Ahad, 26 Jun 2011

Berenang di KLCC


Berenang di KLCC, originally uploaded by melati.a.

Hujung minggu ni balik KL.. ada sikit urusan hari esok, Isnin.. so hari ni gi jln2 KLCC.. pi naik LRT jer.. Bawak @aliffzachary mandi manda.. Ingat Yina Laikha nk mandi juga.. smpi2 KLCC yina zzz pulak!!

~mel
kalaulah boleh mandi gak dlm tu..

Khamis, 23 Jun 2011

Pengalaman...

This few days aku tak de la berapa sibuk sgt.. tapi bnyk meeting gak la.. One of the meeting was actually an unexpected meeting called early in the morning at 8.30am yesterday. Ketika aku dipanggil ke meeting tu pukul 8.20pg, aku sedang menyuapkan mee goreng ke dlm mulut di Kafe Fajar Harapan. Bila dah dipanggil urgently, cepat2 aku & hubby makan.. then aku hantar hubby ke ofis dia.. terus aku ke Bilik Mesyuarat Dekan untuk bermeeting.

Actually sepatutnya pukul 9pg ada pembentangan semula usul PhD seorg pelajar Nigeria. Sebulan lepas dia dah bentang usul PhD dia, dan kami dapati (3 org panel) dapati proposal dia sgt teruk dari awal hingga ke akhir. Research Matrix langsung tak tally. So kami buat keputusan supaya dia buat re-proposal semula dlm masa 3 bulan. Tup tup xsampai sebulan kami dpt notis dia nak present semula. Memula kami xsetuju sebab kami rasa dia belum sampai tahap utk present. He needs to do lots of reading, dan buat kajian ttg methodology dllg. Aku jumpa Timb Dekan Akademik utk halang, tp dia ckp xleh buat apa2 sbb Supervisor dia buat rayuan utk siapkan cepat. Last week bila aku dapat proposal dia semula utk dibca.. aku ngeleng kepala. Banyak yg salah.. even yg paling basic hipothesis pun salah.

Hari Selasa tiba2 dpt satu email dari Prof Fong (salah seorg panel) meminta pihak admin emailkan kpd kami report yg dibuat oleh sv student tu untuk kami bandingkan apa yg perlu dibuat dgn apa yg dah dibuat oleh pelajar tu. Sampai ptg email tu xdpt balasan. Kebetulan ptg selasa aku ada meeting di admin, tgk2 Prof Fong call aku..aku angkat je la terus keluar dari bilik meeting. Prof Fong minta aku check kat admin report tu sebab dia ada di KL dan dia minta aku email kat dia supaya dia boleh tgk mlm tu. Aku pun terus gi mintak kat kerani.. photostat. Abis mtg aku balik ofis scan & email kat dia.

Pas aku photostat tu, bila aku tgk report sv dak tu..aku sgt terkejut. Report tu mcm tulis student tu lngsg xde problem. Masalah2 yg kami nyatakan masa pembentangn usul dulu lngsg tak de. So bila aku email kat Prof, aku cakap kat dia yg aku tak puas hati sbb report tu betul2 salah dan akan membuatkan org lain misleading kalau baca. Prof Fong msge aku ckp pkl 10 mlm nk call aku, bila dia smpi Penang. Masa dia call aku pkl 10 mlm tu.. suara dia sgt lain. Prof Fong ni mmg sgt lembut orgnya. Bila bercakap sgt berhemah. Tapi mlm tu suara dia cam dia tgh marah. Dia cakap, dia sgt tak puas hati dgn report tu. Report tu betul2 menghina dia sbb macam menipu! Dia ckp kat aku.. kejab lg dia nak call Timb Dekan Akademik utk arrange meeting b4 pembentangan usul. Patutnya pkl 9pg. Tapi tetiba diawalkan 8.30pg.

Bila aku sampai di bilik mesyuarat dekan, yg ada dua org sv budak nigeria tu (main & co sv) dan timb dekan (PM. Dr. H) . Prof Fong belum sampai. Dr. H minta aku cakap first apa yg misleadingnya ttg report tu. Aku cakap.. semuanya salah. Aku bagi contoh.. Methodology, awal2 dalam presentation dulu tu, aku org pertama cakap methodology budak ni totaly salah.. dan aku dah nyatakan dgn jelas sebabnya, dan aku disokong oleh semua panel lain. Tapi dalam report tu tulis "No Issues were highlighted". Aku cakap kat main sv budak tu (yg tulis report tu) yg aku dah terang2 cakap ada masalah, kenapa dia tulis tak de issue? Then dia ngaku yg dia silap tulis. Tapi yg tu je.. yg lain semua betul.. aku cakap..no.. semua salah. Then tetiba PRof Fong masuk.. then aku cakap, aku nak bg peluang Prof Fong cakap. Memula slow dia cakap, bila dia baca report tu dia sgt disapointed, sangat terkejut dan tiba2 dia menengking "I am really humiliated" !!! Pitching suara dia tu membuat semua org terkejut.. aku masa tu (tau tau je la aku ni sensitif) rasa nak nangis! haha.. terukkan. Tapi aku kaverla.. slow2 tenangkan hati. Lagipun aku kan sebelah Prof Fong... haha..

After that terjadilah perbincangan yg sgt serious.. Prof Fong mmg sgt marah dan mintak report ditulis semua dgn betul dan dia tak nak nilai proposal budak tu selagi tiada detail pembetulan dinyataka. Aku pun banyak gakla bercakap masa tu.. aku siap terangkan kenapa report tu tak betul walaupun sv tu cakap hanya satu jer dia silap tulis! Bila aku terangkan dan tunjuk bukti..semua dalam bilik mesyuarat tu seramai7 org setuju dgn penerangan aku. Alhamdulillah. So last2 kami tangguhkan proposal tu sampai 5 Julai giving the student chance to ammend things. Actually kesian budak tu.. dia sebenarnya jadi mangsa supervisor dia si KAF tu yg semmgnya sentiasa berlagak pandai tapinya sgt bodo.. haha.. so KAF mmg sgt dibenci oleh ramai org di school aku. Tapi sbb dia pandai bodek Dekan.. mmg dia jadi org feveret dekan walaupun kerjanya hampess.. Dia ngaku pandai teknologi tapi nak tukar words to pdf pun telefon aku tanya camne nak buat! Boleh tak? haha...

Settle pasal si KAF tu.. tadi ada meeting ttg 6 subjek Doktor of Education(EdD) yg kembali diambil alih oleh my school sebab Pusat Teknologi Pendidikan dah xmo ajar subjek2 tu coz tak cukup kakitangan. So biasalah.. aku org teknologi... nama paling atas. Setakat ni dlm rekod aku ada ngajar 3 subjek..kira banyak dah tu..huhu.. Bila dah bincang2 ada kesulitan sebab 2-3 org lecturer yg ada background technology tak konfiden nak ajar. Bila subjek2 tu dibahagikan..nampak sgtla aku paling teruk.. bnyk subjek kena ajar. Tetiba, Prof Fong yg ada sama dlm meeting tu (dia org teknologi gak) bersuara.. Dia cakap lebih kurang cam ni.. "Let me say a few words, thorugh my personal experience. I've been team teaching with Dr. A (aku ler tu).. since she first came here. I think she should lead the school in educational technology and she has proved to be the most valuable technology lecturer the school has. I haven't seen anyone in the school show the compentancy she has in technology... bla bla bla". Masa tu aku dah kembang semangkuk.. rasa kembang di mana2 jua.. Frankly speaking aku rasa honoured bila seorg professor berbangsa cina really pandang tinggi kat aku. Bukan senang nak dapat pengiktirafan macam tu.

Actually before that timb dekan ada proposed nama sorang lecturer ni (KAF jugak) utk ngajar satu subjek Master. Aku terus cakap.. No! Saya tak setuju!. Sebabnya mmg lecturer KAF tu ada pengetahuan ttg ICT, macam2 teknologi baru, tapi dia tak de foundation ttg teori pembelajaran ICT ke teknologi ke. Aku cakap, bagi aku walaupun seorg tu pandai teknologi, esp yg baru tp tanpa cukup pengetahuan dalam teori pembelajaran, dia tak boleh mengajar. Then Prof Fong terus cakap.. I agree with Dr. A! Mmg betul apa yg aku cakap.. bla bla bla.. kiranya apa yg aku cakap dia sokong 200% la..hihi..

Mmg agaknya nampak di dalam meeting tu dia menyokong dan rekemen aku cam bagus jer.. Aku sgt teruja.. dan rasa sgt best.. Susahkan nak cari org percayakan kita terutama dalam kerja & especially dalam teaching & learning environment. Dan meeting semuanya.. tetiba jumpa Prof Fong individually.. nak tau dia tanya aku ape? Eh.. you tak apply utk Professor Madya ke? Aku rasa nak gelak pun ada.. nak nangis pun ade.. haha.. soalan tu aku rasa cam tak relevan utk aku. Aku cakap.. xde la prof, aku mmg tak apply.. aku rasa tak layak!! Dia cakap! No! You dah layak ! You should have applied!. Aku cakap tak pela Prof.. sy mmg belum ready. Dia cakap, next iklan naik pangkat u should apply for PM, definitely. Jgn tangguh lagi.

Err... dalam hidup aku sebenarnya, aku tak de niat nak pergi jauh dari apa yg ada sekarang. Aku just inginkan hidup yg aman damai.. relaks.. keluarga yg bahagia.. aku rasa aku dah tak kejar apa2 dah kecuali kebahagian hidup. Alhamdulillah gaji sekarang ni rasanya ok dah.. jauh 2-3 kali ganda org lain.. tu sebab aku tak pernah mimpi nak apply Prof Madya.

Tapi... agak2nya tahun depan aku kena apply la ekk?? haha.. Actually nila pengalaman aku 2 hari ni.. bnyk yg aku belajar 2 hari ni... walaupun nampak remeh tapi membuatkan aku rasa semangat utk terus hidup.. terus mengajar.. alhamdulillah..aku mmg suka mengajar.. it is my passion.. i love it.. Dan kat bawah ni gambar beg dari Iran.. diberi oleh sorang student Iran... nnt aku citer pulak pasal pengalaman aku dgn 2 org student Iran yg berlainan ideologi..


Iran beg..


~mel
pjg betul entri aku mlm ni.. hubby tgh layan bola Lubnan vs Malaysia.. skg ni Malaysia 2 - Lubnan 0..hehe..

Selasa, 21 Jun 2011

Masak2 & Makan2..

Hari Ahad yg lepas ada jemputan dari Dr. Jalil (teruna lama... huhu).. untuk masak2 dan makan2 seharian di rumah dia di Taman Bertam Perdana. Dr. Jalil dah berusia la jugak tp xkawen tu yg aku panggil teruna lama.. :P. Anyway rumah ni ni besar & baru.. tapi dah dok sorangkan... Kelengkapan rumah dia ni macam hotel... sebijik hotel.. So, layan jer la gambar2 di bawah.. sorila blur sket..

Kak Jee & anak sedang merewang.. Kak Jee ni isteri kpd Tn Hj Rahman, lecturer school aku gak.

Periuk belanga kat rumah Dr. Jalil.. jeles aku mmg lah kalah rumah aku.. periuk belanga rumah org bujang ni boleh buat kenduri sambut menantu daaa.... mmg lengkap dari sekecik2 periuk sampai ke bapak periuk... jeles..jeles...

Cik Yah aka Dr. Aziah sedang memblend alat-alatan memasak... Cik Yah ni still single and available..huhu
Ikan2 yang telah terkorban utk masak laksa johor... best..best...

Kak Jee yg sgt baik.. cam mak mak gitu..

Abang aliff yg sgt nakal.. tp jumpa girlfren yang satu angkatan dgnnya..

Sessi makan laksa johor.. before that sessi makan tghari, aku masak kari daging & buat sambal tempoyak kat situ, kak jee masak bawal goreng pedas & Fadzillah goreng sayur + telur dadar.. bahan2 semua disponsor oleh tuan rumah.. kami masak je la...

Aku and Dilla aka Dr. Fadzillah sedang menguasai dapur dengan jayanya... hihihi..

Papa sedang berguru dgn Tn Haji Rahman... berguru ape yek? Yina tak berapa takut sgt dgn org kali ni...

Yina sedang bermain-main panjat meja... terra betul sikecik ni...

sedang menghidang2...

Aummmm!!

Aummmm!!

Tersadai kekenyangan bersama Yina..

Yina zzz di bilik atas rumah Dr. Jalil bersama2 dgn papa sekali.. haha...

Insyaallah nanti dah pindah rumah baru ingat nak buat makan2 mcm ni jugak.. baru best & merapatkan ukhwah sesama kawan2... tapi lambat lagi la... huhu..

~mel

4sq batch


4sq batch, originally uploaded by melati.a.

Dah lama xdpt batch baru..

Isnin, 20 Jun 2011

Nomot..

Sekarang ni kalau mommy mkn eskrem mmg jgn harapla nk mkn sorang2.. mesti ada "penggodam" utama yg akan menjerit2 kalau xdpt eskrem mommy. Balik td papa belikan mommy eskrem nestle kit kat cam cornetto tu.. dari dlm kereta yina dah cuba pau.. tp xberjaya.. Smpi kat umah.. apalagi.. melekat kat mommy mcm ada gam!! Hah!!


photo.JPG, originally uploaded by melati.a.

inilah hasilnya!! nomot..nomot...nomot... :D

~mel

Fesyen Apo??

Fesyen apo??

Bila tgk fesyen cam ni sure dh boleh teka org mana.. huhu.. atas tutup sampai perut, bawah pakai legging! Aku ambik gmbr ni time tgh mkn kat Bakti for bfast.. Aku suspek ni student la ni.. Org Msia toksahlah ikut.. tak sesuai sgt legging tu sebenarnya dipakai kt luar.. aku masa kt obersea dulu pakai gak legging.. tp dlm suar jean laaa.. waktu winter.. sejukkk!!

~mel

Khamis, 16 Jun 2011

Before School..


Before School.., originally uploaded by melati.a.

Pagi2 sebelum pergi sekolah/nursery mesti Yina pegang stereng dulu... mmg suka dia dok kat stereng tu dgn papa... sementara nak tunggu mommy datang.. biasanya mmg mommy lah yg paling lambat siap & keluar rumah... maklumla nak iron baju, buat susu, sediakan beg masing2.. dllg.. pastu baru leh siap2 diri sendiri... pakai baju, pakai toner.. moisturiser.. sapu compact powder, pakai celak.. pakai mascara... lipstik.. tudung... sembur Britney Spears... tapi xdela lama sangat nak siap2 ni.. dalam masa 10 minit semua boleh siap... hihi...

Simple2 aje sebenarnya bermakeup tu... tp yang penting pakai toner sebab really menyegarkan muka yg lesu.. Make-up guna yg murah2 jer.. huhu.. xperlu membazir... :P

~mel

Selasa, 14 Jun 2011

Kenali Mutiara..

mutiara



mutiara



Berasal dari laut,di kenali sebagai MUTIARA AIR LAUT /AIR MASIN.
Tahan apabila di bakar dan apabila di gigit terasa pasir dan
tak boleh tercalar.Berat dan saiz hampir sama antara Mutiara
Air Laut dan Mutiara Air Tawar tetapi harga Mutiara Air Tawar
lebih murah. Mutiara Plastik pula warnanya seperti air tawar,lebih
ringan dan lebih murah.cair/meleleh apabila di bakar dan terasa
licin apabila di gigit dan mudah terkelupas.

