Selasa, 30 April 2019
Isnin, 29 April 2019
Ubat terbaru yg doktor subscribe hari ini.. nadi yg sentiasa berdenyut lebih dari hadnya selama sudah beberapa tahun ni membuatkan doktor baru di Pusat Sejahtera merasa bimbang. Lantas dia berikan ubat ini tapi diminta makan separuh sahaja dari ubat 💛 ini. Moga ia mampu dpt memperlahankan nadi saya yg semakin pantas bergerak.. Namun bagi saya, ubat2 yg perlu saya makan ini adalah ingatan kepada hidup yg hanya sementara. Sentiasa perlu insaf bahawa semua ini hanya pinjaman.. semuanya sementara.. yg kekal abadi hanyalah di sana.. #InsyaAllah #alhamdulillah #me
Sabtu, 27 April 2019
Jumaat, 26 April 2019
Entah apa ranjau duka yang dilalui olehnya selama hampir 8 tahun menyiapkan kajian PhD hinggakan apabila Tuan Pengerusi Viva mengumumkan beliau lulus dengan pembetulan sederhana besar untuk di ijazahkan dengan Ijazah Doktor Falsafah, muka beliau sgt merah dan tak tertahan2 lagi beliau mengalirkab#n air mata di hadapan kami. Sebak pula hati saya dibuatnya.. Dan bila pengerusi minta beliau memberikan ucapan, lantas dengan suara bergetar beliau mengucapkan terima kasih terutamanya kepada saya yg menjadi penilai luar beliau. Beliau. Juga berkata.. akhirnya saya berjaya juga.. 8 tahun bukan satu jangkamasa yg singkat.. Sebenarnya inilah perjuangan PhD yang tidak difahami oleh ramai org. Kepayahan mengenggam segulung ijazah yang membawa gelaran ‘Dr’ itu bukan mudah. Ada yg berjaya mendapat ijazah itu di atas mengalirnya airmata darah.. ada yg kehilangan kehidupan.. ada yg kehilangan mcm2.. ada yg dipinggir keluarga.. dan harga sebuah PhD itu tidak sama dengan yg lain.. pengalaman setiap individu berbeza... Itulah sebabnya jarang org yg ada ijazah kedoktoran yg sombong dgn ipmu mereka.. cuma biasanya mereka dituduh sombong sebab org yg menuduh hanya melihat title yg dibawa tetapi tidak melihat apa yg mereka telah lalui. #PhD #PermenantHeadDamage #alhamdulillah
Rabu, 24 April 2019
Isnin, 22 April 2019
Ahad, 21 April 2019
Jumaat, 19 April 2019
Ini guru saya. Suatu ketika dahulu semasa saya berada di tingkatan 1-2 tiap2 hari saya menaiki kereta beliau utk ke sekolah. Masih saya ingat, saya selalu dpt buku free dari beliau. Pernah bila saya dpt markah penuh 100% utk subjek yg beliau ajar, sampai2 je kat rumah rupa2nya mak dan ayah dah tau. Cepat je sampai kat mak ayah 🙊. Malam tadi bila Cikgu Zul Mohd tau saya di Pekan, awal2 beliau dah message ajak makan malan bersama beliau dan keluarga. #Alhamdulillah syukur sangat dapat berjumpa dengan guru yg banyak berjasa pada saya. Keberkatan ilmu dan keikhlasan seorang guru sudah tentu penyumbang utama kejayaan saya di samping doa arwah ibu bapa & keluarga tercinta. Terima Kasih cikgu.. semoga keikhlasan cikgu menjadi pahala yg berterusan buat cikgu.. #CikguSaya #throwback #SyukurSelalu P/s Asyik cikgu belanja saya.. lain kali dtg Penang saya wajib belanja 😂😂
Khamis, 18 April 2019
Rabu, 17 April 2019
Selasa, 16 April 2019
Ahad, 14 April 2019
Sabtu, 13 April 2019
Jumaat, 12 April 2019
Khamis, 11 April 2019
That’s what’s friends are for. Encik suami tiba2 cakap, tolong tanya your friend kat UIA boleh tak tolong verify documents utk urusan mak. I said let me check dia ada kat ofis tak sebab dia bi mcm saya juga tak lejat kat ofis. Bila sy message bgtau nak minta tlg dia sahkan dokumen, dia cakap 30 minit lagi dia akan sampai ofis. So terjadilah kejadian berjumpa dgn #bff hari ni. #Alhamdulillah ada kawan yg baik2, yg saling membantu disaat diperlukan.
Di Maybank Wangsa Maju.. perempuan di sebelah akak bangun, dia dtg duk sebelah rapat2. Saya ckp.. apa ni dtg dok dekat2.. dia cakap.. biasalah isteri #QueenControl, mana boleh dok jauh2.. kang kena marah.. 😂😂. Maklumla ada org ckp sy control suami hihi.. #mommypapa #urusandunia #alhamdulillah
Rabu, 10 April 2019
Selamat Tinggal Abah..
Tanggal 2 Syaaban 1440.. 8 April 2019, bapa mertua saya telah kembali ke Rahmatullah. Arwah abah berada dalam keadaan sakit yang agak membimbangkan dalam seminggu dua ini. Sebelum itu abah memang telah sakit berterusan. Saya menulis blog ini semoga satu hari nanti suami mahupun Eryna dapat membaca catatan ini untuk mengingatkan keadaan arwah abah sebelum pemergiannya selama-lamanya...
Nota..
Al-Fatihah buat abah Allahyarham Abdul Rahman Sharif.. You will be missed..
~mel
9 Mac 2019 - Kami pulang ke Gombak. Pada masa ini abah masih ok.. masih boleh berjalan perlahan-lahan dengan bertongkat, Tapi kesihatan abah nampak merosot, jadi kami bercadang agar encik suami balik semasa hujung minggu utk melawat abah.
23 Mac 2019 - Kami tak balik memandangkan adik suami, Faiz balik pada hujung minggu tersebut. Setelah berbincang kami fikirkan eloklah suami dan Faiz bergilir pulang ke Gombak, maklumlah jarak perjalanan agak jauh.
27 Mac 2019 (Rabu) - Saya sarankan encik suami ambil cuti Khamis, Jumaat (28-29/3) memandangkan saya akan berbengkel di UPM pada waktu tersebut dan budak2 cuti sekolah. So boleh balik Gombak 4 hari. Suami ambil cuti, so sy boleh berulang dari Gombak ke UPM. Waktu ini kesihatan saya sendiri kurang baik, Batuk yg berpanjangan dan dlm perjalanan ke Gombak pun saya berpesan kpd suami, maafkan saya kalau saya tertidur sebab saya under medication. Kami sampai agak lewat malam dalam pkl 1 pagi.. kemudian esok pagi saya rasa sgt tak sihat utk memandu ke UPM. Mujur ada seorang kawan dari UIA yg akan hadir bengkel, so saya tumpang beliau ke UPM. Petang tu encik suami ambil saya di UPM. Sepanjang 4 hari di Gombak, kami menyaksikan kesihatan abah semakin merudum. Encik suami setiap malam tidur di bawah menemani mak mertua melayani abah pada waktu malam. Pada suatu malam ketika encik suami naik ke bilik kami di Gombak beliau bertanya saya ok ke.. sebab saya tak sihat tapi dia sentiasa di bawah bersama abah. Saya cakap xpe.. inilah masanya dia patut berbakti pada abah.. saya ok. Pada pagi Ahad kami berangkat pulang ke Penang.. singgah ke Kuala Kangsar melawat abgcik yg meminta kami hantarkan sedikit barang kepadanya. so sampai di Penang jam 4.30 gitu...
1 April 2019 (Isnin) - Pagi ketika saya di ofis encik suami memberitahu keadaan abah agak membimbangkan. So saya standby aje di ofis utk balik ke rumah jika ada apa2. Tiba2 bila nila encik suami ambil saya di ofis, beliau beritahu abah telah di hantar ke emergency HKL jam 4 ptg, dah kami perlu balik KL. Pada mulanya kami mcm biasa balik satu kereta ke rumah, sebuah kereta lagi biasanya kami tinggalkan di ofis saya. Sampai di depan masjid USM, saya tergerak cakap kat encik suami... kita perlu bawa balik dua kereta in case of anything. So kami pusing ambl kereta dan balik asing2. Oleh sebab encik suami berpuasa, sampai rumah saya masak nasi dan kari ayam.. lepas maghrib kami balik Gombak. Perjalanan sgt meletihkan kami ebrdua, maklumlah baru tak sampau sehari balik Penang.. otw kamit erpakda berhenti di rawang sebab encik suami sgt mengantuk. Saya xdapat membantunya sebab saya still tak sihat. Kami sampai di HKL jam 3.30pagi.. Suami tinggalkan saya, eryna dan aliff di parking HKL dan dia ke emergency tengok abah. Lebih sejam kami tidur (saya tidur2 ayam jelah sebab risau) baru encik suami muncul dan kami balik Gombak.. sampai gombak lebih kurang 5 pagi.
2 April 2019 - Pukul 8 saya dan suami ke HKL naik grab. Abah masih di emergency. Pkl 9 lebih kurang abah dah boleh masuk wad. Abah dalam kesakitan, suara tidak berapa keluar.. dan abah sgt tidak selesa. Saya dan suami menjaga abah hingga 4 ptg. pada waktu itu kami hanya bersarapan di rumah... hingga 4ptg tak makan sebab tak sanggup tinggalkan abah. Doktor pakar belum dtg hingga kami balik. Lepas dah balik baru kami makan.. tengahari merangkap malam.
3 April 2019 - Pukul 3 pagi suami kejutkan saya bgtau dia nak ke HKL ganti adiknya Faiz. Pkl 10 am dia bgtau dia lapar belum sarapan dan xsanggup nak turun tinggalkan abah. So saya ambil grab dan pergi HKL. saya belikan sandwivh utk beliau makan. Then doktor pakar datang dan terangkan situasi abah dan minta kami tandatagan bahawa kami faham akan penerangan doktor tersebut. Tengahari kakak suami datang, so kami turun untuk makan tengahari.. saya makan nasi ayam... suami peliks ebab saya tak suka sgt nasi ayam.. Bila kami naik semula ke wad, abah nak ditolak ke tempat xray dan scan. Kami ikut dan lama jugalah prosesmya. Lepas scan, naik wad tgk2 katil abah telah berubah dari katil 33 ke 37. Kami balik gombak jam 5 ptg.. masa tu saya berbelah bahagi.. macam rasa perlu balik penang supaya anak2 tak ponteng sekolah lama sgt. So malam tu saya balik ke penang naik ets jam 8.40pm.. sampai stesen KTM pkl 1.40 am dan terus ambil grab ke rumah. Suami tinggak di KL sendirian hingga hari Ahad.
7 Aoril 2019 (Ahad) - encik suami balik penang. Dia bercadang nak bincang dengan Pengarah tentang cuti untuk menjaga abah pada hari Isnin.
8 April 2019 - Saya ada jemputan ceramah di Polteknik Kulim. Sebenarnya saya agak risau kalau2 emergency dan tak dapat hadir kerana penganjur dah book saya berbulan lamanya. Alhamdulillah dapat saya beri ceramah. Habis ceramah sy terus balik rumah dan work from home sambil prepare nak masak untuk suami yg berpuasa sunat Isnin. Pkl 6 petang sedang saya potong sayur, konon dan buat sup sayur... nasi dah dimasak.. tetiba saya perasan ada miss call dari suami. Bila sya calls emua dia cakap abah dah tiada... tak lama lepas tu suami muncul.. kami pi ambil eryna.. siap2 dan balik gombak. Otw belum sampai tol saya tersedar sy tertinggal ubat.. kami pusing belakang balik rumah ambil ubat.. tadinya saya tak jadi masak utk suami.. so end-up bila pusing blkg balik azan berkumandang.. last2 kami makan di nasi kandar Astana depan rumah jer..
9 April 2019 - Kami sampai Gombak jam 12.35 pagi... jenazah abah terbujur kaku di ruang tamu. Kami solat dan membacakan yassin buat abah... Jam 8.30 pagi.. jenazah abah di bawa ke Madrasah Al-Hilaliah Gombak setia utuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan... Pukul 10.30 dibawa ke Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota...
Selamat
Tinggal abah.. moga kita bersua lagi di Syurga Allah. Tiada yg lebih
hiba melihat insan yg paling baik di dunia ini pergi selama2nya. Insan
ini menerimaku dalam keluarganya seadanya.. Teringat ketika arwah
kritikal di HKL minggu lepas, selepas xray dan ct scan.. ketika abah terbaring di katil 37.. tiba dia
menunjuk jari kpd saya sambil tersenyum lebar.. kemudian ditunjuk pula
suami saya dgn senyuman paling manis buat kami berdua.. Senyuman itu
kekal dihati saya.. Waktu itu abah sudah tidak mampu berkata2 dengan
jelas..
Kata suami saya.. dia merasa gembira walaupun abah telah
tiada. Alhamdulillah beliau berpeluang menjaga abah disaat akhir,
menyelesaikan Surah Al-Baqarah & separuh surah Al-Imran buat abah..
berpeluang memandikan abah.. berpeluang mengimamkan solat jenazah abah..
dan akhirnya berpeluang mengiringi abah ke liang lahad.. Syukur Ya
Allah.. Walau sedih itulah yang mampu dilakukan oleh seorang anak lelaki
buat bapanya untuk kali terakhir.. selepas ini hanya doa yang mampu
mengiringi..
~mel
Label:
abah,
bapa mertua,
family,
FIL,
gombak setia,
goodbye
Baju Raya @ AEON Alpha Angle
Preparing for raya.. tak payah pergi ke fitting room, test kt patung je lah nak tau cantik ke idak design tu 😂😂 #tb #throwback #ErynaZulaikha
Selasa, 9 April 2019
Isnin, 8 April 2019
Bila saya katakan pd encik suami yang sy belum siap slide.. dia cakap.. alaa semua dlm kepala 😅. #alhamdulillah syukur pada Allah, walaupun masih batuk dan selsema tp Allah beri kekuatan untuk sampaikan ilmu kepada pensyarah2 Politeknik, IPG, Kolej Matrikulasi & guru2 sekolah pada pagi ini. Syukur walau pun ada tersekat2 suara dan serak2 basah, tugas yg diamanahkan dapat dilaksanakan dengan baik. Rasa mcm artis bila masing2 sibuk nak bergambar selepas sesi berakhir. #SyukurSelalu #InspirationalTalk #sulongselalu #IamUSM
Ahad, 7 April 2019
Sabtu, 6 April 2019
Dia seorang Asst. Registrar utk Majlis E-Pembelajaran Malaysia. Baik budaknya. Saya mengenali dan berurusan dgn beliau utk urusan bengkel elearn dan sbgnya. Tak sangka dia melihat status Whatsapp saya. Ayahanda beliau kembali ke rahmatullah beberapa bulan lepas. Sebelum ayah dia meninggal pernah dia beritahu sy pada satu bengkel, dia tidak bermalam di hotel kerana di berulang semasa bengkel tersebut dari Putrajaya ke Melaka kerana menjaga ayahnya yg sdg sakit. Semoga insan2 seperti ini termasuk suami saya yg menjaga ayahanda beliau dalam keuzuran dilimpahkan rahmat yg berlipat kali ganda oleh Allah. Moga Allah berikan yg terbaik utk semua.. #MuhasabahDiri #doa
Isnin, 1 April 2019
Langgan:
Catatan (Atom)