Isnin, 30 Disember 2019
Ahad, 29 Disember 2019
Ex-student saya Nik Nurul Nasuha, grad tahun 2012, datang ke hotel untuk menghantar pemberian dari Trengganu untuk bekas pensyarahnya malam tadi.. Ya Allah saya sgt terharu, semasa nampak muka dia saya rasa nak menangis.. dia tak perlu pun dtg jumpa saya sebab saya bukan mengajar bnyk subjek kpd dia.. hanya pensyarah biasa2 di awal perkhidmatan di USM. Namun ingatan beliau pada saya sangat saya hargai.. masakan tidak.. rumah beliau bukan dekat dengan hotel tempat tinggal saya.. lebih kurang setengah jam perjalanan.. dan beliau juga selesai mesyuarat guru jam 4ptg smlm.. beria datang ziarah sy pada malamnya.. Syukur saya berjumpa dengan insan yg baik2 yg mengingati saya.. Moga Allah melimpahi rahmat dan berkat kepada semua anak2 didik saya tak kira di mana jua mereka berada.. Nik Nurul Nasuha merupakan bekas pelajar Pendidikan Khas USM, kini guru merupakan guru Pendidikan Khas di sebuah sekolah di KT. #Alhamdulillah #IamUSM
Sabtu, 28 Disember 2019
Jumaat, 27 Disember 2019
Khamis, 26 Disember 2019
Berhenti makan tengahari di Bandar Permaisuri Setiu.. Lagi lebih kurang sejam nak sampai bandar KT. Hari Sabtu ada kenduri sahabat karib since masa buat PhD di NZ.. esok kita jalan2 dulu.. #ErynaZulaikha dah tak sabar nak mandi-manda.. behave jer sepanjang jalan.. so mudahlah nak dapat apa2 yg diingini.. #Family #Love #Trengganu2019. InsyaAllah 2 minggu lagi kita ke Hainan pula.. Moga dipermudahkan, InsyaAllah
Isnin, 23 Disember 2019
Expecting Gradution
Final draft of my student’s Farid PhD thesis. Reading it slowly while having coffee and eating #homemade lempeng with sardine. Farid is aiming for GOT (graduate on time) in 2020, he is now just over his two years of his HLP scholarships. InsyaAllah I believed he can do it as he is very consistent with his work. As for me.. he will be my 12th doctorate graduate in my 11 years of serving USM. How time flies... For today.. I’m on leave.. going for Eryna’s pendaftaran KAFA.. going to send kain for baju raya to tailor π€π€.. then a little bit of packing for Trengganu later this week.. My #bff is getting married.. π₯°π₯°
Ahad, 22 Disember 2019
Sabtu, 21 Disember 2019
Jumaat, 20 Disember 2019
Rabu, 18 Disember 2019
Isnin, 16 Disember 2019
Sabtu, 14 Disember 2019
Jumaat, 13 Disember 2019
Khamis, 12 Disember 2019
Cikgu Tution Eryna
Isnin, 9 Disember 2019
Ahad, 8 Disember 2019
Khamis, 5 Disember 2019
Rabu, 4 Disember 2019
Jumaat, 29 November 2019
Khamis, 28 November 2019
Suasana office mommy waktu cuti. Mommy dah arrange tution utk budak 2 orang ni dengan student2 mommy. Selain dari menambah aktiviti cuti sekolah dpt juga bantu student2 mommy utk side income.. belajar adalah jihad dan moga membantu mereka yg berjihad mendapat sebesar pahala dari Allah. So hari ni Aliff tution BM dan Maths, Eryna BM dan BI. Moga Allah permudahkan urusan semua pada hari ini. Malam ini ada majlis apresiasi di Pusat Pengajian Mommy, so papa @faizalr balik kerja nanti jgn lupa ambil budak2 nakal ni.. π₯°π₯°
Isnin, 25 November 2019
Ahad, 24 November 2019
Jumaat, 22 November 2019
Rabu, 20 November 2019
Selasa, 19 November 2019
Isnin, 18 November 2019
To be read #entahbila. Dapat buku cenderahati setelah memberi training Elearning kepada 50 orang pensyarah Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian. Berjumpa dgn kawan my kakak yang sekarang ni surgeon pakar lutut.. dan seorang lagi pakar apa ntah.. semua mempelawa kalau ada apa2 masalah boleh terus hubungi mereka kerana saya kini dianggap tok guru mereka. Subhanallah.. apabila kita mudahkan urusan orang lain, urusan kita akan dipermudahkan.. #InsyaAllah Amin.. #IamUSM #ILoveTeaching
Sabtu, 16 November 2019
Khamis, 14 November 2019
My #bff .. sentiasa saling mengingati ke arah kebaikan.. Kata-kata Hamka.. “Kalau hanya semata-mata cinta, daerahnya terlalu sempit. Tetapi persahabatan mempunyai daerah lapangan yang amat luas, dalam mengharungi lautan hidup yang tiada tentu di mana tepinya ini. Beroleh kemenangan lantaran bertambah seorang sahabat, lebih mahal harganya dari kemenangan mendapat balasan cinta” #LoveYouAll
Rabu, 13 November 2019
Saya rasa sangat terharu bila mana Dr Bakiah sanggup buka klinik mata beliau pagi ini semata2 untuk check mata saya yg masih belum begitu ok.. Untung punya ramai kawan.. terharu sungguh rasanya.. Saya Whatsapp beliau ckp mata masih blur.. masih tak berapa nampak esp jauh.. so beliau minta saya dtg immediately.. After jumpa beliau nampaknya direfer ke HUSM, Kubang Kerian untuk operation mata.. Moga Allah permudahkan.. #SyukurSelalu
Selasa, 12 November 2019
#Maghrib di #PermatangPauh. Balik dari ambil #ErynaZulaikha di sekolah, encik suami terus ajak makan supaya lepas maghrib boleh terus rehat dan buat kerja2 lain. Terima Kasih encik suami yg memahami isterinya selalu kepenatan dan selalu juga kurang tenaga utk memasak waktu balik kerja. Tapi bukan selalu juga makan di luar, bila mampu akan masak juga... depends.. #family #familytime
Jadilah insan yang disayangi kerana bersama sayang hadir rasa hormat dan ukhwah. Kembali ke pejabat selepas kelas melihat satu bungkusan berisi dua bawal cantik dari bekas pelajar yang telah bergraduat. Terima Kasih kepada pelajar2 ku yang sentiasa mengingati walau pun saya sebenarnya seorang pensyarah yang agak tegas.. tapi masih ada yg sentiasa mengingati.. #SyukurSelalu #IamALecturer #Love
Sabtu, 9 November 2019
Rabu, 6 November 2019
#SalamRabu Pagi ini ada interview etika utk my PhD student, Adu. Sebagai SV diminta hadir bersama pelajar. Settle interview, ke admin office check exam paper yg siap divetting. Then baru balik ofis CDAE. Otw teringat xde makanan kat ofis utk mengunyah π€«π€«.. so singgah SCMart. Dah nak bayar ternampak tong aiskrim dan nampak aiskrim Magnum ni.. aduhai tergoda terus π€¦♀️. Mula ambil satu.. then teringat my PA yg sentiasa memudahkan kerja saya.. ambil dua.. then teringat kat org ni org tu di ofis.. last2 end up beli 7 ππ.. Masing2 suka hati boss dtg bawa aiskrim pagi2 buta π€π€. Anyway instinct itu Allah beri.. apa2 nikmat yg Allah beri itu utk ingatkan kita bahawa ada insan lain dibelakang setiap apa yg dilakukan. Jgn terlalu fikirkan berapa harta yg kita ada tapi fikirkan berapa yg kita dah beri.. mungkin dengan apa yg kita beri dapat menyucikan harta kita. Allah banyak menyedarkan saya betapa harta dunia ini tidak dpt membeli kasih sayang malah harta bisa memecah belahkan manusia dan merosakkan hati. Biarlah hidup sederhana asal kita bersedia untuk bertemuNya di sana nanti. #MuhasabahDiri #KitaHambanya #JanganHidupDibayangiHarta
Selasa, 5 November 2019
Isnin, 4 November 2019
Menjadi penilai PhD proposal defense pagi tadi. Sempat wefie dgn lecturer2 PTPM. Hari ni proposal defense agak pening sikit.. first mula2 akak sampai ke centre tu, akak ditegur oleh calon dgn panggilan Kak... alamak dia ni siapa? Dia ckp dia kenal akak masa di NZ. Dia dah buat phd di NZ tp gagal.. Serious akak tak ingat siapa dia π€¦♀️π€¦♀️.. dia ckp masa dia smpi NZ akak dah nak settle PhD.. ok.. patutla.. huhu.. walaupun akak jarang lupakan org.. Kedua, proposal dia mmg out dari segi penulisan bagai. So memula akak rSa susah nk komen sbb dia someone yg kenal akak. Then akak fikir.. what the heck! Nnt kena belasah dgn external examiner pasti lebih teruk.. huhu.. so lepas habis proposal defense dia mcm segan2 nak tegur akak dah.. adoii.. π€¦♀️ Tapi tula.. sebagai examiner, integriti kena tinggi..
Ahad, 3 November 2019
Sabtu, 2 November 2019
Rabu, 30 Oktober 2019
Berkenalan dgn guru2 KEMAS sewaktu makan malam. Saya menyapa mereka dan duduk makan bersama mereka. Terkejut mereka bila dapat tahu saya adalah pembentang esok dan lepak je mkn bersama mereka. Saya katakan.. ehh.. saya manusia biasa je, boleh mkn dgn sesiapa boleh lepak dgn sesiapa. Org yg suka bezakan orang lain dengan melabel taraf orang adalah orang yg ada bongkak dan takbur dalam hati.. sedangkan taraf manusia hanya dibezakan melalui iman dan amal..
Ahad, 27 Oktober 2019
Sabtu, 26 Oktober 2019
Isnin, 21 Oktober 2019
Ahad, 20 Oktober 2019
Destinasi ziarah terakhir hari ini.. menziarahi adikku @afzanrimi yang masih kurang sihat sepenuhnya dari operation 2 minggu lepas.. Tak berkesempatan jumpa kaklong ku yg dtg lebih awal, mungkin berselisih dlm perjalanan dari Kuantan tadi.. Alhamdulillah.. now of we go to KL.. esok balik Penang.. π₯°π₯° #mommypapa. P/s lupa selfie dgn abg @man.az.37 lak tadi π€
Waktu #Syuruk di tengah bandar Kuantan. Pandangan dari Shahzan Inn.. hotel budget yang menarik kerana berada di tengah bandar.. cukuplah untuk suami isteri ini berehat semalaman setelah seharian dalam permusafiran. InsyaAllah akan meneruskan misi kemanusiaan pagi ni. #Alhamdulillah ada student akak yg tau akak di Kuantan beria nak hantar puding raja kepada kami setelah cubaannya menculik kami untuk makan2 tidak berjaya. Dalam waktu yg singkat ini tak dapat memenuhi permintaan semua.. Maafkan kami ππ»ππ» #mommypapa #Kuantan
Sabtu, 19 Oktober 2019
Khamis, 17 Oktober 2019
Selasa, 15 Oktober 2019
Ahad, 13 Oktober 2019
Jumaat, 11 Oktober 2019
Selasa, 8 Oktober 2019
Ubat bekalan doktor pagi tadi.. ubat titis mata dan antibiotics dan tak ingat ubat kemam tu untuk apa.. botol bulat tu ubat sendiri bekal sakit kepala.. hajat dihati nak buat kerja sikit mlm ni tapi kepala berdenyut2 over pulak.. harap2 dpt bangun awal esok urk siapkan.. walaupun doc juga pesan suruh rehat, tenangkan fikiran dan jgn atress.. tapi nak buat mcm mana kan. Moga Allah permudahkan segalanya..
Ahad, 6 Oktober 2019
Sabtu, 5 Oktober 2019
Jumaat, 4 Oktober 2019
Isnin, 30 September 2019
Supervisor...
Ahad, 29 September 2019
Akak dan anak-anak di bawah seliaan Latihan Mengajar yang bergraduat semalam. #Alhamdulillah.. Semua dah dipanggil temuduga SPP kecuali seorang. Bila depa Whatsapp gambar ni semalam, depa cakap.. Dr macam sebaya dengan kami jer.. lantas akak tunjuk Whatsapp tu kat #AliffZachary.. then Aliff cakap.. hmm.. memang mommy nampak sebaya dengan mereka, dari segi ketinggian... Adoii pandai sungguh ya Aliff ya.. #PendidikanKhas #IamUSM
Jumaat, 27 September 2019
Rabu, 25 September 2019
Selasa, 24 September 2019
Congrats Yuen Ting for your PhD!
Isnin, 23 September 2019
Konvokesyen USM ke 50
Ahad, 22 September 2019
Jumaat, 20 September 2019
Khamis, 19 September 2019
Saya berjumpa dengan #Solehah secara online pada tahun lepas.. tak ingat spesifik tarikh. Beliau minta untuk temubual saya bagi kajian Master beliau berkaitan penggunaan teknologi bagi pengajian Qiraat.. Waktu beliau hubungi saya kebetulannya saya sangat sibuk. Entah macam mana saya habis satu meeting di KL awal dan xdpt tukar tiket, maka saya arrange beliau interview saya ketika saya di Subang Airport dengan menggunakan aplikasi zoom. Sangat teruja #Solehah. Sesi zoom tu saya rakan dan hantar kpd dia utk review data collection beliau. Suka betul dia. #alhamdulillah Solehah dah lulus Master beliau.. tadi beliau dtg jumpa saya di Eureka, membawa senaskah tesis untuk saya, sehelai tudung #Muslimah dan juga sebungkus teh peach. Kuasa Allah tu maha besar.. semalam baru terdetik dihati saya nak beli teh berperisa sebegini untuk minum tanpa gula.. tiba2 hari ni muncul di depan mata.. #syukurselalu #IamUSM
Rabu, 18 September 2019
Selasa, 17 September 2019
Isnin, 16 September 2019
Pagi2 nak ke Sik excited tapi risau dah lama tak jumpa kawan2.. rasa macam tak de kawan padahal masa kecil dulu #bff. Bila sampai Keda Resort sekejab je dah get over self-conscious π€. Ke mana2 berdua dengan Auni sampaikan ke toilet pun mommy @ mama Auni tak payah teman. Waktu nak balik tetiba cakap kat mommy.. mommy.. auntie Fadzilah ada cadangan malam ni yina kena tidur rumah auntie Fadzilah.. Auntie Fadzilah yang cadangkan tau,, bukan Yina yang nak.. yina setuju jer tapi kena tanya mommy dulu.. π€¦♀️π€¦♀️.. huhu.. sabo je la.. #FamilyDayCcbs
Jumaat, 13 September 2019
Dating Malam
Rabu, 11 September 2019
Beli tiket baru.. takkan nak mereput di KLIA2 ni sampai jam 10.25mlm.. InsyaAllah Allah akan gantikan dengan benda yang lebih baik.. Ingat hidup jangan menganiaya orang, kelak jika kau sgt memerlukan orang lain, nanti tiada yang ingin membantu.. #KenaSekaliLagi #AkuYangTakPernahSerik #Cukupcukuplah #AllahMahaTahu ππ
Selasa, 10 September 2019
Isnin, 9 September 2019
Ahad, 8 September 2019
Jumaat, 6 September 2019
Khamis, 5 September 2019
Selesai Bengkel Microcredential di UTEM anjuran MyCEL. Bengkel terhegeh2 sikit sebab internet mcm siput.. mmg akak stress gila tapi buat2 cool je la.. Alhamdulillah berjaya jual program bagi mendapatkan ramai course developer.. boss pun gembira mendengarkannya.. π₯°π₯°. #syukurselalu. #IamUSM #sulongselalu
Rabu, 4 September 2019
Jarang2 dia buat surprise.. kali ni bila dia buat surprise akak jadi bingung.. kenapa Apple Watch ⌚️ akak jadi pelik.. kenapa tali jam akak jadi lembik.. puas akak mikir.. last2 baru akak terfikir.. ehh tali jam ni lain.. dah bertukar.. kaler hampir sama. Barulah terfikir.. ini mesti si dia tukar tali jam baru senyap2 tak bgtau akak ππ... Terima Kasih laling.. i suka.. nanti suprise dengan tali bling2 pulak ya π€π€ #mommypapa #myotherhalf #love π₯°π₯°.
Ahad, 1 September 2019
Sabtu, 31 Ogos 2019
#Throwback hari terakhir kursus #pnp2019 #USMStyle Akak sebagai #TeamCDAE. Kursus selama 2 minggu ini selalunya mula2 cuba diminta pengecualian oleh pensyarah2 baru dengan pelbagai alasan.. tapi akhirnya menjadi pengalaman yang berharga. Hingga berjumpa sesi seterusnya February 2020 jika dipanjangkan usia.. InsyaAllah.. Amin. Lihatlah #AkakOver ππ #IamUSM
Jumaat, 30 Ogos 2019
Khamis, 29 Ogos 2019
Rabu, 28 Ogos 2019
Selasa, 27 Ogos 2019
#alhamdulillah.. Sayu hati saya tiba2 pagi ni adik cleaner (Gee) di ofis saya cakap.. Dr, jgn pergi mana2 tau.. kejab saya nak ambil barang.. saya cakap.. ok3.. tiba2 dia muncul dengan beg ini dgn kain batik Sarawak.. dia cakap dia balik kampung dan kakak ipar dia buatkan beg ini utk dibawa balik.. Terharunya saya.. saya tak sangka sungguh saya dalam ingatan dia.. sememangnya setiap kali saya ke mana2 saya selalu belikan sesuatu utk Gee.. dia ni baik budaknya, cuma agak lurus.. kalau dia bersihkan ofis saya memang bersungguh2.. Sebenarnya pentingnya berbuat baik kepada insan lain tak kira apa level mereka. Sebenarnya kita sama. Saya selalu di cop sombong sebab saya akan tegur perkara yang say tidak suka.. tapi teguran itu disalah tafsir bahawa mentang2 saya berada di atas, saya pandang rendah org di bawah.. padahal niat saya hanya untuk memperingat sesama sendiri... takpelah. Kita teruskan berbuat baik.. semoga Allah memberkati kehidupan kita semua. Ps mujur pi Kuching last week tak beli beg jenis ni.. hihi #syukurselalu
Ahad, 25 Ogos 2019
Jumaat, 23 Ogos 2019
Akak sebagai ketua delegasi USM as usual. Bawa adik2 yg bersemangat untuk memperjuangkan inovasi teaching & learning USM. Prosesnya seperti biasa, mereka hantar permohonan ke pejabat akak, akak review dan pilih yang terbaik, keluarkan surat kepada yg berjaya dan sponsorship dikeluarkan oleh pejabat akak. Penajaan banyak juga.. maklumlah kali ini event di UNIMAS. Adik2 akak ni mmg semangat.. dan cakap kami rasa perlu kembali dengan sesuatu sebab ditaja oleh USM.. terhutang budi sebab dapat mewakili USM. Akak ni hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.. Semoga Allah sentiasa permudahkan. #WeLead #USM #SulongSelalu
Khamis, 22 Ogos 2019
Rabu, 21 Ogos 2019
Isnin, 19 Ogos 2019
Ahad, 18 Ogos 2019
Sabtu, 17 Ogos 2019
Jumaat, 16 Ogos 2019
Khamis, 15 Ogos 2019
Isnin, 12 Ogos 2019
Ahad, 11 Ogos 2019
Jumaat, 9 Ogos 2019
Khamis, 8 Ogos 2019
Hari ini ke pusat pengajian untuk check surat dalam pigeonhole.. terpandang pigeonhole Kak Jan yg telah pulang kepadaNya 2 minggu lepasππ. Selalu berjumpa beliau bertembung di tempat ini.. sempat saya jenguk pigeonhole arwah yang kini kosong tanpa apa2.. saya ambil gambar ini sebagai kenangan terakhir bersamanya.. #AlFatihah #DrNorizanEsa
Ahad, 4 Ogos 2019
Sabtu, 3 Ogos 2019
Jumaat, 2 Ogos 2019
Sebenarnya dah penat giler ni, tapi bila jumpa #bff terus jadi happy. #Fabulous4 without #Rosemaliza. Rose πΉ is now fighting #cancer and having radiotherapy everyday and is jot able to join us. May Allah ease.. Do u have #bffs? Jgn hidup ni dikelilingi kawan maya jer, kerja stalk media sosial org then bawa cerita macam2.. kalau dah xde kerja sila berusaha utk cari kerja yg berfaedah. #SilaHidupDiAlamNyata #IngatMati #Alhamdulillah saya dikelilingi sahabat2 yg berkawan kerana Allah..
Khamis, 1 Ogos 2019
Jadi Pengerusi Proses HR hari ni.. sempat wefie satu gambar lepas tu kami terus tunduk evaluate borang permohonan. Berhenti makan then sambung.. Moga kami telah Allah berikan panduan dalam menjalankan amanah yang diberikan. Berat tugas ini sebab melibatkan rezeki orang lain. #IamUSM. Esok ke KL pula untuk menilai permohonan Anugerah Khas Menteri Pendidikan.. moga Allah permudahkan..
Rabu, 31 Julai 2019
Selasa, 30 Julai 2019
Isnin, 29 Julai 2019
My Mentor #USM
Bila bercakap dengan my mentor tentang pemergian Kak Jan, saya siap pesan agar dia jgn kerja kuat sgt.. He is one of my dearest mentor.. Agaknya kalau dia yg pergi, mau saya beli tiket pi Sabah.. dia dah mcm pakcik saya. Tapi.. tua atau muda kita tak tahu siapa yang akan pergi dahulu.. ππ#ProfFong #Mentor #USM
Ahad, 28 Julai 2019
Sabtu, 27 Julai 2019
Rabu, 24 Julai 2019
Terjebak #BBW2019 at #MydinMallBM. Hari ni cuti jaga rumah tp ckp kat kontraktor nak lari sat ke Mydin beli lauk. Dah beli lauk tergoda tgk BBW yang dah seminggu di situ.. so singgahla.. kita touch n go jela.. dapatlah buku budak2 ni dan buku mommy.. tapi mesti kena pi lagi ni ππ. Banyak pula buku Melayu/Agama kali ni.. kalau tidak banyak buku English jer.. #SukaBuku #llovebooksπ
Selasa, 23 Julai 2019
Isnin, 22 Julai 2019
Dijemput sebagai juri #PRiSM2019 di IPDA hari ni.. terjumpa my students yg masuk pertandingan atas inisiatif sendiri.. Aida cakap kat saya, busynya Dr.. tak sangka jumpa Dr kat sini.. then dia terjumpa dgn lagi seorg student saya Ayub, dan Ayub bgtau dia yg saya akan ke KMPP Isnin depan. Saya katakan kepada Aida.. saya ni tak punya apa2 utk dibawa ke SANA nanti.. yg ada hanya ilmu utk dikongsi.. moga jadi bekalan saya nanti.. Itulah sahaja yg saya harapkan dari apa yg saya lakukan sekarang.. #IamUSM #sulongselalu
Ahad, 21 Julai 2019
Sabtu, 20 Julai 2019
Jumaat, 19 Julai 2019
Busy organising a workshop today.. Sepatutnya kena pergi bengkel lain yang penting juga tapi cemana akak nak potong diri yang cute mute ni kan.. tapi tula Bengkel Gamification ni quite good cuma perlu a lot of effort in preparing the materials. Namun begitu, #alhamdulillah.. be positive in whatever we encounter in our life, ingatlah hidup ini tempat untuk bersusah.. mati adalah tempat yang abadi.. #iamalecturer #syukurselalu
Selasa, 16 Julai 2019
#alhamdulillah Syukur Allah permudahkan perjalanan Bengkel ToT Education 4.0 selama 2 hari ini. Walaupun rasa tak berapa konfiden atas sebab diri yg penat setelah berbengkel 2 hari di KL, rasa teruja bila 2 hari yg berlalu melihat peserta bengkel sgt komited, semua bersungguh2 berbengkel dan cuba menghasilkan task2 yang diberikan dengan baik. Jarang jumpa semua peserta tak bergerak dari meja dan awal2 pagi dah muncul utk hadir bengkel. Bila selesai 2 hari bengkel masing2 memang dtg ucap terima kasih atas perkongsian ilmu dan menyatakan bengkel tersebut sangat membuka minda mereka terhadap menghasilkan PdP yang berkesan. Allahu.. syukur sangat2 atas ilmu yg Allah kurniakan dan dpt dikongsikan kpd insan lain. #syukurselalu #iamalecturer #IamUSM #sulongselalu
Isnin, 15 Julai 2019
Ahad, 14 Julai 2019
Sabtu, 13 Julai 2019
Selasa, 9 Julai 2019
Cucuq durian versi #ibunda. Mak.. hari ni genap 10 tahun mak pergi tapi rasanya seperti semalam. Kesibukan hari ini tidak membuatkan anakmu ini lupa akan dirimu. Balik kerja terua singgah di gerai durian, hajat hati mencari durian utk membuat cucuq durian versi arwah mak.. Rindunya Allah saja yg tahu. Ada org cakap.. ko mengada2 balik kampung raya pertama padahal patut raya ditempat lain yg lebih layak.. siapa mereka nak mempersoalkan rindu saya pada kampung saya, pada adik beradik saya.. pada kenangan yg ibu bapa saya tinggalkan.. walau ayah dah 16 tahun pergi.. mak genap 10 tahun hari ini.. tiada bezanya 1 hari atau 10 tahun atau 20 tahun.. ianya tetap sama.. fahamilah wahai manusia.. Mak.. banyak yg mak tinggalkan. Bukan harta benda tapi kecekalan hati dan ketabahan dlm menghadapi ranjau hidup yg mak titipkan dalam hati anakmu ini. Mak tak ajar diriku menjadi penakut.. mak ajar diriku berdikari dan mampu mengharungi dugaan.. mak sendiri bukan penakut.. #MakAnakMuRindu #10TahunMakPergi #Genap9TahunErynaZulaikha #KasihAnak #DoaUntukIbuAyah
Isnin, 8 Julai 2019
Ahad, 7 Julai 2019
Apa yg ada hanya memori.. saya hanya jalan terus dengan hati yang sangat terguris.. saya tahu Allah sentiasa ada menemani saya setiap ketika.. apa yg ada dihati saya pendam, moga suatu hari nanti Allah tunjukkan jalan kebenaran. #alhamdulillah #throwback #NothingLeftToSay #BuatBaikBerpadaPada #TidakMenolehKeBelakang #JanganTanyaMengapa #AllahKanAda
Sabtu, 6 Julai 2019
Jumaat, 5 Julai 2019
Khamis, 4 Julai 2019
Rabu, 3 Julai 2019
Selasa, 2 Julai 2019
#Alhamdulillah terima kasih #USM kerana menghadiahkan sebuah laptop untuk saya. Laptop baru dideliver oleh #Dell #Penang. Cuma akak dah ada MacBook π» jadi laptop ni jadi spare jela.. lagipun akak tak suka guna Window, lagi suka iOS.. Nak beli mac aritu, USM beri RM2500 jer., huhu.. so akak tambah duit sikit utk laptop Dell ini.. #syukurselalu
Kenapa depa dengki sgt kat aku.. aku tak kacau org dok diam2 pun org dengki juga... Itulah yg biasa kita ckp pada diri kita kan.. Marilah kita #muhasabahdiri.. Kenapa org tak suka kita? Mungkin sikap kita yg sgt ignorance yg menyebabkan sedemikian. Kita biar sesuatu sampai menyusahkan org lain, kita ambil mudah perkara yg melibatkan org lain.. kita menyibuk dalam urusan org lain.. kita tidak fikir susah org lain.. dan mcm2 lah.. Kalau org makin menjauhkan diri dari kita.. tentu ada sesuatu yg membuatkan org tak suka kat kita.. Penting sgt ya muhabah diri.. tanya diri sendiri.. aku ni pemalas sgt ke? Keluarga aku susahkan org lain ke? Aku ada tak ambil kesempatan pada org? Aku ni ckp tak serupa bikin? Mcm2 lagilah yg perlu ditanya.. kenal pasti diri sendiri.. kalau kita kaya raya, harta menimbun, cantik bak bidadari.. mungkinla org nak dengki.. tapi kalau hidup pun bergantung kpd org lain.. jauhkan dari syakwasangka yg tidak relevan itu πππ π
