Khamis, 22 Disember 2016

Perth Nov 2016 - Day 1

Day1 - 19 November 2016 Saturday
Kami gerak dari Gombak pada pukul 4.45 pagi. Sampai ke Putrajaya pukul 5.40 gitu dan seterusnya my brother hantar ke KLIA 2. Kami naik Air Asia X. Aku beli tiket dah beberpa bulan lepas... tak ingat bulan berapa tp waktu sale la.. the price was quite cheap utk 6 orang. Kami solat Subuh di KLIA 2 dan barulah drop bag. Timing mmg ok so tak de masalah apa2.
Wefie.. Abg Amirul, encik hubby, Eryna, me, Aliff &Abg Cik.
Masing2 overexcited. Especially Eryna.. maklumlah dah lama tak keluar negara.
Pada pukul 10.10 pagi kami depart from KLIA 2 Flight D7 232. Semua ok aje.



Dalam flight dah prebooked flight, kalau terbang jauh2 naik Air Asia pastikanlah book prebooked meal.. huhu.. jgn tak boook kang lapar sia sia je kena makan megi.. Eryna aku dah book kan macaroni & meetball.. she really likes it.. sampai menjilat bekas :P . Bila dah nak sampai siap mekap2 pulak dak kecik ni...


Kami sampai di Perth Airport pukul 3.40pm. Oleh sebab aku dah beberapa kali ke Australia (sebelum ni ke Melbourne dan Sydney) maka aku awal2 lagi dah prepare supaya tak disoal banyak di airport. Makanan aku dah pack dalam satu beg supaya tidak campur dengan beg pakaian yang lain. Aku bawa banyak paket of Berahim, beras, perencah nasi goreng, tuna dalam tin dan lain2 lagi untuk memudahkan memasak di Perth. Kawan aku siap pesan tak boleh bawa Berahim, katanya dia dulu kena buang semuanya. Aku tawakkal pada Allah aje. Alhamdulillah setelah selesai immigration, bila diminta untk declare, aku declare semuanya... prosedurnya sgt mudah, pegawai tu minta buka beg makanan.. and then dia cakap... ohh this are all just spicess.. ok you can go.. so kami pun lepas.. So yang penting bila anda nak pi Australia, letak makanan yang dibawa dalam satu beg khas dan declare everything... jangan sorok apa2.. insyaallah mudah dan dipermudahkan urusan kita..

Kami rent kereta di Budget car rentals. Prosedurnya agak mudah.. just book online dan sampai airport kami ambil jer kereta. Sewanya pun berpatutan. Kami sewa sebijik Hyundai Imax - huge and cosy.Best juga.. After dah dapat kunci kami pun bergeraklah ke kereta... sempatlah posing2 sikit di luar kawasan airport Perth.



Dari Perth Airport ke tempat penginapan ambil masa lebih kurang 20 minit (ikut google). Kalau ikut plan kami nak benti di kedai groceries dulu mencari bahan2 makan untuk dimasak. Tempat penginapan kami adalah sebuah rumah yg kami cari di AirBnB di Maylands. Maylands ni macam kawasan perumahan juga katanya.


Dalam perjalanan ke Maylands, kami singgah di Belmond Grocerries...  kejadiannay seperti di bawah.. aku catit dalam notes.. huhu..

Sampai 4 PM
  • Perth Airport - Maylands (ETA 20 minutes) (check-in 4.30 PM)
  • Stops at Belmond Grocerry, beli pisang, telur dan roti arab. Tp tak de roti biasa so kena cari roti biasa di tmpt lain.
  • Makan donner kebab di Belmond Kebab, 224 Belmont Avenue, Belmont, before heading to Maylands. First time mkn kebab ada telur dlm dia.
  • Shops groceries at Belmond Shopping Centre - beli telur, mineral water, pisang, roti dllg..

Pada pukul 5.30pm - Kami Checkin Maylands 16 Joseph Street. Nice accomodation aka homestay. 3 bilik, 2 bilik air, 3 tandas, easy parking, easy checkin, instruction dihantar terus ke Airbnb. Neighbourhood yg tidak crowded... memang aman damailah... Hoemstay ada free wifi..


Yina keletihan.. lepak atas sofa di Homestay
IMG_8103.PNG
Peraturan Homestay

Selesai Day 1... kami berehat je kat Homestay malam tu...
Bersambung di Perth Nov 2016 - Day 2

~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan