Rabu, 20 November 2024

The Journey of Love

 Bebrapa bulan lepas aku unsubscribe Netflix atas sebab aku merasanya Netflix banyak membuat aku lebih lagha dan aku sendiri jua sebenarnya tiada masa untuk menonton movies disebabkan kesibukan aku. Aku sebenarnya hanya subscribe Netflix untuk mobile devices iaitu digunakan dalam iPhone dan iPad. Entah macam mana, aku terbaca status beberapa orang teman tentang satu movie Indonesia, aku macam tertarik sebab tajuknya macam ingin ku lihat... maka aku ambil keputusan untuk subscribe semula. Setelah aku menonton kisah tersebut (yang tidak sebagaimana aku jangka kan jalan ceritanya),  Netflix aku keluarkan pelbagai saranan movie Indonesia lain. Ada yang aku muat turun dan tonton, dan aku dapati banyak movie Indonesia yang sangat Islamic dan menarik perhatian aku... Subhanallah... jauhnya beza movie Indonesia dengan movie Malaysia...


Malam tadi, disebabkan aku masih MC dan duduk saja di rumah, maka aku pun mencari movie Indonesia untuk ditonton. Aku klik movie bertajuk 'The Journey of Love'.. mungkin nampak macam cerita ini tentang cerita cinta.. ya dan tidak, Selepas menonton movie ini banyak kesedaran tentang hati.. dan tentang cinta pada Allah yang sebenarnya menjadi tonggak dalam movie ini. Kisah tentang seorang Hafizah dan seorang ustazah dipaksa berkahwin sebagai isteri kedua.. dan akhirnya terkorban dalam patuh kepada bapanya dan pegangan kepada Allah. Bila aku tonton, aku rasa banyak pengajaran kita sebagai hamba Allah yang patut aku ambil teladan.. aku tersedar dari lamunan bahawa dugaan yang Allah beri kepada diriku ini sebenarnya adalah tanda kasihnya Allah kepada aku.. tanda kasihnya Allah kepadaku.

 Suatu yang aku sangat kagum dengan movie ini adalah betapa movie ini sangat menjaga akhlak Islam, Tiada adegan yang walau sedikit membuka aurat wanita, tiada adegan bukan mahram.. malahan.. banyak yang tersirat tentang syarat berhubungan dalam Islam. Sangat bagus untuk anak-anak kita melihatnya. 

Dan kisah ini juga membuatkan aku rasa sangat-sangat bersyukur dengan kurniaan Allah kepadaku. 15 thaun perkahwinanku dengan suamiku.. dari kejahilan hidupku, dari dosa-dosa silam... Allah berikan hidayahnya dan rahmatnya yang sangat luas. Dengan ujian dan dugaan kami tempuhi dan semakin dekatnya kami kepada Allah.. semakin bahagia kehidupan kami. Itulah yang telah Allah tunjukkan. Tanpa Allah hidup selalu berantakan, selalu bergaduh.. dan paling penting hidup makin bahagia bila ada ALlah dalam kehidupan. Banyak yang aku pelajari dari kehidupan ini.. perjalanan yang jauh dari Allah ke arah perjalanan kepada redhonya.. 

Allahu.. aku bersyukur bila aku tengok movie ini. Sebab ia membuka hatiku dan membantu meyakinkan aku bahawa setiap ujian dariNYA adalah untuk menyediakan aku ke arah kebaikan. 15 tahun hidup bersama suamiku.. aku bersyukur.. 15 tahun yang penuh pengajaran tentang siapa kita dan ke mana pengakhiran kita..


Sesungguhnya.. rencana Allah itu selalu indah.. selalu... dan Allah itu Maha Lembut (Al-Latif) sehinggakan kita kadang kala kita terlupa akan Allah. Terima Kasih Allah.. kerana tidak pernah melupakanku...😭

أَفَلَمْ يَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌۭ يَعْقِلُونَ بِهَآ أَوْ ءَاذَانٌۭ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى ٱلْأَبْصَـٰرُ وَلَـٰكِن تَعْمَى ٱلْقُلُوبُ ٱلَّتِى فِى ٱلصُّدُورِ ٤٦

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

Al-Hajj : 46

Semoga Allah tidak menjadikan kita buta...buta hati terhadap nikmat-nikmat yang telah diberikan kepada kita...

