Sabtu, 27 September 2008

Ramadhan hampir berlalu..

Hening di akhir-akhir malam Ramadhan ini.. kesayuan menusuk kehatiku, terasa kesunyian dan kesyahduan. Banyak perkara yang berlaku pada Ramadhan kali ini.. dugaan demi dugaan hingga terkesima hidupku seketika, dimulakan dengan sebuah kehilangan.. kehilangan yg hingga kini tak mampu aku terima kebenarannya.. aku terasa amat sengsara dengan kehilangan itu. Tapi siapalah aku untuk menolak takdir Ilahi.. teringat sebuah ungkapan.. "Everything happens for a reason.." tapi sampai kini aku masih tercari-cari.. apakah sebab semuanya ini terjadi...

Namun begitu aku bersyukur.. disebalik sebuah kehilangan aku masih dikurniakan nikmat kehidupan, aku masih mampu bernafas hingga ke hari ini.. nikmat sebuah kehidupan itu tidak ternilai walau terkadang aku merasa tertekan kerana hidupku tak mungkin sama seperti insan lain lagi... Syukurlah diriku.. Allah masih berikan diriku kekuatan utk terus menempuhi hidupku yang penuh kesakitan..

Syawal makin hampir.. ramadhan hampir berlalu... aku?? mengharapkan sinar cahaya menerangi kegelapan hidupku.. aku mendambakan sinar itu.. adakah sinar itu mengerti??
Hanya pada Allah ku mohon.. moga sinar itu kembali semula...



Mel~~
"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Ku lampirkan syukur kepadamu.. Subhanallah.. telah Kau berikan aku cahaya Ramadhan, dengan nikmat dan kekuatan yang tidak dapat ku luahkan kesyukuran, hampirku padaMu di Ramadhan ini. Walau dugaan dan cobaan tetap hadir namun dengan keredhaanku kepada ujianMu, membuatkan hatiku tetap utuh padaMU..

Ya Allah Ya Hannan Ya Mannan.. Sesungguhnya dikau tempat ku berpaling, dikau tempatku berteduh, dikau tempatku mengadu, walau airmataku hampir kering kegersangan aku tahu kau sentiasa menemaniku.. bila insan yang ku damba makin jauh mengorak langkah dariku.. kau tetap ada Ya Allah.. wajarkah ku menangis kerna seorang insan yg mungkin masih membenciku.. sedangkan Engkau Ya Allah sentiasa ada mendampingi ku.. walau aku sentiasa tersilap langkah, Engkau tidak pernah menempiaskan api kemarahan terhadapku..

Ya Allah..sesungguhnya kau maha mengasih lagi maha penyayang..
Ya Allah.. Ku pohon kepadaMu.. moga dibukakan pintu hatiku kepada kebaikan, pada pintu kesedaran..

Dengan semakin menyusut hari Ramadhan.. semakin dekat kurasakan padaMu, Ya Allah.. Ampunkan segala kekhilafan diriku.. kedhaifan hatiku.. kealpaan hidupku..
Ya Allah.. berkatilah hidup insan2 yang menyayangiku dan insan2 yang aku sayangi.. Hanya padaMu ku berserah dan hanya padaMu tempat ku mengadu... Berikan kepadaku petunjukMu.. Allah Hu Ya Allah..."

Jumaat, 26 September 2008

Salam Aidil Fitri


Insan..
Hinanya kita di dunia fana
Tidak terbatas dosa menjadi cela
Kadang tersedar meratap lena
Apakan daya langkah diatur penuh pedaya
Diriku..
Mata yang terpejam kini terbuka
lantas imbasan menjadi nyata
Aku ternyata sehina manusia
Tersesat jalan mencari titik mula..
Teman..
Detik terleka ku musnah semua
Biar berlalu meninggalkan noda..
Pengajaran hidup harus diterima
Moga langkah teratur akhirnya..
Temanku...
Selamat Menyambut Hari Lebaran
Semoga semua beroleh keberkatan
Tangan dihulur memohon keampunan
Minta dihalal kesilapan yang dilakukan

~Salam Aidil Fitri~

Mel~

Ahad, 21 September 2008

Raihan ft. Awie - Dari Tuhan


Ya Allah padaMu ku pohon.. ampunilah dosa2 ku padaMU
dan jua dosaku terhadap insan lain sama ada yg aku sedari mahupun tidak...

Buat teman-temanku.. dengar & hayatilah lagu ini..
Semoga kalian beroleh keberkatan di dalam menjalani kehidupan seharian..


DARI TUHAN...
Tuhan berombak lautan
tajam duri dihutan
begitu kuasamu
kepada alam....

insan renangi lautan tempuhi onak tajam
ada balasan
untukmu insan....
bila mentari terpadam
kita akan di bangkitkan..
menerima harapan
atau kepanasan...

insan..
berseri chayamu
bersinar lah budimu
kerana ketaqwaan
kepada tuhan......

bila..mentari terpadam kita akan dibangkitkan
menerima harapan
atau kepanasan...

download lagu di sini::



mel~~
risau.. pening.. sambil berdoa..

Jumaat, 19 September 2008

My Baby You - Marc Anthony

p/s.. i would like to dedicate this song to someone.. someone who has always given me courage to go on.. seseorg yg selalu ada.. walau bnyk benar salah & dosaku padanya.. dia masih ada and help me to go on.. you are the reason i could fly... walau apa pun terjadi.. i would like to say thanks.. many2 thanks from deep down of my heart.. hidup ini penuh ranjau duri.. walau dirimu jua sengsara.. kau tetap di sana... terima kasih & maaf setulus hati...


layan lagu ni...


MY BABY YOU...

As i look into your eyes
i see all the reasons why
my life's worth a thousand skies
you're the simplest love i've known
and the purest one i'll own
know you'll never be alone

my baby you
are the reason i could fly
and 'cause of you
i don't have to wonder why
baby you
there's no more just getting by
you're the reason i feel so alive
though these words i say are true
they still fail to capture you
as mere words can only do
how do i explain that smile
and how it turns my world around
keeping my feet on the ground

i will soothe you if you fall
i'll be right there if you call
you're my greatest love of all
and makes me feel so alive..


download mp3

Khamis, 18 September 2008

Perjalanan..

Walau mendung di hadapan... perjalanan tetap harus diteruskan..

Selasa, 16 September 2008

Pasar Ramadhan..

Since puasa mmg aku jarang2 masak..  mmg rasa malas sgt, plus bila dah balik kerja dalam pukul 5.30 tu macam lebih baik pergi pasar ramadhan kat belakang USM ni haa..  kalau awal2 dulu aku tak dpt nak budjet apa yg patut aku beli tapi skrg ni dah tau dah supaya tak membazir.. yang penting air musti dua pack..

Aku mmg tak pernah pergi pasar ramadhan lain, except masa first day aku gi kat pasar ramadhan gelugor. Since that day was raining, so mcm xde apa2 kat sana. Skrg ni aku rasa malas nak gi sana sbb rasa jauh. Kalau yg kat belakang USM ni dekat sikit dgn rumah aku.  Oleh kerana dah macam hari2 aku gi ke pasar ramadhan tu, aku dah macam tau waktu2 yg sesuai & senang nak cari parking. selalunya dalam pukul 4 lebih dah bukak.. 

Aku sebenar bukan nak cerita pasal pasar ramadhan tu.. tapi pasal kegeraman aku dgn environment pasar ramadhan tu..  Pasar ramadhan tu letaknya di depan kawasan desasiswa + rumah kakitangan USM (besar + baru).  Memang dibuat kat atas jalan kecik yg b4 this laluan biasa kereta. motor dll. So bila pasar ramadhan bukak.. cam biasa jalan tu ditutup.  

Benda2 yang aku geram kat P.R tu..

1. Kalau pukul 4++ masa org baru nak bukak gerai dan jalan belum di letak sekatan utk  no-entry.. ada kereta2 yg tak reti bahsa, tgk org tgh siap2 nak bukak gerai.. main redah jer dlm tu..  kalau bwk slow tu boleh la dimaafkan.. ni bawak cam kat F1.. kkdg terkejut tetiba ada kereta mcm nak langgar kita kat blakang... huh!

2. Bila dah pkl 5 cenggitu..  bila sign no-entry tu dah letak kat jalan.. ada plak motor2 yang xreti bahasa.. masuk jugak kat situ.. xreti2 ke nak park motor & jalan kaki?? ataupun kalau just nak lalu jer..ikutla jalan lain.. yg geram nya laju gak tu.. ada satu hari tu cemas2 nak terlanggar anak org.. geram betul laa.. xde kesedaran sivik langsung..  

3. Harga makanan.. so far aku rasa okla.. tapi semalam bila terkena karipap 3 bijik = 2 inggit.. aku rasa geram betul..  Aku selalu budjet Rm10 utk beli makanan.. dan selalunya kalau beli nasi kerabu lauk ayam ke.. baru RM4 + air RM 2 + kuih singgit @ murtabak ke singgit setengah...  tp bila karipap tu harga 3 + 2 inggit.. aku rasa geram sgt.. bulan2 puasa pun nak cari untung cam tu.. grrr... 

Itulah kegeraman2 aku kat pasar ramadhan tu.. tatau la kot2 adalak kegeraman utk hari ni.. tapi hari ni kelas aku abis pkl 7 jadi kena beli apa yg ada je laa... 


mel~~
lembutkan hatimu, then u'll know..


Sabtu, 13 September 2008

Thnx...

Just now i received a phone call from far away.. Japan.. actually waktu my fon rang aku tgh menangis... So bila aku jawab telefon tu agaknya sendu sedan aku masih kedengaran.. terus suara kat sebelah sana bertanya.. ko buat ape tu.. aku cakap.. tgh baring.. suara tu ckp.. sudahlah dengar suara pun aku tau.. ko tgh nangis..  bila dia ckp cam tu.. lglah aku yg cengeng ni bertambah cengeng.. makin deras rasanya aku nangis.. tak boleh nak kontrol..  

Last2 suara di hujung talian membebel sorang2.. one thing yg suara tu ckp.. kalau ko rasa tak tenteram pergilah mandi.. ambil air sembahyang.. then baca yassin.. kalau baca yassin tu xdpt tenangkan diri ko, maksudnya bnyk la setan2 sedang berkerumun dlm diri ko.. Pastu suara tu ckp lagi.. esok pg bila ko bgn, tgk muka ko kat cermin ada mcm rupa org meroyan tak.. Actually banyak yg dibebelkan oleh suara di hujung talian dari jepun tu.. lebih 42 minit dia membebel sensorang.. dan bila dia dgr aku teresak2.. dia pun nangis sama.. lepas tu bila aku dah reda sikit dia marah aku, dia ckp apa ko ni buat aku nangis.. aku dah setahun tak nangis tau.. 

Mcm2 suara di hujung talian tu cakap.. which all true.. bnyk smngt yg suara tu cuba beri kat aku..  which i really appreaciate... walau aku tak cerita apa2 pun kat dia.. dia just talking.. membebeling.. which sooth my miserable self a lot.. 

Anyway.. i just would like to say thanks.. thanks.. thanks.. mcik bebel... i tak sangka u would call me.. lgpun lama xborak.. ko selalu bising aku selalu invisible kat ym.. rasanya last sekali kita berborak on fon dlm sethn lepas.. skrg ko dah hidup best berbanding jd pnganggur jepun dulu.. bnyk panduan yg ko beri utk aku mlm ni.. walaupun yg ko dgr hnya esak tangis aku.. ko tak jemu2 bercakap.. mujurlah dah bukak puasa... 

Insyaallah.. nnt kita jumpa b4 raya.. pastu nnt ko balik kedah aku gi raya umah ko ekkk... Girl!! really owe u for tonite...

mel~~


Khamis, 11 September 2008

Puasa..

Hari dah hari kesebelas puasa... dan dah sepuluh hari aku berbuka puasa sendirian, except for the first day..  Puasa kali ini.. alhamdulillah masih dapat aku bertahan walaupun untuk berpuasa aku terpaksa skip ubat yang aku terpaksa ambil setiap hari. Kenapa? kalau aku ambil ubat tu aku tak akan mampu berpuasa kerana ubat itu akan menyebabkan aku jadi tidak sihat lansung tanpa makanan dan minuman. Aku boleh pengsan/pitam tanpa aku sedari. Jadi, setakat ni dah sepuluh hari ubat wajib aku terpaksa tinggalkan.. kerana aku ingin berpuasa. Untuk mengambil ubat tersebut di waktu malam.. akan menimbulkan akibat lain yg akan menyebabkan keesokan hari nya aku pun tak boleh berpuasa. Ahh... lupakan saja utk sementara waktu.. dah lama aku tak berpeluang berpuasa...

Walau aku berpuasa tp seleraku pd makanan tetap rendah. Kadang2 rasa geram.. Dan tiap kali ke pasar ramadhan aku mmg akan fikir panjang kalau nak beli apa2.. aku takut tak habis.. membazir nanti..  Tapi yg wajib aku beli.. 2 pack air.. bukan satu.. 2, utk aku seorg.. Bila time berbuka.. aku aka minum air.. abis satu pack.. buka lg satu pack.. lepas tu aku stop.. food yang aku beli kdg2 tak terusik pun. Last2 aku simpan dlm fridge utk mkn sahur. 

Lepas maghrib + aktiviti minum air.. sejak akhir2 ini aku terus collapse.. aku mmg tak larat nak bangun.. kdg2 dgn baju kurung kerja aku terlelap sampai ke pagi. Sbnrnya sebelum buka puasa pun dah collapse tp sebab nak buka puasa ditahan2 juga. Mujurlah alarm ku setakat ni berbunyi dgn baiknya, jadi sebelum sahur aku isyak dulu. 

Sahur.. walaupun makanan ada.. tp apa sgtlah yg mampu aku mkn.. selalunya nestum & milo lebih berkesan dari mknan... Ada satu pg aku ter rajin.. masak nasi goreng bgn sahur.. tp aku cuma makan dua sudu.. skrg aku don't bother nak masak ape2.. kalau rajin pun setakat megi je la kot..  May be that's why aku kurang tenaga waktu siang utk berpuasa.. tp aku pun xtau mcm mana nak tmbah selera makan dah..  sampai disaran amik tongkat ali.. eh..boleh ke pompuan minum tongkat ali..konpius aku.. 

Ptg td aku ke klinik..mcm biasa.. sbnrnya aku dah fed-up gi klinik ni.. tp pergi jugak.. dlm aku yg dah menggigil tahan letih.. receptionist India yg lebih kurang 7-8 kali aku jumpa mengajukan soalan yg sama setiap kali jumpa.. "u tak beritau ke org admin usm psl ubat yg u ambil ni.. mahal tau"..  tadi aku naik geram + marah.. dan hari ni minah tu tau aku benar2 marah.. aku ckp kat minah tu..  i dah ckp kat derang banyak kali dan derang dah komfem masukkan dlm database. If u cannot find it in the database, call them, don't ask me anymore.. kalau tak i akan tukar klinik panel. i dah fedup tiap2 kali i dtg u tanya i benda yg sama!"

Dan aku jugak naik fedup dgn doktor tu sbb this was my 2nd time gi klinik bulan puasa (last week aku dah pergi utk check-ups gak).. he kept insisting... "I don't think u should fast.. u r not up to it!" Ahh..  kalau ikut kesihatan aku.. sampai sudahlah aku tak puasa.. Al east skrg aku puasa walau aku collapse by the end of the day... tapi AKU PUASA... itu yg penting..

Kalau aku mati esok pun... aku dalam keadaan berpuasa... 

Selasa, 9 September 2008

Sad...

Just wanna say... i'm so sad tonite..  semangatku dah hilang.. there's no use trying to be brave while everything in my life is falling apart..  

Hidup bagai tiada makna lg.. sudah cukup aku bertahan.. 

Isnin, 8 September 2008

Sombong..


Dah lama tak menulis.. pagi2 ni masuk ofis rasa nak menulis blog dulu sebelum menulis proposal yg perlu disiapkan pagi ni jugak. Last night aku terfikir.. aku mengimbau kehidupan aku sebelum ini.. dan tiba2 aku tersedar.. ada satu ketika aku amat sombong. Sombong dgn diriku sendiri, dgn apa yg aku ada dan juga aku amat sombong dengan pendirianku... aku pernah bertekad macam2.. tak nak kawan dgn org yg mcm tu.. tak nak kawan dgn org yg macam ni.. aku suka org yg jauh lebih tinggi dari aku, muda dari aku.. dllg.. 


Ya! Mmg aku sombong masa tu.. dalam hidup aku, aku telah meletakkan kriteria-kriteria yg aku inginkan. Dan sekiranya sesuatu yg hadir tidak memenuhi kriteria tersebut aku akan menolaknya mentah2.. Sombong betul aku masa tu. Dan aku juga amat sombong, bila aku berada di pihak yg benar, aku akan memandang rendah pada org yg membuat kesilapan itu. Seingat aku, aku selalu memandang rendah kepada seseorg disebabkan aku mmg agak terra kat sekolah, bila ada org yg buat silap aku akan pandang sebelah mata. Itu belum lg dgn perkara2 yg lain.  Dan bila ada kawan2 yg ada silap pd diriku, mmg susah aku nak maafkan. Aku bukan seorg yg pemaaf... 

Malam tadi.. aku terfikir.. aku renung-renung akan diriku.. mmg aku sombong. Sombong dgn kurniaan Allah pada diriku.. Aku punya segala apa yg org lain mungkin tak termampu nak capai. Dan aku terjerat dlm liku2 hidup dan yg paling penting aku sedar, dulu aku cakap lain.. apa yg aku tak nak sgt dalam hidup aku dulu, kini itulah yg aku kejar2 kan... yang aku inginkan.. yang aku dambakan.. bila Allah tak redha.. Allah akan tunjuk bila2 masa.. Allah nak beritahu padaku yg kalau itu yg aku mahu tetapi Allah tak redha.. aku takkan dpt apa yg aku nak.. hmm.. 


Dan aku kini aku sedar.. walau di mana tempatku.. walau di tempat teratas sekalipun.. aku cuma seperti sebiji cangkir.. boleh dihias diwarnai menjadi sesuatu yg amat cantik dan dikagumi.. tapi hakikatnya.. asalnya tetap sama.. dari segumpal tanah liat..  

Ingatan buat diriku yang selalu lupa - 
Jgnlah sombong lagi.. jgnlah terasa diriku sentiasa betul.. hindarkan dari perasaan dendam.. hindarkan dari perasaan sukar memaafkan.. jgnlah diriku menetapkan sesuatu yg mungkin tidak mampu ku lakukan... kerana.. bila Allah ingin tunjukkan sesuatu... Allah hanya perlu berkata "Kun Fayakun..."



Buat kawan-kawan..
Aku sedar akan kekhilafan diriku..
Aku pernah lupa siapa aku di sisiNya..
Kerana itu.. 
Ku mohon ampun dan maaf di atas setiap kesilapan & kekurangan yg hadir dari diriku...
Semoga Ramadhan ini aku dan kalian mendapat rahmat & hidayahnya..

Wassalam..



Mel~~
Aku rindu kepada insan yg selalu mengingatkan aku atas kesalahan yg telah aku lakukan..
Dan aku tak marah walau kebenaran itu pahit..  kerana tiada gunanya kemanisan jika ianyanya hanya memudaratkan...
Jangan sombong lagi.. 

Khamis, 4 September 2008

Taubat - Radja

** Sebagai manusia kdg2 kita tahu apa yg kita lakukan salah.. tp kita tetap lakukannya.. tapi bila kesedaran itu dtg.. apa yg mampu dilakukan.. bertaubat.. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun & Maha Penyayang... Ya Allah ampunkan segala dosa2ku.. Moga ramadhan ini membuka lembaran baru...

Salam Ramadhan buat semua...

psst... Thanks Naini@ada2ajegroup for this song..


Selama ini aku jauh dari Mu
Selama ini aku ingkar pada Mu
Begitu banyak dosa yang kulakukan
Hingga ku merasa diri penuh dosa

Terkadang ku lupa terkadang ku ingat
Kuingin diriku bertobat
Ampuni aku dari dosa-dosa yang kulakukan
Pada Mu ya Allah
Ampuni aku dari kesalahan….yang kulakukan


Begitu banyak dosa yang kulakukan
Hingga ku merasa diri penuh dosa
Terkadang ku lupa terkadang ku ingat
Kuingin diriku bertobat

Ampuni aku dari dosa-dosa
Yang kulakukan pd Mu ya Allah
Ampuni aku dari kesalahan yang kulakukan
Pada Mu ya Allah

Ampuni aku dari dosa-dosa
Yang kulakukan pada Mu ya Allah
Ampuni aku dari kesalahan
Yang ku lakukan pada Mu ya Allah

Astaghfirullah Astaghfirullah
Ampuni aku ya Allah


download mp3