Sabtu, 20 Disember 2008

Restoran Afghan


"Jom Makan!"

Ini adalah restoran afghan yang agak baru jugaklah kat sini. Rupa restoran ni.. hihi.. cam tu la.. simple jer.. Hari ni first time aku diperkenalkan dengan restoran ni.. Walaupun simple.. restoran ni (halal tau..) ada specialnya.. hehe.. ke'special' annya adalah.. restoran ni tak ada menu. Haa.. ada tak restoran lain xde menu.. aku pun xtau.. tapi mmg unik..

Kalau nak beli makanan kat restoran ni.. masuk kat kaunter dia.. just cakap.. nak order makanan utk berapa org makan, nak makan kat situ atau take away. Maksudnyer.. kalau nak beli makan utk duorg, bawak balik.. cakap ler kat tokey kedai tu.. "Tokeyyy.. for two person.. takeaway!"..
Pastu tokey kedai tu pun akan berlari ke dapur dan memasak.. kita pun tunggu je laa.. tak tau dia masak ape.. berserah je la pada takdir.. huhu.. 

Setelah selesai masak.. tokey kedai akan keluar dengan menu pilihannya hari tersebut. Macam hari ni, aku dapat makan nasi ala ala beriani gitu.. sedap.. dengan daging bakar + ayam pun mcm bakar.. dan sayur salad.. lauk & nasinya mmg best.. dan yg pentingnya..banyak giler.. jenuh aku nak abiskan..kira kalau order satu tu boleh makan utk dua org sebenarnya. 

So, kalau esok aku gi kedai tu.. tak taula ape yg akan dimasak oleh tokey kedai tu. Tapi yg harunyer.. esok tak taula restoran tu bukak ke idak..huhu.. Ikut suka tokey kedai tu la.. kalau ade adelah..bolehlah makan.. kalau xde balik tgn kosong jer la.. huhu..

Special giler kedai ni.. walaupun cengggitu.. puas hatila aku makan td.. errkkk.. Alhamdulillah..




Mel~
boss musti sukala makan masakan afghan nie... 

2 ulasan: