Jumaat, 4 Mac 2011

Pinjaman Perumahan.. (Cara Memohon)

Bagi aku untuk melengkapkan borang pinjaman perumahan kerajaan adalah suatu perkara yang agak rumit dan sedikit sebanyak ada bab yang aku rasa konfius. Anyway aku kongsi borang2 yang diperlukan untuk permohonan pinjaman ni...

Untuk dapatkan borang-borang ni, anda boleh lah ke web Bahagian Pinjaman Perumahan. Web ni boleh dikatakan bagus sebab ianya menyediakan pelbagai informasi tentang pinjaman perumahan. Walaubagaimanapun ianya tidak selengkap pengalaman sendiri apabila melalui proses penyediaan borang-borang yang macam2 jenis ni.

Borang-borang yang diperlukan untuk pinjaman perumahan kerajaan kali pertama (beli dgn uan rumah) adalah:

  • SENARAI SEMAK JENIS 1: Rumah Siap Dari Pasaran Sekunder
  • Borang Permohonan Skim Pinjaman Perumahan Perbendaharaan
  • Borang 1: Borang Permohonan Laporan Penilaian
  • Borang 2: Surat Persetujuan Penyelesaian Hutang
  • Borang 3A: (Assignment) : Surat Akujanji Peguam
  • Borang 3B (Gadaian) : Surat Akujanji Peguam
  • Borang 3C (Ubahsuai Assignment) : Surat Akujanji Peguam
  • Borang 3D (Ubahsuai Gadaian) : Surat Akujanji Peguam
  • Borang 5B : Akujanji Pemaju / Tuan Tanah Melepaskan Kepentingan Kepada Kerajaan (Jenis V Assignment)
  • Borang 6 : Borang 6 : Akujanji Pemohon Menanggung Rugi
  • Borang 7: Persetujuan Menggadai Oleh Penama Bukan Peminjam
  • Borang 10 : Akujanji Pemohon Menanggung Rugi (Indemnity) Kerana Membeli Harta Tiada Hakmilik Strata / Individu Daripada Penjual Kedu
  • Surat Iringan Ketua Jabatan
Borang2 ni semua boleh didapati di sini

  • Untuk Borang 1 iaitu Borang Permohonan Laporan Penilaian, setelah borang diisi, anda perlu pergi ke Pejabat Penilaian di kawasan rumah yang akan dibeli dan serahkan borang tersebut untuk pejabat tersebut melakukan penilaian terhadap rumah yg ingin dibeli. Jgn lupa sertakan sekali surat iringan dari Ketua Jabatan. Kalau di IPTA, Ketua Jabatan utk proses ini adalah Bendahari di Jabatan Bendahari. Proses penilaian ini akan mengambil masa dalam 10 hari (depends pada pejabat penilaian tu). Dalam kes aku dlm 6 hari saja. Pegawai dari pejabat penilaian tu call aku 3 hari slps aku hntr borang & tanya beberapa perkara ttg rumah tu.. buat penilaian dan dalam 15 minit lepas tu dia cakap dia dah buat penilaian. Kemudia dia terus hntr report tu online ke Bahagian Pinjaman Perumahan. Kita takkan tahu apakah penilaian yg dibuat (berapa nilai rumah dan sebagainya) tp anggaran penilaian tu adalah berdasarkan berapa jumlah loan yg kita pohon.
  • Borng 3A hingga 3D perlu diisi oleh Peguam yg anda lantik utk uruskan proses pembelian rumah ini.
  • Borang 7: perlu ditandatangani oleh pasangan sekiranya nama dlm surat perjanjian jual beli (SNP) adalah nama bersama tetapi utk loan hanya seorang shj yg memohon. Contohnya dlm my kes, nama utk rumah yg dibeli adalah nama bersama aku & hubby, tetapi aku seorg shj yg mohon loan perumahan kerajaan. So hubby aku perlu isi dan sign borang 7.
  • Borang2 lain yg tertera di atas perlu diisi oleh pemohon dan dapatkan pengesahan Ketua Jabatan di mana2 borang yg memerlukan tandatangan.
Di samping borang2 di atas, peguam perlu membuat Carian tentang harta (rumah tu la) dan dapatkan copy Hak Milik Sementara sekiranya rumah itu masih dlm hutang. Peguam juga perlu memohon kebenaran dari pihak bank utk mendapatkan statement terkini pinjaman tuan punya rumah yg menjual rumah tersebut. Sekiranya pada dokumen hak milik sementara tu ada menyatakan bahawa terdapat sekatan-sekatan utk menjual rumah, peguam juga perlu membuat permohonan dari Pihak Berkuasa Negeri (Pejabat Tanah) utk memberi kebenaran tuan punya rumah menukar hakmilik kepada pembeli rumah (dlm kes ni aku laa).

Kesemua borang di atas perlu dilengkapkan dan sekiranya salinan perlu dapatkan cop "Salinan disahkan benar" selain dari salinan dokumen2 seperti IC, Surat Nikah, Surat Lantikan & pengesahan jawatan. Surat Iringan dari Ketua Jabatan akan merangkumi perkara2 seperti kelayakan pinjaman, in my case RM360k, dan perkara2 asas yg lain. Biasanya KJ yg dah biasa akan tau apebendanya yg perlu diisi dlm surat iringan tu...

Dah settle semua.. baru hantar borang2 tu semua ke Bahagian Pinjaman Perumahan di Putrajaya. Jangan lupa anda juga kena sertakan wang proses seringgit bg RM100 pinjaman yg dipohon ~bukan ikut harga rumah tau!! Kat sini aku dah silap hari tu sebab aku ingat kena bayar ikut harga rumah, so aku buat kiriman wang RM275 sedangkan patutnya RM246 shj, sbb aku apply loan hanya RM 246,50K. Dah rugi...

Apa2 boleh rujuk pd web BPP sebab ianya sgt lengkap. Tapi pastikan semua borang + surat2 ada.. barula BPP proses permohonan.. klu tak akan drag dari sepatutnya 2 minggu.. sebulan setengah macam aku... huhu.

Tips**
  • Pilihlah peguam yag mudah berunding sebab peguam yg baik mampu melicinkan proses sbb peguam ni wakil kita. Urusan2 dgn pihak berkuasa negeri atau pejabat tanah dilakukn oleh peguam, cuma yg kita perlu buat sendiri adalah hantar pemohonan ke perjabat penilaian utk proses penilaian rumah.

Ok.. nanti aku sambung ttg perjanjian jual beli rumah (SnP~sale and purchase agreement) pulak yer.. apa hak kita dan apa hak penjual... yg ni pun bnyk peguam aku ajar.. klu x mmg xtau...huhu...

~mel

30 ulasan:

  1. this post really helped me :) skrg ni tgh nk beli rumah guna loan kerajaan tp still pening... la la la..

    BalasPadam
  2. sekali seumur hidup gamaknya buat loan kerajaan nee memang mengkonfiuskan.. jika memerlukan maklumat dan pandangan leh la kongsi-kongsi dengan kami.

    BalasPadam
  3. saya pun dalam proses untuk proceed utk loan kerajaan, mel ada tak contoh surat iringan Ketua Jabatan untuk buat penilaian harta? boleh tak emailkan pada saya ahmi@prison.gov.my

    BalasPadam
  4. aduiiiii....pening tul nak wat loan kerajaan yer..
    kena baca betul2 nih..
    nak beli rumah guna loan kerajaan gak, tgh pening2 gak kepala nih..

    BalasPadam
  5. as salam.. boleh sambung ttg perjanjian jual beli rumah (SnP~sale and purchase agreement) ?? really need ur help..tq

    BalasPadam
  6. @helmi, sorry xde pulak salinan dlm softcopy.. so xdapatlah nak hantar

    @elismie nnt sy sambung bila ada masa.. agak sibuk pulak skrg ni...

    BalasPadam
  7. Hi Mel, saya baru je lepas submit borang loan kat bahagian perumahan. So selepas dapat kelulusan nanti, apa next step yer? ada kena download form lagi ker? saya pun beli rumah sekunder gak...

    BalasPadam
  8. Peguam akan uruskan semuanya.. surat menyurat dari BPP semuanya kepada peguam, kecuali kalau ada apa2 yg perlu kita buat (kot2 ada yg tertinggal). FYI ia mengambil masa yg agak lama.. sehingga hari ni, walaupun dah beberapa bulan dpt kelulusan tp BPP belum bayar kepada penjual, jadi kami belum boleh buat tukar hak milik... so tgh menunggu dgn sabar ni.. bulan 6 ni akan start potongan utk pinjaman perumahan.. tp kunci tak dapat lagi... Peguam cakap akan dpt dlm masa sebulan lagi... harap2 cepatla dapat..

    BalasPadam
  9. Mel, tq for the info...

    BalasPadam
  10. salam mel..if loan gov ni..kiraan potongan gaji mcmane ye?adakah dia kira mngikut gaji bersih atau gaji hakiki?sbb nya sy ad buat personal loan dr bank..adakah ia akan mnjejaskan permohonan gov loan ni?

    BalasPadam
  11. salam..saya nak convert loan bank ke kerajaan... recommend peguam yg ok...

    BalasPadam
  12. kiraan gaji ikut kadar pinjaman, bukan ikut berapa gaji kita.. loan bank biasanya lebih cepat dapat dari gov loan.. awat nak mintak dua2...

    saya xleh nak rekemen peguam yg ok sbb sy pun xtau kaedah nak convert lgpun anomymous ni tak kenalkan diri, tak tau dtg dari mana.. cam ne nak rekemen.. sy ni dok penang bukannya KL.. huhu

    BalasPadam
  13. Salam Tuan Tanah... =)

    Dokumen sokongan yg perlu submit kat BPP mcm TT terangkan tu je ke?Slip gaji semua BPP x minta kan?

    DIN - KL

    BalasPadam
  14. Yup.. mereka tak minta slip gaji dah sebab kena ada surat akuan dari ketua jabatan.. so dalam surat tu dah ada semua details tentang kita.. biasanya ketua jabatan dan ada format surat tu.. bila kita perlu diorg akan buat..

    BalasPadam
  15. Macam mana kita nak cari peguam tu...pemaju sy dah ada peguam mcm mana tu ya

    BalasPadam
  16. kalau pemaju dah ada peguam guna je la peguam pemaju.. biasanya kalau peguam pemaju tu kira free je.. tapi tak taula pulak kalau kena bayar.. sorry tak de pengalaman beli rumah atas pemaju..

    BalasPadam
  17. terima kasih banyak2~
    semoga tuhan memberkati penulis blog ni yang baik hati dan
    sanggup berkongsi~

    BalasPadam
  18. terima kasih banyak2~
    mel telah bantu saya~
    sikap mel yang baik hati dan sanggup berkongsi mulia ni~!!!

    BalasPadam
  19. saya ada sedikit kemusykilan...sy ada membeli rmh yg akan siap djngka jun 2013,sy msh confuse dgn prmhonan gov loan.slps sain snp ke cmana.klu ada sape2 tau,ada sape2 ada cth srt approval/ entitlement letter from ministry of finance.srt ni akn dpt slps htr prmohonan ke cmana.tq,jasa baik semua hanya tuhan yg balas

    BalasPadam
  20. klau pijaman ngn gov...still kena hire peguam juga ke..utk urusan pinjaman ?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yupp.. mesti melalui peguam.. peguam yang uruskan tentang jual beli rumah.. ada beberapa dokumen yang peguam perlu hantar direct ke bahagian pinjaman perumahan...

      Padam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  22. Salam, nak tanya. Saya bli rmh dari individu. Tp ada satu borang tu rasa confius sikit ngn kandungan nya. Borang 6 tu memang kna sign ke? Harapa dapat reply.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, borang 6 tu kalau letak dua nama utk rumah tersebut, contohnya kalau nak letak nama kita dan nama suami.. then suami kena isi borang 6 tu dan sign.. kalau nama sorang je then tak perlulah isi borang 6 tu... harap membantu..

      Padam
  23. Salam, nak tanya. Saya beli rumah dari individu. Then ada 1 borang ni confius sikit ngan kandungan dlm tu. Borang 6. Yg tu memg termasuk dalam borang2 yg kena sign ke. Harap dapat bntu saya.

    BalasPadam
  24. Salam nak tanya. Surat akujanji peguam tu napa smpai 4jenis borng. Yg mn satu nak d isi

    BalasPadam
  25. salam mel. berapa lamakah kena tunggu daripada Pihak Berkuasa Negeri (Pejabat Tanah) untuk meukar haik milik? Perlu tak kita lampirkan borang 14A telah siap didaftarkan di pejabat tanah bersama sama permohonan pinjaman kita?

    BalasPadam
  26. Salam..
    saya bercadang buat rumah atas tanah sendiri guna loan kerajaan... apa langkah2nya.... step by step.... tolong sesiapa pernah buat....tq

    BalasPadam
  27. Slm sis..sya nk tya Borg 6 bhgian saksi spa yg kna sign sbnrnya..lawyer ke jbtan..cnfius...

    BalasPadam
  28. bahagian saksi tu biarkan kosong... itu dari pengalamn sya

    BalasPadam