Isnin, 1 Julai 2019
Allah gives what you need.. not what you want.. #alhamdulillah menerima lawatan dari Sunway University dan dapat power bank dan peralatan sudu garfu, eco-straw. Sebenarnya dah lama nak beli powerbank tp tak jadi2 sebab tak mencari sgt dan biasanya iphone ni tahan bateri seharian... powerbank lama dah terkubur di Kota Madinah.. Lepas ni berdoa moga diri sendiri terkubur di Kota Madinah.. sekarang ni hantar wakil powerbank pemberian encik suami di sana dulu ya.. Moga Allah makbulkan doa kami suami isteri untuk bersemadi di bumi Rasulullah.. InsyaAllah.. Amin. Umur dah semakin pendek.. sentiasalah mengingati mati.. #alhamdulillah #iamalecturer #syukurselalu
Ahad, 30 Jun 2019
Sabtu, 29 Jun 2019
Jumaat, 28 Jun 2019
Aktiviti setiap bulan singgah Farmasi USM ambil bulan.. Otw ke ofis tadi dengar radio IKIM, ustazah isfadiah cakap ada manusia yg merasakan dirinya baik.. maka org itu sebenarnya tidak baik.. Semoga Allah membersihkan hati saya, menjadikan saya seorang yg ikhlas dan jgn merasa diri saya baik atau lebih baik dari orang lain.. sesungguhnya aku insan yg lemah π’π’ #muhasabahdiri #JagaIkhlas #Buatbaikdibalasburuk dan redha adalah satu kurniaan Allah yg paling tinggi.. bila buat baik dan dibalas buruk dan kemudian kita balas kebaikan kpd org itu.. maka sesungguhnya kita berada ditempat yg tertinggi... #BelumSampaiKeTahapItu #HatiMudahRebah
Khamis, 27 Jun 2019
Selasa, 25 Jun 2019
TQ encik suami @faizalr tolong bawa akak pergi appoinment pakar mata pagi ni.. #alhamdulillah retina mata akak ok, cuma mungkin kena tambah power spek yang menyebabkan akak pening, over silau bagai dan tak boleh drive malam sebab cahaya selalu over pecah. Ada sedikit katarek dimata kanan tapi tak teruk, so kalau akak xnak operate pun xpe.. first thing doc suruh akak upgrade spec yang dah bnyk tahun tak tukar ni π π . Actually hari ni terpaksa minta abang hantar ke IPPT di Bertam sebab doc letak ubat utk besarkan anak mata yg menyebabkan akak tidak dibenarkan drive selama beberapa jam. Sekarang ni pun masih berbalam2 penglihatan. Anyway, Alhamdulillah Allah permudahkan.. appoinment lagi 8 bulan π π . #EyeClinic #IPPT #ThedoctorIsMyFriend
Isnin, 24 Jun 2019
Assalamualaikum dan #SalamIsnin. Moga hari ini bakal memberikan keberkatan untuk kita. Semoga Allah mempermudahkan urusan saya, ahli keluarga, sahabat2 tercinta, rakan sekerja, juga pelajar2 saya. InsyaAllah.. Allah bersama2 dengan kita dalam apa jua keadaan. Hasbunallah wanikmal wakil.. #alhamdulillah #Monday
Ahad, 23 Jun 2019
Esok atau lusa bolehla pergi menabung hajikan duit2 raya #erynazulaikha dan #aliffzachary. Masing-masing excited nak tambah duit raya dengan duit simpanan.. Alhamdulillah belajar menabung dari kecil moga2 dah besar nanti boleh beli cincin besar... ehh.. boleh simpan untuk masa depan. Sekarang ni simpan di #TabungHaji. #ASNB tak jenguk2.. biarlah beranak pinak di sana ya.. Moga terus istiqomah.. InsyaAllah.. Amin.. #FamilyPlanning
#throwback semalam di SMK Bukit Mertajam, memberikan ceramah #DigitalClassroom untuk #LDP guru2 sekolah seramai 101 orang. Moga bermanafaat.. #alhamdulillah dpt saguhati separuh terus beri kpd #AliffZachary.. Rezeki untuk dia kali ini sebab mempamerkan kecemerlangan akademik. Semoga terus istiqomah untuk kecemerlangan dunia dan akhirat. Whatever happen hidup ini hanya sementara.. kita hidup untuk mati.. #syawal1440h
Sabtu, 22 Jun 2019
Jumaat, 21 Jun 2019
Akak garang tgh tunggu drebar #UPSI datang ambil utk pergi ke stesen KTM Tg Malim. #alhamdulillah tugas sebagai penilai luar program Sarjana Pendidikan (Teknologi Maklumat) telah dilaksanakan. Semoga telah memberi manafaat kepada fakulti terlibat.. InsyaAllah. #mystyle #iamalecturer #iamUSM #sulongselalu
Rabu, 19 Jun 2019
Selasa, 18 Jun 2019
#Alhamdulillah.. sampai ofis hari ini thesis hard bound ini menanti di meja. #InsyaAllah my 10th doctorate student will be graduating pada konvokesyen USM tahun ini. Syukur dengan apa yg Allah berikan. 10 tahun berkhidmat berjaya menggraduatkan 10 org pelajar yang kini mempunyai gelaran Dr.... #syukurselalu #iamalecturer #iamasupervisor #PhDUSM #SaudiArabia
Isnin, 17 Jun 2019
Ahad, 16 Jun 2019
