Sabtu, 30 Mei 2009

kawan lama..

Semlm aku pergi jalan-jalan di QB Mall.. actually tak ada specific nak cari just jenguk2 barang kat jusco & kedai2 kat dlm QB Mall tu.. Tiba2 tgh2 jln tu ada org menyapa aku..bila aku amat-amati org tu.. ehh.. aku ckp... CikLiiii... he was one of my bestfriend masa sekolah dulu.. terkejut jugak aku he still can recognised me after i don't know how many years.. he is working in KL and dtg Penang ada kerja katanya..

Pendekkan cerita.. tanya perihal diri masing2.. and aku pun tanya kat dia tentang wife dia.. aku dengar cerita pasal dia kawin time aku di luar negara.. bila aku tanya pasal wife dia.. terus airmuka dia berubah.. slow je dia cakap kat aku.. "wife aku dah tak ada lagi..." Aku terkejut.. don't know how to react.. but still curious kenapa.. so aku cakap.. "sorry to ask.. aarwah wife ko sakit ke?". Dia ngeleng.. mcm berat nak cerita..but macam nak cerita..

Last2 dia cakap.. "arwah wife aku meninggal sebab accident".. Aku tanya.. "accident ape?". Dan cerita dia sungguh menyayat hati aku.. Katanya.. suatu pagi beberapa tahun lepas, dia dan wife dia bersiap2 nak pergi kerja. Masa tu wife dia sedang pregnant anak pertama mereka. Pagi tu wife dia mintak dia sediakan breakfast.. beria2 nak dia masakkan breakfast.. so sebab wife dia tgh pregnant.. dia un buatkan breakfast makan sama2 dan bnyk betul wife dia makan. Lepas breakfast baru merekea bertolak ke temat kerja.

Masa tu katanya derang naik motor. Wife dia membonceng di belakang. Entah macam mana sampai satu tempat ada mcm minyak tumpah.. motor dia tergelincir.. kedua2 dia dan wife dia jatuh tercampak.. dan kereta kat belakang tak dpt kontrol terus langgar wife dia. Dia jatuh ke tepi sikit.. jd dia tak kena. Wife terus kena langgar.. meninggal dlm perjalanan ke hospital.. bersama2 anak pertama mereka di dalam kandungan...

Ya Allah.. masa tu berlinang air mata aku. Dia pun aku perasan bergelinangan airmata. Dia cakap kat aku.. sampai sekarang dia tak boleh lupa peristiwa tu, masih teringat kejadian tu walau dh beberapa tahun. Masa mula2 lepas kejadian tu mmg dia ck dia rasa macam nak gila. Cuma makin lama makin dia dpt terima hakikat tu, cuma utk mencari pengganti.. katanya agak sukar.. mungkin bukan sekarang katanya.. Aku sebenarnya terkedu.. tak tahu apa nak cakap.. simpati dgn nasibnya.. tapi bila aku fikir2kan.. perpisahan tu ada bermcm cara.. dan kematian adalah perpisahan yg abadi.. dan paling sukar utk dihadapi..


Mlm tadi di rumah aku teringat2 akan kawan aku tu.. Tak mampu aku nak bayangkan kalau insan yg aku syg pergi dari hidup aku. Mampu tak aku nak teruskan hidup mcm dia. Sedangkan sekarang aku terpaksa menghadapi pelbagai dugaan yg kdg2 membuatkan aku buntu.. entahlah kan.. itu adalah bahagian masing2..


Cuma.. apa2 pun.. semoga kita dpt menghargai insan2 yg kita syg.. kita tak tahu bila insan yg kita syg akan ditarik balik dari hidup kita.. kerana mereka hanya pinjaman bg kita utk sementara. Kdg2 kita terlupa yg kita tak mampu nak hidup tanpa mereka.. kdg2 kita mengabaikan mereka.. dan berbagai perkara kita lakukan menyinggung hati mereka. Dan selalunya kita tak sedar.. betapa pentingnya mereka dlm hidup kita. Kita selalu take things for granted.

Sayangi dan hargai insan yg kita sayang selagi dia di samping kita.. andai dia pergi, mungkin tiada pengganti yg serupa...

Al-Fatihah utk arwah isteri Cik Li kawan ku.. moga berbahagia di sana mengetahui ada insan yg sentiasa mengenangmu selama2nya..


~mel
rasa sgt sayu..

Jumaat, 29 Mei 2009

apa kes ni..


Apalah internet kat malaysia ni.. bukannya makin bagus.. makin teruk adalah.. Hari ni aku terpaksa balik rumah tghari di atas sebab2 yg tak dapat dielakkan.. ingat nak sambung kerja di rumah.. tengok2 line internet teruk betul.. menyebabkan kegeraman yg membahang.. So dah xdapat nak buat kerja.. ingat nak lepak je balas2 email group... haaa.. nak balas email pun tak boleh.. haa.. tgk bawah ni.. tiap kali nak reply keluar mende ni..

Kepada TMNET dan makhluk2 yg seangkatan dengannya.. ish.. aa nak jadi dgn perkhidmatan u all ni.. asyik kena sumpah jer nkorang.. kitorang ni bayar tau tiap2 bulan.. kalau tang nak potong line sebab lambat bayar laju jer nkorang.. bila tang service.. tak pulak pantas.. grrr...


~mel
sakit hatilah..

Khamis, 28 Mei 2009

aktiviti time boring..

Actuallly bila dah kerja banyak berfikir perkara-perkara yg agak berat, bila balik rumah aku mmg perlukan satu aktiviti ringan yg menarik minat aku. Aku sekarang ni sebenarnya dah sampai tahap bosan mengadap komputer.. di ofis mengadap pc.. di rumah mengadap pc.. so bila balik rumah aku rasa nak buat something yg tak berapa beratkan kepala.. seperti yg aku lakukan di bawah.. menjahit manik kat baju. Actually baju tu baju kurung dah pakai.. tiba2 aku teringat aku ada manik warna coklat yg tak tau nak buat apa.. so.. satu mlm tu aku boring.. aku jahitlah manik di hujung lengan baju kurung tu...


Masih dlm proses menjahit manik...




Hah.. dah siap pun.. proses menjahit manik simple ni tak lama.. dlm masa sejam boleh siap. Cuma kena pastikan jahit betul betul supaya manik tu nampak kemas dan tidak senget benget.. kalau senget tak lawa lah pulak.. lepas ni tak tau nak jahit apa lg.. ada sepsg kain yg belum sempat aku gunting.. kalau nak gunting baju kena konsentrasi & masa yg pjg.. so..kena tunggu hari minggu lah..huhu..



~mel
aku dan menjahit sukar dipisahkan walaupun beli baju siap lg senang..

Selasa, 26 Mei 2009

last day..

Hari ini hari terakhir aku menemuduga.. mmg dah expect pagi ni ada sikit saja calon.. hanya ada 7 org sahaja.. which buat aku rasa lega.. mmg kalau ikutkan tak larat dah nak menemuduga.. rasanya macam dah kehabisan soalan.. 

Calon2 terakhir ni rasanya semua agak boring.. slow.. so proses temuduga jadi agak slow. Untuk kursus diploma lepasan ijazah ni, mmg syarat agak ketat yg mana sesiapa yg mengandung automatically kena reject. Sebabnya kursus jangkamasa pendek less than 1 year dan kami penemuduga tak boleh perakukan calon yg mengandung. 

Biasanya calon yg mengandung dengan mudah aku dpt kenal pasti walaupun perut tak nampak. Dan hari ni apabila calon ke 4 masuk, aku segera dapat rasakan calon itu mengandung. So cepat2 sebelum meminta calon perkenalkan diri, aku semak borang yg diisi oleh calon semasa menunggu di luar. Hmm..mmg sah dia mengandung. Aku sebenarnya tak berapa suka situasi mcm tu.. tp sebab aku sorang je pompuan dlm panel tu.. nak tak nak aku yg kena cakap yg kami tak dpt teruskan interview sbb dia mmg dah sah aka direject..

Bila aku nyatakan kat calon tu yg kami xdapat interview dia, terus dia cakap.. xde pun dlm syarat masa apply ckp tak boleh mengandung. aku cakap mmg sepatutnya calon dah tau syarat tu. dia sambung cakap kawan dia 4 org mengandung dapat dpli. siap boleh tangguh lagi sewaktu melahirkan anak. aku cakap, kursus ni tak boleh tangguh sebab elaun dibayar dan mmg syarat xleh mangandung. Calon tu terus merayu.. mintak kami dengar apa dia nak cakap.. aku cakap mintak maaf.. kalau dia cerita apa2 pun still kami tak boleh tolong. Dia cakap dia dah 10 kali mintak, inilah pertama kali dpt interview dan mintak kami dgr jugak dan pertimbangkan dia. Airmuka dia mmg nak menangis.. ya allah.. aku mmg kesian sgt.. dia skrg ni dah 4 tahun jadi guru GSTT di sekolah dan harap sgt dpt. Bertalu2 dia mintak aku pertimbangkan..

Yang aku dpt cakap, aku tak boleh perakukan dia.. dan kalau aku dengar/interview dia, still aku tak boleh terima dia. Nanti aku akan diambil tindakan. Dlm 10 minit dan dia still tak nak keluar dari bilik temuduga. Dr. Chew kat sebelah aku cakap.. u pergi panggil ketua pusat interview la.. kita tak boleh buat apa2 ni.. dia tak nak keluar.. so aku pun cakap kat calon tu.. kejab sy panggil ketua pusat.. trylah nego dia dia.. kami mmg tak de kuasa.. Aku pun naik atas panggil ketua kami.. dia pun dtg ke bilik temuduga kami.. puas dia terangkan tak boleh.. calon tu siap keluarkan kamera dari beg dia.. nak tunjukkan aktiviti yg dia lakukan kat sekolah.. dan macam2 nak terangkan lagi. Sayu sebenarnya hati aku, betapa nak nya dia masuk kursus ni.. last2 aku bangun pergi kat dia, sambil bawak borang markah dan tunjuk kat dia.. aku cakap cuba tgk kat sini.. ada satu column yg menunjukkan sebab tidak boleh diperakukan iaitu mengandung. Aku cakap kat dia.. ini adalah dokumen yg sah.. kalau aku perakukan aku akan meletakkan diri dan jawatan aku dlm situasi yg tak bagus. Aku bukan tak nak tolong.. tapi aku tak boleh tolong..

Aku cakap kat dia.. dah bersalin nanti cubalah lagi untuk intake disember. dia jawab pulak.. dr boleh jamin ke sy dpt interview?? aku cakap insyaallah..kalau qualification xde masalah.. mmg akan dpt interview.. So dia pun hulur tgn salam dgn aku.. aku pun cakap sori aku mgm xdpt tolong.. dan dia pun keluar.. adehh kesiannya aku...

Itulah cerita hari terakhir.. hmm.. kesian sgt sbnrnya.. tapi apa boleh buat..

~mel
nak buat mcm mana kan..


Isnin, 25 Mei 2009

interview..


interview, originally uploaded by melati.a.

Pagi ini semua calon yg aku temuduga semuanya perempuan. sebenarnya banyak cerita yg boleh diceritakan tentang pengalaman menemuduga ni. hari ini hari ke lapan aku menjadi penemuduga dan hari ke tiga untuk temuduga diploma lepasan ijazah. bermaksud calon-calon yg datang semuanya telah mempunyai ijazah di dalam bidang masing-masing.

Semalam ada dua org calon lelaki berkelulusan universiti al azhar mesir. memohon utk menjadi ustaz (dpli pendidikan islam). actually bila time yg macam ni aku pulak yg gabra sebab kena uji kemahiran mereka dalam bahasa arab sedangkan aku bahasa arab pun zero. dan seorang lg penemuduga Dr. Chew (cina laa..).. hehe...lg tak relevan. So, aku pun fikir cara ape nak uji mereka dlm pengetahuan yg aku pun tahu. So aku pun minta mereka membacakan apa2 surah dan terjemahan sekali. mujur la kedua2 mereka pilih utk baca surah al-fatihah.. hehe.. alhamdulillah sebab terjemahannya pun aku tau, siap aku boleh tegur calon pertama sebab terjemahan dia ada salah sikit.. hehe.. berlagak betul.. macam ler terra.. :D

Selama 8 hari aku menemuduga aku mmg biasanya xfailkan sesiapa kecuali sebab2 teknikal.. contohnya kalau mereka belum habis belajar, xde diploma atau degree, mmg auto gagal.. dan utk diploma lepasan ijazah kalau yg mengandung aku terus awal-awal beritahu mereka yg mereka xboleh ditemuduga atau diterima ke program. so itu kes2 direct yg aku terus reject. actually dlm sesi temuduga ni aku yg bagi markah utk semua.. Dr. Chew hanya tolong sign utk pihak kedua. haa.. so semua ditangan aku. nak bg markah rendah ke tinggi.. but insyaallah biasanya aku bg markah tinggi. bg aku mudah, kalau aku tengok boleh berkomunikasi dan ada ciri2 yg diperlukan.. aku akan bg peluang. lagipun ramai dari kg2 so, aku kalau boleh tak nak sekat peluang mereka.

Tapi tadi ada satu kes aku terpaksa reject. Sorang wanita.. jyg langsung tak boleh nak bercakap, berkomunikasi, tak ada inisiatif.. dan terus terang aku rasa tak layak jadi guru. even appearance peribadi nampak lemah gemalai dan xde kaliber. so, aku terpaksa bg markah rendah.. sebenanrnya rekod ni.. walaupun aku kalau boleh nak membantu semua org tp aku gamble dgn masa depan anak2 di sekolah.. so.. sorry.. harap itu yg first and last aku tidak perakukan sebab personaliti.

Dan dlm syarat menginterview, kami tak boleh terima lelaki "lembut". Semalam ada seorg calon.. bila masuk nampak seorg lelaki.. tapi bila bercakap.. ada ciri2 kelembutan di situ. kemudia bila ditanya aktiviti dimasa lapang, dia menyatakan dia seorg guru chereographer.. ehem..ehem..guru tarian rupanyer. So, apa lagi.. aku meminta dia beraksi sbg guuru tarian kepada kami... dan dia mempersembahkan tarian india.. dengan lenggok & lentok yg amat menyeramkan dan menaikkan bulu roma aku.. huhu.. anyway kami menerima calon tersebut sebab kami rasa kelembutan dia tidak cukup utk melabelkan dia sbg seorang "lembut"...

mcm2 lagi pengalaman yg menarik semasa menemuduga terutama utk calon dpli.. sebabnya mungkin mereka bnyk pengalaman.. ada yg bagus yg mampu merenerangkan sesuatu dgn baik hinggakan aku rasa banyak ilmu baru yg aku belajar dari mereka.. cth.. cara main kompang, CPR, dikir barat, kawad.. dan macam2 lagi. dan masing2 sanggup melakukan semuanya kerana cita-cita.. syabas! aku rasa calon2 yg macam ni mmg amat sesuai dan insyaallah mampu mendidik anak2 kita disuatu hari kelak.. insyaallah..


~mel
good luck to all..

Khamis, 21 Mei 2009

tingin


china cup cake's, originally uploaded by oldflowers4me.

teringin sangat nak makan cupcakes... mana ekk nak cari.. nak buat sendiri tak de oven la pulak.. nanti ade rumah sendiri bolehlah beli oven.. :P

Rabu, 20 Mei 2009

pengalaman hari ini..

Seorang gadis melangkah memberi salam dan melangkah masuk. Setiap kali org yg berlainan masuk, aku akan memerhatikan mereka. Bila gadis ini masuk, ada suatu perkara tentang dirinya yg jelas aku dapat kenalpasti. Bajunya. Bajunya tak macam org lain.. walaupun ramai yg berasal dari kampung sekitar kedah dan pulau pinang, kebanyakan dari mereka baju nmk baru & cantik2. Tapi gadis ini bajunya agak lusuh.. tudung juga begitu.. mmg nampak pakaian tu agak lama.. lain dari org lain.

Biasanya aku akan mulakan pertanyaan.. dan pertanyaan permualaanku biasanya.. dtg dari mana.. dtg dgn siapa.. jwpan gadis tersebut, dari seberang perai dtg dgn boss!! jawapannya menarik perhatian kami.. hah! boss?? dia cakap yer.. boss dia ada menunggu di luar. Aku bertanya lagi.. kerja di mana.. katanya IKS. Bila pertanyaan diteruskan, baru kami dapat teka siapa dia. Rupa2nya dia adik kembar kepada pelajar terbaik Pulau Pinang utk STPM dan keputusan STPM dia tak kurang baiknya. Terus aku faham kenapa baju dia lusuh. Mereka anak yatim, org susah.. tai telah berusaha keras utk mencapai yg terbaik dlm STPM. Insaf aku dibuatnya. Juga kagum dgn org2 sebegini. Rasanya kalau aku.. aku tak mampu nak jadi mcm mereka. Abang kembarnya bekerja sambil belajar, begitu juga dia. Dan mereka berjaya mencaai yg terbaik.. kagum sungguh.

Itu salah satu pengalaman aku setelah 3 hari menjadi penemuduga utk pemilihan pelajar ijazah sarjana muda ke IPTA tempatan. Dan tadi ada juga pengalaman yg membuat hatiku sayu..

Seorang gadis juga.. bila aku bertanyakan dtg dgn siapa.. terus dia ckp pjg ceritanya cik.. aku cakap.. tak e..ceritalah walaupun pjg.. so dia pun mulakan cerita. Katanya pg semalam dia ke Pendang kerana tok wan (datuk ~panggilan org utara) dia masuk hospital disyaki chikubunya. Dia tinggal di kulim. Bila di hospital tok wannya disahkan kena angin akhmar + jantung. Pukul 5 ptg smlm dia blk semula ke kulim utk bersiap sedia utk temuduga hari ini. Sesampainya dia di rumah, dia dpt tahu tok wan dia meninggal dunia. Ayahnya xbenarkan dia balik ke pendang kerana mahukan dia pergi juga interview. Teresak2 dia bercerita. Last2 dia dtg interview dgn kawan dia. Bila aku bertanyakan kepada dia.. lepas ni nak balik mana, dia just cakap dia tak tahu. Dia tgh blur.. dia ckp dia dtg interview sbb takut terlepas peluang. Tapi pd masa yg sama dia sedih sebab keluarga dia sedang sibuk menguruskan jenazah dllg.

Masa tu aku terasa simpati yg amat sgt. Mmg kalau dia tak hadir interview.. jawabnya takkan dpt masuk universiti. Dalam esak tangis tu aku terpaksa juga mengemukakan soalan yg wajib ditanya. Dia cuba jawab sebaiknya bersama esak tangis.. aku terasa suara aku pun bergetar mengemukakan soalan.. berat sungguh sekiranya dugaan dtg sebegini.. tapi apa boleh buat.. yg pergi tetap pergi.. kita yg hidup perlu teruskan hidup.. kalau dia lepaskan interview tadi.. sukar diramalkan masa depan dia.. anyway.. marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah tok wan gadis tadi..

Bila menemuduga mmg lebih ramai perempuan dari lelaki.. So seorang gadis india berjaya membuat kami tergelak setelah episod2 sedih semasa menemuduga. Aku menyoal gadis tersebut.. katakanlah setelah habis belajar dia terpaksa posting ke sebuah pulau di sabah.. dan dan boifren dia menghalang dia pergi. Dengan tegasnya dia berkata "Kalau dia benar-benar CINTAkan saya.. dia akan relakan sy pergi".. hehe.. mcm adegan dlm drama swasta pulak.

Anyway.. mcm2 yg aku pelajari 3 hari ini... another 6 days to go..


~mel
another valuable experience..

Selasa, 19 Mei 2009

tuan rumah..

Aku start duduk sewa rumah yg aku tinggal sekarang ni since Disember 2008. Tapi officially aku tinggal kat sini since januari sebab disember tu aku ke new zealand for almost the whole month.. time aku mula2 nak sewa tu, aku tanya kat tuan rumah aku seorang chinese lelaki.. how do i pay my rent? boleh aku bayar online direct ke his account tak? he said he'll come and pick the rental every month. So aku cakap ok walaupun aku sebenarnya prefer bank in jer.. senang.

Actually tuan rumah aku ni sama dgn seorang kakak satu ofis. Kakak ni mula2 ajak aku tinggal dgn dia but aku mmg nak cari rumah sendiri. So, kebetulan tuan rumah dia ada another house for rent, so dia rekemenkan kat aku. Nak jadi cerita kami ada tuan rumah yg sama la.. 

Awal bulan ni aku kan away ke beberapa tempat. Kebetulan masa kat PD kakak tu kursus sama2 dengan aku. Aku ckp kat kakak tu, boleh ke aku pass duit sewa rumah aku kat dia sebab dari PD aku nak cuti lepak kat rumah di Klang. Kakak tu cakap, tak payah.. just call jer tuan rumah ckp aku tak de. .. tuan rumah tu baik, really baik.. dia tak kisah. So aku pun call dan tuan rumah aku cakap.. ok dia akan dtg hari isnin lepas aku balik. Aku pun cakap ok la.. Tunggu punya tunggu, baru mlm td dia dtg.. which was 19hb Mei. Punyalah lama baru dia dtg kutip. Dia ckp dia agak busy dengan kutipan amal food fair kat centre kepunyaan dia.

Ok.. actually tuan rumah aku ni kuat kristian. Ada centre jaga org2 cacat org kristian. Last time yg aku tau dia bawak penghuni2 centre dia tu pergi ke genting highland.. yg cacat2 tu la.. Dan melalui kak as (yg sama tuan rumah dgn aku tu), dia mmg sgt baik. Waktu mula2 kak as belum dpt phd (dr universiti tempatan) dia mmg xde duit, terutama sebab dia lambat dipanggil ujian lisan (viva), jd attachment di usm terpaksa renew je (macam kontrak). So setiap kali renew, duit elaun lambat masuk, dan tak mampu bayar sewa rumah. Kak As ckp kat aku.. mmg kdg2 dia duduk sebulan tak bayar, just call tuan rumah ckp dia xde duit. Dan tuan rumah ni mmg ok, cakap dia dtg bulan depan. 

Lagi satu cerita pasal tuan rumah ni.. dia pernah tolong ada 2 org anak yatim Islam. Budak2 dua org ni terabai so melalui centre dia, dia memohon dari Pusat Zakat kot utk menolong budak dua orang ni.. Bila fikir2kan balik, mmg dia seorang yg amat baik dan menolong org xkira bangsa. Dari satu segi mmg baguskan.. tapi tulah kan.. susah pulak nak jumpa tuan rumah beragama islam macam tu..  aku sampai terfikir kdg2 golongan kristian yg macam ni la kot yg membuatkan org2 islam yg terumbang-ambing atau dlm kesusahan mengambil jalan mudah meminta bantuan dari mereka... kan. Sebab mungkin mereka lebih prihatin..

Anyway... sewa rumah aku dah settle. Bulan depan dah gitau awal2 kat tuan rumah aku mintak dia kutip sewa sebelum 5 hb sebab lepas tu aku cuti pjg.. Nak balik kampung.. :)


~mel
hoping that everything will goes well..

Jumaat, 15 Mei 2009

selamat hari guru.. 16/5/09


sekolah & guru, originally uploaded by melati.a.

~koleksi gambar2 sewaktu aku menyelia guru2 pelatih yg ada dlm iPhone ku..


since aku kecil hanya ada dua cita-cita yg ada dalam hatiku : guru + doktor. setiap kali cikgu bertanya di dalam bilik darjah, mmg itu jawapanku. tak pernah ada jawapan yg lain. cita cita aku utk menjadi seorg doktor terpaksa aku kuburkan apabila aku masuk tingkatan 4. mengapa? tak perlu aku nyatakan,cuma disebabkan beberapa perkara semasa aku tingkatan 4 aku tidak dapat mengambil subjek biologi. Hanya bio yg aku terpaksa tinggalkan, subjek fizik, kimia dllg aku pelajari. walaupun aku amat kecewa pd masa tu, aku terpaksa.. jd doktor jauh dari anggan ku. hanya tinggal menjadi guru.

walaupun aku tak dpt menjadi seorg doktor..tp alhamdulillah dt juga aku bergelar dr. cuma sekarang aku adalah doktor yg mendidik guru.. dan aku amat bangga menjadi seorg pendidik yg mendidik guru. aku bukanlah insan yg baik.. cuma.. aku harapkan setelah ketiadaan aku suatu hari nanti.. ilmu yg aku tinggalkan mampu membantuku di akhirat kelak. itu saja yg aku ada..

sesungguhnya, aku sayangkan kehidupanku sebagai pendidik, my passion is here.. dan aku tidak pernah menyesal sedikitkan berada di sini. pernah sewaktu aku menyelia guru-guru pelatih di sekolah, mereka selalu tersasul memanggilku dgn panggilan "cikgu" dan memohon maaf kerana tidak memanggilku dgn panggilan :dr". Biasanya jawapanku mudah... tak mengapa.. jgn rasa bersalah.. saya juga guru dan sy tak kisah dipanggil "cikgu". kerana sy berbangga dikenali sbg "cikgu"... bukan mudah utk menjadi guru, ianya bukan hanya satu pekerjaan tetapi ianya adalah tugas dan tanggungjawab. pada bahu gurulah letaknya generasi kita akan dtg.

Selamat Hari Guru utk semua guru2 ku.. jasamu sentiasa ku kenang..


~mel
teringat guru masa darjah 1.. namanya cikgu Zanaria & masa tu rasanya dialah guru yg paling cantik dimataku... :)

Rabu, 13 Mei 2009

melayu..


Sebelum aku outstation ke kelantan, genting + PD hari tu, ada seorang lelaki datang ketuk pintu ofis aku. Bila tengok muka dia, aku terus cam (seorang salesman keretayg aku kenal).. so aku pelawalah masuk.  Bila dia masuk dia dok citer lah dia skrg ni bukak kedai stationery, printing, dllg yg seangkatan dgnnya. Dia cakap kalau aku ada ape2 nak buat bolehla gi kedai dia atau call dia (promote la tu). Aku pun cakap insyaallah...

Tiba2 aku teringat yg aku perlukan name kad (business card) sebab kad aku dah nak abis + yg dulu tu ada silap sikit. So aku pun tanya dia, dia ada buat tak? Dia cakap ada.. aku cakap kalau cam tu aku nak order sekotak. Last time aku buat RM30 sekotak tu.. Pastu aku teringatkan kakak aku dok sound aku sbb aku xde cop salinan disahkan benar time dia nak mintak aku sahkan sijil dia.. so, aku orderlah sekali jenis yg cop ada ink sekali. Pastu aku fikir dah alang-alang order, aku order la lagi satu cop nama aku yg ber ink juga, sebab senang yg jenis gitu. tak yah bawak stamp pad ink merata2.. especially time aku gi menyelia student praktikum.. ada borang nak kena cop.. so senangla bawak  yg jenis berink cenggitu. 

Yesterday, mamat yg aku order barang2 tu call cakap semua dah siap, dia nak hantar. 
Masa aku order tu aku dok budget2 ketiga2 barang - name card + dua cop berink agak2 less than RM100. Masa aku buat name card aku dulu sekotak harganya RM30 and the chinese yg buatkan tu pun deliver ke ofis aku, style ni jugakla..  so, aku budget mesti less than RM100 laa.. takkan ler cop tu berpuluh2 inggit kan.  

Bila mamat tu sampai dia bawakla ketiga2 barang tu (cam gambar kat atas tu).. aku tgk..okla puas hati.. tapi bila dia keluarkan invois.. terkedu aku.. RM135.00!!!

Biar betul!! Giler ke ape.. macam harga minyak hitam bila service kereta jer! Aku tengok muka dia, but say nothing. Aku bukan tak de duit tapi dalam hati aku menyumpah. Mcm ni ke melayu nak berniaga.. aku order tu tujuan aku nak tolong dia, aku boleh jer order kat chinese yg aku order name card mula2.. tp bila dia ckp baru bukak kedai, aku fikir why not aku tolong dia gak. But RM135 utk ketiga2 brg tu mmg aku rasa cekik darah giler.. Name card RM35, Stamp-pad berink nama aku RM55 + salinan disahkan benar RM45, gila betul harga tu. Aku tak mintak kurang harga2 tu.. tapi dalam hati aku cakap.. walaupun aku dah kenal dia.. sorryla.. lain kali kalau dia ketuk ofis aku kalau aku tgk muka dia aku takkan order ape2..apalagi nak tolong org melayu cam dia. Hampeh!!



Pesan aku kat melayu2 di luar sana.. mmgla kita nak untung bila berniaga tp biarlah berpatutan.. sia2 jer dari ada org nak jadi pelanggan tetap terus tak hingin nak berurus niaga dgn kita lg.. disebabkan kerakusan nak mengaut untung cepat... 


~mel
manalah melayu nak maju... grrr...



Ahad, 10 Mei 2009

women's driver?


Semalam sewaktu ronda2 di suatu tempat di bandaraya Kuala Lumpur, waktu tu dah nak balik.. time beratur nak bayar parking tetiba ternampak kereta satria putih kat bawah ni. Tak dela special sgt sebenarnya kereta tu, except for.. bila tengok kat bumper kereta tu.. ada satu sign buatan sendiri... cuba tengok kat bawah ni.. haa.. ada sign hijau..


jelas tak? tak berapa jelas kan.. tapi nampak ler satria ni kemek kan.
Haa.. cuba tgk close-up kat bawah, ape dia tulis...


"DONT LEND YOUR CAR TO WOMAN!"

Cehh.. hampeh dabel triple.. pompuan je ke yg selalu jadi gini? Org laki xde ekk.. ?? Aku rasala.. aku ni mmg bawak kereta laju tp cekap.. huhu.. Tapi tak taula kan, walau aku rasa aku bawak kereta cekap ada gak org kalau jd passenger kat sebelah aku sedikit sebanyak akan membebel la jugak... huhu.. so.. itu agaknya sbb kurang keyakinan kat pemandu pompuan ke?
:P



~mel
err... tp ada satu peristiwa yg membuatkan aku terpaksa menyiakan statement kat kereta satria tu.... grrrrr...

Sabtu, 9 Mei 2009

charger


Pagi2 ni bangun aku terpandangkan iPhone.. aku ambil dan check bateri.. alahai lupa nak charge bateri la malam tadi.. penat sgt terus tidur jer.. tiba2 teringat.. ehhh.. aku dah ada car charger... hehe.. buat-buat lupa pulak.. Iphone ni mmg cepat abis bateri especially kalau browse internet.. kejab jer bateri tinggal separuh.. ada satu hari tu bateri iPhone a ku flat abis.. sampai rumah kat klang (aku tak bawak kunci lak).. jenuh aku gedung gedang pagar.. org lam rumah tak dengar.. tensen giler dok depan rumah more than 15 minutes.. last2 bila somebody keluar utk bukakkan pagar (pagar elektrik kong lak masa tu).. nak tau apa jadi.. sebenarnya pagar tu tak kunci!!! Kunci jer tergantung kat agar tu.. cehhh.. apasal la aku tak check awal2.. tak pernah2 pagar tu tak kunci.. bila time iPhone kong + aku tak bawak kunci.. jadi cenggitu pulak...

Aa2 hal aku dah beli car charger.. so xde alasan fon kong lagi.. huhu.. kalau terlupa nak charge dlm kereta tu kira nasib laa.... :P



~mel
kang charge dlm kereta la ekk...

Jumaat, 8 Mei 2009

Aksi2 hari ni..

Today me & faizal went to KLCC.. mcm biasa tujuannya nak layan citer ape2 yg best dihari2 cuti begini (kitorang la cuti..huhu).. Oleh sebab hari ni hari jumaat, so kami lepak2 kejab sementara tunggu faizal nak berjumaat di masjid KLCC.. sambil2 dok bersantai tepi railings kat klcc tu sambil2 menengok org kat level bawah.. Entah macam mana terlihatlah sekumpulan jejaka tampan (yg rasanya dari India kot..huhu)... sedang mengambil gambar di pameran Tomei.. hehe.. best betul merakam aksi jejaka2 tu bergambar..bayangkan cam filem tamil @ filem hindustan... kaedah2nya hampir sama... terfikir pulak.. agak2nyer kalau org melayu gi oversea amik gambar pun cenggini gak kot.. huhu.. baru nampak cam lelaki melayu terakhir...

yang ni sedang mengambil gambar berdiri dengan gaya macho..

pasan tak seorang lelaki sedang duduk gaya romantik kat tepi kebun bunga berbentuk love tu... haaa... tu tgh beraksi utk amik gambar la tu.. :D


On the way back pulak naik lrt tetiba aku ternampaklah seorg mamat china ni membawa botol air besar. Perghhh.. besar sungguh.. sempat aku berbisik tanya kat faizal kalau dia, dia bawak tak botol air besar tu..hehe.. (dia xjawab :P). dlm gambar2 kat bawah namak cam kecik jer botol tu.. tai sememangnya besar.. aku agak 2 liter air boleh muat tu.. besar cam jug besar menghidang air kat umah... Tapikan aku selalu gak tengok jejaka2 china bawak botol air ke hulu hilir.. tapi kalau jejaka melayu aku rasa mmg susah ler nak jumpa... mesti rasa hilang kemachoan yg amat sgt jika bawak botol air sebesor tu.. kalau bawak botol air mineral kecik tu biasala kan...


Selamba je dia pegang botol air tu..

Haaa.. itu dia pandangan hadapan botol air tu...


itulah aksi2 yg sempat aku rakam hari ni.. cam best pulak amik gambar aksi2 org ni..



~mel
best2... tq boss for the good day we had..
errr.. nak cari aksi jejaka melayu la pulak.. china + india ada dah.. :P

Khamis, 7 Mei 2009

puisi hamba.. mp3




Dah beberapa lama aku dok cari lagu ni.. yelah since lagu ni keluar.. xdela lama sangatkan. tapi yg ada ni xberapa best sgtla kualiti dia.. tp okla kan..free.. hari tu ada gak cari kat kedai... tapi tak jumpa lg single ni.. may be sebab masa tu cari kat kedai CD JJ.. mmg aku kalau album ella suka beli CD ori.. berbaloi rasanya.. tengokla nanti esok ke lusa ke.. kalau sempat nak gak cari CD ori dia untuk pasang dlm kereta... May be esok leh cari kat kedai CD kat KLCC.. huhu..


psst..klik kat sini atau tajuk kat atas utk dload..

~mel
esok kalau gi KLCC jgn lupa cari car charger utk iPhone.. itu lg penting dari CD ella.. :P

topi

Men

Ladies

Nak masuk toilet2 ni kena pakai topi ke? Kalau xpakai xleh ekk? Signage ni kat hotel Avillion Admiral Cove, PD hari tu.. rasanya banyak lagi tempat yg guna signage cenggini.. motifnya..entah.. rasanya utk menunjukkan "Ladies" & "Gentlemen". Ramai jugak orang yang sopan2 menggunakan ayat " i'm going to the ladies'" or "i'm going to the men's".. agaknya kena gi toilet2 yang ada label gini la kot.. Apa kata, kalau kita tukar signage ni dari pompun/lelaki pakai topi kepada pompuan pakai tudung dan lelaki pakai songkok... huhu.. utk melambangkan ke malaysia an.. skrg ni xde daa org pakai topi cam tu.. x relevanla... for me ianya mengingatkan aku ada zaman pejajah.


btw.. lawa hotel AAC tu... yang aling best dpt mandi kat kolam renang.. xde org.. best2.. bila la nak gi dengan boss nie... :P



~mel
merapu sbb dikejutkan oleh nyamuk!!

Rabu, 6 Mei 2009

otw to kapar


otw to kapar, originally uploaded by melati.a.

sebenarnya aku suka sgt ambil gambar matahari terbenam ke, terbit ke..yg paling aku minat bila tengok matahari terbit kat atas jambatan pulau pinang dalam pukul 7pg... mmg cantik... dan matahari terbit di BKE dalam waktu yg sama... really cantik.. tapi tula kan.. time matahari lawa2 tu aku tgh drive, especially kat atas jambatan mmg tengok je laa tak leh nak ambik gambar.. takut tersondol kereta depan lak...


but sape2 tak pernah tgk matahari terbit di atas jambatan pulau pinang mmg should try once. tapi time tu kena dari pulau menghala ke tanah besarla... mmg cantik dan kagum dengan ciptaaan Allah Subahanahuwataalla..

p/s gambar kat atas tu gambar kat jalan kapar je.. time trafic light merah... sempat la aku snap snap snap!!

Selasa, 5 Mei 2009

Tak Mungkin Kerana Sayang..

Aku rasa aku dah pernah post mp3 lagu ni dulu.. malam ni aku dengar lagi lagu ni dan saja aku post vclip lagu ni. Aku suka lirik & lagu ni.. ada maksud tersendiri. Ada renungan buat diriku.. ada kepayahan disitu.. dan ada kesedihan yg tak mampu aku bendung.. Kadang2 bila kita sayangkan seseorang kita sanggup berbuat apa saja utk insan itu.. sampai kita terlupa kita akan tiba jua disatu persimpangan dan perpisahan itu pasti hadir dua... tiada apa yg abadi dalam hidup ini.. dan tak mungkin.. tak mungkin hanya kerana sayang... semua itu terjadi...





Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti


~mel

i'm sad.. may be i'm blind with my eyes open...




Isnin, 4 Mei 2009

where i am..

Avillion Admiral Cove PD...
nak tgk kat mana tempat ni ada kat bawah nii... mujur xsesat smlm..

faizal@ada2aje.com sent this to you using Google Maps: Search results for "Avillion Admiral Cove"

Search results for "Avillion Admiral Cove"
Link: <http://maps.google.com/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=Avillion+Admiral+Cove&sll=3.162456,107.666016&sspn=42.599838,79.101563&ie=UTF8&ll=2.475273,101.858797&spn=0.042618,0.077248&z=14>