Isnin, 31 Oktober 2016
Ahad, 30 Oktober 2016
Sabtu, 29 Oktober 2016
Khamis, 27 Oktober 2016
Rabu, 26 Oktober 2016
Hantu Pisang
Saya #hantupisang. Mesti ada pisang kat rumah kalau tak hati jadi meronta2.. haha.. asyik teringat2 je.. bila dpt beli pisang hati gumbira 😅😅
Konvokesyen USM 2016
Pada 24-27 November 2016 adalah hari konvokesyen USM yang ke 54 di Dewan Tunku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia. Sebelum2 ini saya memng selalu hadir konvokesyen dan beberapa orang pelajar saya telah pun bergraduat. Tetapi kali ini agak special sebab 5 orang graduan ijazah kedoktoran (Doktor Falsafah dan Doktor Pendidikan) adalah di bawah penyeliaan saya (3 Penyelia Utama dan 2 Penyelia Bersama. Selain itu terdapat 4 orang pelajar Sarjana Pendidikan yang bergraduat yang juga di bawah penyeliaan saya dalam konvokesyen kali ini.
Tahniah kerana mendapat title 'Dr" dari USM, kepada:
- Nur Kaliza Khalid (Pensyarah KUIS)
- Gerard Boey Kong Hoong (Taylors College)
- Nurhanim Saadah Abdullah (Pensyarah UTHM)
- Jayaron Jose (Pensyarah di University of Oman)
- Siti Zuraidah Md Osman (Pensyarah Politeknik Sultanah Bahiyah)
Juga Tahniah kepada graduan2 Sarjana Pendidikan, USM di bawah penyeliaan saya:
- Fadliyana Fathil (juga mendapat A dalam thesis beliau - bangga saya!)
- Ruzaina Abd Jabbbar
- Wan Zarimi Wan Ismail
- Ayub Mat
Pada hari pertama konvokesyen, (24 November) Sidang Pertama saya pergi menghadiri atas jemputan Jayaron Jose yang beria2 meminta saya hadir. Cerita tentang Jayaron ada dalam entry ini.
Saya hadir konvo ni sesi pagi ditemani oleh pembantu saya Molli |
Jayaron menerima ijazah kedoktoran beliau |
Siti Zuraidah menerima ijazah kedoktoran beliau |
Gerard Boey, Nurhanim Saadah, aku dan Nur Kaliza |
Yang ni tambah Thenmolli, pembantu dan bakal pelakar PhD saya |
Yang hujung sekali tu bonda Nurhanim Saadah |
Sefie dengan NurKaliza, perserverance beliau dalam proses mendapatkan segulung ijzah kedoktoran adalah sangat tinggi.. Alhamdulillah akhirnya berjaya |
Hari kedua saya bertugas untuk perarakan akademik. Kebetulan bertugas bersama Izzal Asnira, rakan FB yg mula2 tidak dikenali last2 rupa2nya dia masuk USM sebagai pensyarah juga.
Suka sangat gambar ni... rasa macam perempuan melayu terakhir pulak :P |
Bersama2 lecturer lain dari pusat pengajian yang sama dengan saya |
Saya, Fadliyana & Izyani Raiha |
Wan Zarimi, Naiematon, Ayub, saya, Suhaimi dan Ruzaina |
Akhirnya korang berjaya... ada rasa nak marah saya lagi tak sebab asyik kena bebel?? :P |
Label:
Convex 2016,
EdD,
graduation,
konvokesyen,
MeD,
phd,
USM
Graduasi Sarjana Pendidikan
Muka2 student2 ku yg ceria bergraduat smlm.. Masing2 adalah guru sekolah & kolej matrikulasi. #SarjanaPendidikan Tahniah!
Selasa, 25 Oktober 2016
Bertugas
Kami bertugas pagi ni... hihihi.. Sempat selfie sebelum start berarak..
Isnin, 24 Oktober 2016
Jayaron..
Kisah konvokesyen lagi...
Selain dari tiga pelajar iajazah kedoktoran di bawah penyeliaan saya sebagai Penyelia, ada 2 orang lagi pelajar ijazah kedoktoran yang bergraduat pada hari ini di mana saya adalah Penyelia Bersama. Salah seorang antaranya adalah Jayaron Jose, seorang graduan PhD berasal dari Karalla, India dan kini bertugas sebagai seorang pensyarah Bahasa Inggeris di Universiti of Oman. Sebenarnya dia lah yang paling beria meminta saya hadir ke konvokesyen sampaikan sanggup memberikan kad jemputan khas utk saya hadir. Disebabkan kesungguhan tersebut saya berjanji untuk hadir sesi pagi tadi walaupun saya akan bertugas pada hari esok.
Jayaron dalam proses menerima ijazah kedoktorannya. |
Setelah selesai upacara konvokesyen saya berjumpa dgn Jayaron dan kawannya Raj, seorang pelajar PhD dari Sri Lanka. Jayaron beria2 mengucapkan terima kasih kepada saya dan saya cakap it's my job, Jayaron. Kejayaan awak adalah usaha awak sendiri.. kata saya.. "No no no, Dr. I'm here because of you.. if not because of you i don't think I am able to finish my finish my PhD. You are the turning point in my PhD, you helped me to get through my troubles. I almost gave up my study if not because of you. I really owe you that much!" kata Jayaron. Ok saya agak terharu ketika itu. Si Raj pula menyampuk, "It's true Dr. jayaron kept on telling me you are the one who help him, he always said that he owe you. I wish I also got you as my supervisor". Oh.. aku speechless... aku tak lah rasa bantuan aku sebesar mana... tapi ianya sgt besar rupanya pada Jayaron.
Alkisah.. Jayaron sebenarnya bukan student saya. Entah macam mana, pada satu hari Jayaron muncul di pintu ofis saya, meminta izain utk berjumpa. So asaya pun cakap ok. Masuk ofis dia menceritakan bahawa dia baru gagal dalam pembentangan proposalnya pada hari tersebut. Dia kena sangat teruk semasa proposal dan dia dikehendaki melakukan pembentangan semula. Salah seorang penilai memberitahu beliau agar pergi berjumpa saya dan minta beliau bertanya agar saya jadi penyelia bersama dan menukar peyelia bersama sedia ada sebab apa yang beliau ingin lakukan lebih kepada kepakaran saya. Masa tu Jayaron betul2 merayu supaya saya menerima beliau sebagai student saya. Kerana simpati kepada beliau, saya cakap ok. Terus jam2 tu sy tengok apa dia nak buat, memang kelam kabut dan tidak fokus. Setelah itu saya cakap, ok dia kena ikut cakap saya dan revamp research dia. Alhamdulillah, 3 bulan selepas itu dia re-propose dan lulus dgn jayanya. Dan seterusnya saya banyak bantu dia (tapi jarang jumpa sbb dia di Oman).. kebanyakkannya melalui email.
Dan dipendekkan cerita akhirnya beliau berjaya dalam viva dan akhirnya berkonvokesyen pada hari ini. Actually sy agak terharu bila bantuan yang saya rasa tidak seberapa dan semata2 atas dasar tanggungjawab saya sebagai seorang 'guru' diingat oleh 'anak murid saya'...
Syukur ke hadrat Allah.. semoga ilmu yg sy curahkan menjadi bekalan di akhirat nanti... Amin..
~mel
241016
#Lunch #Konvo 2016
#Lunch today. My student yg konvo hari ni belanja #Alhamdulillah
3 Doktor + me
#Alhamdullllah.. me & ketiga2 pelajar doctorate saya yg telah saya selia hingga mendapat titile 'Dr'. Gerard & Kaliza (kanan sekali) lebih berusia dari saya, cuma Hanim yg muda dr saya. Terharu sgt2 melihat ketiga2 yg sy bimbing naik ke pentas. Kaliza (lecturer Kuis) mengambil masa lebih 7 tahun berulang alik dr Selangor-Penang utk menghabiskan study. Hanim pula tak lulus tahun pertama di PhD dan smbg di USM.. hampir2 tersungkur juga di sini tp alhamdulillah akhirnya berjaya juga. Gerard seorg profesional yg efektif. Cuma last part of his thesis writing ada problem sikit.. otherwise.. smooth journey. For me.. tak dpt apa2.. just for kpi & self satistaction..
Ahad, 23 Oktober 2016
Dress Eryna
KPI hari ni, menjahit dress #Eryna. Menjahit boleh releasekan stress.. #Alhamdulillah siap baju Yina, lepas ni jubah mommy pula, sedondon dgn Yina.. 😍😍
Sabtu, 22 Oktober 2016
BFF Eryna
This are my friends. They grow in numbers and I keep on asking for new ones. I love my friends so much. They keep me company everynight on my bed. #SoftToys Friends #Eryna #Bff #AnakPapaMommy
Laksa #Lunch
#Lunch semalam.. laksa sedap di Bakti. Seperti biasa menikmatinya sendirian..
Khamis, 20 Oktober 2016
Rabu, 19 Oktober 2016
#Detox
Try nak habiskan 2 liter sehari.. hampir berjaya.. esok cuba lagi daun #mint, #timun, #lemon & #ginger
Boneka
Ofis saya dah jadi mcm kedai jual boneka. Eryna dok bising dah minta satu boneka. Semua ni hasil kerja tgn student sy cikgu2 Pendidikan Seni. Mereka kena buat dulu baru boleh ajar murid2. 😍😍
Isnin, 17 Oktober 2016
Students' Reflections
I Love this reflection. When my student merasa sesi pembelajaran sesuatu yg berfaedah. #Alhamdulillah
Bekal
Bawa bekal #lunch hari ni, roti kari ayam. Bekas pinjam Yina punya 😬😬
Kadang- kadang lebih mudah bawa bekal dari jenuh nak meikirkan makan di mana dan nak makan apa untuk hari itu..
Ahad, 16 Oktober 2016
Lumut & Pangkor
10- 12 Oktober 2016
10 Oktober 2016 - Swiss Garden Beach Resort Lumut
11 Oktober 2016 - Bengkel Using Elearn Effectively
11 Oktober 2016 - Pulau Pangkor
Aku dijemput untuk menjalankan bengkel utk jabatan encik suami di Lumut, Perak. Oleh sebab kedua kami suami isteri involve dengan bengkel jadi Eryna pun ikut sama. Kami gerak dari rumah lebih kurang pukul 10 pagi dan sampai pukul 12tghari.
10 Oktober 2016 - Swiss Garden Beach Resort Lumut
Disebabkan kami puasa hari tersebut jadi selepas sampai kami berehat2 aje.. tak pergi ke mana2. Nak explore pantai pun kurang larat. Just dok kat bilik dan Eryna makan apa yg ada aje. Mujurlah di Swiss Garden Beach Resort ni ada pokestop.. huhu.. so dok kat lobby sambil tunggu staf2 seperjuangan encik suami muncul (encik suami organiser) so dok kat lobby je ambil Pokeball.. Kami buka puasa di hotel petang tu.. mujur makanan sedap.. 3 kali tambah aku buka puasa..
Yang bestnya punyalah banyak pokemon kat sini.. kutip pokeball pun asyik habis sebab pokemon dok berkerumun kat kaki.. huhu.. dan banyak pula pokemon baru yg susah nak jumpa di Penang.. memng tak menang tangan bergelut menangkap pokemon :P
Gambar cilok dari blog hubby. Yelah time bengkel mana nak ambil gambo sendiri. Dalam bengkel ini aku lebih highlight kan kepada peserta akan kegunaan platform elearning dan bagamana untuk mengoptimakan aktiviti-aktiviti yang tersedia dalam patform tersebut. Actually apa yang aku bengkelkan kebanyakkannya dari pengalama aku sendiri, so it was a very natural bengkel yang mudah dikendalikan.
Alhamdulillah bengkel berjalan dengan jayanya.. semoga peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diberikan untuk peningkatan dalam pelaksanaan kursus masing-masing selepas ini.
Selesai bengkel encik suami cakap boleh ke Pulau Pangkor.. dekat katanya, Aku pun ikut jer. Dari Swiss Garden Resort Hotel tu jaraknya lebih kurang 1 jam 25 menaiki kereta dan feri ke Pangkor. Berpandukan google maps kami ke Jeti Lumut (banyak juga pokestop :P) dan sesampai di jeti Lumut, feri akan berjalan dalam masa lima minit.. apalagi kelam kabut encik suami beli tiket dan kami pun terus naik feri dengan jayanya.
Seronok Yina dapat naik feri...
Dah sampai Pulau Pangkor.. excited juga...
Bila sampai aku dan Yina ke toilet.. bila keluar toilet tgk2 encik suami dah pegang kertas dan berrcakap dgn tokey motor.. aku tanya nak sewa motor ke? Dia cakap.. a ah.. sewa motor RM20 je pun sampai pukul 6 petang... Aku ikut je.. asalkan jgn suh aku bawak motor udahlah walaupun aku pandai juga bawak motor.. tak de lesen je dan dah berjuta tahun tak bawak motor..
Dah ready nak menjelajah Pangkor naik motor.. hihi..
Pakcik topi keledar senget
Kat sini memang kenderaan utama adalah motosikal. So memang penuh dengan motosikal ajela dalam ni.. Sambil naik motor sambil aku tery juga ambil gambar. ENcik suami tak bawa laju so beranilah aku pegang henfon sambil dok belakang.. seram jega takut jatuh henfon tapi tawakkal jela.. huhu.. anyway mujur tak jatuh.. :P
Entah kenapa muka aku macam tu.. rasanya matahari panas terik. Eryna pun muka senget.. huhu.. latarbelakang adalah masjid Pulau Pangkor yang dalam pembinaan... cantik masjidnya dibuat dalam laut.. Then kami berhenti di Kota Belanda.. orang memang tak ramai dipangkor masa ni mungkin sebab hari berkerja.. so kalau nak ketenangan memang elok ke Pangkor waktu bukan cuti sekolah. Kota Belanda ni merupakan peninggalan sejarah belanda di Pangkor.. katanya sebagai pusat pengumpulan bijih timah suatu ketika dahulu.
Awat yina tutup mata papa?
Penjelajahan ke Pulau Pangkor memang menari, encik suami bawa motor
sekeliling pulau.. ada bahagian2 pulau yg memang lebih sesuai menaiki
motor dari kereta. Agak adventure bila naik motor sebab bentuk muka bumi Pulau Pangkor yang berbukit2. Sampaikan ada tempat2 nya yang macam tak mampu dipanjat oleh motosikal yang kami naiki. Sampaikan encik suami guna gear 2 nak naik.. mujur tak sampai gear 1.. :P
Memang kira kami ronda sekeliling pulau. Sempat juga berhenti di satu pekan kecil untuk beli swimming suit eryna. Actually swimming suit eryna memang dah kecil sangat.. so mas anak bawa dari rumah aku macam dah rasa dia tak boleh nak pakai. Bila tiba di Swiss Garden tgk2 nak berrenang kena pakai swimming suit, tak boleh pakai ikut suka.. so alasan untuk beli swimming suit eryna mmg kuat.. Kami benti kat dua tiga kedai tapi tak de yg jual yang agak sopan.. semua seksi2 belaka.. eryna mmg particular.. tak mo yang seksi.. Mujur di kedia yang last kami berhenti jumpa satu suit gambar princess (warna pink) tapi cutting macam lelaki - harga okla RM45. Kami juga beli keropok lekor goreng tepi jalan sebab aku dan eryna dan lapar, beli lebih sikit juga kot2 encik suami yang berpuasa 10 Muharram terpaksa berbuka atas feri. Aku tak dapat nak berpuasa sama2 sebab aku kena bagi bengkel pagi tu.. biasanya tidak terlarat berpuasa sambil bagi bengkel :(
So selesai ronda satu pulau kami pun baliklah ke Pekan pangkor.. mula2 ingat nak cari sotong kering kat pekan pangkor tp bila tengok penjualnya semua 'chaya' terus tak jadi.. So aku just beli magnet 4 ketul dan gogle utk eryna berenang.. semuanya RM20 sahaja :P
Setelah pulang motor tengok2 feri dah ada di jeti pangkor.. cepat2 kami berkejar utk naik feri.. Oh ya.. tambang feri pergi-balik adalah RM10 seorang dewasa dan RM5 seorang untuk kanak-kanak.
Mula2 bila naik feri konon tak nak duduk dalam perut feri tapi nak duduk di atas bahagian terbuka. Tapi last2 masuk semula ke dalam sebab angin kuat dan sukar nak kawal eryna yang xnak duduk diam.
Akhirnya kami sampai di Jeti Lumut dalam pukul 6.30 gitu. Sempat meninjau kedai ikan kering, belilah sedikit sotong yang sedap2 tu.. bergula dan pedas, sate ikan, dllg. Dapatlah juga beli ikan kering sebagai buah tangan utk kawan2 sekerja.. sikit je pun.. asalkan ada.. Gitu gini encik suami berbuka dalam kereta ketika dah nak sampai hotel.. sampai2 dalam pukul 7.20 malam terus ke Coffee House, makan nasi utk berbuka terus.. alhamdulillah.
12 Oktober 2016
Pagi ni aktiviti bebas untuk aku dan Eryna sebab encik suami dan kawan2nya ada meeting bahagian.. Lepas bfast aku dan eryna pergi ke pantai untuk menikmati keindahan pantai di Swiss Garden.
Comel mommy bergaya di laut.. |
Eryna sempat bermain pasir.. lepas main pasir merengek nak berenang di kolam.. mommy layankan aje.. bila lagi nak layan si manja ni.. cuma agak risau sebab demam selsema yina belum begitu pulih.
Suasana di kolam renang Swiss Garden. Pagi2 eryna berenang sorang2.
Setelah encik suami selesai meeting, kali naik bilik kemas2 barang. Siap2 then encik suami ajak ke pantai semula. Maklumla dia tak berkesempatan lagi ke pantai. Actually kami pernah datang swiss garden ini pada bulan Januari 2011, masa tu eryna belum pun berumur 1 tahun. Masa jalan2 tu barulah sedar waktu kami di situ, kami pernah makan bbq di teratak di tepi pantai. Tapi malangnya teratak itu sekarang dah musnah dan tidak digunakan. Di teratak itu ketika tgh makan siap ada nyanyi2 dan aku ada tujukan nyanyian Happy Birthday.. org tu main gitar dan nyanyikan lagu Happy Birthday untuk encik suami.. huhu.. (dah ditanya baru encik suami ingat kejadian romantik tu :P)
Selesai berjalan2 kami pun balik. Aku terus balik ke Pulau Pinang sendirian dgn eryna, encik suami balik ek Tg Malim tumpang kawan beliau.
Overall best juga sekali2 berjalan sambil berkerja. Setakat bagi training bagi aku bukan masalah besar, insyaallah.. moga ada rezeki lain di masa akan datang.
~mel
Langgan:
Catatan (Atom)