Alhamdulillah pada 1 Nov 2016 adalah Majlis Sambutan Hari Guru peringkat pusat pengajian tahun ini. Kami memang tak sambut Hari Guru sama dengan sekolah sebab selalunya universiti berada dalam semester break bulan Mei, jadi tiada student masa ni, jadi tak boleh nak buat sambutan Hari Guru. Jadi memang setiap tahun sambutan hari Guru Peringkat Pusat Pengajian adalah pada bulan November.
Alhamdulillah pada tahun ini saya telah terpilih untuk menerima Anugerah Pengajaran dan Penyeliaan 2016.. syukur sgt2. Dapatlah sekeping sijil, sejambak bunga dan RM500.. huhu.. oklah tu cukuplah utk beli peralatan sekolah Eryna hujung tahun ni.. :P .
Selain saya ada dua orang lagi pensyarah yang mendapat anugerah pada hari tersebut iaitu Dr Norawi yang menerima Anugerah Jaringan Industri dan Masyarakat dan Dr Ahmad Zamri mendapat Anugerah Penerbitan. Selain dari itu adalah beberapa org staf sokongan yang mendapat sijil penghargaan masing2 yg disampaikan oleh TNC Akademik iaitu Prof Ahmad Shukri.
Bunga ini saya abadikan di ofis... |
Rakan-rakan seperjuangan pada hari tersebut |
Sebenarnya pada pagi hari tersebut saya mengikuti Bengkel Gamifying in T&L oleh Zaid Ali Al-Sagof. Bengkel tersebut berjalan 2 hari. Pada hari sebelumnya saya pergi ke Admin ofis utk check surat..tiba2 Pen. Pendaftar Kanan menegur saya.. Dr.. esok majlis hari guru datang tak? Saya pun bgtau dia.. saya ada Bengkel esok seharian hingga ke hari Rabu.. jadi macam tak pergi je ke Majlis tu.. Then dia cakap.. aalaaa.. Dr datanglah nanti tak meriah kalau ramai tak datang.. Sy cakap tengoklah nanti.. insyaallah.. Tiba2 petang tu sy dapat panggilan telefon dari Pen. Pendaftar tu lagi.. Dr.. esok Dr kena dtg tau.. mesti.. wajib.. Saya cakap kenapa pulak? Dr akan dpt anugerah.. saya risau Dr tak dtg nanti, tak bestla kalau wakil yg naik.. huhu., terpaksalah saya pecahkan rahsia ni.. :D. Hahaha.. kesian dia takut benor saya tak pergi majlis tu...sebenarnya saya mmg nak pi tapi saja je la takut bengkel best sgt saya rasa xmo keluar pulak :P
Alhamdulillah dengan pengiktirafan ini.. Syukur Ya Allah...
~mel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan