Isnin, 23 Disember 2019

Expecting Gradution

Final draft of my student’s Farid PhD thesis. Reading it slowly while having coffee and eating #homemade lempeng with sardine. Farid is aiming for GOT (graduate on time) in 2020, he is now just over his two years of his HLP scholarships. InsyaAllah I believed he can do it as he is very consistent with his work. As for me.. he will be my 12th doctorate graduate in my 11 years of serving USM. How time flies... For today.. I’m on leave.. going for Eryna’s pendaftaran KAFA.. going to send kain for baju raya to tailor 🤭🤭.. then a little bit of packing for Trengganu later this week.. My #bff is getting married.. 🥰🥰 

 



Khamis, 12 Disember 2019

Cikgu Tution Eryna

Anak2 PGA101 mommy #Syakierah dan #Hadizah yang tolong buat tution pada Aliff dan Eryna. Next week tak dapat buat dah sebab mommy kena pergi bengkel di KB.. then mommy dah ambil cuti.. then... sekolah dah nak start semula 🙄🙄.. sekejabnya masa berlalu.. aduss..

#Gomoning from #MommyYina #SalamKhamisKerja #adatutionharini #ErynaZulaikha


Rabu, 6 November 2019

#SalamRabu Pagi ini ada interview etika utk my PhD student, Adu. Sebagai SV diminta hadir bersama pelajar. Settle interview, ke admin office check exam paper yg siap divetting. Then baru balik ofis CDAE. Otw teringat xde makanan kat ofis utk mengunyah 🤫🤫.. so singgah SCMart. Dah nak bayar ternampak tong aiskrim dan nampak aiskrim Magnum ni.. aduhai tergoda terus 🤦‍♀️. Mula ambil satu.. then teringat my PA yg sentiasa memudahkan kerja saya.. ambil dua.. then teringat kat org ni org tu di ofis.. last2 end up beli 7 😂😂.. Masing2 suka hati boss dtg bawa aiskrim pagi2 buta 🤭🤭. Anyway instinct itu Allah beri.. apa2 nikmat yg Allah beri itu utk ingatkan kita bahawa ada insan lain dibelakang setiap apa yg dilakukan. Jgn terlalu fikirkan berapa harta yg kita ada tapi fikirkan berapa yg kita dah beri.. mungkin dengan apa yg kita beri dapat menyucikan harta kita. Allah banyak menyedarkan saya betapa harta dunia ini tidak dpt membeli kasih sayang malah harta bisa memecah belahkan manusia dan merosakkan hati. Biarlah hidup sederhana asal kita bersedia untuk bertemuNya di sana nanti. #MuhasabahDiri #KitaHambanya #JanganHidupDibayangiHarta


Roti Sardin & Nasi Lemak for bfast together this morning. #mommypapayina #motivasi utk memulakan tugas pagi ni 🥰🥰


Isnin, 30 September 2019

Supervisor...

Since last week dia mohon untuk jumpa saya. Katanya dia sgt perlu untuk jumpa saya.. then baru hari ini baru berkesempatan untuk bersua. Dia hadir ke pejabat saya.. perkataan pertama adalah.. Dr. saya ingin mohon maaf banyak2 atas kesalahan saya dengan linangan dengan airmata yg tak putus-putus. Lantas saya cakap.. eh.. awak takde salah apa2 kat saya.. Dr. saya memang bersalah kat Dr. saya terlalu ikut perasaan saya.. sekarang saya sedar saya takkan dapat grad kalau Dr bukan supervisor saya..

Al-kisah tahun lepas dia mendaftar PhD di bawah seliaan saya. Dia merupakan pelajar Master di bawah seliaan saya dan beliau satu2 nya pelajar yang dapat A untuk disertasi Master tahun tersebut. Namun bila dia daftar PhD dia rasa saya sangat sibuk dan tak dapat tumpukan perhatian pada dia. Bila dia nak tukar saya cakap.. ok.. saya just nasihat kan dia fikir masak2 sebab dia menamakan seorang yang saya rasa mungkin tidak sesuai dengan dia. Saya cadangkan seorang yang lain tapi pada masa tersebut dia macam tetap dengan keputusannya. Saya cakap kepada dia.. sebenarnya dia sedikit sebanyak menjatuhkan reputasi saya sebab tidak pernah ada pelajar saya yang pernah memohon tukar supervisor walau sesibuk mana saya. Saya tandatangan borang pertukaran dan move on. Walau pun saya agak terkilan sebab dia memohon tukar hanya selepas 3 bulan pendaftaran, saya fikir tentu ada hikmahnya di sebalik apa yang terjadi.

Betul sangkaan saya.. hari ini dia ingin saya kembali menjadi supervisor dirinya. Dia cakap dah setahun dia stuck pada Bab 2, supervisor dia langsung tak baca apa dia buat dan semasa prospektus supervisor yang dipilih langsung tidah membantu malahan komen sebagaimana penilai. Dan the sv confess dia tak baca prospektus yang ditulisnya. Dia cakap.. dia minta maaf sangat2 sebab terlalu menurut rasa hati dan tak dengar nasihat saya. Dia tau silap dirinya sendiri. Dan dia paling terharu bila walau pun dia buat saya sedemikian, saya masih layan dia dengan baik, bila dia minta tolong saya masih tolong dia sebaik mungkin.

Lantas saya katakan pada dia.. saya lebih suka move on bila sesuatu terjadi, sebab saya percaya Allah Maha tahu. Apa2 pun saya tanya kpd dia, dia nak saya supervise dia semula ke? Dan dia tanya boleh ke.. sebab dia perlu isi borang semula.. takut nanti tak lulus. Saya cakap tak pe.. isi je semula.. denngan justifikasi yang betul. InsyaAllah akan lulus.

Sebelum pulang dia berkata, Dr. mak saya juga kirim salam dan pesan yang mak dia juga minta maaf sebab saya sebagai anak dia telah menyakitkan hati Dr.

Terharu saya... seorang ibu sanggup mohon maaf bagi pihak anaknya..

~Kisah hari ini dengan pelajar PhD.. dia dah isi borang dan saya dah tandatangan untuk dia rujuk kembali menjadi student saya semua.

#KisahUntukDikenangSuatuKetikananti

Selasa, 24 September 2019

Congrats Yuen Ting for your PhD!

Congrats Yuen Ting for your PhD! Dr Roz @banksy99i is the supervisor and me helping as a co-sv. This is Dr Roz first PhD graduates. Congrats to Dr Roz too!! This is my 11th PhD graduates 💪🏻💪🏻 #alhamdulillah

Isnin, 23 September 2019

Jumaat, 13 September 2019

Dating Malam

Merempit pi dating malam2 ni.. maklumla esok cuti 🤭. Ada bunyi org 🎤 karaoke tepi ni.. acah2 si dia.. dia cakap kena bala kang baru tau 🤣🤣. #mommypapa #Supper #Us

Jumaat, 23 Ogos 2019

Cantik pula gambar dengan my kakak ni.. 🥰🥰. Baru sampai Penang, my kakak bff ada workshop di Penang esok..


#Alhamdulillah.. Semua anak buah pulang dengan medal.. moga semua pulang dengan semangat untuk meneruskan perjuangan dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran for lifelong learning. #syukurselalu


Persidangan Meja Bulat Majlis E-Pembelajaran IPTA (MEIPTA) 3/2019. Sebenarnya dah penat 2 hari di sini dgn pelbagai kerja 😏. Harap2 masih ada tenaga yang tersisa untuk beri tumpuan kepada meeting hari ni 💪🏻💪🏻 #USMLead #sulongselalu #IamUSM


Akak sebagai ketua delegasi USM as usual. Bawa adik2 yg bersemangat untuk memperjuangkan inovasi teaching & learning USM. Prosesnya seperti biasa, mereka hantar permohonan ke pejabat akak, akak review dan pilih yang terbaik, keluarkan surat kepada yg berjaya dan sponsorship dikeluarkan oleh pejabat akak. Penajaan banyak juga.. maklumlah kali ini event di UNIMAS. Adik2 akak ni mmg semangat.. dan cakap kami rasa perlu kembali dengan sesuatu sebab ditaja oleh USM.. terhutang budi sebab dapat mewakili USM. Akak ni hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.. Semoga Allah sentiasa permudahkan. #WeLead #USM #SulongSelalu


