Disebabkan keluar di group kawan2 dan yg hantarnya lelaki cakap cerita ni best dan ðŸ˜.. teragak nak tengok. Lalu lalang di wall FB pula tu review cerita ni.. maka saya pun teringin nak tengok. Frankly speaking memang saya jarang sungguh tengok cerita melayu. Tapi kali ni.. tengok dari awal dah mula ðŸ˜ðŸ˜. Sedih.. sayu... dan terkenang zaman sekolah..zaman kesusahan hidup yg banyak tersembunyi hanya dalam diri sendiri, tersimpan ketat tiada siapa yg tahu kecuali Allah... Mungkin kehidupan kami tidak sesukar cerita ini, arwah ayah kerja sebagai askar berpangkat rendah dan anak ramai.
Yang saya teringat dalam cerita ini kisah masuk asrama.. saya masuk asrama tingkatan 4 di TIKL.. bila dapat keputusan form 3, saya pelajar terbaik melayu pada masa itu, arwah mak dan ayah minta saya apply asrama utk mengikut jejak langkah abang sulung dan pak sedara bongsu yang terus ke luar negara sebaik saja tamat SPM di TIKL dan TI Trengganu. Kalau ikut saya tidak mahu masuk asrama.. TI akan menghalang cita-cita saya untuk menjadi doktor perubatan.. tapi atas permintaan ibubapa saya turutkan. Lagi pun masa tu mana boleh tak nak.. ikut sahaja apa diminta. Arwah ayah tiada kereta, maka untuk menghantar saya mendaftar ke asrama di KL adalah satu masalah. Mujurlah ada seorang kawan yg sama2 mendapat tawaran TIKL mengajak saya menumpang keretanya ke KL. Maka saya dan ayah sama-sama menaiki kereta ayah kawan saya. Syukur ada juga ingin menumpangkan. Saya masih ingat ketika ayah meninggalkan saya di asrama pertama kali itu, ayah menghulurkan RM50.. Itu saja yang mampu ayah beri dan berdikit2 saya gunakan wang itu utk belanja sekolah.
Kehidupan saya di TIKL sama seperti cerita ini.. saya tak balik jika tak perlu walau pun jarak KL-Bentong tak jauh mana. Kunjungan dari keluarga mmg tak pernah ada kecuali adalah sekali kakak saya Aziah yang masa itu belajar di Cheras persediaan ke UK datang ziarah. Kadang2 rasa sedih bila tengok kawan2 tiap2 minggu ada parents yang datang bawa makanan dllg. Saya? Jauh sekali. Tapi saya redho je meniti kehidupan. Saya faham, tak mungkin mak ayah dapat datang ziarah.. dengan adik2 kecil.. ayah tiada kereta..
Sebenarnya benda2 yang macam ni yang buat kita survive hingga hari ini... bukan sebab kita kaya, ada duit, pandai... dllg. Untuk sampai ke tahap ini bukan mudah... the struggle is real.. Cuma bila saya sudah ditahap ini mungkin orang nampak situasi sekarang.. tidak tahu ranjau yang pernah dilalui... terasa ingin bercerita sukarnya hidup suatu ketika dahulu... InsyaAllah mungkin suatu hari nanti Allah beri kekuatan untuk bercerita...
Kisah ini satu kisah yang bagus untuk ditonton oleh anak2 yang tidak pernah merasa kesusahan hidup... kerana di luar sana mungkin ada insan yang kais pagi makan pagi.. padahal.. kita sendiri rasa hidup kita susah tetapi setiap hari ada makanan yang terhidang di hadapan kita.
~mel