~mel

Khamis, 7 November 2024

Beat Hostel Singapore




 6 November 2024 aku berangkat ke Singapore. Oleh sebab beberapa perkara teknikal, aku ambil cuti ke luar negara 2 hari sebab nak memudahkan urusan sendiri. My boss iaitu DG KPT suruh aku pergi guna kemudahan Kementerian, tapi aku rasa tak sempat nak settlekan cepat, maka aku cakap kat boss aku, aku guna duit sendiri. 

Flight aku cari yg paling murah.. dapatlah Jetstar. Dia mcm Airsialah tapi syarikat penerbangan Australia. Sebab 2 hari je, aku mmg bawa baju pun seadanya. Beg aku 5.5kg jer. Alah pergi oversea tak perlu pakai formal sangat. Disebabkan aku nak tidur hanya semalaman, aku decide tak nak cari hotel mahal.. hotel Singapore ni mahal sebab currency exchange yg mahal sebab kejatuhan ringgit.. maka hotel yg murah pun dah jadi mahal. Bila tengok booking.com ada accomodation ala ala hostel.  Namanya Beat Hostel. Aku tanya husband ok ke nak duduk hostel gini.. dia cakap ok kot. Aku tgk gambar macam ok. So aku book je lah. 

Tadi bila sampai Changi, aku ambil grab ke Sands Expo & Convention Centre.. grab SGD 24. Aku tgk dlm statement bank convert jadi RM82 huhu.. Hari ni belum masa aku bercakap di EduTech Asia 2024 event yg aku hadir ni.. Esok baru turn aku. Aku just mendengar dan ber network hari ni. Petang aku jalan kaki ke Beat Hostel ni.. nak kata dekat taklah dekat sangat tapi aku bolehla jalan kali.. alhamdulillah tanpa masalah dlm 25 minutes. Jalan rata je dan pemandangan cantik. 




Sampai di hostel, receptionist tu lelaki melayu. Mula dia bagi aku katil atas.. aku ckp dia aku gayat. Mmg tinggi kot.. last²  dia bagi aku katil bawah. Actually aku rasa seronok juga duduk hostel ni.. katil double decker, dan ada penutup mcm capsule lah.. mmg just utk tidur tapi selesa. Ada bilik perempuan, dan mix. Aku of courselah ambil yg perempuan. Aku dua tiga orang minah saleh dalam dorm aku tu.. tapi sebab ada ruang sensiri tak delah susah sgt. Ala mcm duduk asrama, gitulh tapi lebih privacy. Kalau rajin nak bertanya/borak boleh jer.. nak diam² pun boleh jer.

Kemudahan yang disediakan, ada katil, bantal, selimut…  Ada washroom (agak kecil) tapi bolehla utk kehidupan yang simple, toilet ada paip (bukan bidet ya) so yg ni convenient, ada shower, sabun etc. Ada juga communal place yang disediakan air bertapis, ada disediakan teh, kopi, gula.. aku siap tanya kat budak reception tu free ke ni.. dia cakap kalau nak bayar saya terima kak! 😅




Bagi aku pengalaman mcm ni sgt berharga.. walaupun aku pun dah makin tua, tapi aku bersyukur aku ada pengalaman yg tak ramai org lain rasa dan mampu nak buat. Pergi tempat lain dan hidup seadanya.. Dan kalau datang Singapore utk kerja dan budget cukup makan, this place good! 



-~Mel

Ahad, 13 Oktober 2024

Tersedih...

Aku ni jenis sangat sensitif.. terutama tentang keperluan asas atau keperluan lain. Tu sebab bila anak-anak nak apa-apa terutama berkaitan sekolah aku akan cuba tunaikan.. Hujung minggu ni aku tiba-tiba tersedih. Bila aku tersedih memang susahlah nak baik, that's why aku cuba avoid jadi sedih. Aku ni kalau boleh tak suka hampakan orang. Kalau dalam kalangan adik-beradik aku.. aku ni biasanya jadi tempat adik beradik meminjam duit. Dulu masa adik-adik masih belajar di universiti aku jadi tempat mereka minta duit. Bila dah kerja jadi tempat pinjam duit, which sedaya upayanya akan beri. Walaupun memang tak menguntungkan aku. Bila mereka pinjam makanya mereka akan bayar ansuran. Katalah mereka pinjam RM2k.. bila bayar RM200 sebulan memang jadi macam airlah kat aku.. Tapi sebab adik-adik kan.. aku tak banyak songeh sangat. Adik aku yg sorang ni pulak sedang buat PhD, dari dulu ditaja HLP sampai dah kerja balik semula, tiap-tiap semester cari aku untuk bayar Yuran Pengajian. Macam aku cakap tadi.. bukan dia tak bayar balik, cuma... bayar ansuran.. memang dilute lah duit tu bila sampai balik kat aku... 

