Sabtu, 16 Disember 2017

Papa tak balik minggu ni.. jaga dan uruskan atuk di hospital. Mommy pula menjaga exam 5 kerta mengulang PPG sepanjang hari ni. So mommy bawa #Eryna sekali.. kesian asyik kena tinggal. Kdg2 dlm kehidupan ini bnyk yg perlu dikorbankan. Kita tak boleh ingin terus hidup dlm zon selesa dan hidup ingin sentiasa bergantung pd org lain. Dlm pada kesihatan bapa mentua yg tidak begitu baik buat masa ini, saya melihat bnyk perkara yg membuat hati saya gundah. Saya lihat betapa kdg2 kita sbg anak sukar melakukan pengorbanan.. sedangkan ibubapa telah bnyk melakukan pengorbanan kpd kita.. Juga ada yg melebihkan ibu bapa sendiri berbanding ibu bapa mentua.. Sedangkan ibubapa mentua tu tarafnya sama dgn ibubapa kandung kita. Jgn diskriminasi ibubapa mentua.. Letih bagaimanapun kita, tanggungjawab tetap sama... Hidup ini jgn suka meminta2.. terutama dari ibubapa sendiri dan kaum keluarga. Nanti bila pengorbanan akan terkeluar balik bagaimana sikap kita sebelum ini.. #JustSaying Sebenarnya saya dah 2 minggu di luar USM. Jaga exam pagi ni adalah tanggungjawab saya sbg penyelaras program PPG since 2012 yg tinggal saki baki pelajar shj lagi. Saya rasa bersalah jika tidak membantu sebab tetiba sy dapati muncul RM1.5k dlm akaun sbg elaun penyelaras sdgkan sy rasa xbnyk kerja yg sy buat semester inj memandangkan student tinggal hanya beberapa org. Jd seboleh2nya sy ingin bersihkan rezeki sy. Walaupun hati sebenarnya meronta2 nak balik KL utk ziarah bapa mentua. Moga Allah permudahkan urusan sy dan keluarga suami sy dlm menjalani kehidupan ini.. InsyaAllah.. Amin.. #LifeNotEasy #IamAMom #Tired #PrayForTheBest


Tiada ulasan:

Catat Ulasan