Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan

Ahad, 8 Januari 2017

Hari Pertama Eryna ke sekolah..

Hari ini 3 Januari 2017, Eryna melangkah ke Tahun 1 di SK Pauh Jaya yang terletak tidak berapa jauh dari rumah kami.  Eryna dapat kelas 1 Bestari, kelas no. 4. Oklah tu kan. Mommy masa darjah 1 pun kelas corot. Seramai 229 org murid tahun 1 mendaftar di SKPJ, ada 7 kelas kesemuanya. Eryna memang sangat happy.. alhamdulillah. Sangat excited untuk bersekolah sebab nak jadi dewasa, tak nak jadi baby lagi.. huhu..

 Beratur ketika menunggu nama dipanggil. Memang dah beratur ikut kelas mula-mula tapi a a juga ibu bapa yang tak check senarai nama yang dipaparkan di hadapan sekolah, so ada juga yang lost..

 Eryna memang sangat seronok. Apalagi bila jumpa kawan2 yang satu tadika. Masa tadika dulu dia selalu bercerita yang dia ada 'geng' dan mujurlah kawan2 geng dia satu sekolah. Cuma Aufa di kelas lain. Siti Syifa satu kelas dengan Eryna.. Memang hilang terus kerisauan mommy. Risau tentang nak pi toilet je sebenarnya.. Eryna ni kan penakut.. risau dia tak nak pi toilet sebab takut.. mujur ada kawan baik dia.. so senanglah berteman ke toilet.. hihi

 Suasana beratur tunggu masuk kelas.



 Macam-macam gaya budak2 tahun satu menunggu nama dipanggil, ada yg terduduk.. ada juga sampai terbaring... huhu



Happy berjumpa dengan Aufa waktu rehat. Aufa adalah best friend masa tadika, cuma masuk sekolah ni kelas lain-lain.

Post kat bawah ni mula2 sy postkan di FB official saya, tapi kemudiannya saya privatekan bila ada sekolah screen shot fb saya dan bandingkan sekolah beliau dgn SKPJ. 


First official day of school. Ok mommy yg sesungguhnya penat. Seawal 7.10 pagi dah di SKPJ. Saya bukan nak cerita tentang hari pertama Eryna sangat, tapi nak bercerita tentang mentaliti ibu bapa yang makin surut dan kurang peka dengan situasi sekolah. Semua ibu bapa (yang normal) sayangkan anak. Saya pun sama.. dah la Eryna anak pompuan sorang, bongsu, cute, hitam manis, kuat merajuk dllglah kerenahnya.. dan memanglah rasa risau bila masuk Tahun 1 ni.. tapinya kan,. kan.. hari ini saya tengok mentaliti ibu bapa ramai yang "terlalu sayang" kan anak.. anak dah tahun 1 kot, tak perlulah nak bersuap makan di kantin, tak perlulah beratuq sama2 dengan budak2 kecil Tahun 1.. siap tolak2 anak orang sebab nak membayar untuk anak sendiri. Aduhai.. saya tengok je dari tepi.. bukan sorang macam tu.. ramai!! takut bebenor anak tak dapat beli sampai tak prihatin langsung pada ramai lagi anak orang (bukan anak patung ya) yang beratuq di kantin sekolah. Semua anak orang tu tahun 1.. bukannya tahun 6. Setelah akhirnya anak saya dan kawan baik dia sejak tadika dpt membeli makanan.. saya ckp kepada mereka, pi cari tempat makan sendiri. Aduhailaa.. meja kantin penuh dgn mak ayah yang sibuk duduk sekali dengan anak2..sibuk nak menyuap.. sbuk nak beri air.. last2 Eryna dan Aufa kembali kpd saya dan cakap.. tak de tempat nak duduk. Kadang2 darah tinggi saya ni memang tak kena tempat.. so saya pun bawa kedua2 Eryna dan Aufa ke satu meja di mana sebelahnya si ayah duduk menengok mak menyuap anaknya.. depannya ada parents lain borak2.. yg ada di meja tu cuma DUA org murid tahun 1 sahaja, yg lain mak ayah yg tak peka budak2 tak de tempat duduk nak makan. Saya pun sound, Encik dan Puan.. Boleh tak bangun sebab budak2 tiada tempat nak makan, waktu rehat dah nak habis (yelah.. tadi murid2 kena bergusti dgn mak ayah beratuq nak beli makanan- dah ambil masa).. Si ayah tersentak lantas bangun dan cakap okok... huhu.. Ok walaupun saya berpegang kepada pendekatan konstruktivis.. tetapi kadang2 perlu juga kepada pendekatan behaviouris.. Tak de stimulus memang tak de respon.. diorang pakat buat dek jer.. tu anak orang.. bukan anak aku...
p/s tgk gambar ni pun boleh rasa marah tgk mak yg duduk sebelah tu tak bangun2 dan bapak yg dok belakang tu.. adesss...

Harapnya lepas di tahun2 yg akan datang ibu bapa prihatinlah kepada anak2 orang lain... 
Waktu balik, Ustazah Sarifah dah tunggu di pondok guard SKPJ untuk check murid2 ke transit tahfiz fitrah. Sebenarnya masa saya sampai ke kelas eryna masa balik tu, satu kelas dah kosong. Rupanya mungkin saya terselisih dgn mereka waktu saya berjalan ke kelas. Sampai2 di pondok guard, Eryna dah pakai name tag warna hijau yang perlu dipakai untuk ustazah kenal pasti budak2 yang akan naik van ke transit. Mujur eryna dah kenal dgn Abg Ijat yg bawa van tu.. so tak delah dia takut2. Yang sebenarnya eryna sangat excited dan tak nmpk pun takut atau nervous.

Alhamdulillah... berakhir hari pertama ke sekolah biasa. Eryna dah dewasa nampaknya. Hari kedua mommy pergi intai2 je.. dan hari ketiga dan keempat mommy dah tak masuk sekolah..just drop eryna (drive thru) dekat pintu pagar sekolah saja dan minta dia cari sendiri tempat beratuq...

~mel


Khamis, 24 Januari 2013

Bila Guru Mendenda...

Semalam ada terbaca satu status kat fb yg membuatkan aku agak hangin...walaupun status tu tak kena kat aku sbb aku bukan cikgu (aku pendidik tapinya.. huhu).. anyway aku rasa status tu sgt tak patut..Kisahnya ada seorang bapa ni pergi ke sekolah untuk hantar fail anaknya yg tertinggal.. Sesampai di sekolah dia tengok ada sorang budak perempuan tahun 4 didenda duduk di atas lantai berhabuk di luar kelas. Budak tu nampaknya macam bergenang airmata sambil menulis kat dlm buku & cikgu tu tgh mengajar dlm kelas. Dan bapa ni tak puashati sebab katanya cikgu tak patut denda budak tu sampai macam tu sebab memalukan murid tu...

Bila aku baca komen2 status tu terlalu ramai yg menyalahkan cikgu tu.. mcm cikgu tu yang salah... so aku pun komen seperti di bawah:


"Adalah sebabnya mengapa guru buat demikian, takkanlah guru sengaja nak denda anak murid diorg tanpa sebab. Bukankah masa kita sekolah dulu lagi teruk.. kena diri atas kerusi, ketuk ketampi.. rotan tangan.. berlari kat padang... mcm2 lagi.. dan semua tu bila difikir balik adalah pengajaran yang sgt berguna kpd kita supaya lebih bertanggungjawab dlm kehidupan. Jgn kerana apa yg kita lihat, tanpa mengetahu sebab kita terus cop guru tersebut yg bukan2.. siapa lagi nak tolong kita didik anak2 kita selain guru?? Kalau kita tak percayakan guru knp perlu hntr anak ke sekolah? Menyalahkan guru is not the answer. Sori sy bukan cikgu tp sy rasa ibu bapa skrg dah kurang percaya kpd guru tp terpaksa hntr anaka2 ke sekolah.. Ingat mak ayah kita dulu cakap.. selagi tak patah riuk anak2 mereka tak mengapa.. buatlah apa saja asalkan anak2 mereka berjaya..."

Apa yang aku komen di atas memang lahir dari hati aku. Aku memang tak faham sikap ibu bapa sekarang yg dok nak salahkan cikgu... masa zaman dulu2 mak ayah aku tak kisah pun cikgu nak buat apa.. kalau cerita cikgu buat apa2 lagi kena marah lagi adalah... Sekarang ni nak bagi murid berdiri luar kelas pun tak boleh? WTH??

Oleh kerana bila dah komen status tu.. tiap kali org komen dpt la notification kan... ada macam2 la yg komen.. ada yg sokong cikgu.. ramai yg sokong ibu bapa... dan ada sorang ni (yg aku rasakan sangat mangkuk!!).. sorryla terpaksa cakap dia tu mangkuk... tetiba dia keluar cakap "saya yang mengajar undergrad pun tak denda student macam tu.. berdiri luar kelas".. Aku rasa minah ni sgt mengong dan tak belajar psychology.. dia jadi lecturer IPT mana lah tu... Memang la kalau student undergrad kita tak denda dah.. kalau diorg tak wat kerja kita tak bagi markah... kalau dia tidur dalam kelas kita sindir2 jer.. ataupun suruh balik jer terus.. xde kerja nak denda.. diorg dah besar.. dah berakal.. pandai2 la diorg fikir... yg didenda ni budak sekolah rendah.. sebab mereka masih lagi rebung.. boleh lagi nak dibentuk dgn pelbagai cara... So bila dah geram.. aku komen lagi status tu seperti di bawah... terpksalah dedahkan siapa aku..sikit2 je la.. tpnya kan yg penting aku nak gitau dalam komen di bawah... nak menilai apa2 biarlah berilmu.. ingatkan cikgu2 tu jadi cikgu tanpa dilatih dulu ke.. ish.. So komen aku adalah:



"Setakat berdiri/duduk luar kelas tu apalah masalahnya sgt.. kalau mak ayah terlalu takut anak mereka 'didera' guru.. then u should think again. Sbnrnya guru2 bnyk didera oleh anak-anak murid dan ibubapa. Cuba fikir kalau ibubapa yg teringin sgt nak salahkan cara guru.. cuba anda pergi ganti tugas guru tu.. mampu ke idak? Sbgmana sy cakap kat atas tp sy bukan guru.. tp saya seorang yg terpaksa duduk dibelakang kelas melihat guru mengajar selama 1 atau 2 masa. Kdg2 sy terfikir, sy sendiri tak mampu nak jadi seperti sorg guru.. nak mengawal kelas seramai 30-40org.. dgn pelajar yg tak bawak buku.. yg tak buat kerja sekolah.. yg kacau kawan.. yg tidur.. yg bising.. itu belum lg entah apa2 yg ada dlm beg sekolah anak2.. yg mak ayah banyak duit lain.. yg mak ayah tak de duit pun lain perangainya... jgn ingat anak2 kita ni baik mcm di rumah.. di sekolah mungkin mereka tidak serupa... Bg sy utk sekolah rendah tak mngapa mereka didenda berdiri/duduk di luar supaya mereka belajar bertanggungjawab.. utk sekolah menengah mungkin boleh buat teknik lain sbb mereka ada yg dah aqil baligh, tahap malu tersebut makin tinggi.. utk pelajar di IPT mmg kita takkan buat macam tu sbb mereka dah boleh berfikir sama ada baik atau buruk.. jd tak yah la kita nk denda pun.. akhirkata sy sbnrnya seorang pensyarah pendidikan di USM dan sy pergi ke merata tmpt sek. ren, sek. men &  ipta/ipts. Guru juga adalah manusia biasa..seperti kita juga ibu bapa.. don't expect they will always do right things but they have been taught how to tackle things in classrooms.. trust the teachers.. kalau u all don;t trust the teachers you might as well do the home teaching at home.. didik anak2 anda sendiri.. itu tidak salah di sisi undang2.."

Yelah kan kalau dah asyik komplen pasal cikgu macam2.. apa kata engko ajar anak engko sendiri.. barulah korang tau betapa susahnya jadi cikgu.. Tak pun gi sekolah tu sekari dan cakap.. saya nak ganti cikgu tu sebab dia tak tau mengjar dan tak tau amik tindakan yg betul.. Amacam??

