Rabu, 17 Disember 2008

hari ini..

Mata sebenarnya dah mengantuk.. tapi nak jugak menulis kat sini.. Pagi tadi was my graduation day.. bangun2 pagi agak frust sebab tengok2 hujan renyai2.. pihak uni cakap kalau hujan cancel berarak dari art centre ke town hall.. dlm pukul 7.30pg akan announce di radio stesyen tempatan..

bukak2 radio.. hmm.. cancel berarak.. graduan diminta terus pergi ke town hall.. frust betul aku.. anyway sebab rasa tak puas hati.. pergi jugak ke art centre.. adalah org tp tak ramai.. pergi kat tempat ambil regalia (jubah).. org kat situ komfemkan.. tak de perarakan.. so aku terus pergi ke town hall.. sampai2 kat town hall org dah ramai.. lepak2 kejab kat bawah then kena naik atas ke tempat berkumpulnya semua graduan.. 

Masa dapat info pasal konvo aku dpt sekeping kad yg wajib dibawak time berkumpul..  kat situ tulis kedudukan aku.. Blok A, Row 1, No. 1. Aku assumekan sebab surname aku start dari A, so mmg aku akan jadi first one naik ke pentas. Tetiba bila tgh beratur aku perasan minah dan mamat sebelah aku semua jubahnya lain kaler... kaler cekelat dalam 10 org.. lpeas tu yg lain semua kaler kuning.. Tetiba minah kat sebelah aku tanya.. are you getting a PhD? Aku pun cakap.. yes.. Then dia cakap.. oo.. that's why you are wearing a different type of trenchet (topi) & different colour of regalia.. aku mmg dah pasan aku sorang yg pakai jubah kaler merah hati. Tapi aku cam rasa tak nak berapa percaya yg aku sorang je yg akan naik ke pentas amik phd utk sessi pagi tadi.. 

Bila berarak ke dewan.. mmg sah aku sorang.. dan rasa mcm semua org tgk aku.. sebab aku beratur no 1 dan aku sorang Melayu...  lepas tu grup aku tu kena ikut beratur utk tradisi maori "Karanga".. aku kat belakang tukang baca mentera dan bila masuk everybody semua berdiri sebab kumpulan aku yg last sekali masuk.. ish.. mmg rasa weird.. tak tau mcm mana perasaan nk dihuraikan masa tu. Bila dah duduk.. tengok buku graduation.. mmg tgk under phd nama aku sorang.. nama pertama... then rasa amat sebak.. minah sebelah aku grad master dok kepoh tanya itu ini.. aku plak macam diawang-awangan.. bila nak beratur naik ke pentas... tak tau macam mana nak cakap.. gembira..sedih.. terharu.. yang paling rasa bangga.. Dean of Postgraduate Studies bangun hanya utk memanggil namaku seorang sahaja.. what a feeling.. aku rasa bangga dan terharu.. kerana aku satu2nya anak Melayu pagi dlm sessi pagi td.. dan aku mendpt ijazah tertinggi dan org2 yg berbangsa lain terutama mat/minah salleh menunjukkan kekaguman terhadap kejayaan aku.. Alhamdulillah.. 

Dan selepas keluar dari dewan pun.. rasa macam jadi perhatian.. ucapan tahniah dari mat salleh tah mana2 berpusu2.. dan siap ada yg tanya.. "u r the first one on stage right? u must be very proud.. congratulations!" Mungkin aku lain dari yg lain.. sbb tu mudah derang nak ingat.. tapi aku rasa ini satu inspirasi.. kita sebenarnya boleh jadi lebih dari org lain.. selalu  org kata melayu ni lemah.. tapi sebenarnya tidak kan? 

Aku rasa aku dah buktikan dan aku dapat rasakan mat2 dan minah2 saleh td envy my achievement.. perjalanan aku mmg sukar.. tp it was worth it..  Apa2 pun aku berdoa.. moga2 apa yg aku perolehi ini tidak menjadikan aku insan yg sombong & lupa dari mana asalku.. Insyaallah.. 



mel~
pjg lg nak citer tp that's all for now..
menyesal x drag si dia dtg sama2 hari tu.. asyik terbayang jer dia ada bersama...


3 ulasan:

  1. congrats sis evendo saya tak kenal kamu tapi bila baca post ni terkenang zaman saya abis diploma tak ada duit langsung nak participate on that event mak kat kampung dan ayah dah takde masa tu baru terkial2 cari kerja sampai saya ambik keputusan tak nak participate dalam graduation day evendo cgpa agak tinggi, huhu lepas baca post sis terus terasa mcm nak sambung degree dalam masa terdekat. apa2pun gudluck sista :) semoga hidup kamu diberkati tuhan.

    - sky

    BalasPadam