Isnin, 29 Julai 2019

My Mentor #USM


 

Bila bercakap dengan my mentor tentang pemergian Kak Jan, saya siap pesan agar dia jgn kerja kuat sgt.. He is one of my dearest mentor.. Agaknya kalau dia yg pergi, mau saya beli tiket pi Sabah.. dia dah mcm pakcik saya. Tapi.. tua atau muda kita tak tahu siapa yang akan pergi dahulu.. 😓😓#ProfFong #Mentor #USM

#SpekBaru #NoCaption


Selasa, 2 Julai 2019

#Alhamdulillah terima kasih #USM kerana menghadiahkan sebuah laptop untuk saya. Laptop baru dideliver oleh #Dell #Penang. Cuma akak dah ada MacBook 💻 jadi laptop ni jadi spare jela.. lagipun akak tak suka guna Window, lagi suka iOS.. Nak beli mac aritu, USM beri RM2500 jer., huhu.. so akak tambah duit sikit utk laptop Dell ini.. #syukurselalu


Dah beli nasi lemak.. nmpk lontong.. so beli dua2 🤦‍♀️🤦‍♀️.. nasi lemak PARU mkn tghari pulak 🤐🤐.. #BilaAkakLapar #syukurselalu #SyukurRezekiAllah #alhamdulillah


Kenapa depa dengki sgt kat aku.. aku tak kacau org dok diam2 pun org dengki juga... Itulah yg biasa kita ckp pada diri kita kan.. Marilah kita #muhasabahdiri.. Kenapa org tak suka kita? Mungkin sikap kita yg sgt ignorance yg menyebabkan sedemikian. Kita biar sesuatu sampai menyusahkan org lain, kita ambil mudah perkara yg melibatkan org lain.. kita menyibuk dalam urusan org lain.. kita tidak fikir susah org lain.. dan mcm2 lah.. Kalau org makin menjauhkan diri dari kita.. tentu ada sesuatu yg membuatkan org tak suka kat kita.. Penting sgt ya muhabah diri.. tanya diri sendiri.. aku ni pemalas sgt ke? Keluarga aku susahkan org lain ke? Aku ada tak ambil kesempatan pada org? Aku ni ckp tak serupa bikin? Mcm2 lagilah yg perlu ditanya.. kenal pasti diri sendiri.. kalau kita kaya raya, harta menimbun, cantik bak bidadari.. mungkinla org nak dengki.. tapi kalau hidup pun bergantung kpd org lain.. jauhkan dari syakwasangka yg tidak relevan itu 🙊🙊😅😅


Isnin, 13 Mei 2019

Kisah nak Raya

Jadi orang perempuan bukan mudah.. terutama bila nak raya.. dalam kepala terpaksa fikir macam2.. contohnya:

1. Kuih Raya - berapa banyak nak beli? Rumah sendiri, rumah mak sendiri, rumah mertua... so at least 3 bekas bagi sejenis kuih. So kalau 5 jenis dah jadi 15 bekas.. biasanya si suami jarang fikir benda2 ni.. bila dah sampai rumah mak dia baru dia tanya.. kuih untuk mak ada tak?? huhu...

2. Baju Raya - Isteri fikir baju sendiri, baju anak2, baju suami sekali.. Raya 1 - baju biru, Raya 2 - baju hijau, Raya 3 - baju kelabu... sampai lah raya ke 10 kalau cuti 10 hari laa... Orang lelaki cuma akan tanya pada hari kejadian.. hari ni pakai baju apa?? hihi... Itu belum lagi masuk tudung raya, sampin raya, butang baju melayu, kasut raya..

3. Plan Raya - Raya 1 raya kat kampung saya.. raya ke 2 pkl berapa nak balik kampung awak.. raya ke 3 nak pi mana... raya ke 4 nak makan apa (rendang dah habis)..

4. Duit Raya - Anak sedara nak bagi berapa.. yg dah masuk universiti lain, sekolah menengah lain, sekolah rendah lain.. tahap tak sama duit pun berbeza warna.. sampul pun kena fikir nak bezakan antara u, menengah & rendah... Pastu anak jiran ni berapa, anak sepupu berapa, anak kawan2 berapa... anak orang tak kenal pun kena kira juga.. kan kan kan..

5. Beg balik raya - Beg merah untuk sebelum raya, baju nak pakai kat rumah b4 raya, Beg biru utk rumah 1, beg hitam utk rumah 2, beg anak2 lain.. beg kuih muih lain, bahan2 utk masak lain, beg kasut lain, tudung fan baju dah gosok lain... ehh... beg makanan kucing pun lain juga ya..

5. Perangai adik-beradik ipar duai.. ada yang rajin, ada yang over rajin, ada yang bapak pemalas, ada yang suka ambil kesempatan, ada yang buat dek.. ada yg tetiba muncul nak makan, ada tau nak rembat jer apa yg ada tapi nak contribute mmg liat.. ada yg malas basuh pinggan.. semua org perempuan fikir.. bukan apa kalau tak fikir sendiri yg penat.. orang lelaki cakap.. lek aaa.. small matter.. huhu..

Actually macam2 lagi.. yg kdg2 buat org pompuan ni jadi pening.. bukan saja nak peningkan kepala.. tp terpaksa fikir sebab nanti bila hari kejadian mula laaa... adehh... ini lupa.. itu lupa... dan pemikiran ini telah start bermula... sekarang... (sekarang ni tiap2 hari pening hari ni nak masak berbuka apa...).
#blog

~mel

Geram betul dia nak naik tgk #mommy buat kerja.. siap nak naik atas #Macbook mommy.. #Cinomot #MommyCuti


Pagi2 dah perap 1/4 ayam utk dibakar ptg nanti. Perap siap2, ptg nanti boleh bakar terus dgn bahan perapan yg telah meresap ke dalam ayam 🤤. Ayam diperap dgn bahan2 biasa bawang besar, bawang putih, halia, serai serta disulami #pescilicikna hasil air tgn sahabat akak Angah @dapur_cikna. Tentu menggoda selera untuk berbuka nanti.. InsyaAllah 🥰🥰 #Iamamommy #Ramadhan2019


Rabu, 10 April 2019

Selamat Tinggal Abah..

Tanggal 2 Syaaban 1440.. 8 April 2019, bapa mertua saya telah kembali ke Rahmatullah. Arwah abah berada dalam keadaan sakit yang agak membimbangkan dalam seminggu dua ini. Sebelum itu abah memang telah sakit berterusan. Saya menulis blog ini semoga satu hari nanti suami mahupun Eryna dapat membaca catatan ini untuk mengingatkan keadaan arwah abah sebelum pemergiannya selama-lamanya...

9 Mac 2019 - Kami pulang ke Gombak. Pada masa ini abah masih ok.. masih boleh berjalan perlahan-lahan dengan bertongkat, Tapi kesihatan abah nampak merosot, jadi kami bercadang agar encik suami balik semasa hujung minggu utk melawat abah.

23  Mac 2019 - Kami tak balik memandangkan adik suami, Faiz balik pada hujung minggu tersebut. Setelah berbincang kami fikirkan eloklah suami dan Faiz bergilir pulang ke Gombak, maklumlah jarak perjalanan agak jauh. 

27 Mac 2019 (Rabu) - Saya sarankan encik suami ambil cuti Khamis, Jumaat (28-29/3) memandangkan saya akan berbengkel di UPM pada waktu tersebut dan budak2 cuti sekolah. So boleh balik Gombak 4 hari. Suami ambil cuti, so sy boleh berulang dari Gombak ke UPM. Waktu ini kesihatan saya sendiri kurang baik, Batuk yg berpanjangan dan dlm perjalanan ke Gombak pun saya berpesan kpd suami, maafkan saya kalau saya tertidur sebab saya under medication. Kami sampai agak lewat malam dalam pkl 1 pagi.. kemudian esok pagi saya rasa sgt tak sihat utk memandu ke UPM. Mujur ada seorang kawan dari UIA yg akan hadir bengkel, so saya tumpang beliau ke UPM. Petang tu encik suami ambil saya di UPM. Sepanjang 4 hari di Gombak, kami menyaksikan kesihatan abah semakin merudum. Encik suami setiap malam tidur di bawah menemani mak mertua melayani abah pada waktu malam. Pada suatu malam ketika encik suami naik ke bilik kami di Gombak beliau bertanya saya ok ke.. sebab saya tak sihat tapi dia sentiasa di bawah bersama abah. Saya cakap xpe.. inilah masanya dia patut berbakti pada abah.. saya ok. Pada pagi Ahad kami berangkat pulang ke Penang.. singgah ke Kuala Kangsar melawat abgcik yg meminta kami hantarkan sedikit barang kepadanya. so sampai di Penang jam 4.30 gitu...

