Sabtu, 16 Disember 2017

Bnyk yg sedih2 hari ni. Saya tak perasan akan pelajar (guru) ☝🏽☝🏽. Tak pasti dia kohort berapa. Hari ini dia mengulang 3 paper. Lantas sy tanya pd staf sy, dia ada surat ke knp dia mengulang bnyk paper.. ada sakit ke.. lantas staf saya ckp, dia bawa surat doktor td.. ditunjukkan surat tsbt.. Bila sy baca sy rasa sedih.. pelajar ni menghidapi masalah mental since dia belajar di Maktab Perguruan. Bila baca rekod.. dpt tahu segala apa yg terjadi.. terus rasa kesian yg amat sgt. Walau dlm keadaan kurang sihat masih cuba menamatkan pengajian. Selesai kertas terakhir pd pkl 4.15ptg.. waktu jln ke kereta, sy nmpk dia mcm sdg menunggu. Sy tegur tanya dia tggu siapa. Katanya tggu ayah. Dia ckp dia xboleh memandu dan tidak dibenarkan memandu sbb dia boleh tak sedar diri bila2 masa. Juga kdg2 dia kena sawan smpi berbuih mulut. Katanya masalah mental dia bermula masa dia maktab.. dan sampai dia posting ke johor dia masih begitu. Lantas dia minta tukar blk kampung ke Selama sbb klu tak tiada siapa boleh bantu dia di Johor. Sempat dia tunjukkan ‘rantai’ medic dia. Rantai itu ada particulars problem kesihatan dia jika berlalu apa2 kejadian bila dia keseorgan. Sdg berborak, ayah dia sampai... Bersyukurlah selalu dgn kehidupan kita.. mungkin ada insan yg tidak bernasib baik seperti kita 😭😭😭. Saya doakan moga Allah sentiasa mempeemudahkan urusan pelajar sy seorg guru yg bernama Noorzawil Akmal ini.. InsyaAllah.. Amin..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan