Sambil2 jalan di tepi benteng.. tah sampai ke mana tah.. satu kawasan macam paya sikit kot.. tetiba ternampak sebijik bola golf kat bawah benteng tu.. Ish.. power betul golfer tu.. golf course tu berada di seberang jalan benteng tu.. mesti golfer tu pukul kuat giler sampai ke seberang jalan bola golf tu terbang.. tetiba faizal cakap dia nak turun ke bawah utk ambil bola golf tu.. actually memula aku ingat dia main2.. rupanya mmg dia amat bersemangat utk terjun benteng.. tapinya.. aisehh.. dia dah turun bawah baru aku terfikir nak amik gambar.. :P
Khamis, 30 April 2009
bola golf
Sambil2 jalan di tepi benteng.. tah sampai ke mana tah.. satu kawasan macam paya sikit kot.. tetiba ternampak sebijik bola golf kat bawah benteng tu.. Ish.. power betul golfer tu.. golf course tu berada di seberang jalan benteng tu.. mesti golfer tu pukul kuat giler sampai ke seberang jalan bola golf tu terbang.. tetiba faizal cakap dia nak turun ke bawah utk ambil bola golf tu.. actually memula aku ingat dia main2.. rupanya mmg dia amat bersemangat utk terjun benteng.. tapinya.. aisehh.. dia dah turun bawah baru aku terfikir nak amik gambar.. :P
RMCA
2x nasi masak kong boh ayam & 1x nasi masak udang 3 rasa
Semalam hari jalan2 se Kuala Lumpur. Actually aku tak berapa sihat sgt smlm.. agaknya non-stop travelling dan badan agak penat, so pagi2 smlm otw masa drive to faizal's house aku rasa weng smcm. After breakfast aku amik panadol, and otw to Kelana Jaya while faizal was driving aku mcm separuh jaga & lena, tau2 dah sampai sana.
But tak sihat badan tu terus hilang bila pak syed (a.k.a pak hadramie) muncul kat RMCA. He was (and is) really a nice guy dan rasa berbesar hati lak sebab pak syed sudi nak jumpa makan2 dengan we all berdua. Rasa tak kekok nak berbual dengan pak syed.. mcam dah kenal lama2 pulak. Kesimpulannya...best..best..best.
Kat atas tu menu makan tengahari we all.. best.. cuma mmg bahaya makan nasi masak kong boh ayam tu.. tengah2 makan aku tergigit cili api.. pedas..pedas.. so terpaksa ceat2 order ais kosong.. hehe.. pak syed pun cenggitu... tapi kalau faizal yg kena sure tak kisah punya pasal cili api biasanya dia buat ulam je.. silap2 dia makan macam keropok..huhu.. punya asyik makan nasi masak kong boh ayam tu sampai lupa nak pau nasi udang masak tiga rasa yg faizal makan..
Anyway.. seronok dpt jumpa pak syed smlm.. dan makanan kat restoran tu sedap.. cuma agak jauh sikitla dari klang dan gombak.. tapi kalau kepingin boleh la pergi..
Stop dulu kat sini.. pasal nak hantar mak gi klinik jab..
~mel
tq both faizal & pak syed..
had a really good day yesterday
Selasa, 28 April 2009
nasi tumpang
One of the best thing dlm trip ke kelantan weekend ari tu adalah pasal makan. macam2 we all try. Dan dlm meeting yg last di HUSM kitorg dihidang dengan nasi tumpang. Rupa nasi tumpang tu seperti di atas.
Dalam bungkusan tu ada macam nasi impit sebenarnya. Tapi berbentuk mcm bungkusan daun pisang tu... lonjong. mengikut kata org kelantan yg join meeting tu, nasi dimasak lembik2 dan time panas2 lepas masak dimasukkan dlm daun pisang. Tu yang jadi mcm nasi impit dan berbentuk lonjong cam daun pisang tu..
Di bahagian atas, hujung yg besar tu.. diletakkan lauk pauk.. ada udang masak pedas.. serunding ikan yg sangat sedap (aku rasa), dan ada ayam masak merah. Kawan aku pun ckp nasi tumang yg kami makan tu sedap.. tapi rugi sbb time tu aku dah bfast kat hotel.. so tak dpt pulun nasi tumpang tu bnyk2..huhu..
Anyway.. kalau anda ke Kelantan... silalah rasa nasi tumpang ni.. worth the try... :). Aku rasa nasi tumpang ni ada sikit2 mcm lontong kering johor tapi ada beza sikit.. if you go to johor then try lontong kering lak... :)
~mel
tingin lak nak makan nasi tumpang lg..
Ahad, 26 April 2009
arish naurah
petang tadi aku ada mesyuarat di HUSM Kubang Kerian. Kawan aku dari awal we all bertolak dr penang insisted yg dia nak pergi melawat anak kawan dia di HUSM. So td habis meeting cepat kol 4 tp waktu melawat pkl 5 ptg. So staff HUSM ckp dia tolong bwk kami gi melawat. Lagipun kami staff so kad staff kami boleh access bangunan HUSM juga.
Sampai2 kami kat wad bayi kritikal.. kami diberitahu oleh misi yg kami xdibenarkan masuk ke dlm bilik anak kawan aku tu sebab condition dia kritikal. cuma boleh jumpa ibu bapanya sj. Kawan aku agak frust.. then kawan dia cakap xpe.. dia akan dukung baby ke luar dari pintu wad dia.
So.. di atas ini adalah gambar baby arish naurah. dpt amik dari luar aje... arish disahkan mengidap kanser darah (dlm golongan leukimia). Kes spt dia agak rare di malaysia, sekarang dah kimoterapy phase 3 tapi yg sedihnya kimo lngsng tak berkesan.. maksudnya sel kanser masih membiak. Ibu nya diberi cuti tanpa gaji 6 bulan (skrg dah 3bulan tak kerja) dan ayahnya dah 2bulan xkerja dan akan sambung lg. utk pengetahuan u all sbnrnya ibubapa arish kerja di penang tp di penang xdpt kesan ape2. kebetulan ibu arish org kelantan, bila bawak ke HUSM baru dpt kesan. Arish anak ke 3. so anak2 mereka yg besar dh dipindahkan ke KB utk bersekolah sementara arish di sini..
kesiankan... simptoms2 yg dihadapi oleh arish sebelum admitted to HUSM adalah sentiasa demam.. dan setiap kali demam doc akan bg ubat yg sama.. sehingga satu ketika ada infection baru dpt kesan something wrong. Masa aku pergi td, bapa arish cakap dia non-stop demam (tgkla kat kepala tertampal cool fever) dan suhu badan ni sentiasa dlm 39.9C.
sedih td.. siap mengalir airmata.. arish belumpun sampai setahun.. airmuka dia sayu jer...
kawan2 kalau rasa teringin nak menderma apa2 kepada keluarga ini ckpla kat mel.. insyallah mel akan smpikan kepada mereka. xdapat. mel bygkan suami isteri tu skrg bercuti tanpa gaji.. mata ibunya mmg bengkak.. sentiasa menangis.. dgn anak2 besar yg bersekolah... kesian sungguh...
~mel
sayu sgt rasanya..
Sabtu, 25 April 2009
merak kayangan..
p/s just realised i refer driving then jd penumpang kat belakang... rasa teruk journey td.. siap tahan nak muntah..loya... adehh.. mlm ni pun rasa tak larat... kalau drive sendiri biasa ok jer..
~mel
betul ke sayap istilah utk merak?
si dia pun xtau... :P
Jumaat, 24 April 2009
temper
tq pak hadramie..
Lelah..
2. Cintakan diri sendiri
3. Baru cinta org lain..
These are the words yg selalu diulang2 pdku... tapi yang sukar untuk aku lakukan. Cintakan Allah tetap pertama.. tp no. 2 dan 3 itu sgt sukar utk aku lakukan. Aku mmg bodoh.. sbb tak kasihankan diri sendiri.. mcm2 dah aku lalui.. dan aku sepatutnya belajar dari kesilapan lalu.. jgn terlalu sygkan org.. jgn terlalu percaya pd janji2 org.. dan aku sanggup tak menjamah makanan atau minuman walaupun aku terlalu lapar semata-mata kerana aku pentingkan org lain dr diriku sendiri. Tapi aku bukan seorang yg baik.. aku ni entah apa2..
Cuma.. ketika ini aku mengharapkan Allah berikan kekuatan padaku.. aku merasakan aku telah berada di penghujung jalan.. ada dua persimpangan di hadapanku.. mengalah lantas lelah.. & berani tapi mati.. dua2nya sukar.. dua2nya penuh liku..
mengalah lantas lelah ~aku terasa ingin mengalah..membiarkan istiharah terakhir berkubur.. biarlah impian itu tinggal impian.. biarlah semuanya berlalu.. walaupun akan lelah utk teruskan perjalanan hidup.. mungkin itu yg terbaik.. ya Allah.. terasa ingin beristiharah lg malam ini.. dan bersolat hajat utk melupakan segalanya.. aku benar2 lelah.. kalau sirih yg diberi hang tuah supaya puteri raja melupakannya wujud (dlm filem hang tuahdulukala).. aku mmg ingin memakan sirih tersebut.. supaya aku boleh lupa dan mulakan hidup baru.. tp apakan daya.. itu hanya cerita purba... dan aku tetap lelah..
berani tapi mati.. aku boleh teruskan.. beranikan diri.. menaruh harapan.. tapi aku juga mengundang kematian pd hidupku, mengundang kedukaan.. & sengsara.. jika kupilih jalan ini.. aku terpaksa sanggup utk menghadapi segala2nya.. ahhh...aku tak tau.. why should i stay... why should i... aku hanya mengundang derita hidupku.. Ya Allah.. haruskah aku sengsara demi kerana sebuah kasih sayang... wujudkah lg kasih syg yg tidak membawa duka...
Hmmm.. aku harus kembali padaMu Ya Allah.. berikanlah aku petunjukMu Ya Allah.. kerana ku telah sgt lelah dan amat perlukan petunjuk istiharah... Malam ini kan ku ulangi lagi...
~mel
dlm wudhuk aku mencurah rasa...
moga beroleh ketenangan jiwa...
Rabu, 22 April 2009
surat kebenaran
malas betul nak bangun gi kerja hari ni... rasa letih & penat.. may be sebab semlm travel kot.. so dah dptkan kebenaran dari doktor.. huhu.. bestkan kalau doktor betul2 boleh bagi kebenaran cenggini...
dapat surat ni dari Sick Note application utk IPhone... hehe.. best guna iPhone ni.. aplication ni boleh didapati dari iTunes Application Store.. for free.. kalau nak notes yg lagi best kena beli dgn harga USD1.99.. guna yg free je la.. :P
~mel
malasnyer nak bgn..
Selasa, 21 April 2009
guru
aku memblog ni direct dari kelas 4 sains sebuah sekolah di kulim. pelajar2 sdg melakukn prbincangan..pelatih yg sedang aku observe sdg memantau.. hari ni last aku observe kat sekolah ni.. sebenarnya berat tugas seorg guru.. dr merancang prngajaran setiap hari dan setiap waktu.. mendidik anak2 bangsa dari segi akademik & kehidupan.. sesungguhnya besar jasa guru dlm hidup kita.. bukan senang nk jadi guru yg berkualiti dan melahirkan anak2 banga utk membangunkan generasi akan dtg.. kita yg bukan guru usahlah pandang remeh tugas mereka..
ingatlah bakti guru2 kita.. siapalah kita tanpa guru...
~mel
insaf betapa sukar tugas guru..
Khamis, 16 April 2009
Puisi hamba..
On the way back dari kerja tadi dlm kereta aku terdengar lagu baru Ella ni.. Sebagai peminat setia lagu2 Ella aku mmg agak teruja bila terdengar Ella ada lagu baru... so dalam hati ni mmg tgh fikir nak ke kedai CD utk beli album baru 2009 ni.. dengar cerita mcm album kompilasi gak ni.. tapi ada 3 lagu baru... errr.. dah kuar ke belum album ni... tercari2 gak kot2 ada mp3 lagu puisi hamba ni... lom semat kuar lg kot..huhu..
Puisi Hamba
~ ELLA
Esok hari...tiada lagi...
Suram nya hati utk ku pergi...
Meninggalkan bulan dan suria...
Itu umpama kamu semua...
Diri ini diterpa hiba...
Tika fajar berubah senja...Ooo...
Terima lah puisi hamba...
Pengganti ku bila tiada...
Sukar untuk ku berkata...
Selamat tinggal semua...
Aku ini sering berdoa kepada yang Maha kuasa...
Agar kita satu semula...
Sayang ini bukan masanya...
Sejauh mana aku kembara....
Memori ku digalas bersama...
Esok hari tiada lagi suramnya hati untuk ku pergi....
Terima lah...terima lah.. terima lah..
Bersama...bersama..bersama...
~mel
puisi hamba....
internet..
Isnin, 13 April 2009
hatchlings certificate...
~mel
will try my best whatever happen... will always do..
Ahad, 12 April 2009
Hatchlings favourite...
Gerimis Senja..
Gerimis Senja - Alleycats
Ku terpegun di jendela
bila hujan gerimis senja
Tak ku lihat di hadapan ku
diri ku dalam lamunan
Tiada lain yang ku bayangkan
hanya peristiwa itu
Dosa-dosa yang ku lakukan
tetap mengganggu batin
Tanya pada diri
apakah ini semua cobaan belaka
Kesal ku tak berakhir
menduga keyakinan ku kepadanya
Batin ku menjerit namun tiada suara..
Aku cuba menyatukan semua harapan yang berkecai
Tuhan ku bimbingkanlah diri ku
agar kesal ku hilang
Gerimis sungguh mencengkam
tiada dapat ku tahan lagi
Sungguh-sungguh tak ku menduka hingga jadi begini..
~mel
batinku menjerit namun tiada suara...
pondok...
Sebuah pondok berunsur tradisional di tengah-tengah kampus USM.. nampak kukuh berdiri megah walaupun tidak diketahui apa fungsinya.. jarang nampak ada orang di situ...
putaran..
~mel
merenung jauh..
Sabtu, 11 April 2009
gunting..
Disebabkan hari ni seharian aku melepak kat rumah tak kemana-mana, kebosanan dah sampai tahap maksima.. so.. terpaksa jugalah aku menggunting kain tu.. tgh2 gunting ngantuk plak.. actually bila brg2 jahitan & brg2 guntingan xberapa lengkap mmg boring nak start.. aku masih mencari2 kedai peralatan jahitan dekat2 rumah aku ni.. tp x nampak pulak.. kedai bunga adalah.. mana nak cari ekk.. kalau dapat jumpa kedai peralatan jahitan sure lg semangat aku menjahit.. agak2nyer pc pun boleh diabaikan... huhu.. (boleh caya ke?)... :P
Di bawah ni kain yg aku gunting.. nak buat baju kurung pesak gantung.. baju yg buat ukuran tu mmg paling selesa pakai skrg ni.. huhu..
Utk tang kain senang jer.. tak perlu gunting teruk2, just nanti adjust time nak jahit.. Actually mmg aku suka sgt menjahit ni.. skrg dah boleh menjahit sbb kedua2 mesin jahit aku dah ada, mesin jahit tepi dan mesin biasa.. tp since smpi tak pernah test lagi.. takut gak kot2 jem lama kat tgh laut.. huhu..
~mel
menjahit utk memberi semangat pd diri yg rasa tah ape2 skrg ni...
psstt... tak sabar nak pakai baju baru jahitan sendiri
teringin gak nak jahitkan baju melayu utk seseorg..
Jumaat, 10 April 2009
jerangkung..
aku pun tnya dia keje mana skrg, sbb last time aku jumpa dia, dia nak masuk uitm. rupanyer dialah yg akan memberi demo pasal e-content tu.. jd senior executive kat company tu rupanyer.. before dia nak start demo tu dia sempat dia cakap.. ish.. ko skrg dah mcm jerangkung.. kurus betul..
Bila teringat dia cakap aku cam jerangkung aku terbayangkan aku ni cam rangka hidup jer.. atau lebih tepat lagi.. tulang2 yg berjalan, berdiri dllg... camnela nak ugrade sikit berat badan ni... risau plak..
~mel
teringat lak lagu jerangkung dlm almari!
kawan atau sahabat..
Semalam aku agak bengang.. aku jumpa student aku copy kerja org lagi utk assignment derang..
Khamis, 9 April 2009
shawl..
Rabu, 8 April 2009
fb & twitter
Bila aku smpi ke meeting tu.. tgk2 adalah dua tiga org yg aku kenal.. setakat kenal tp xbiasa sgt. Muka2 lain mmg unfamiliar. Bila prof anf his collegue bentangkan projek tu.. perghh.. betuk ckp my collegue td.. semuanya aku suka. And aku ada experience in every inch of the project. Tgh2 they bentangkan tu, tiba2 they all tnya soklan.. sape2 sini pernah guna twitter.. haha.. aku rasa nak gelak kat situ... fb? lagila aku rasa nak terguling.. tp sebab aku dah ler xdijemput.. wat muka macho je la..sambil angkat tangan. And my collegue tetiba je perkenalkan sape aku kat meeting tu.. dan cakap.. actually aku gunakan twitter & facebook utk aku punya kelas.. semua mata pandang kat aku.. haaa.. nak explanation la tu...
So, terpaksalah aku cerita panjang lebar pasal projek twitter and facebook aku for my students, and also blogging system. Tak lupa juga aku membangga diri kejab cakap actually projek yg they cadangkan itu aku mmg biasa buat time aku kat nz and rasanya aku mmg familiar dgn apa yg they all inginkan. Hah.. bertalu2 soklan kat aku pulak.. camne aku guna twitter & facebook utk pengajaran dan pembelajaran sebab ianya sosial networking. Aku just terang satu persatu dan aku tekankan yg this is my early exploration. However.. setakat ni aku rasa aku dah melangkah jauh sikit dari the normal ways of teaching and learning... which is sooo boring! They were all really impressed!
Suddenly the Pof stood up and said: I want you in our team! Dang!
I got it and i love it!
:)
~mel
a bit of inspiration for myself to take my mind away from all the -ve thoughts...
cari telur..
cikeboom..
Selasa, 7 April 2009
doa..
Ya Allah.. mungkin malam ini istiharahku yg terakhir..
Tunjukkan padaku sebenar-benarnya jalan hidupku..jalan ke arah keredhaanMu..
Sesungguhnya selama ini istiharahMu menjadi petunjuk hidupku ya Allah..
Kujadikan panduan yg mengharungi hidup penuh dugaan..
Aku percaya pada Qadha dan QadarMu Ya Allah..
tapi aku juga makin tidak mampu untuk bertahan lagi..
Haruskah aku menunggu.. atau haruskah aku pergi..
Ya Allah.. berikan petunjukMu..
Sujudku hanya padaMu..
Berikan aku sebab mengapa aku perlu terus di sini..
Namun.. aku tidak perlu sebab untuk pergi.. aku redha Ya Allah..
Andai itu jalan hidupku..
Hanya padaMu aku berserah..
dan hanya padaMu aku memohon pertolongan...
Ya Rahman.. Ya Rahim..
Hanya padaMu ku titipkan doa..
Rahmatilah ibuku.. dan arwah ayahku..
Berikanlah lindunganMu buat mereka..
Ya Hannan.. Ya Mannan..
Berkatilah hidup insan yg ku sayang..
Rahmatilah kedua ibubapanya
Berikanlah keberkatan pada hidup mereka..
Ampunilah dosa2 mereka...
Ya Allah..
Malam ini dan hari-hari seterusnya..
kupohon padaMu..
pudarkanlah sayang dan cintaku sesama manusia..
Limpahkan hanya sayang dan kasih buatMu..
Kerna aku tidak lg sanggup bermimpi..
Rasa penuh dosa menyiksa hati sendiri..
Ya Allah..
Andai istiharahku malam ini.. menghendaki aku pergi... ya Allah aku redhaa.. seredhaa redhaanya.. Andai istiharah ini masih mahu aku terus melalui ranjau ini.. akan jua kuturuti.. tapi ya Allah.. andai kau mahu aku terus begini.. permudahkan jalanku.. sesungguhnya aku sudah tidak berdaya lagi... tolonglah aku.. Ya Allah.. Istiharahku hanya padaMu.. teguhkan imanku dan tingkatkanlah kesabaranku.. Cukuplah Ya Allah dugaanMu padaku.. kasihanilah aku.. aku hanya perlu kasihan dariMu.. tidak dari manusia.. jauhkanlah rasa kasihan manusia pada diriku.. jauhanlah... aku hanya inginkan kasihMu..
Amin.. Ya Rabbal alamin..
~mel
malam ini mungkin istiharahku yg terkhir..
akan kuturut jejak terakhir ini tanpa menoleh lg..
cuma ku panjatkan doa.. istiharah ini melontarkan aku jauh..
dari mimpi yg sama dengan istiharah2 ku sebelum ini..
Isnin, 6 April 2009
Di Sebalik rahsia cinta..
when you give..
when you give something to people.. what do you expect to get in return? i've never think of something in return, except for the pleasure i'ved got when i give something, the good feeling i'm having when people expressed their appreciation.. but even i'ved got nothing in return i still feel good..
I think you also feel the same when u give something.. even when u don't actually give something that u are aware of.. sometimes u give someone love.. unconditional love.. it is something that you seldom think of.. but when u do.. you know, you'll never take back that love.. the love will remain the same even you are far apart.. even when u got nothing in return, even the love hurts you, but the love will also cure you in times..
i will never stop giving.. even sometimes it's hurts me.. nevermind.. it's better to give than to take.. it's better to love than to hate.. it's better to accept than to igmore..
FRIENDS.. wherever u are.. whether i know u or not.. thanks for giving a lot of hopes and courage for me... although i seldom mention it.. i really appreaciate it..
YOU... thanks for giving me everything.. when we are together and when we are far apart.. everyday i feel your existence, your suport and your everything.. even when you're mad of me.. you're giving me something.. something to ponder about my life.. thanks for being you..
i wish i have more to give.. to make people happy.. i wish to be happy.. but it is not that important anymore... as long as i can make other people happy.. i hope it will show in me...
~mel
5.18am.. penang..
Ahad, 5 April 2009
bubur cha cha
dah lama tak masak bubur ni.. rasanya bubur ni agak popular di kawasan utara kot.. kalau bulan puasa memang best.. kadang-kadang org tmbah sagu bersama cha cha tu.. Nak terhangus bubur cha cha ni tadi sebab sambil online sambil masak sambil tgk tv..
Tapi paling best makan bubur jagung + nasi. Sape2 tak pernah cuba cubalah.. gunakan jagung dlm tin campur yg cream dgn kernel.. pastu santan,gula, garam sikit.. camur semua letak atas api & kacau. Bila dah dekat nak mendidih tu ambil nasi sejuk (sedang2 saja).. campur sekali. Bila mendidih angkat + hilangkan. Pernah buat di nz dulu dan semua org pelik tp suka makan...
best! tp aku tak suka manis sgt, so mmg bila buat manis gitu2 jer..
~mel
masak utk hilangkan pening..
Sabtu, 4 April 2009
kisah cinta..
hari ini aku memangis lagi.. aku dah tak punya sesiapa dlm hidupku.. aku dah tak mampu utk tenangkan diriku.. keberanian aku dah tak wujud lagi.. yg aku tahu aku nak pergi dari sini.. kenapa perlu aku masih ada sayang.. sedangkan tiada siapa didunia ini yg sayangkan aku... tiada siapa.. tiada siapa.. :'(
Fauziah Ahmad Daud (Ogy) - Kisah Cinta
Ini sebuah kisah cinta
Dari sekuntum bunga sekeping hati
Dua jiwa dalam hayalan
Berat rasa untuk berpisah
Dua dunia satu mimpi
Satu cita dalam satu hati
Terjerat dalam permainan hidup
Terkandas dalam cinta terhalang
Mengapa dunia
Kejam pada mereka yang bercinta
Mengapa bercinta
Harus ada saja perpisahan
Dengan penuhharapan
Kisah cinta berakhir
Dengan penuh ratapan
Kisah cinta...
~mel
hidup sudah tiada makna lg...
Jumaat, 3 April 2009
air barli susu...
Sediakan susu pekat manis secukupnya, kalau suka manis buh ler bnyk..
aku xsuka manis2 sgt.. so kandungan susu tu aku kurangkan. Kalau beli kat kafe bakti, susu dlm gelas tak dikacau.. nanti pandai2 la kacau sendiri..