Khamis, 6 Jun 2024

Kagum..



 Sebagai seorang Ketua Jabatan.. aku selalu meluluskan permohonan perjalanan staf-staf aku yang terdiri dari pelbagai peringkat iaitu dari staf sokongan dan pegawai-pegawai. Biasanya pegawai memanglah bergaji lumayan terutamanya PTD. Namun bila aku tengok gaji staf sokongan aku rasa macam... Allahu sikitnya gaji mereka, yang menjadi boss untuk khidmat pengurusan hanya berkelulusan diploma dan gaji kasar dalam RM2500 sahaja. Apa lagi yang bawahan... kalau yang bertaraf SPM atau N17, N19.. mungkin kurang lagi gajinya (bergantung kepada tahun bekerja juga).

kek sarang semut yang EO masak

Namun dalam aku bergaul dengan staf-staf sokongan ini... aku rasa sangat kagum. Mengapa kagum? Dengan gaji mereka yang sedikit, tetapi mereka sangat pemurah. Contohnya salah seorang staf aku (EO - Pembantu Pegawai Tadbir, yang selalu aku perhatikan. Gaji dia aku tengok dalam 2400++. Tapi dia sangat pemurah. Semasa aku nak ke Mekah, dia siap berikan kepada aku pewangi sejadah Raudhah.. Selain itu rajin sangat dia memasak kek (dia memang pakar kek dan cookies) dan bawa ke pejabat untuk disajikan kepada kawan-kawan dan staf sepejabat. Tempohari aku hantar beliau untuk wakilkan aku ke Jom Masuk U di Tawau. Aku tengok dia beli ikan bilis dan bagai-bagai barang dari sana.. dan diagih-agihkan sesama satu ofis. Bukan itu saja.. masa hari ibu, dia siap buatkan soft cookies cicah susu untuk semua staf mak-mak di ofis. Dia ni single parent, ada anak sorang... so rasa macam hebat budak ni.. gaji tak seberapa tapi bab pemurah memang win.. 

Begitu juga seorang staf N19 di ofis aku ni.. orang Sabah umur dah 50an... Kalau dia pergi ambil anak tengahri, mesti ada belikan goreng pisanglah, kuih muih untuk dinikmati bersama satu ofis. Masa dia balik sabah tempohari siap belikan sebungkus mee sabah untuk setiap sorang staf.  Walaupun pemberian tak seberapa tapi aku memang kagum.. sebab mereka tidak berkira walaupun mereka hidup biasa-biasa sahaja.

Yang aku tak suka, bila orang ada duit tapi selalu mengeluh tiada duit. Nak belanja orang berkira dan macam takut akan habis duit. Padahal duit belanar kata orang kelantan. Kadang-kadang orang mcm ni suka kalau sentiasa disogokkan dengan apa-apa, kadang-kadang tu suka menerima tapi tak suka memberi.  Aku pun tak faham kadang-kadang orang-orang jenis gini... 

Semoga aku dan keturunanku Allah berikan kemurahan hati dan tidak merasa bakhil dan kedekut dalam bersedekah dan membantu insan lain... 


~mel










Tiada ulasan:

Catat Ulasan