Sabtu, 15 Jun 2019
Jumaat, 14 Jun 2019
Rabu, 12 Jun 2019
Ahad, 9 Jun 2019
Naik motor pi Mydin beli #Indomie. Maklumla lepas raya, bajet dah lari jadi kita survive dgn mi segera. Jadi makcik yg kecoh kat Twitter pasal anak sedara bagi RM5 tu sila husnuzonlah.. entah2 dia silap bagi sampul, maklumla dalam henbeg ada banyak jenus sampul.. RM2, RM5, RM10, RM50 dan RM100. Nak ambil RM50 terambil sampul RM5... takkan itu pun nak viral.. redholah itu je rezeki kita. Hari Raya untuk merapatkan ukhwah.. kalau pun anak sedara beri RM5, apalah salahnya.. entah2 mcm akak ni haa.. balik Penang makan Indomie jer.. kereta mmg besar tapi kereta org.. bank punya, bukan beli cash ππ. Balik ni nak kena servis mau 6-7ratus terbang.. so marilah kita kayakan tokey indomie. Semoga Allah permudahkan urusan kita sementara tunggu gaji yang akan datang.. hihi.. #SHRMZB #Raya5
Sabtu, 8 Jun 2019
Jumaat, 7 Jun 2019
Khamis, 6 Jun 2019
Rabu, 5 Jun 2019
Selasa, 4 Jun 2019
Ahad, 2 Jun 2019
Sabtu, 1 Jun 2019
Jumaat, 31 Mei 2019
Me & my staff. Last day of work before raya dimulakan dengan tazkirah dan muhasabah diri hingga akak menitiskan airmata. Kemudian sesi bermaafan.. Kemudian kami ke Anjung Budi USM utk photoshoot hari raya.. #alhamdulillah. Syukur akak diberikan peluang bekerja dengan insan yang baik2 dan sentiasa mengingatkan dan memberikan panduan dan perkongsian dlm meneruskan hidup di muka bumi ini. Kemudian kami ke Anjung Budi USM utk photoshoot hari raya.. #mystyle #TeamCDAE #IamUSM #sulongselalu #BossAmbilGambar
Khamis, 30 Mei 2019
Rabu, 29 Mei 2019
Ahad, 26 Mei 2019
Jumaat, 24 Mei 2019
Pentingnya stokin tangan ini dlm kehidupan seorg guru/trainer terutama bil berbaju kurung tangan tanpa butang. Kadang2 bila menulis, lengan baju akan melorot ke bawah, kalau kain lembut sampai ke siku. Dulu2 kaedahnya letakkan klip kertas dihujung lengan supaya tak melorot.. sekarang ni lebih mudah pakai stokin lengan. Dah lama saya cuba biasakan berstokin lengan, stokin kaki pun wajib juga. Kadang tengok org bertudung tapi pakai baju lengan pendek.. so tutup di atas buka dilengan dan kaki apatah lagi. Marilah kita cuba menutup aurat dengan sempurna.. mulakan Ramadhan ini.. moga Allah memberkati hidup kita. InsyaAllah.. Amin.. #alhamdulillah #iamalecturer #mystyle
Isnin, 20 Mei 2019
Khamis, 16 Mei 2019
Isnin, 13 Mei 2019
Kisah nak Raya
1. Kuih Raya - berapa banyak nak beli? Rumah sendiri, rumah mak sendiri, rumah mertua... so at least 3 bekas bagi sejenis kuih. So kalau 5 jenis dah jadi 15 bekas.. biasanya si suami jarang fikir benda2 ni.. bila dah sampai rumah mak dia baru dia tanya.. kuih untuk mak ada tak?? huhu...
2. Baju Raya - Isteri fikir baju sendiri, baju anak2, baju suami sekali.. Raya 1 - baju biru, Raya 2 - baju hijau, Raya 3 - baju kelabu... sampai lah raya ke 10 kalau cuti 10 hari laa... Orang lelaki cuma akan tanya pada hari kejadian.. hari ni pakai baju apa?? hihi... Itu belum lagi masuk tudung raya, sampin raya, butang baju melayu, kasut raya..
3. Plan Raya - Raya 1 raya kat kampung saya.. raya ke 2 pkl berapa nak balik kampung awak.. raya ke 3 nak pi mana... raya ke 4 nak makan apa (rendang dah habis)..
4. Duit Raya - Anak sedara nak bagi berapa.. yg dah masuk universiti lain, sekolah menengah lain, sekolah rendah lain.. tahap tak sama duit pun berbeza warna.. sampul pun kena fikir nak bezakan antara u, menengah & rendah... Pastu anak jiran ni berapa, anak sepupu berapa, anak kawan2 berapa... anak orang tak kenal pun kena kira juga.. kan kan kan..
5. Beg balik raya - Beg merah untuk sebelum raya, baju nak pakai kat rumah b4 raya, Beg biru utk rumah 1, beg hitam utk rumah 2, beg anak2 lain.. beg kuih muih lain, bahan2 utk masak lain, beg kasut lain, tudung fan baju dah gosok lain... ehh... beg makanan kucing pun lain juga ya..
5. Perangai adik-beradik ipar duai.. ada yang rajin, ada yang over rajin, ada yang bapak pemalas, ada yang suka ambil kesempatan, ada yang buat dek.. ada yg tetiba muncul nak makan, ada tau nak rembat jer apa yg ada tapi nak contribute mmg liat.. ada yg malas basuh pinggan.. semua org perempuan fikir.. bukan apa kalau tak fikir sendiri yg penat.. orang lelaki cakap.. lek aaa.. small matter.. huhu..
Actually macam2 lagi.. yg kdg2 buat org pompuan ni jadi pening.. bukan saja nak peningkan kepala.. tp terpaksa fikir sebab nanti bila hari kejadian mula laaa... adehh... ini lupa.. itu lupa... dan pemikiran ini telah start bermula... sekarang... (sekarang ni tiap2 hari pening hari ni nak masak berbuka apa...).
