Isnin
17/12/18 - seawal 7 pagi memandu ke UUM kerana diminta membantu menilai
Portfolio Pengajaran untuk Anugerah Pengajaran UUM. Isnin biasanya agak
meletihkan kerana bangun seawal 3.40 pagi menemankan suami yg akan
pulang ke Tg Malim dan menyediakan sahur ringkas utknya yang berpuasa
sunat setiap isnin. Biasanya selepas suami gerak ke Tg Malim sy tidak
tidur, buat apa2 yg patut.. pagi ini saya sudahkan dengan membaca tesis
sebagai penilai luar. Tak sempat siap sedar2 dah subuh.. cepat2 bersiap
ke UUM. Setengah hari di UUM, memandu pulang. Dlm perjalanan rasa letih
yg amat, maklumla bangun awal. Di rumah lepas asar konon nak sambung
baca tesis.. last2 tertidur ditemani tesis. Terkejut bila Aliff &
Eryna menyuarakan hasrat nak main badminton di luar rumah.
Lepas maghrib perut berkeroncong.. lupa tak lunch. Sedang di dapur sedang memikir apa untuk dimasak, Aliff datang dan bersuara. Mommy.. tak payah masak susah2.. nasi tengahari tadi (yg saya masak sebelum ke UUM) ada lagi, buat nasi goreng jer.. Betul juga.. lantas saya terus menggoreng nasi dan telur dadar. Sebenarnya tadi mcm clueless nak masak apa.. mujur Aliff dah tolong fikirkan.
Mujurlah anak2 faham keletihan ibunya.. apa2 yg dimasak sentiasa selera dimakan. Sentiasa juga berusaha membantu, selepas makan, pinggan settle dibasuh termasuk pinggan mommy.. juga termasuk kuali nasi goreng. Meja dipastikan telah dilap dan dibersihkan selepas makan.
Syukur anak2 memahami dan saling membantu. Tak perlulah banyak A wahai Aliff Eryna.. cukuplah dengan menjadi manusia yg punya empathy, akhlak dan punya rasa tanggungjawab. InsyaAllah Kecemerlangan akan hadir seiring kemenjadian itu... Amin Ya Rabbalalamin.
#DoaSeorangIbu
~mel

Tiada ulasan:
Catat Ulasan