Aku ni mmg suka kan beading... manik... dan apa2 yg seangkatan dengannya. Before this hubby selalu pergi Sabah utk buat research, tapi aku tak berpeluang nak ikut.. maklumla.. time dia pergi dulu aku tengah saratla.. Eryna kecik sgt la.. dllg.. Tapi setiap kali dia pergi, mmg dia bawak balik gelang mutiara yg cantik2.. Dua tiga minggu lepas aku ke Sabah sorang2 utk mengajar PPG. Before that dah pergi satu family. Kali ni pergi sorang coz nak pergi kejab utk ngajar jer.. Kebetulan plan nak tumpang tidur satu bilik dgn sorang kakak ni yg sama2 mengajar dgn aku di UMS utk save costs. Bila dah berjalan sesama pompuan... mmg berjalan ke tempat2 jual mutiara ni dgn hebatnya.. huhu.. mmg gila aku dibuatnya..

mutiara

Mmg banyak aku borong mutiara yg jenis kat atas ni.. beli by string.. tapi xde masa lagi nak buat.. huhu.. nk kena pi A tu Z cari sedikit bahan.. pastu aku ada gak beli bnyak kristal.. ber string2.. murah.. aku beli tu ingat nak buat hand made brooch.. customise utk diri sendiri... hehe.. nak wat brooch juntai2 hajat dihati... Anyway.. tgh2 browse internet tadi dapatlah kaedah kenali mutiara kat atas tu.. kebetulan aku pakai gelang mutiara pembelian hubby tercinta... so.. aku gigitla... yess!! memang asli... hihi.. gigit terasa pasir dan tak calar langsung.. Actually hubby aku pun ada taste mutiara yg tersndiri.. masa dia pilih gelang mutiara utk mothers day (time tu we all di Sabah)... mmg cerewet giler.. huhu..


~mel

Isnin, 13 Jun 2011

Tart Nenas


Tart Nenas, originally uploaded by melati.a.

Smlm time konference ada gerai2 jual mcm2.. one of the kedai jual kuih raya.. haha.. aku mmg suka mkn kuih raya.. apa lg..aku belilah satu pack tart nenas kegemaran aku.. Pas tu siap order utk raya coz kuih dia mmg sedap2 semuanya.. dapat minggu ketiga raya.. Nanti xyah beli dah kuih raya lain.. xmo jd mcm tahun lepas.. aku dh beli kuih.. pastu hubby order lak.. sampai raya haji kotak kuih tu xbuka.. last2 bg kt cik tong.. membazir sungguh!

So, this year biar mommy jer order kuih raya yer papa.. papa cuma standby utk bayar jer.. hihi..

~mel

Yina in action...

Eryna ni sebenarnya sgt takut dgn org... kalau dgn org asing mmgla meraung2 nangis... tapi kalau di rumah mmgla sangat aktif.. begitu jugak kalau bawak ke ofis.. semua dia nak usik.. kalau pasal memanjat mmg terra betul..

Cheryna..
Ok.. saya berjaya panjat kotak ni... nak buat apa eh...

Cheryna..
wahhhh.. cantiknya daun mommy ni... cabut best jugak!! hihi...


~mel
aku sebenarnya tgh tension giler... sistem sms tak jalan.. apa ntah glitch nya.. dah la mamat yg jaga ni dtg lambat pulak tadi.. grrrr.....



I Seksi..

I have been extremely busy for the last couple of weeks... Mainly because of ICECSE 2011 .Link
ICECSE 2011 ni kami panggil dengan I seksi.. hihi.. jadi glamer konference ni disebabkan sebutan I Seksi tersebut. Tugas aku dari awal mmg sibuk coz aku yg setup webpage utk konference ni. Updating mmg non-stop! Yang paling menyusahkan adalah disebabkan utk upacara pembukaan tetamu yg dijemput utk merasmikan adalah Rosmah Mansur (sori ler aku tak berapa nak bahagia dgn kemunculan dia, so no salutation whatsoever yg aku nak letak kat depan nama dia.. huhu).

Preparation utk menyambut hamba allah RM ni sgt memenatkan. Protokol2 yg tak sepatunya perlu dilakukan, aku rasa cam habis duit ke situ jer laa... ish ish ishh...Rehersal ntah berapa kali. On the first rehersal aku terpaksa jadi MC bidan terjun sebab kebetulan MC asal iaitu Tn Hj Rahman kematian kakaknya. So aku tolong utk sesi pertama. Mmg sgt memenatkan coz rehersal non-stop dari pg sampai lunch. Mujurlah utk sesi2 yg seterusnya Tn Hj Rahman cakap dia dah ok dah boleh teruskan tugas sebagai MC. Kalau x.. mmg matilah aku...huhu..

Sebelum hari kejadian (opening ceremony on the 12 June).. ada workshop di sebelah ptg. Pada pagi Jumaat 11 Jun tu mcm2 kena buat, settlekan banyak perkara. Time workshop pulak, aku kena makesure semua laptop & projector ddah dibubuh kat bilik2 workshop... ish.. ada pulak technician yg tak wat keje... so, termengah2 aku tukar venue bilik yg xde laptop ke tempat yg ada mende2 tu.. workshop pkl 3.15ptg, technician dtg pukl 3.15 ckp they all diberitahu session start pkl 3.30... adeh2.. poning aku. Dah ler ptg tu sekali lagi di bidan terjunkan utk jadi pengerusi di one of the workshop....

Pada hari kejadian aku mmg plan nak gi lambat coz dapat tahu pkl 10.30 baru rosmah akan tiba.. patutnya dia dtg pkl 9.00.. Tapi ntah camne tetiba ada call dari Dewan Budaya cakap laptop utk Keynote speaker tak setup lg.. org yg dok nunnnn kat atas dewan pun xmuncul... ehhh.. aku pening.. rasanya aku tak jaga dewan budaya.. so terpaksalah aku call sana sini utk panggil technician yg sepatutnya bertugas di situ.. aduhai.. sambil bersiap2 rasa tension gakla...


Opening ceremony okla.. (malas nak citer pasal rosmah dok promote permata jer.. ).. Then disebabkan kelambatan rosmah, parallel session utk persidangan terpaksa tunda... Ya Allah.. kecoh jadinya.. patutnya konference yg diutamakan.. ini sebab rosmah.. abis semua jadi kucar-kacir.. i was soo disapointed. Mcm2 lagi yg aku tak puashati.. but what to do.. telan aje la dlm hati.. haha... nak citer pun tak guna..

Ahad which was yesterday, aku kena present paper & jadi pengerusi utk the session. Punyalah sibuk, aku mmg tak sempat buat powerpoint utk the presentation hari2 sebelumnya, so lepas subuh baru aku dapat buat powerpoint tu.. Aku dah decide malas nak bawak laptop.. so aku save powerpoint aku dlm pendrive.. Dlm hati ada rasa tak sedap.. so aku upload kat email and send kat diri sendiri..

Masuk2 dalam bilik utk present.. bila aku sumbat pendrive dlm komputer.. ya allah.. kluar kat skrin "pendrive corrupted".. terkejut aku.. then aku try pulak kat komputer the other presenter.. sama jugak.. adoilla.. patutnya aku present no 1, then ada 2 lg presentation, aku mintak that guy present dulu, dan aku nombor 2.. masa mamat tu start present aku terus call hubby, minta dia copy dari laptop kat umah & hantar harddisk kat aku... after dia buat2.. dia nak start kereta.. ya allah.. kereta pulak xleh start.. aku really kelam kabut. Hubby cakap, dloadla dari email.. alamak... kat bilik session tu xde internet... aku berlari ke bilik technician, pinjam pendrive derang, dload dari email aku... alhamdulillah... berjaya...

So dapatlah aku present..walaupun dgn penuh tragis.. haha... mmg pengalaman horror betullah...

lepas present, balik rumah.. amik hubby.. terus gi kenduri kawen... haha.. xmo fikir pasal konference dah.. even majlis penutupan pun aku xgi.. malas...



~mel
agaknya inilah akibatnyer bila jemput org yg tak sepatutnya..




Pelangi


Pelangi, originally uploaded by melati.a.

Post ni dah kena curik!!

Terbalik?


Terbalik?, originally uploaded by melati.a.

Awat terbalik ni? Hubbyku pening gaknya time tampal ni...