Khamis, 31 Januari 2013

RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR

 p/s aku jarang copy paste dari blog lain sebab blog aku ni blog aku.. meaning selalunya berkisar tentang diri aku..  tapi tadi bila baca blog ni.. aku rasa sangat insaf.. sangat kagum... sangat.. macam2.. tetiba rasa sangat hiba.. so aku fikir baiklah aku kongsi pengisian blog ni.. sambil dalam hatiku berdoa semoga Allah memberikan taufik dan hidayah buat diriku dan keluargaku.. mengampunkan dosa2 kami dan semoga Allah berikan kekuatan kepada kami untuk istiqamah hanya kepadaNYA... Sesungguhnya aku terasa betapa kurangnya diriku sebagai hambaMU....

Marilah kita sama2 membaca coretan ini..

~mel
:'(

sumber

RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, Pn Nuraini Binti Che Mat, ibu kepada almarhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.

_________________________________________________________________________________
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami  tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi,  kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang  kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar . 
                                   
Lawatan  Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke  telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami  perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Takada rahsia lagi.  Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti. “Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan  diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung  tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang  tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan  yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2  waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher”  lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak  solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab  “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari  Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu.  Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka  Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi,  Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.  Ultrasound pula  diambil.  Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita orang  Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar  ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan  nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan  menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak  katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja  lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran  pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap  tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya

Jumaat, 25 Januari 2013

Laptop baru...

Hihi.. tak abis2 dgn gadjet.. agaknya itula org cakap kalau nengok aku beli laptop baru..  Ok semalam aku dah perabihkan 3/4 dari duit bonus yg lagi separuh gaji tu dengan beli sebijik Dell Inspiron 14z Ultrabook... Harganya 1899 + 239 (Office) = 2139 which aku rasa quite cheap... sebab selama ni dok beli product Apple yg harga nya biasanya 'gulp'!!


Kenapa aku beli laptop ni... sebab komputer COMPAQ aku yg lama yg aku gunakan kat ofis asyik buat perangai 2-3 bulan ni.. dah format pun dia buat hal.. so tibalah masanya aku sedekahnya kepada sesiapa yg memerlukannya tanpa merasa sakit hati sebab kerja urgent sukar dilakukan disebabkan masalah2 yg tak tau mcm mana aku nak solve kan sendiri. Aku beli Compaq tu pada 4/6/2009.. so dah dekat lima tahun.. dah banyak jasanya pada aku... wajahnya masih menarik.



Inilah my new DELL Inspiron 14z... aku pilh warna merah.. biasalah aku ni suka warna pelik2.. :P

Ini my Compaq yang telah berjasa dekat 5 tahun... still loving you.. tapi bila asyik problem..incik hubby cakap.. beli je la yang lain.... 

My Compaq tu dulu aku beli lagi mahal dari inspiron rupanya... harganya 2699.. beli kat Low Yatt lak tu... huhu.. sekarang ni harga komputer dah tak mahal mana dah....Siap aku simpan lagi resit beli Compaq tu...

So ini lah kedua2 laptop... hari ni masih bersama... esok dah berpisah.. hihi.. my compaq nak bawak balik rumah..anyway inilah ofis aku yang serabut... puas nak dilawakan tapi tetap serabut.. xde masa nak kemas... :D

Actually katofis aku ni bukan tak de desktop.. ada tu ha... yg USM punya tapi keadaannya sgt uzur.. bilalah derang nak upgrade.. virus dah masuk..nak masuk antivirus pun dah tak boleh sebab virus lagi kuat..  biasalah bila masuk kerja student... so skrg ni desktop tu jarang aku bukak kecuali bila nak print... :P

Anyway.. semoga my new laptop dapat berfungsi dengan baik tanpa problem2... nanti aku jugak yg tension... Btw sekarang office kena beli yg original.. tak de dah beli komputer dpt Office free .. selalunya bila free kedai bagi office tipu punya...



~mel
kalau boleh nak beli iMac sebenarnya... mana nak cari duit ni.. :P

Khamis, 24 Januari 2013

Bila Guru Mendenda...

Semalam ada terbaca satu status kat fb yg membuatkan aku agak hangin...walaupun status tu tak kena kat aku sbb aku bukan cikgu (aku pendidik tapinya.. huhu).. anyway aku rasa status tu sgt tak patut..Kisahnya ada seorang bapa ni pergi ke sekolah untuk hantar fail anaknya yg tertinggal.. Sesampai di sekolah dia tengok ada sorang budak perempuan tahun 4 didenda duduk di atas lantai berhabuk di luar kelas. Budak tu nampaknya macam bergenang airmata sambil menulis kat dlm buku & cikgu tu tgh mengajar dlm kelas. Dan bapa ni tak puashati sebab katanya cikgu tak patut denda budak tu sampai macam tu sebab memalukan murid tu...

Bila aku baca komen2 status tu terlalu ramai yg menyalahkan cikgu tu.. mcm cikgu tu yang salah... so aku pun komen seperti di bawah:


"Adalah sebabnya mengapa guru buat demikian, takkanlah guru sengaja nak denda anak murid diorg tanpa sebab. Bukankah masa kita sekolah dulu lagi teruk.. kena diri atas kerusi, ketuk ketampi.. rotan tangan.. berlari kat padang... mcm2 lagi.. dan semua tu bila difikir balik adalah pengajaran yang sgt berguna kpd kita supaya lebih bertanggungjawab dlm kehidupan. Jgn kerana apa yg kita lihat, tanpa mengetahu sebab kita terus cop guru tersebut yg bukan2.. siapa lagi nak tolong kita didik anak2 kita selain guru?? Kalau kita tak percayakan guru knp perlu hntr anak ke sekolah? Menyalahkan guru is not the answer. Sori sy bukan cikgu tp sy rasa ibu bapa skrg dah kurang percaya kpd guru tp terpaksa hntr anaka2 ke sekolah.. Ingat mak ayah kita dulu cakap.. selagi tak patah riuk anak2 mereka tak mengapa.. buatlah apa saja asalkan anak2 mereka berjaya..."

Apa yang aku komen di atas memang lahir dari hati aku. Aku memang tak faham sikap ibu bapa sekarang yg dok nak salahkan cikgu... masa zaman dulu2 mak ayah aku tak kisah pun cikgu nak buat apa.. kalau cerita cikgu buat apa2 lagi kena marah lagi adalah... Sekarang ni nak bagi murid berdiri luar kelas pun tak boleh? WTH??

Oleh kerana bila dah komen status tu.. tiap kali org komen dpt la notification kan... ada macam2 la yg komen.. ada yg sokong cikgu.. ramai yg sokong ibu bapa... dan ada sorang ni (yg aku rasakan sangat mangkuk!!).. sorryla terpaksa cakap dia tu mangkuk... tetiba dia keluar cakap "saya yang mengajar undergrad pun tak denda student macam tu.. berdiri luar kelas".. Aku rasa minah ni sgt mengong dan tak belajar psychology.. dia jadi lecturer IPT mana lah tu... Memang la kalau student undergrad kita tak denda dah.. kalau diorg tak wat kerja kita tak bagi markah... kalau dia tidur dalam kelas kita sindir2 jer.. ataupun suruh balik jer terus.. xde kerja nak denda.. diorg dah besar.. dah berakal.. pandai2 la diorg fikir... yg didenda ni budak sekolah rendah.. sebab mereka masih lagi rebung.. boleh lagi nak dibentuk dgn pelbagai cara... So bila dah geram.. aku komen lagi status tu seperti di bawah... terpksalah dedahkan siapa aku..sikit2 je la.. tpnya kan yg penting aku nak gitau dalam komen di bawah... nak menilai apa2 biarlah berilmu.. ingatkan cikgu2 tu jadi cikgu tanpa dilatih dulu ke.. ish.. So komen aku adalah:



"Setakat berdiri/duduk luar kelas tu apalah masalahnya sgt.. kalau mak ayah terlalu takut anak mereka 'didera' guru.. then u should think again. Sbnrnya guru2 bnyk didera oleh anak-anak murid dan ibubapa. Cuba fikir kalau ibubapa yg teringin sgt nak salahkan cara guru.. cuba anda pergi ganti tugas guru tu.. mampu ke idak? Sbgmana sy cakap kat atas tp sy bukan guru.. tp saya seorang yg terpaksa duduk dibelakang kelas melihat guru mengajar selama 1 atau 2 masa. Kdg2 sy terfikir, sy sendiri tak mampu nak jadi seperti sorg guru.. nak mengawal kelas seramai 30-40org.. dgn pelajar yg tak bawak buku.. yg tak buat kerja sekolah.. yg kacau kawan.. yg tidur.. yg bising.. itu belum lg entah apa2 yg ada dlm beg sekolah anak2.. yg mak ayah banyak duit lain.. yg mak ayah tak de duit pun lain perangainya... jgn ingat anak2 kita ni baik mcm di rumah.. di sekolah mungkin mereka tidak serupa... Bg sy utk sekolah rendah tak mngapa mereka didenda berdiri/duduk di luar supaya mereka belajar bertanggungjawab.. utk sekolah menengah mungkin boleh buat teknik lain sbb mereka ada yg dah aqil baligh, tahap malu tersebut makin tinggi.. utk pelajar di IPT mmg kita takkan buat macam tu sbb mereka dah boleh berfikir sama ada baik atau buruk.. jd tak yah la kita nk denda pun.. akhirkata sy sbnrnya seorang pensyarah pendidikan di USM dan sy pergi ke merata tmpt sek. ren, sek. men &  ipta/ipts. Guru juga adalah manusia biasa..seperti kita juga ibu bapa.. don't expect they will always do right things but they have been taught how to tackle things in classrooms.. trust the teachers.. kalau u all don;t trust the teachers you might as well do the home teaching at home.. didik anak2 anda sendiri.. itu tidak salah di sisi undang2.."

Yelah kan kalau dah asyik komplen pasal cikgu macam2.. apa kata engko ajar anak engko sendiri.. barulah korang tau betapa susahnya jadi cikgu.. Tak pun gi sekolah tu sekari dan cakap.. saya nak ganti cikgu tu sebab dia tak tau mengjar dan tak tau amik tindakan yg betul.. Amacam??

Ya.. aku tak nafikan ada dalam kalangan guru-guru sekarang yang kerja bagai melepas batuk ditangga jer.. bukan tak de.. tapi jgnlah sampai semua tindakan cikgu yg lain dipertikaikan.. Ada guru yg betul2 komited dgn tugas diorg.. bertungkus lumus pagi ptg sampai subuh.. yg tak bertanggungjawab tu memang ada.. ada yg sibuk bisnes la.. sibuk jadi fotografer laa... sibuk mekap artis laa.. sibuk jual tudung la.. mmg ada.. tapi tak perlu pertikaikan kalau mereka komited dan suka dgn kerja mereka... Kalau yg mengabaikan tanggungjawab tu (memang ada) yang tu memang patut dibelasah cukup2.. Tapi kalau cikgu denda anak2 anda semua.. bagi aku cikgu tu bertanggungjawab dan mahu anak anda lebih bertanggungjawab... salah ke?

Apa2 pun aku harap ibubapa jgn main tuduh jer... Bagus sgt ke kita ni dlm mendidik anak2?? Anak 2-3 org pun susah nak jaga.. ni kan pula nak jaga anak sampai 30-40orang dalam satu kelas... Senang ke? Nak nya dengan anak2 zaman sekarang ni yg kadang kala lebih advance dari gurunya...

Fikir-fikirkan lah...

~mel
Just my opinion...


Ahad, 13 Januari 2013

Ayam Percik

Ok dah lama tak masak ayam percik.. Tak tau apasal tak masak.. May be sebab mood xde dan yg penting xde santan fresh.. Selalu dok guna santan kotak segera jer.. Since this week pi pasar so dapatlah fresh santan.. So bestla untuk memasak ayam percik.. Actually resepi ayam percik & resepi ikan percik yg ada dlm kepala aku ni adalah resepi yg arwah mak aku ajar.. Yelah mak kan org kelantan.. So resepi2 kelantan ni bnyk ler yg aku tau..

Resepinya senang jer.. Tapi resepi aku ni agak2 jer semua kadar ramuannya.. Hehe.. Biasalah.. Istilahnya campak2.. :D.. Bahan2 yg aku guna:

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Cili kering yg diblend jadi cili kisar
Garam
Gula
Asam keping
Ayam
Jgn lupa minyak utk menumis..

Kaedah nak buat sgt simple.. Mula2 kena wat kuah percik.. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia.. dan ketuk serai.. Tumis semuanya sampai naik bau then masukkan cili kisat.. Kalau nak pedas buh bnyk.. Klau xmo pedas kurangkan cili kisar... Bila cili dah naik bau & pecah minyak masukkan santan.. Hari ni aku guna santan singgit jer utk 6 ketul ayam yg gedabak2.. Kacau ramuan kuah tu.. Kecikkan api dan biar smpi pecah minyak lagi... Bila masak boleh la tutup apinya..

Lepas tu kuah tu dah siap.. Ambik ketulan ayam..panggang dengan mencurah sikit2 kuah pekat yg dibuat tadi.. Tadi aku just guna kuali ajaib yg aku beli kat langkawi aritu.. Sngat best aku rasa.. Tak rugi aku beli.. Aku just letak ayam tu dlm kuali tu.. Curah kuah sikit2 & tutup kuali ajaib tu.. bila dah naik bau.. Aku bukak kuali tu dan palingkan ayam2 tu dan curah lagi kuah hinggalah masak.. Kalau curah bnyk kali lg bagus.. Lg sedap sebab kuah tu menyerap dlm ayam.. So tadi 2-3 kali aku ulang curahan.. Yang bestnya guna kuali ajaib ni, ayam jadi lembut...tak mcm bila dipanggang bhg luar ayam jadi keras.. Eryna pun makan seketul ayam hari ni.. Nasi tak disentuhnya... Huhu

So itulah resepi ayam percik aku yg simple jer.. Tp cam chipsmore.. Kejab jer dah licin...

So malam ni xyah makan nasi yer... Limitkan nasi sekali sehari saja yer..


~mel
Menyesal lak tak beli kuali ajaib tu satu kat ibu mentuaku.. Xpe.. Kakak2 ajak pi langkawi lg tp pompua2 saja.. Lelaki dok umah jaga anak!!! Haha...



Isnin, 7 Januari 2013

Kawen Faiz..





Pada hari ahad 30/12/12 berlangsungnya perkahwinan adik ipar aku Faiz & pasangannya Isk di Tmn Metropolitan, Kepong..Majlis dibuat secara terbuka.. siap pakai wedding planner lagik.. Nak cerita panjang2 time tak dak... so.. just ucapan Selamat Pengantin Baru utk Faiz & Isk.. semoga berbahagia hingga ke syurga....


Masa mula2 sampai ni... duduk lepak2 nak makan kenyang lagi..


My pwincess Eryna... cantik tak? hihi...

Me, KHani & Along... boria gombak setia...p/s Khani telah semakin membuncit!!

Kek Pengantin....

Bunga untuk dilempar2 kepada rombongan yang lalu bawah payung..

Comel jer kan Fatimah Auni...


Abah mentuaku memakai tag nama 'AYAH'

Hubby ku memakai tag nama 'ABANG'... huhu... tak macam abang pun..

Meja kami bersantap.. lama berehat di sini.. serius penat...!

Bersuap-suapan... auummmmm!!


Eryna was happy!!


Keluarga belah lelaki perempuan... awat masam sgt tu mak?? hahaha.. kena duk kat kerusi panas ehh??

Kereta pengantin yg lupa nak tutup enjin dekat dua jam!!huhu..

Comelnya Iman Nur Karlisya menabur bunga...

Yina berebut bekas telur dgn papa....

ish ish ish... dua2 wat muka ngade...

The girls & the parents... comel2 belaka termasuk abah.. hehe..

Tetamu yang hadir...yang ikat rambut baju ijau tu nak kawen 2/3 ni kat Melaka... hihi..alasan utk berjalan lagi... ~ngeee...
Upacara melepaskan belon...


Anyway.. aku tak ambik gambar bnyk time kenduri ni... may be sebab panas dan agak penat.. Walaubagaimana pun kenduri berjalan dengan sgt meriah... cuma sebab tgh taman memang panas.. lain kali sape2 nak wat kenduri mcm ni sila buat lepas asar ke... & kena provide toilet & surau bergerak sebab susahnyer nak cari tempat2 tu kat taman ni.... (banyak songeh plak)...
p/s
~mel
 buruknya aku... huhu

Hectic Monday

Seminggu dua ini hidup adalah sangat2 hectic.. tapi tak kisahlah kan.. as long as family semua ok hectic pun tak de masalah...pagi2 ni pun dtg kerja aku dah ke sana sini.. settlekan macam2 perkara.. sampai pokok baru beli nak letak kat ofis pun tinggal kat ofis hubby tak amik2...