#blog
~mel
Pagi2 dah perap 1/4 ayam utk dibakar ptg nanti. Perap siap2, ptg nanti boleh bakar terus dgn bahan perapan yg telah meresap ke dalam ayam π€€. Ayam diperap dgn bahan2 biasa bawang besar, bawang putih, halia, serai serta disulami #pescilicikna hasil air tgn sahabat akak Angah @dapur_cikna. Tentu menggoda selera untuk berbuka nanti.. InsyaAllah π₯°π₯° #Iamamommy #Ramadhan2019
Sabtu, 11 Mei 2019
Jumaat, 10 Mei 2019
Berhari2 dia minta mommy ambil di tranait hari Jumaat sebab katanya abang Ijat (abang van) lambat sampai dan sekolah masuk awal. Mommy tak janji sebelum ni tapi pagi tadi rasa kesian pula. Sebab dah plan nak balik awal hari ni sebab nak berkemas balik Gombak, so mommy say yes! Nanti mommy jemput. Then tambah pula request.. nak ajak kawan2..bila mommy cakap ok, semua melompat. Tengokla tu bila sampai sekolah minta wefie.. masing2 gelak dan suka hati.. π₯°π₯°π₯° #anakmommypapa #erynazulaikha #aufanasuha #bff
Khamis, 9 Mei 2019
Selasa, 7 Mei 2019
Ahad, 5 Mei 2019
Sabtu, 4 Mei 2019
Khamis, 2 Mei 2019
Rabu, 1 Mei 2019
Nampak tu.. abang @faizalr punya sayang kat akak, makan pun sepinggan, bersuap pulak tu π€ͺπ€ͺ. Si isteri nganga mcm naga nak ambil angpau tahun baru cina.. maklumla kelaparan.. Semalam kelas mlm, sampai rumah mmg macam naga rasa nak makan orang... #Love #mommypapa #alhamdulillah #HappyLabourDay #LoveOfMyLife
Selasa, 30 April 2019
Isnin, 29 April 2019
Ubat terbaru yg doktor subscribe hari ini.. nadi yg sentiasa berdenyut lebih dari hadnya selama sudah beberapa tahun ni membuatkan doktor baru di Pusat Sejahtera merasa bimbang. Lantas dia berikan ubat ini tapi diminta makan separuh sahaja dari ubat π ini. Moga ia mampu dpt memperlahankan nadi saya yg semakin pantas bergerak.. Namun bagi saya, ubat2 yg perlu saya makan ini adalah ingatan kepada hidup yg hanya sementara. Sentiasa perlu insaf bahawa semua ini hanya pinjaman.. semuanya sementara.. yg kekal abadi hanyalah di sana.. #InsyaAllah #alhamdulillah #me
Sabtu, 27 April 2019
Jumaat, 26 April 2019
Entah apa ranjau duka yang dilalui olehnya selama hampir 8 tahun menyiapkan kajian PhD hinggakan apabila Tuan Pengerusi Viva mengumumkan beliau lulus dengan pembetulan sederhana besar untuk di ijazahkan dengan Ijazah Doktor Falsafah, muka beliau sgt merah dan tak tertahan2 lagi beliau mengalirkab#n air mata di hadapan kami. Sebak pula hati saya dibuatnya.. Dan bila pengerusi minta beliau memberikan ucapan, lantas dengan suara bergetar beliau mengucapkan terima kasih terutamanya kepada saya yg menjadi penilai luar beliau. Beliau. Juga berkata.. akhirnya saya berjaya juga.. 8 tahun bukan satu jangkamasa yg singkat.. Sebenarnya inilah perjuangan PhD yang tidak difahami oleh ramai org. Kepayahan mengenggam segulung ijazah yang membawa gelaran ‘Dr’ itu bukan mudah. Ada yg berjaya mendapat ijazah itu di atas mengalirnya airmata darah.. ada yg kehilangan kehidupan.. ada yg kehilangan mcm2.. ada yg dipinggir keluarga.. dan harga sebuah PhD itu tidak sama dengan yg lain.. pengalaman setiap individu berbeza... Itulah sebabnya jarang org yg ada ijazah kedoktoran yg sombong dgn ipmu mereka.. cuma biasanya mereka dituduh sombong sebab org yg menuduh hanya melihat title yg dibawa tetapi tidak melihat apa yg mereka telah lalui. #PhD #PermenantHeadDamage #alhamdulillah
Rabu, 24 April 2019
Isnin, 22 April 2019
Ahad, 21 April 2019
Jumaat, 19 April 2019
Ini guru saya. Suatu ketika dahulu semasa saya berada di tingkatan 1-2 tiap2 hari saya menaiki kereta beliau utk ke sekolah. Masih saya ingat, saya selalu dpt buku free dari beliau. Pernah bila saya dpt markah penuh 100% utk subjek yg beliau ajar, sampai2 je kat rumah rupa2nya mak dan ayah dah tau. Cepat je sampai kat mak ayah π. Malam tadi bila Cikgu Zul Mohd tau saya di Pekan, awal2 beliau dah message ajak makan malan bersama beliau dan keluarga. #Alhamdulillah syukur sangat dapat berjumpa dengan guru yg banyak berjasa pada saya. Keberkatan ilmu dan keikhlasan seorang guru sudah tentu penyumbang utama kejayaan saya di samping doa arwah ibu bapa & keluarga tercinta. Terima Kasih cikgu.. semoga keikhlasan cikgu menjadi pahala yg berterusan buat cikgu.. #CikguSaya #throwback #SyukurSelalu P/s Asyik cikgu belanja saya.. lain kali dtg Penang saya wajib belanja ππ
Khamis, 18 April 2019
Rabu, 17 April 2019
Selasa, 16 April 2019
Ahad, 14 April 2019
Sabtu, 13 April 2019
Jumaat, 12 April 2019
Khamis, 11 April 2019
That’s what’s friends are for. Encik suami tiba2 cakap, tolong tanya your friend kat UIA boleh tak tolong verify documents utk urusan mak. I said let me check dia ada kat ofis tak sebab dia bi mcm saya juga tak lejat kat ofis. Bila sy message bgtau nak minta tlg dia sahkan dokumen, dia cakap 30 minit lagi dia akan sampai ofis. So terjadilah kejadian berjumpa dgn #bff hari ni. #Alhamdulillah ada kawan yg baik2, yg saling membantu disaat diperlukan.
Rabu, 10 April 2019
Selamat Tinggal Abah..
~mel