Jumaat, 29 Disember 2017
Rabu, 27 Disember 2017
Selasa, 26 Disember 2017
Isnin, 25 Disember 2017
Ahad, 24 Disember 2017
Dah 6-7 tahun xjumpa Fatin. Hari ni pi kenduri kat Dewan Centenial Kolej Sultan Abdul Halim.. ternampak UTC Kedah, terus teringat kedai Fatin kat situ. So redah jelah cari kedai dia. #Alhamdulillah rezeki dpt jumpa Fatin & hubby. Masa depa kawin tak dpt nk hadir. ππ
Khamis, 21 Disember 2017
Sabtu, 16 Disember 2017
Bnyk yg sedih2 hari ni. Saya tak perasan akan pelajar (guru) ☝π½☝π½. Tak pasti dia kohort berapa. Hari ini dia mengulang 3 paper. Lantas sy tanya pd staf sy, dia ada surat ke knp dia mengulang bnyk paper.. ada sakit ke.. lantas staf saya ckp, dia bawa surat doktor td.. ditunjukkan surat tsbt.. Bila sy baca sy rasa sedih.. pelajar ni menghidapi masalah mental since dia belajar di Maktab Perguruan. Bila baca rekod.. dpt tahu segala apa yg terjadi.. terus rasa kesian yg amat sgt. Walau dlm keadaan kurang sihat masih cuba menamatkan pengajian. Selesai kertas terakhir pd pkl 4.15ptg.. waktu jln ke kereta, sy nmpk dia mcm sdg menunggu. Sy tegur tanya dia tggu siapa. Katanya tggu ayah. Dia ckp dia xboleh memandu dan tidak dibenarkan memandu sbb dia boleh tak sedar diri bila2 masa. Juga kdg2 dia kena sawan smpi berbuih mulut. Katanya masalah mental dia bermula masa dia maktab.. dan sampai dia posting ke johor dia masih begitu. Lantas dia minta tukar blk kampung ke Selama sbb klu tak tiada siapa boleh bantu dia di Johor. Sempat dia tunjukkan ‘rantai’ medic dia. Rantai itu ada particulars problem kesihatan dia jika berlalu apa2 kejadian bila dia keseorgan. Sdg berborak, ayah dia sampai... Bersyukurlah selalu dgn kehidupan kita.. mungkin ada insan yg tidak bernasib baik seperti kita πππ. Saya doakan moga Allah sentiasa mempeemudahkan urusan pelajar sy seorg guru yg bernama Noorzawil Akmal ini.. InsyaAllah.. Amin..
Papa tak balik minggu ni.. jaga dan uruskan atuk di hospital. Mommy pula menjaga exam 5 kerta mengulang PPG sepanjang hari ni. So mommy bawa #Eryna sekali.. kesian asyik kena tinggal. Kdg2 dlm kehidupan ini bnyk yg perlu dikorbankan. Kita tak boleh ingin terus hidup dlm zon selesa dan hidup ingin sentiasa bergantung pd org lain. Dlm pada kesihatan bapa mentua yg tidak begitu baik buat masa ini, saya melihat bnyk perkara yg membuat hati saya gundah. Saya lihat betapa kdg2 kita sbg anak sukar melakukan pengorbanan.. sedangkan ibubapa telah bnyk melakukan pengorbanan kpd kita.. Juga ada yg melebihkan ibu bapa sendiri berbanding ibu bapa mentua.. Sedangkan ibubapa mentua tu tarafnya sama dgn ibubapa kandung kita. Jgn diskriminasi ibubapa mentua.. Letih bagaimanapun kita, tanggungjawab tetap sama... Hidup ini jgn suka meminta2.. terutama dari ibubapa sendiri dan kaum keluarga. Nanti bila pengorbanan akan terkeluar balik bagaimana sikap kita sebelum ini.. #JustSaying Sebenarnya saya dah 2 minggu di luar USM. Jaga exam pagi ni adalah tanggungjawab saya sbg penyelaras program PPG since 2012 yg tinggal saki baki pelajar shj lagi. Saya rasa bersalah jika tidak membantu sebab tetiba sy dapati muncul RM1.5k dlm akaun sbg elaun penyelaras sdgkan sy rasa xbnyk kerja yg sy buat semester inj memandangkan student tinggal hanya beberapa org. Jd seboleh2nya sy ingin bersihkan rezeki sy. Walaupun hati sebenarnya meronta2 nak balik KL utk ziarah bapa mentua. Moga Allah permudahkan urusan sy dan keluarga suami sy dlm menjalani kehidupan ini.. InsyaAllah.. Amin.. #LifeNotEasy #IamAMom #Tired #PrayForTheBest
Ahad, 10 Disember 2017
Sabtu, 9 Disember 2017
Jumaat, 8 Disember 2017
Khamis, 7 Disember 2017
Rabu, 6 Disember 2017
Selasa, 5 Disember 2017
Dia abang saya.. dia tinggal di Alaska. Hari ini tetiba message ini muncul, flight sultan johor selalu bertandang ke airport tempat beliau bekerja. Dia sgt gembira.. crew flight berikan sedikit ikan bilis dari malaysia. Jarang2 sekali dia hubungi saya.. tapi sayalah satu2 nya adik yg masih dia hubungi.. Sekali sekala sy ada hubungi dia melalui iMessage.. selalunya kalau sy hubungi dia menegur sesuatu ttg anak2 dia dlm fb, dia takkan reply. Tapi bila sy khabarkan berita gembira dia akan segera respon.. contohnya sy bgtau dia sy dpt #AAN2017. Cepat je dia reply. Jadi saya sekarang ikut rentak dia. Sy sentiasa layan dia dgn baik. Kdg2 dia hubungi saya bila ada masalah kewangan. Sy bantu sedaya yg mampu. Adik beradik lain sy tak bgtau. Biasanya hanya bgtau suami shj. Mohon maaf buat adik beradik, membantu yg jauh bukan mudah.. tapi tak bantu takut dia kehilangan arah. Bercadang nak menziarahi dia tapi masa selalu tak mengizinkan. Doa saya moga Allah beri petunjuk pada dia. Saya tak punya apa2.. hanya doa yg mampu diutus dari jauh, moga dia tidak berpaling dari sisiNya. #DiaAbangSaya #Siblings #Rindu
Ahad, 3 Disember 2017
Hari ini terasa sgt rindu pada arwah mak & ayah. Dah lama kalian pergi, anakmu ini walau telah menghampiri penghujung hidup, masih juga merindui kalian. Hari ini.. pulang ke kampung halaman yg melakar seribu kenangan. Sayu rasa hati. Sungguh sayu. Terkenang kasih ayahbonda yg tiada galang ganti. Kekenduri anak saudara, dihidang sayur umbut masakan tradisi negeri Pahang yg telah berbelas tahun tidak ku jamah. Masak lemak ini telah jarang2 ada. Sayu juga hati teringat kegemaran ayahbonda juga diriku. Airmata seakan mahu mngalir.. mak.. ayah.. aku rindu.. πππ #Life #Sad #MissU #LuahanHati #Kadang2
Langgan:
Catatan (Atom)