Hari ni ajak hubby lunch kat Kompleks Medan Suri.. disebabkan terlalu letih tak tingin pun nak beli jeruk.. huhu... sampai2 usm, park kereta aku naik ofis aku, hubby turun ofis dia (ofis aku tingkat 2, ofis dia bawah tanah).  Bila nak bukak pintu ofis.. alamak!! Kunci ofis tinggal kat kereta... cepat2 aku capai henfon dgn harapan sempat call hubby untuk ambik kunci kereta sebelum dia ke bawah tanah tu... Call punya call... alahai.. dia tak angkat!!

Dengan hati murung sebab malasnya nak turun tangga 2 tingkat yang sgt curam tu.. turun la jugak ke seberang ofis hubby di bawah tanah bangunan lain tau! Bila dah sampai bangunan ofis dia.. baru je aku nak turun tangga ke bawah tanah.. ternampak hubby berjalan slow motion ke arah tangga yg aku nak turun.. Cepat2 aku sound.. hishhh org call tak angkat.. kunci ofis tinggal dalam kereta laa...Dgn muka poyo hubby ku menjawab... henfon tertinggal dalam kereta daaa... hehehe.. sorang tertinggal kunci.. sorang tertinggal henfon dlm kereta..

Tak semena2 aku sound hubby... tu laa..kalau jawab telefon tadi kan xdelah dah sampai ofis kena pusing belakang balik ke kereta... Hubby cakap.. laaa camne nak jawab telefon.. kan telefon dalam kereta... !!

Ehhh ye jugak.. hahaha... termengong dah aku... tulah banyak mende sangat fikir dalam kepala.. sampai pening2 lalat dibuatnya... :D


~mel

Selasa, 1 Januari 2013

Salam 2013..

Alhamdulillah.. diriku masih bernafas untuk mengharungi tahun 2013.. tiada azam apa2 sangat pun cuma penuh dengan doa semoga diri kami sekeluarga terus mendapat taufik dan hidayah yang berpanjangan dari Allah SWT, semoga kebahagian berpanjangan hingga akhir hayat.. semoga Allah kekalkan hati2 kami dalam agamaNYA.. semoga Allah lembutkan hati2 kami untuk mengingati dan beribadah kepadaNYA dan semoga Allah bukakan rezeki kami untuk digunaka ke jalan yang baik dan benar... Ringankan hati2 kami untuk terus bersedeqah pada yg kurang mampu...

Tahun 2012 berlalu dengdan sgt pantas.. terlalu pantas hingga rasanya nafas dihela tanpa sedar.. mungkin 2013 juga akan berlalu sedemikian...

Alhamdulillah tahun 2012 penuh rezeki yang tidak putus2 dariNYA.. Syukur Ya Allah.. Nikmat yang Kau berikan pada kami tidak putus2..

Setahun genap kami berpindah ke rumah sendiri.. alhamdulillah.. kami telah ada rumah yang cukup sempurna... juga berpeluang memiliki kereta baru yang sgt kami suka.. juga berpeluang ke Amsterdam & Paris melihat kebesaran dan keindahan alam ciptaanNYA. Dan macam-macam lagi peristiwa... hubbyku kembali bekerja di bawah satu bumbung.. dan alhamdulillah rasanya tahun 2012 merupakan tahun yang amat membahagiakan kami sekeluarga. Kami akhiri tahun 2012 dengan ke Langkawi dan bersama2 keluargaku dan keluarga hubbyku menyambut orang baru dalam keluarga... alhamdulillah..

Ya Allah.. Semoga kehidupan kami terus Engkau berkati hingga ke akhir hayat kami...   Semoga Engkau murahkan rezeki kami dan lindungi diri kami sekeluarga dari bala bencana... Hanya padaMU kami berserah dan hanya padaMU kami memohon pertolongan... AMIN...


~mel