai kemeja lusuh warna biru + seluar slack hitam. Bila aku terpandang kat dia, dan dia pandang aku dia menunjukkan tangan dia mcm nak makan. Macam aku perasan sambil tu dia cakap.. ada makanan tak? Aku masa tu macam terkejut.. so automatik kepala aku menggeleng. So pakcik tu pun pusing terus nak beredar pergi tempat lain..

Entah macam mana aku tetiba jer rasa kesian.. hmm.. pagi2 dah mengemis makanan pakcik ni.. teringatkan aku ada beli makanan tadi.. aku pun capai plastik bakeri tu capai curry tuna tu dan kuar dari kereta & jerit... "pakcik... pakcik.. " Pakcik tu menoleh dan aku cepat2 pergi kat dia.. aku tanya tadi pakcik tnya ada makanan ke.. sambil aku hulurkan curry tuna ala-ala karipap tu.. pakcik tu pun amik apa yg aku hulurkan.. cakap terima kasih.. bila dia pusing tu mmg terbaulah bau badan dia yg amat menusuk ke hidung.. hmm... terfikir lak kat kepala aku.. mana agaknyer dia tidur mlm tadi..

Dlm perjalanan teringat lagi kat pakcik tu.. hmm.. kesian sebab dlm umur yang macam tu terpaksa mengemis hanya utk makan.. entah berumah entah tidak.. patutnya dalam umur macam tu lah waktu nak ke masjid.. beramal ibadah.. layan cucu.. hidup dengan tenang. Tapi tulah kan.. bukan semua org berpeluang hidup aman damai setelah bersusah payah waktu muda.. terfikir jugak.. xde anak ke pakcik tu.. ish.. macam2 aku fikir.. teringat pulak kat my mom yg jauh lebih senang hidupnya.. pencen tak terusik pun setiap bulan.. yang anak2 bagi pun tak terguna agaknya.. dgn income lain.. sewa rumah lagi.. tapi kan.. bukankah dalam usia senja sebegitu itulah yg patut kita semua kecapi.. tak perlu risau apa2 lg tentang bagaimana utk hidup.. tapi hanya risau bagaimana utk kita menemuiNYA dgn tenang...


Hmm... tp bila mengenangkan org yg telah berumur.. tapi masih terpaksa membanting tulang.. macam makcik2 yg jual kuih tepi jalan.. pakcik2 bawak bas. .. dan paling haru macam pakcik yg mintak makanan kat aku pagi tadi.. insaf sungguh rasanyer.. moga2 Allah tidak menarik rezeki yg dikurniakan pada kita... insyaallah..

mel~~
insaf rasa...

1 ulasan: