Isnin, 13 November 2023

EduTech Asia 2023 [7-9 NOV 2023]

Pada 7-9 Nov 2023, aku telah dijemput sebagai panel dalam sebuah Summit terbesar ASIA iaitu EduTechAsia 2023 sebagai panelist bagi tajuk "Learner-centric impact: driving organisation-wide collaboration to improve the learner experience".  Aku gerak dari KPT dalam jam 1++ tengahari setelah settle sign macam-macam surat di ofis. then terus ke KLIA untuk check in flight 5.20 petang. Aku pergi cepat sebab tak buat online checkin dan bercadang solat jamak di KLIA. After checkin, tengok flight di gate G6 yang mana tak perlu naik bas. sekarang aerotrain kat KLIA tak function, so nak ke gate C kena naik bas. 

As Enrich Gold member aku terus ke Golden Lounge utk solat + makan, walau pun aku sebenarnya dah makan kat ofis. Kat lounge jumpa pulak dengan Dato' TKP yang rupa-rupanya naik satu flight dgn aku untuk ke Singapore. Bila sampai Singapore rupa-rupanya dia tunggu aku untuk pass through immigration etc. Kami berpisah apabila naik teksi ke Hotel masing-masing. Aku book Hotel Budget jer iaitu Hotel 81 Orchid, harga SGD150 untuk dua malam. Aku pilih disebabkan bila aku google senang nak dapatkan makanan halal...Alhamdulillah, tepat pilihanku.. dapatlah makan dengan mudah. Hotel 81 ini adalah satu rangkaian hotel all over Singapore, recommended kalau just nak balik hotel untuk tidur, bilik kecil tapi just nice utk seorang atau dua orang utk tidur/rehat.

Di MAS Golden Lounge.. aku isi perut dulu sebab takut sampai Singapore keletihan dan kelaparan. Takut tak jumpa kedai makan halal...

Pada ahri conference, sesi pembentangan aku adalah pada 8 November jam 2.50 petang. So pagi tu aku attend bebereapa sesi pembentangan lain.  Summit ini memang besar gila dan attracted aku rasa memang more than 500 orang kot.. Then terjumpa dengan geng2 UMPSA, mereka ajak aku pergi makan di food court di Shopping Complex bersebelahan Sand Bay Expo and Convention Centre tu. Food court tu penuh pula dengan orang, maka kami google dan nampak ad akedai halal di tingkat tiga bernama So Pho, kedai Vietnam. Alhamdulillah makanannya sedap. 

Sangat efektif, kad ini bila kita register terus mereka print dan semua particulars kita ada kat dalam tu.. memang orang-orang Malaysia semua impress la 😃😃

Alhamdulillah my session berjalan lancar dan banyak juga yang aku belajar dari sesi tersebut. Enjoy gambar-gambar semasa aku di Singapore.




Jumpa my student, Michelle.. dia siap peluk2 aku. depa kat belaka


Dato' TKP , Dr Sureena dan yg sorang tu aku tak kenal 
Sewaktu sesi aku berlangsung.











~mel

Ahad, 5 November 2023

Pasar Seberang Jaya..







Since dah duduk dan bekerja di Putrajaya, rutin setiap minggu ke Mydin dah kurang keperluan disebabkan oleh anak-beranak yg tinggal di rumah tidak memasak. Tapi every weekend aku balik mmglah salah satu objektif ialah menasak masakan kesukaan encik suami dan anak2. So ke pasar seberang jaya adalah tempat yg paling sesuai. Teringat dulu-dulu waktu aku bersabatikal tahun 2014, memang setiap minggu aku dtg ke pasar seberang jaya (tapak lama) sorang-sorang disebabkan suami bekerja di Tg Malim. Biasa aku dtg seorang pagi2, bfast sorang2 (sadis gilaaa).. then beli lauk pauk. Tapi sekarang dah tak buat dah gi bfast sorang2 kat pasar 🤭.

My favourite food kat sini adalah tosei satu kedai ni.. mmg jarang miss kalau ke sini. Padahal banyak gila makanan lain. Encik suami pulak sekarang ni asyik makan hokien imi, mi kari dan berjenis2 mi berkuah bila dtg sini. Cuma yg aku miss sikit adalah susu lembu segar tanpa gula. Dah tak jumpa dah gerai air yg jual susu lembu tu kat sini. Rasanya before covid dulu still ada… 😬


P/s comel betul kucing tu, geram nak ambil 😂😂