Nara Park
Ya Allah lama sungguh nak update blog tentang travel ke Jepun ni.. huhu.. kebisian kerja yang melampau.. di samping macam2 perkara yang mengekang kehidupan.. cewah.. anyway..hari ni ngantuk sgt so mari kita sambung penulisan cerita kat Jepun tempohari. Di Osaka kami ke Nara.. iaitu satu tempat pelancongan yang amat menarik dan terkenal dengan taman rusa yang dibiarkan berlegar-legar tanpa pagar. Kami mengambil train dari Kintetsu Namba ke Kintetsu Nara Station melalui Kintetsu Nara Line (rapid express). Agak mudah berjumpa dengan station yg diperlukan terutama bila ada encik google membantu... huhu
Jsham & Jiyah sesampainya kami di station Nara. |
Ada tourist map... so boleh refer untuk berjalan2.. |
Sesampai di Nara memang aku agak teruja juga.. sebab bandar ni bandar pelancongan so memang nampak menarik compare to Osaka. Kami berjalan kaki melalui pekan Nara untuk ke Nara park untuk beramah mesra dengan rusa2 yang menanti di sana.
Kedai kain di pekan Nara memang sangat menarik! Kain-kain cotton memang membuatkan aku rasa nak beli semuanya tapi bila memikirkan entah bila aku nak menjahit so tak jadilah membelinya.. Namun begitu kami sempat merembat blouse custom-made yang sgt cantik dengan cutting yg kami suka... maklumlah berjalan sesama pompuan ni.. hihi... banyak pengaruh bab2 membeli ni..
Di samping kedai2 pemandangan on the way ke Nara park juga sangat cantik.. dan ada kuil2 jepun yg unik.
Sesampai je kami di Nara Park, memang teruja bila diintai2 oleh rusa yang berkeliaran. Beria-ria kami nak ambil gambo.. ingatkan tu je yang ada rupanya bila sampai di Park yang betul siap kena kejor dengan rusa lagi.. huhu..
Di Nara park ni memang dah ada jual makanan rusa yang boleh dibeli dgn harga 1000 yen. Tapi masalahnya rusa2 ni dah jemu makan biskut yang dijual kat situ. Bila kami duduk nak makan, kami diserang dak rusa2 tu sebab dia nak rampas makanan kami. Yang kesiannya sampaikan rusa2 ni makan je kertas2 dan plastik dari dalam tong sampah...
Lagi satu semua rusa2 ini telah dipotong tanduknya untuk tidak membahayakan pengunjung agar tidak ditanduk oleh rusa... jadi semuanya tanduk berwarna putih je...
Aku dan rusa... sebenarnya takutlah juga.. kadang2 rusa-rusa ni nampak macam agak agresif juga...
Aktiviti shopping memang aktiviti yang wajib bagi perempuan. Tapi disebabkan kami masih jauh lagi nak berjalan masa tu jadi shopping pun slow2 je la..
Ok.. akhirnya selesai mengembara di Nara.. memang tempatnya best dan mengagumkan...
~mel
bersambung lagi lah kot... huhu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan