Aduss.. last two weeks were really hectic.. tido tak berapa cukup.. rehat mcm tak ada je.. apa lagi nak update blog. Email pun check yg mana perlu jer.. memang rasa macam tak cukup masa..
Aku sebenarnya plan nak pindah hujung minggu lepas sabtu & ahad 30-31nov. Namun begitu plan bertukar sebab boss personal cuti hari jumaat & sabtu dan ambik cuti rabu & khamis utk dtg penang tolong aku pindah. so, pada hari rabu ptg dia pun sampai dari kl. Mujur tuan rumah baru bagi kunci pada hari selasa malam.. so plan utk pindah hari khmis mmg tetap berjalan. Hari Rabu sesampainya dia di Penang.. terus kami gi makan (masing2 lapor.. )aku mmg sengaja xmakan tunggu dia dtg dan dia tak makan sbb bas hnya benti isi minyak jer... So kitorg makan nasi kandar pelita kat area sg. dua.. time tu hujan lebat.. bila nak gi kat kereta pun hujan amsih terlalu lebat.. hinggakan boss pun dapat belajar dari observe org.. teknik keluar dari kereta menggunakan payung diwaktu hujan lebat... hehe...
Lepas makan kami pergi cari kedai perabot & elektrik.. maklumlaa.. rumah tu mmg kosong... mmg xde langsung basic neccesities..
So, kitorg gi kat Seng Heng (dlm hujan lebat tu).. pasal tu je kedai elektrik terdekat yg aku tau.. sampai sana terus tengok washing machine + peti ais.. dah berapa bulan aku dok basuh kain guna tangan jer sebab xmo beli washing machine xautomatik. Rumah usm tu xde extension utk autowashing machine. So, kat situ kitorg beli washing machine, peti ais + kipas angin berdiri utk bilik. Dah beli mende2 tu yg akan dihantar esok harinya.. kami kononnya pusing2 nak cari kedai perabut.. pergi satu kedai tu.. dahla layan mcm nak tak nak.. agaknyer cina tu ingat kitorg ni muka tak berduit kot.. huhu.. poyo jer.. dah la tu perabutnyer hnya boleh dihantar dlm masa 2 minggu.. abis aku nak tido atas ape malam esoknyer... Tak jadila nak beli ape2 kat situ..
Dah pusing2 cari kedai perabut lain tp xjumpa.. jalan pun jem pulak org balik keje.. so keje cari perabut tunda ke keesokan harinya...
Hari khamis..banyak keje nak buat tp cari perabut yg utama. Aku browse internet beberapa hari sebelumya cari courts mammoth.. mcm tau je tempatnyer.. so kitorg gi ler cari.. tak jumpa2 sampai ke tgh bandaraya penang.. last2 aku sms shikin (kawan se course boss time kat um).. mujur shikin xtido.. huhu.. shikin pun bagi nama satu kedai kat depan umah dia kat gelugor.. kitorang pun pergila.. pergi kedai tu quite puas hati laa.. so belila satu set perabut bilik, rak dapur & meja makan.. Then cari tikar getah pulak... huhu.. sian kat boss sbb pinjam selipar jepun aku yg menyakitkan kakinyer bila berjalan... sori yer boss.. selipar tu 2.99 je harga nyer.. :P
Lepas tu projek pindah brg dijalankan dua trip kereta. Aktiviti pasang tikar getah.. dan baru aku tahu, dia adalah seorang teliti sgt2.. pengukur yg tepat.. dan sgt rajin (bodek sbnrnyer ni.. huhu). Tapi mmg penat sesungguhnya penat sbb semuanya perlu diselesaikan dlm masa sehari.. bukan ape.. tetiba dua tiga hari b4 pindah aku dpt memo hari jumaat sabtu ahad perlu pergi bengkel peperiksaan kat paradise sandy beach hotel, penang... huh! mujur dah tukar plan pindah khamis.. kalau x.. sure kelam kabut teruk..
Dalam keletihan seharian berpindah randah.. malam tu sempat lg kami gi mkn malam dgn shikin di Bayan Bay. Kalau nak tengok ape kami makan mlm tu .. tengok kat sini.. best!. mekasih shikin.. susah2 jer belanja kitorg. hihi.. :P
psst.. meja makan & peti ais baru... gambar ikhsan boss
Apa2 pun nak ucap terimakasih yg tak terhingga buatmu yg kini jauh dimata diwaktu ini... tapi sentiasa dekat dihati... really appreaciate segala2nya...
syukur...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan