Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Selasa, 16 Disember 2008

esok...

i should have been sleeping by now. I am having an early day tomorrow... my graduation day.. kalau di malaysia lebih dikenali sebagai majlis konvokesyen, tp di sini orang akan tanya.. are you going to graduate tomorrow? 

yupp.. i'm going to graduate tomorrow.. for the highest award that most people would like to have..  kalau ikutkan kad graduation yg aku dpt.. aku akan menjadi org pertama naik ke pentas esok.. setelah berarak di sepanjang jalan besar menuju ke Town Hall.. buat masa ini aku sedang cubaa mengimajinasi situasi hari esok.. tapi tak mampu nak membayangkannya..

dalam membayangkan keadaa esok. sebenarnya aku tak rasa apa-apa.. gembira? entahlah? sedih? aku rasa tak patut untuk aku bersedih.. jadi aku hanya biarkan diriku dalam keadaan diam..  ya.. esok adalah kemuncaknya.. aku sudah berjaya.. siapa yg tak ingin kejayaan ini.. tapi kejayaan ini hasil dari sebuah pengorbanan yg tiada tolok bandingnya.. dalam perjalanan ke penghujung ini, terlalu banyak dugaan dan kepedihan yg terpaksa aku lalui... terlalu banyak kehilangan... 

Namun aku bersyukur.. dalam keperitan perjalanan ini Allah telah mengurniakan padaku yang terbaik.. Alhamdulillah.. Aku mengakhiri perjalanan ini lebih mudah dari yang aku sangkakan.. ramai yg bertanyakan padaku.. apa yg telah aku lakukan hinggakan dipenghujung perjalanan ku untuk mendapatkan ijazah kedoktoran ini teramat mudah.. viva ku tak sampai 45minit.. berbanding org lain yg biasanya 3-4 jam dihentam oleh pemeriksa.. aku boleh tersenyum dlm bilik viva, pemeriksa2 thesisku tiada bangkangan dengan kajianku ..  thesis ku hanya ada pembetulan kecil yg aku hanya siapkan dlm masa setengah hari... sedangkan org lain terpaksa mengambil cuti berminggu2 utk menyiapkan pembetulan thesis..  Jawapanku pada org2 yg bertanya hanyalah.. itulah rezeki dari Allah buatku.. KurniaNYA yg amat berharga...

Esok.. ianya akan berada di dalam genggaman.. aku hanya mampu bersyukur.. 
Ya Allah.. Alhamdulillah... 




mel~
kalau boleh aku mahu dirimu bersamaku di sini..  kalau lah boleh...
~biar berjauhan namamu tetap kusebutkan..


*tgh2 tulis blog kena sound plak.. nape xtido lg.. esok nak kena bangun pagi... :P*

  

3 ulasan:

  1. tahniah mel!! pasni kena panggey dr mel la pulak ek :)

    BalasPadam
  2. Tahniah mel tahniah...
    Congratulation mel...

    im proud of u... ;-)

    ikhlas dari mama pingu..
    not nottt nooott

    BalasPadam