Ahad, 24 November 2013

Team Building...


This weekend kami diarahkan ber 'team building' di Harvard Suasana Hotel, Bedong, Kedah. Tempat ni adalah sebuah tempat terpencil.. tak de apa2 pun kecuali estate dan golf club. Mengikut kata org tempat ni adalah sebuah tempat yang dah lama didirikan,  almost 50 years. 

Mula2 masing2 macam reluctant nak pergi.. boring la.. itu la ini la.. dan aku pun sama jugak sebab dah beberapa minggu aku tak de weekend... huhu..anyway bila dah pergi memang kami really enjoy it.. aku & hubby kan satu fakulti, so kami berdua terpaksalah bersama2 hadir team building ni.. hehe..

Eryna pun ikut jugak.. happy je dia.. sepanjang di sana langsung tak de masalah budak sorang ni.. really good girl senang papa dan mummy mengikuti aktiviti yang diaturkan dalam team building tu..

 
Kami di hari pertama (Sabtu) team building... first time encik suami pakai baju pink.. baju rasmi yg dibekalkan utk first day warna pink.. so nak tak nak kenalah pakai kan.. hehe.. Eryna pun pakai baju pink jugak!


Acara pertama adalah sukaneka. It was fun!. Dah lama tak bersukaneka so macam2 gaya dan ragam.. yg hadir dari fakulti semuanya bukannya yg muda2.. yg umo bawah 30 tahun adalah sorang dua kot.. itupun semuanya staf2 sokongan.. kalau academician yang dah pencen punkena bersukaneka jugak!!

Staf2 sokongan sedang menikmati makanan pagi di tengah padang bola.. yg berkumpul kat belakang tu adalah ketua2 kumpulan yang diberi arahan tugasan seterusnya.. setiap kali game ketua kumpulan bertukar, so everybody terpaksa jadi ketua walaupun sekali.




Ok yang ni muka aku dan Prof Fatimah setelah kami selesai meniup tepung utk mendapatkan coklat... rasa nak muntah makan tepung.. huhu.. muka masing2 pun kelakar giler dipenuhi tepung... hehe..

Yang  ni aktiviti sebelah petang "The Running Man".. ini kumpulan aku yg semuanya dah berusia belaka.. ahli kumpulan 8 org dari 8 orang 5 yg senior... Aku terpaksalah jaga Prof Fatimah dan Prof Lim yang dah nak pencen dan yang letih berjalan dari satu tempat ke satu tempat ke satu tempat... naik bukit jaga Prof fatimah.. turun bukit jaga Prof Lim.. siap Prof Lim cakap aku layan dia macam mak aku... huhu.. tapi xpe dari 8 kumpulan acara ni kami dapat no 2..



Yang ni time dinner.. tema bunga2 bling2.. aku belasah je apa yang ada dan hubby kat belakang tu aku bagi pakai baju dia yg beli time dinner kat jaring entah tahun bila..

Yang ni aktiviti last, sharp shooting. Hubby dapat tempat no 1 dari 70 orang yg hadir.. Hebat! Congrats hubby... hehe.. at least aku pun ok jugak.. tembakan ada yg mengena... :P



Youtube ni aku cilok en Hubby punya (sowiiii :P).. hehe.. dia amik gambar aku tgh main terompah.. which was good sebab nampak aku dan PM Dr. Ong sangat laju dan penuh semangat berlumba memotong orang lain... :D



Lastly.. although mula2 kami rasa terpaksa.. last2 kami akui it was fun.. dah lama tak rasa seronok dan enjoy macam... by the way masa dinner kami dpat 3 cabutan bertuah... dapat set pinggan, kettle elektrik dan steam iron... oklah tu.. tapi sebenarnya xtau nak buat apa dgn mende2 tu.. just simpan jela.. :D. Kumpulan kami iaitu kumpulan 3 dapat no. 3 dari lapan kumpulan... walaupun ramai senior tapi kira hebat jugakla... congrats kumpulan hubby yg dapat no. 7.. hahaha..








~mel
dah start sakit kaki dah ni.. esok agak2 nak pi kerja ke idak :P


Isnin, 4 November 2013

Hijrah...


Melihat tudung2 yg cantik ini seperti rasa kasihan.. rasa berat utk meninggalkannya.. tapi rasa hati telah tekad utk berubah.. berhijrah ke arah yg lebih sempurna.. Ada antara tudung2 ini yg baru sekali dua dipakai.. konon nak tunggu majlis2 tertentu... tapi mati takkan menunggu kita kan? Jadi perlu tekadkan hati utk berubah.. Semoga Allah terus mberi kekuatan.. sebulan ini telah melalui proses sedikit demi sedikit.. Sokongan dr incik suami bnyk membantu utk lebih kuat..

Sempena Maal Hijrah kali ini.. hasrat dihati berhijrah sepenuhnya.. InsyaAllah.. Amin...

Salam Maal Hijrah 1435 buat semua..


~mel
p/s Ada sesiapa nk beli? 6 helai RM100... 



Sabtu, 2 November 2013

Insaf...

Sejak kebelakangan ini bnyk peristiwa yg sedikit sebanyak menginsafkan diriku.. Hari Selasa hari tu, sedang aku sibuk diaudit utk PPG.. rupanya salah org pelajar ku, seorg guru di SK Pokok Sena meninggal dunia akibat kanser paru2 .. dalam usia 39 thn arwah meninggalkan suami dan 4 org anak perempuan berusia 6 hingga 15 tahun.. Dalam kesibukan tak sempat menziarahi keluarga arwah hinggalah pagi tadi aku, hubby & eryna bersama2 dgn ofis mate Fadzilah sekeluarga, serta 3 org guru ppg telah berpeluang menziarahi keluarga arwah...

Sedih tak terkata, kami disambut ansk2 arwah, suaminya bekerja.. anak sulung arwah berusia 15 tahun melayan kami dgn ramah.. Terserlah ketabahan anak itu bercerita ttg tatkala ibunya di diagnose kanser hinggala ke akhir hayat arwah.. Pertanyaan2 kami dijawab dgn penuh sabar.. dgn perasaan hormat dan nampak penuh tanggungjawab seorg kakak walaupun baru lepas pmr..

Satu yg aku kagum.. walaupun tanpa ayah di rumah.. anak2 perempuan arwah yg berumur 9, 12 dan 15 tahun itu lengkap bertudung menerima kdtgan kami.. rasa insaf terasa didikan ibubapa mereka sgt baik kpd anak2 ini.. 

Sebelum balik cepat2 kakak nya meminta adik2 bersalam dgn kami.. serius aku cuba dgn bersungguh2 menahan airmata dari gugur.. keinsafan muncul.. ya allah sedih dihatiku tidak terkira.. moga arwah di tempatkan dalam kalangan hambaNya yg soleh dan anak2 arwah dalam lindungaNya sentiasa.. Al-Fatihah...

~mel