Ya.. aku tak nafikan ada dalam kalangan guru-guru sekarang yang kerja bagai melepas batuk ditangga jer.. bukan tak de.. tapi jgnlah sampai semua tindakan cikgu yg lain dipertikaikan.. Ada guru yg betul2 komited dgn tugas diorg.. bertungkus lumus pagi ptg sampai subuh.. yg tak bertanggungjawab tu memang ada.. ada yg sibuk bisnes la.. sibuk jadi fotografer laa... sibuk mekap artis laa.. sibuk jual tudung la.. mmg ada.. tapi tak perlu pertikaikan kalau mereka komited dan suka dgn kerja mereka... Kalau yg mengabaikan tanggungjawab tu (memang ada) yang tu memang patut dibelasah cukup2.. Tapi kalau cikgu denda anak2 anda semua.. bagi aku cikgu tu bertanggungjawab dan mahu anak anda lebih bertanggungjawab... salah ke?

Apa2 pun aku harap ibubapa jgn main tuduh jer... Bagus sgt ke kita ni dlm mendidik anak2?? Anak 2-3 org pun susah nak jaga.. ni kan pula nak jaga anak sampai 30-40orang dalam satu kelas... Senang ke? Nak nya dengan anak2 zaman sekarang ni yg kadang kala lebih advance dari gurunya...

Fikir-fikirkan lah...

~mel
Just my opinion...


Jumaat, 29 April 2011

Sumpah.. (dari kaca mata seorang pendidik)

Salam..

Blog aku jarang membicarakan hal politik, biasanya lebih kepada hal-hal personal diriku. Tapi petang ini aku terpanggil untuk menulis tentang sumpah. Sumpah dalam politik Malaysia semakin menjadi-jadi. Aku kurang berminat tentang politik sebab aku rasa politik dalam pendidikan memungkinkan pengaruh yg kurang sihat terhadap pengajaran dan pembelajaran. Bagi aku, biarlah individu berfikir sendiri, membangunkan minda dan menilai politik secara matang tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Walaubagaimanapun, senario politik malaysia bagi aku sangat kurang menyenangkan. Aku rasa bimbang bila anak-anak kita didedahkan dengan percaturan politik yg melibatkan sex dan sumpah. Sex sudah seperti menjadi trend. Yang meloyakan tekak apabila pendedahan sex ini melibatkan orang-orang yg beragama Islam. Bukankan payung Islam tersebut sudah sepatutnya membuatkan insan-insan mejauhkan perlakuan yang melibatkan mendedahan sex? Sudah hilangkah rasa malu kita sebagai umat islam? Yang membimbangkan aku apabila anak-anak kita dari peringkat umur secara bebas dapat membaca tentang perkara sex sebegini bagaikan perkara tersebut adalah perkara biasa. Entah-entah anak2 kita yg berbual2 di sekolah juga membincangkan perkara yg sama. Logiknya jika ibubapa juga taksub politik. Bercerita di depan anak2.. takutnya aku.. Akhirnya.. kalau perkara-perkara ini mempengaruhi anak-anak kita.. itu yg menjadikan makin ramai pelajar terjebak dgn perlakuan yg kurang menyenangkan.

Sumpah!! Ini juga aku takut. Aku rasa ramai guru pasti mengaku.. ada pelajar yg suka bersumpah.. sumpah cikgu!! saya tak buat!! atau sumpah cikgu! Bukan sy yg buat!!. Sepatutnya perkataan sumpah ini tak boleh dihalalkan untuk membuktikan sesuatu. Sumpah, sama ada akan membuatkan org lain percaya (walaupun tidak benar).. ataupun menimbulkan perasaan ragu-ragu di hati manusia. Dalam Islam, kalau ragu-ragu maksudnya kena tinggalkan. Kita tak boleh ragu-ragu dengan sesuatu.. kalau ragu-ragu, jgn buat atau jgn percaya. Kalau bab makanan pun kalau ragu2 pun kita xleh makan kan, haram! Tapi skrg ni, dah jadi trend, bersumpah utk membuktikan sesuatu. Jadi kemungkinan pelajar2 yg belum matang akan terfikir, ehhh.. baik aku bersumpah aku tak sihat mlm tadi, demam, tu yg tak siap kerja sekolah... mesti cikgu akan percaya.

So, aku rasa.. politik sgt ni sgt2 kotor dan membawa pengaruh yg sangat tidak baik kepada pemimpin-pemimpin kecil yang sedang kita bentuk sekarang ini. Tolong2 la sgt2 wahai org politik.. kasihanilah generasi akan datang.. :(



~mel