Selain dari adik aku, aku ada kakak (lain mak satu ayah). Dia sebenarnya dulu kaya raya.. tak pandanglah kami adik-adik yang kerja kerajaan ni. Since aku dah kerja dan established, dia ada juga ajak pi rumah dia di Kemaman.. dia rajin sangat melabur skim cepat kaya. Dia pernah try pujuk aku masuk tapi aku dan husband memang tak minat. Cukuplah dengan rezeki sedia ada. Hidup jelah kami sekadar apa yang ada.. FYI, masa kecil kami takdelah rapat dengan kakak aku ni.. kami lebih rapat dengan abang (adik dia satu emak dengan dia) sebab abang tu dibela oleh arwah mak aku. Tapi kalau ada kenduri dan hari raya, adalah juga kami berjumpa. Sekali sekala ada juga kami ke rumah dia. Masa PKP tiba-tiba dia contact aku.. katanya kereta nak kena tarik. Ehh.. orang kaya pun kereta nak kena tarik? Katanya tukang tarik kereta mengejar dia suami isteri. Kereta dia jenama apa ntah Country Club ke apa yang aku tak mampulah dan tiada keinginan nak beli (sebab tak mampu). Masa tu aku setuju untuk tolong after aku tanya encik suami. Aku kesian walaupun dia jauh lebih kaya dari aku, Dulu dia ada kedai emas, sekarang ada kedai perabut jati yang dah agak sendu. Dia janji nak bayar setelah selesai salah sebuah rumah dia di KT. So aku berikan pinjaman sebanyak RM5k. After a few months dia bayar balik.

Then, tahun lepas, sebaik sahaja aku sampai di New Delhi untuk meeting, kakak aku ni Whatsapp nak pinjam duit lagi. Aku reply aku di ND dan aku tiada duit dalam bank untuk di transfer sebab aku di oversea. Masa tu hari Sabtu dan dia janji nak bayar semula hari Selasa. Dalam hati aku..mesti dia nak melabur kat mana-mana ni skim cepat kaya. Mujur aku ada alasan aku di luar negara. Tiba-tiba baru-baru ni dia nak pinjam duit lagi.. kedai dah berapa bulan tak bayar. Aku cakap kat dia.. memang aku nampak senang , ya aku ada duit sebab hidup aku sangat sederhana. Kalau datang rumah aku memang sangat sederhana. Dengan sofa dicakar kucing, dengan alas meja berapa ringgit entah.. berbanding rumah banglo dia yang mewah cantik dan memang ala ala orang kayalah. Aku ni hidup di rumah teres semata.. Bila dia mintak tu aku basuh dia.. aku cakap dia kena downgrade kehidupan sebab bisnes dia dah tak jalan.. maksud aku downgrad tu apa-apa barang kat rumah yang have-have tu jual je la.. tak perlu jadikan aku 'mangs' tempat pinjam duit. Yang aku sedikit terkilan, adik beradik aku yg lain tidak di approachnya. Padahal kakak-kakak aku berduit juga, malah husband kakak aku nombor dua tu CEO Megah Holdings kot. Bila aku cakap begitu, terus cakap.. .segan.. Adik aku pun bila aku suruh pinjam kat kakak aku pun segan... Abis dengan aku tak segan pulak. Adoii... Tapi aku ni mudah kesian.. so aku bagi kakak aku pinjam RM5K dan adik aku aku bayarkan yuran pengajian PhD dia RM2.7k. Selain adik-beradik beberapa kawan juga approach nak pinjam duit.. ada juga sampai putus kawan sebab aku tak bagi pinjam.

Kenapa aku tiba-tiba bersedih.. sebab aku tak tau nak cakap kat siapa apa yang aku tanggung. Terlalu ramai yang suka ambil kesempatan pada aku sebab "Aku meduah kesian". Padahal aku ni sebenarnya selalu terpinggir. Banyak jer aku pendam sorang-sorang.. yang aku sendiri tak cerita kepada adik beradik aku. Dulu masa aku sekolah tiada pun adik beradik yang kisah pasal aku. Even kakak aku yang dok nak pinjam duit aku tu mmg out of context la.. Pernah aku minta dia belikan getah rambut, masa tu aku umur 5 tahun kot.. sampai sudah dia tak belikan. Aku dulu selalu cari jalan sendiri, untuk selesaikan masalah aku. Masa di UK, aku tak cukup duit aku kerja hantar surat khabar free dari rumah ke rumah. Dengan kena kejar anjing lah... macam-macam aku kena. Yang paling sadis masa aku Tingkatan 1.. masa tu mak dan ayah aku sangat aktif dengan PAS. Aku pula pelajar cemerlang tapi tak dapat sekolah asrama penuh. Paling sadis aku kena masuk sekolah Katholik yang sebelum itu adalah SMJK(C), tetapi nak dinaiktaraf dengan memasukkan budak-budak Melayu. Aku batch ke dua dan aku tak dapat tukar ke sekolah lain.

Masalah aku bila masuk sekolah tu, Baju sukan. Masa tu semua baju sukan adalah lengan pendek, wajib pakai masa PJ. Aku minta duit dari arwah ayah untuk beli, arwah ayah cakap tak payah beli sebab lengan pendek. Masa tu tiada lagi inner lengan ni semua. So aku pakai baju putih lengan pjg utk PJ. Kena marah dengan cikgu dengan amaran, next class kena pakai baju sukan. Mana aku nak cari duit beli baju? Minta kat mak pun tak dapat duit tu. Untuk tak kena marah dengan cikgu aku terpaksa pinjam baju sukan kawan aku dari kelas lain yang duduk depan rumah. Tiap kali PJ aku pakai baju basah... ya baju basah sebab kawan aku PJ hari sebelumnya. Aku tak ingat berapa lama aku begitu, sampailah aku berjaya kumpul duit belanja sekolah aku untuk beli baju sukan. Bayangkan tiap-tiap minggu aku pakai baju sukan basah masa PJ. Bila teringat balik sedih sangat rasanya tapi tiada siapa yang dapat tolong aku.. kecuali kawan aku yg sudi pinjamkan baju basah dia kepada aku.😭😭😭 Aku tak salahkan mak ayah,pengaruh agama sangat kuat masa tu.. tapi itu semua hanya permulaan, banyak lagi yang aku hadapi tapi aku usaha dan tak pinjam duit orang lain sebab aku tak reti nak pinjam kat orang... Sampai aku degree, master, phd... apa-apa aku buat sendiri.. 


Sebenarnya aku jadi sedih sebab aku geram.. kenapa aku kena hadap orang nak pinjam duit ni??? Kenapa ya? Ianya mengingatkan aku kepada macam mana aku struggle sebelum ini dan tiada siapa yang aku ada untuk menolong aku. Kalau aku cerita tentang struggle aku masa PhD, kerja sebagai care-giver kepada orang cacat.. kena basuh berak orang cacat, kena masak pork dan ham... semata-mata untuk survive... 

Dan aku geram kat kakak aku tu... bila aku cakap kena downgrade dia cakap dia dah tak makan sedap-sedao.. dia ingat downgrade makan je ke.. downgradelah kereta, pakai myvi atau viva second hand sudah... pi duduk kat rumah kecik laki bini.. tak yah dah dok banglo besar tu... 

Ishhh... sangat sedih dan geram... aku harap ada orang faham kenapa aku sedih.. senang nak cakap jangan beri.. tapi aku tak sampai hati sebab aku pernah susah suatu ketika dulu... susah sangat... 😭😭😭

dan.. aku sedih bila orang kedekut dengan aku sedangkan aku sentiasa tidak kedekut dengan orang... aku sentiasa sudi berkongsi apa yang aku ada dengan orang lain...

~Mel