1 April 2019 (Isnin) - Pagi ketika saya di ofis encik suami memberitahu keadaan abah agak membimbangkan. So saya standby aje di ofis utk balik ke rumah jika ada apa2.  Tiba2 bila nila encik suami ambil saya di ofis, beliau beritahu abah telah di hantar ke emergency HKL jam 4 ptg, dah kami perlu balik KL. Pada mulanya kami mcm biasa balik satu kereta ke rumah, sebuah kereta lagi biasanya kami tinggalkan di ofis saya. Sampai di depan masjid USM, saya tergerak cakap kat encik suami... kita perlu bawa balik dua kereta in case of anything. So kami pusing ambl kereta dan balik asing2. Oleh sebab encik suami berpuasa, sampai rumah saya masak nasi dan kari ayam.. lepas maghrib kami balik Gombak. Perjalanan sgt meletihkan kami ebrdua, maklumlah baru tak sampau sehari balik Penang.. otw kamit erpakda berhenti di rawang sebab encik suami sgt mengantuk. Saya xdapat membantunya sebab saya still tak sihat. Kami sampai di HKL jam 3.30pagi.. Suami tinggalkan saya, eryna dan aliff di parking HKL dan dia ke emergency tengok abah. Lebih sejam kami tidur (saya tidur2 ayam jelah sebab risau) baru encik suami muncul dan kami balik Gombak.. sampai gombak lebih kurang 5 pagi. 

2 April 2019 - Pukul 8 saya dan suami ke HKL naik grab.  Abah masih di emergency. Pkl 9 lebih kurang abah dah boleh masuk wad. Abah dalam kesakitan, suara tidak berapa keluar.. dan abah sgt tidak selesa. Saya dan suami menjaga abah hingga 4 ptg. pada waktu itu kami hanya bersarapan di rumah... hingga 4ptg tak makan sebab tak sanggup tinggalkan abah. Doktor pakar belum dtg hingga kami balik. Lepas dah balik baru kami makan.. tengahari merangkap malam.

3 April 2019 - Pukul 3 pagi suami kejutkan saya bgtau dia nak ke HKL ganti adiknya Faiz. Pkl 10 am dia bgtau dia lapar belum sarapan dan xsanggup nak turun tinggalkan abah. So saya ambil grab dan pergi HKL. saya belikan sandwivh utk beliau makan. Then doktor pakar datang dan terangkan situasi abah dan minta kami tandatagan bahawa kami faham akan penerangan doktor tersebut. Tengahari kakak suami datang, so kami turun untuk makan tengahari.. saya makan nasi ayam... suami peliks ebab saya tak suka sgt nasi ayam..  Bila kami naik semula ke wad, abah nak ditolak ke tempat xray dan scan. Kami ikut dan lama jugalah prosesmya. Lepas scan, naik wad tgk2 katil abah telah berubah dari katil 33 ke 37. Kami balik gombak jam 5 ptg.. masa tu saya berbelah bahagi.. macam rasa perlu balik penang supaya anak2 tak ponteng sekolah lama sgt. So malam tu saya balik ke penang naik ets jam 8.40pm.. sampai stesen KTM pkl 1.40 am dan terus ambil grab ke rumah. Suami tinggak di KL sendirian hingga hari Ahad. 

7 Aoril 2019 (Ahad) - encik suami balik penang. Dia bercadang nak bincang dengan Pengarah tentang cuti untuk menjaga abah pada hari Isnin.

8 April 2019 - Saya ada jemputan ceramah di Polteknik Kulim. Sebenarnya saya agak risau kalau2 emergency dan tak dapat hadir kerana penganjur dah book saya berbulan lamanya. Alhamdulillah dapat saya beri ceramah. Habis ceramah sy terus balik rumah dan work from home sambil prepare nak masak untuk suami yg berpuasa sunat Isnin. Pkl 6 petang sedang saya potong sayur, konon dan buat sup sayur... nasi dah dimasak.. tetiba saya perasan ada miss call dari suami. Bila sya calls emua dia cakap abah dah tiada... tak lama lepas tu suami muncul.. kami pi ambil eryna.. siap2 dan balik gombak. Otw belum sampai tol saya tersedar sy tertinggal ubat.. kami pusing belakang balik rumah ambil ubat.. tadinya saya tak jadi masak utk suami.. so end-up bila pusing blkg balik azan berkumandang.. last2 kami makan di nasi kandar Astana depan rumah jer.. 

9 April 2019 - Kami sampai Gombak jam 12.35 pagi... jenazah abah terbujur kaku di ruang tamu. Kami solat dan membacakan yassin buat abah... Jam 8.30 pagi.. jenazah abah di bawa ke Madrasah Al-Hilaliah Gombak setia utuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan... Pukul 10.30 dibawa ke Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota...




Nota..

Selamat Tinggal abah.. moga kita bersua lagi di Syurga Allah. Tiada yg lebih hiba melihat insan yg paling baik di dunia ini pergi selama2nya. Insan ini menerimaku dalam keluarganya seadanya.. Teringat ketika arwah kritikal di HKL minggu lepas, selepas xray dan ct scan.. ketika abah terbaring di katil 37..  tiba dia menunjuk jari kpd saya sambil tersenyum lebar.. kemudian ditunjuk pula suami saya dgn senyuman paling manis buat kami berdua.. Senyuman itu kekal dihati saya.. Waktu itu abah sudah tidak mampu berkata2 dengan jelas..

Kata suami saya.. dia merasa gembira walaupun abah telah tiada. Alhamdulillah beliau berpeluang menjaga abah disaat akhir, menyelesaikan Surah Al-Baqarah & separuh surah Al-Imran buat abah.. berpeluang memandikan abah.. berpeluang mengimamkan solat jenazah abah.. dan akhirnya berpeluang mengiringi abah ke liang lahad.. Syukur Ya Allah.. Walau sedih itulah yang mampu dilakukan oleh seorang anak lelaki buat bapanya untuk kali terakhir.. selepas ini hanya doa yang mampu mengiringi..

Al-Fatihah buat abah Allahyarham Abdul Rahman Sharif.. You will be missed.. 

~mel
 

Baju Raya @ AEON Alpha Angle

Preparing for raya.. tak payah pergi ke fitting room, test kt patung je lah nak tau cantik ke idak design tu 😂😂 #tb #throwback #ErynaZulaikha

Sabtu, 26 Januari 2019

#throwback atas flight.. before going back home. #Alhamdulillah Allah telah merezekikan kami sekali lagi menunaikan umrah pada tahun 2019 ini. Sabda Rasulullah SAW: Di antara satu umrah dengan satu umrah yang lain itu adalah penebus dosa di antara tempoh keduanya. [Sahih Bukhari]. Semoga #Umrah2019 mabrurah dan Allah mengampunkan dosa kami yang lalu.. Amin Ya Rabbalalamin.


New Story From Me

#AllahBagiCash Biasa kita dengar kisah2 yang terjadi pada jemaah yang mengerjakan haji & umrah di Tanah Haram. Kali ini terjadi kepada encik suami Faizal Rahman. Beliau berkata, tak naklah bawa balik selipar yang dipakai, nak tinggal aje di Masjid Nabawi sebelum balik. Waktu saya berjumpa dgn dia di pintu utama Masjid Nabawi saya lihat dia berkaki ayam, lantas saya bertanya mana selipar? Dia cakap selipar hilang.. Ehh.. pulak. Yang bestnya selipar diletak bersama selipar aliff elok2, tapi selipar Aliff ada, tapi selipar suami hilang. So berkaki ayamlah encik suami sambil berkata.. haa.. tadi beria cakap nak tinggal selipar, betul2 Allah bagi cash.. hilang terus. Entah macam mana, Lepas maghrib dia balik dengan berselipar.. ehhh.. pelik mana pulak dia jumpa. Dia ckp otw balik tetiba ternampak selipar elok jer di depan pintu keluar masjid.. MasyaAllah.. dalam berpuluh ribu manusia boleh jumpa semula selipar tu.. bukan ditempat asal tapi ditempat lain.. Allah Maha Berkuasa.. #blog#AllahBagiCash Biasa kita dengar kisah2 yang terjadi pada jemaah yang mengerjakan haji & umrah di Tanah Haram. Kali ini terjadi kepada encik suami Faizal Rahman. Beliau berkata, tak naklah bawa balik selipar yang dipakai, nak tinggal aje di Masjid Nabawi sebelum balik. Waktu saya berjumpa dgn dia di pintu utama Masjid Nabawi saya lihat dia berkaki ayam, lantas saya bertanya mana selipar? Dia cakap selipar hilang.. Ehh.. pulak. Yang bestnya selipar diletak bersama selipar aliff elok2, tapi selipar Aliff ada, tapi selipar suami hilang. So berkaki ayamlah encik suami sambil berkata.. haa.. tadi beria cakap nak tinggal selipar, betul2 Allah bagi cash.. hilang terus. Entah macam mana, Lepas maghrib dia balik dengan berselipar.. ehhh.. pelik mana pulak dia jumpa. Dia ckp otw balik tetiba ternampak selipar elok jer di depan pintu keluar masjid.. MasyaAllah.. dalam berpuluh ribu manusia boleh jumpa semula selipar tu.. bukan ditempat asal tapi ditempat lain.. Allah Maha Berkuasa..

Sabtu, 19 Januari 2019

#alhamdulillah #Ustazah #ErynaZulaikha #SubuhTerakhir di Tanah Haram.. #Umrah2019.. Adakah #Umrah2020 atau #Umrah2021. Kalau dulu #Umrah2015.. semoga selepas ini tidak perlu menunggu 3 tahun untuk ke sini lagi.. 🥰🥰🥰


Mesti beli cincin 💍 kalau ke Mekah 🕋


New Story From Me

Minah Arab kat sebelah tanya kenapa dia tak boleh akses Internet.. dihulurnya telefon Android minta tolong selesaikan masalah dia. Bila akak check tengok dia dah guna 1.06gb dari 1.1gb.. akak gtau dia suruh pi top-up data.. masalahnya dia tak faham.. akak try guna google translate dari english ke arab.. adusss.. itu pun dia tak faham.. agaknya dia bi orang Turki kot.. akak tanya dia org mana pun dia tak tau nak jawab 🤦‍♀️🤦‍♀️ #blogMinah Arab kat sebelah tanya kenapa dia tak boleh akses Internet.. dihulurnya telefon Android minta tolong selesaikan masalah dia. Bila akak check tengok dia dah guna 1.06gb dari 1.1gb.. akak gtau dia suruh pi top-up data.. masalahnya dia tak faham.. akak try guna google translate dari english ke arab.. adusss.. itu pun dia tak faham.. agaknya dia bi orang Turki kot.. akak tanya dia org mana pun dia tak tau nak jawab 🤦‍♀️🤦‍♀️

Ahad, 13 Januari 2019

Jamak Taqdim di Masjid Jamek Kg Baru.. #ErynaZulaikha bergilir dengan mommy guna telekung mommy.. #alhamdulillah Habis solat baru #lunch


#Throwback #Nasikandaq sedap! Tapi encik suami takut dah nak makan sebab sedap sangat.. takut buncit 😀😀😀


New Story From Me

InsyaAllah.. memulakan perjalanan ke Gombak.. esok adalah perjalanan yang dinanti2.. tiada perjalanan yang bisa membuat rasa keterujaan sebegini.. semoga Allah memberi rezeki dan kesihatan agar mampu melakukannya berkali-kali.. 🥰🥰🥰 #blogInsyaAllah.. memulakan perjalanan ke Gombak.. esok adalah perjalanan yang dinanti2.. tiada perjalanan yang bisa membuat rasa keterujaan sebegini.. semoga Allah memberi rezeki dan kesihatan agar mampu melakukannya berkali-kali.. 🥰🥰🥰

