Rabu, 10 Ogos 2016

Selamat Tinggal Kak Gayah..

Minggu lepas kami dapat berita salah seorang dari staf lama Pusat Pengajian kami, Kak Gayah masuk hospital. Masa diberitahu tu beliau dah seminggu beliau di hospital. So Jumaat seminggu lepas aku dan  kawan2 pergi melawat beliau. Masa tu kami boleh bercakap2 dgn kak gayah.. beliau cuma cakap beliau tak lalu makan.. satu apa makanan pun tak boleh masuk, tapi doktor belum dpt diagnose apa sakit beliau. Yang aku dapat observe muka kak gayah kuning dan bengkak.. Semasa berbual2 kami ckp pd kak gayah, makanlah apa2 yg boleh. Kebetulan aku bawa sedikit buah.. dia cakap buah pun tak boleh masuk. Then beliau cakap.. tak mengapalah biarlah dia duduk lama di hospital, dia mmg nak tinggal di hospital. Disaat itu aku dan kawan2 rasa pelik.. Masa bersalam dgn kak gayah kami dapat merasakan kelainannya...

Pada hari Ahad tetiba aku mendapat berita kak gayah tidak sedarkan diri. Pelbagai versi cerita yg didgr membuatkan hati ada sedikit gundah. Lantas dalam group Whatsapp ofis aku cadangkan utk semua staf buat bacaan yassin. Ramai yg bersetuju tp ada juga yang hanya mementingkan KPI dunia terus berkata aku tak sepatutnya menyarankan bacaan yassin tanpa bertanya kpd bos terlebih dahulu. Oleh sebab tidak mahu bertikam lidah, aku menyiakan sahaja kata2 hamba Allah bekas boss aku tu walaupun sebenarnya aku dimalukan diWhatsapp tersebut. Yang penting pada hari Isnin bacaan yassin diteruskan pada pukul 10.30pg dan aku sendiri tidak dpt hadir kerana bertugas beri training kepada pensyarah USM. Tak mengapalah.. niat aku baik dan dimalukan itu tidak langsung memberi kudis pada diriku. Hari Isnin aku tak sempat nak melawat kerana training sehari suntuk.. hari selasa (semalam) aku dan rakan2 karib ke hospital pada waktu lunch hour... Ya Allah.. sedihnya bila melihatkan situasi kak gayah yang koma dan disebabkan pembuluh darah di kepala pecah makan darah mengalir keluar dari mulut, hidung dan mata. Kak Gayah tak macam yang kami jumpa minggu sebelumnya. Sambil menitiskan airmata aku berdoa semoga urusan kak gayah Allah permudahkan.

Dalam pkl 4.50 aku start kereta utk pulang. Sambil kereta terhenti di pintu pagar USM, tiba2 dpt alert Whatspp bahawa Kak Gayah telah pulang kerahmatullah... Sedihnya hati tak terkira.. Sepanjang jalan aku menitiskan airmata.. :'(

Aku bukanlah sgt rapat dengan kak gayah tapi aku baik dgn arwah.
Arwah seorang yang sgt baik.. lemah lembut dan setiap pagi akan bertanya khabar diriku.
Tak pernah kak gayah marah2, tak pernah meninggi diri.
Last sekali bertugas bersama dia bilamana dia bantu aku menjaga exam di KMPP.
Aku selalu tempah kek dengan kak gayah, dia seorang yg kreatif.
Seingat aku mula2 encik suami yang tempah kek birthday Aliff dari arwah.
Masa tu aku tak tau dia pandai buat kek, encik suami yg tau dahulu.
Lepas tu aku selalu tempah kek kat dia. Latest utk hari guru sekolah eryna dan aliff.
Kak Gayah.. cepat betul kak gayah pergi. Allah lebih menyayangi Kak Gayah. Moga Kak Gayah ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh. Sesungguhnya pemergianmu mengejutkan tapi membuatkan kami insaf... Aku tersentak seketika.. tetiba rasa ya Allah aku ni banyak sgt dosa.. perlu perbaiki diri dan bersedia untuk pulang padaMU. Entah bila hariku akan tiba.. entahkan esok entahkan lusa... :'(


 Cupcakes terakhir tempahan aku pada Kak Gayah, Hari Guru 2016


Pagi tadi kami pergi menziarahi Kak Gayah buat kali terakhir sebelum persemadian arwah di Perkuburan Sg Nibong. Tak dapat aku menahan airmata dari gugur sambil menginsafi bahawa hidup ini hanya pinjaman semata2. Bila tiba hari kita, tiada dilewatkan barang seminit. 

Aku dan staf2 lain menunggu jenazah dimandikan. Tersenyum bukan gembira tetapi cuba mengubat hati yang lara.. :(
 
Belangkusawa Kak Gayah... Selamat Jalan.. Moga tenang di sisinya.. You will be missed..

~mel
10/8/2016

Tiada ulasan:

Catat Ulasan