Isnin, 7 Januari 2019

Dia cakap dia nak pack baju dia sendiri, maklumla beg dapat sorang 2 😅😅.. so mommy layan je lah. Bila dia dah kemas, mommy suruh buka beg, tengok-tengok ada orang tambahan dalam beg dia.. bawa anak patung 2 ketul rupanya 😂😂. Sabar je lah budak #ErynaZulaikha ni. #umrah2019🕋


New Story From Me

Keutamaan Hidup Ada orang keutamaan dalam hidupnya adalah makan, makan setiap aktiviti hidupnya berfokuskan kepada mencari tempat makan, menikmati makan yang sedap-sedap, dan sanggup ke sana-sini hanya untuk mencari kelainan dalam menikmati makanan. Ada orang keutamaan dalam hidupnya adalah berpakaian, maka putaran hidupnya dilebihkan untuk membeli pakaian yang cantik, mahal yang bisa memuaskan hati masing-masing. Ada orang keutamaan dalam hidupnya adalah berjalan dan meneroka tempat lain. Maka diutamakan seluruh kehidupannya dan rezekinya supaya dapat berjalan dan menikmati alam ciptaan Allah. Ada orang keutamaan dalam hidupnya adalah diri sendiri. Selagi terasa tidak cukup dengan apa yang ada dan tidak mencapai matlamat hidupnya, mereka tidak rasa mampu untuk membantu orang lain, sedangkan sebenarnya mereka mampu. Pelbagai keutamaan diri seseorang, kadang kita lihat orang mampu buat perkara-perkara yang kita tidak mampu buat, ada orang mampu berjalan ke merata dunia tapi rumahnya tidak ada perhiasan indah. Ada orang mampu beli kereta besar dan mahal tapi pakaiannya biasa-biasa sahaja, mungkin tudung pun berharga RM10. Keutamaan seseorang menjadikan seseorang itu sama ada mampu atau tidak. Tapi janganlah terlalu memberi keutamaan kepada sesuatu hinggakan sanggup melebihkan perkara lain lebih dari ibu bapa atau keluarga sendiri. Jangan juga mempertikaikan kemampuan orang lain sebab keutamaan pada setiap seorang itu berbeza. Namun ingatlah keutamaan yang melampau akan memudaratkan. #blogKeutamaan Hidup Ada orang keutamaan dalam hidupnya adalah makan, makan setiap aktiviti hidupnya berfokuskan kepada mencari tempat makan, menikmati makan yang sedap-sedap, dan sanggup ke sana-sini hanya untuk mencari kelainan dalam menikmati makanan. Ada orang keutamaan dalam hidupnya adalah berpakaian, maka putaran hidupnya dilebihkan untuk membeli pakaian yang cantik, mahal yang bisa memuaskan hati masing-masing. Ada orang keutamaan dalam hidupnya adalah berjalan dan meneroka tempat lain. Maka diutamakan seluruh kehidupannya dan rezekinya supaya dapat berjalan dan menikmati alam ciptaan Allah. Ada orang keutamaan dalam hidupnya adalah diri sendiri. Selagi terasa tidak cukup dengan apa yang ada dan tidak mencapai matlamat hidupnya, mereka tidak rasa mampu untuk membantu orang lain, sedangkan sebenarnya mereka mampu. Pelbagai keutamaan diri seseorang, kadang kita lihat orang mampu buat perkara-perkara yang kita tidak mampu buat, ada orang mampu berjalan ke merata dunia tapi rumahnya tidak ada perhiasan indah. Ada orang mampu beli kereta besar dan mahal tapi pakaiannya biasa-biasa sahaja, mungkin tudung pun berharga RM10. Keutamaan seseorang menjadikan seseorang itu sama ada mampu atau tidak. Tapi janganlah terlalu memberi keutamaan kepada sesuatu hinggakan sanggup melebihkan perkara lain lebih dari ibu bapa atau keluarga sendiri. Jangan juga mempertikaikan kemampuan orang lain sebab keutamaan pada setiap seorang itu berbeza. Namun ingatlah keutamaan yang melampau akan memudaratkan.