Isnin, 28 Februari 2011

Beli Rumah.. (General)

Penat dan serabut!! Itulah yang aku rasa apa yg aku & hubby alami sepanjang beberapa bulan kami menguruskan urusan hendak membeli rumah. Alhamdulillah... kami baru saja dapat kelulusan pinjaman perumahan kerajaan.. yg diuruskan sendiri.. Sebenarnya puas kami cari prosedur untuk pembelian rumah secara personal ni.. iaitu beli rumah yg sudah siap dari penjual/pemilik rumah bukan dari pemaju. Kalau ada pun blog yg memperkatakan tentang perkara ini tapi tak lengkap dan sebenarnya bukan melalui pengalaman sendiri. So aku bercadang untuk berkongsi pengalaman tentang perkara2 yg telah aku lalui dalam proses pembelian rumah ni. Sangat rumit.. Bila dah sampai ke kelulusan pun ada lagi kerumitan.. belum lagi kalau berhasrat nak kluarkan duit KWSP utk buat downpayment rumah (di mana setakat ini kami belum dapat apply lagi dan terpaksa keluar duit simpanan which is RM27,500 plus bayaran guaman yg dah bayar RM2500 plus RM275 utk bayaran proses pinjaman plus plus mende kecik2 lagi.. so lebih kurang kami dah keluarkan lebih RM30,000++ utk pembayaran beli rumah yg berharga RM275,000 dan rumah tu belum jadi hak milik kami sebab proses pindah milik belum dilakukan.

Kata lawyer kami, insyaallah hujung bulan Mac hopefully semua boleh settle. Mujurlah lawyer tu kawan kepada rakan sekerja aku. So, berurusan dgn dia agak mudah, dan bila telefon ofis dia pun pembantu dia sgt baik dan mudah minta apa2.

So, nanti insyaallah akan aku blogkan proses permohonan pinjamana perumahan kerajaan yg aku lakukan sendiri. Borang semua perlu lengkap dan kita kena fahamkan sendiri sebab panduan yg diberikan tidak jelas dan sukar juga nak faham. Kalau diikutkan borang yg aku isi diproses terlebih dahulu oleh bahagian pinjaman perumahan USM.. sepatutnya xde ape2 lagi yg sangkut bila tiba di bahagian pinjaman perumahan..tp rupa2nya ada gak yg tertinggal.. so, dari sepatutnya proses mengambil masa 2 minggu jadi sebulan setengah.. Anyway.. pengalaman ini sgt berharga.. sebabnya kalau tidak kami rugi lagi RM5000 sebab mulanya kami ingat nak guna agen.. sebab malas nak fikir nak uruskan dllg..

Tapi nak jadi cerita kami dapat agen yg hampess.. Agen ni kami jumpa kat giant, bayan baru. Derang ada bukak booth kat sana. Masa tu aku baru lepas pantang.. actually mmg dah lama nak beli rumah tp sebab mcm2 problem dgn kesihatan aku dulu tu.. kiv dulu sampai aku ok. Mula2 dgn agen ni.. derang mintak mcm2.. okla kitorg xkisah.. bila aku ckp nak wat loan kerajaan mcm they all tak galakkan, tp kitorg berkeras nak jugak.. pastu adalah 3 bijik rumah yg kami view thru this agen.. yg mula2 dekat sgt dgn USM (apartmen 4 tgkt).. mmg aku suka location ruman tu.. tp problem nyer rumah tu tingkat 4 (penthouse) dan apartment tu xde lift... Dgn anak kecik.. mmg xlarat daa nak panjat rumah 4 tingkat... kalau rumah bawah mmg dah amik. So xnak.. walau masa tu aku tempted sgt dgn lokasi rumah tu. Bila bincang2 dgn hubby.. fikir2 nak rumah atas tanah tp di seberang laa.. kat pulau ni mmg xtermampu.. Then agen tu tunjuk lagi satu rumah kat area bayan baru.. apartment gak.. ada lift.. tp bila masuk rumah tu cam kecik sgt.. so hubby kata nak juga tgk rumah atas tanah. Tunggu punya tunggu derang bg tengok satu rumah dekat area Juru. Dah ler jauh.. tunggu agen tu dtg.. xsampai2 (kereta rosak kononnya).. last2 kami pergi sendiri tgk rumah tu... kawasan perumahan dia sgt teruk.. mcm kawasan tinggal..rumah (2 tingkat 4 bilik) pun teruk.. kuar pagar penuh taik anjing.. jauh lak tu.. mmg aku tak berkenan 500%!! Dah ler aku bengan dgn agen tu sbb jenuh tunggu dia..

Kebetulan b4 kami pi tengok rumah kat Juru tu hubby ada baca adverts kat Mudah pasal rumah kat Tmn Pauh Jaya yg nak jual. Pada hari yg sama sebelum ke Juru, kitorg singgah ler kat rumah tu (thru agen lain)... lokasi dia 5-10 mins dari jambatan pulau pinang. Bila pergi ke rumah tmn pauh jaya tu, kitog benti kat satu rumah tulis House For Sale. Ingat kan itu rumahnya. Bila agen tu dtg rupa2nya rumah sebelah (ada org) dan rumah tu nak dilelong... so kitorg pun xjd coz mmg kalau rumah lelong lagi susah nak arrange. Lepas tu, smbil dok perati kat umah yg tulis house for sale tu, hubby pun try call. Tuan rumah ckp boleh dtg esoknya utk tgk sbb dia dok kt KL. Kitaorg pun set! Lepas tu baru kitorg pergi tgk rumah tak senonoh yg direkemen oleh agen tu yg kat Juru tu. Lepas kitorg tgk, agen tu call sambil mintak maaf, pastu tanya nak ke rumah tu?? Aku cakap tak nak. Tapi (sebab nak tolong org melayu kan), aku tanya kat dia, kalau aku ada dpt rumah, dia tologn uruskan boleh? Dia sure ckp boleh kan?

Esoknya, bila tgk rumah tu.. aku terus jatuh cinta! Tapi ramai org nak rumah tu.. entah camne tuan rumah ckp nk bagi kat kitorg sebab time pergi tu dia ckp kesian tgk aku dok dukung eryna ke sana sini. So bila dia cakap nak jual kat kitog, syukur sgt. Gtau kat agen tu suh uruskan apa2 yg patut sebab tuan rumah tu nak balik kl dlm masa seminggu. tunggu punya tunggu agen tu senyap je. Last2 kakak tuan rumah tu ckp nak jumpa aku & hubby. Hari Jumaat (6 hari selepas aku gi rumah dia hari ahad) dia dtg USM. Kami jumpa depan masjid jer. Dia cakap kat kami, xyahlah pakai agen tu. Agen tu mintak 10% pulak kat dia padahal dia xde kena mengena. Kakak tu cakap, suh aku cari lawyer jer. Dia try call kawan dia (lawyer) xdpt. Masa aku jumpa kakak tuan rumah tu, patutnya agen tu dtg.. tapi.. nak jadi cerita dia xdtg atas alasan demam. Time tu memang aku geram abis-abisan. Last2 aku & hubby decide xmo guna agen tu.

Bila balik ofis.. terserempak dgn kak Aida rakan sekerja aku. Aku tanya dia ada tak kenal mana2 lawyer. Dia ckp ada sorang kawan dia, tp lama tak jumpa. Dia bg satu kad bisness yg dah berzaman, bila aku try call, no dah tak wujud.. huhu.. pastu aku try search nama company lawyer tu di internet.. dapat!! Bila call branch penang, derang ckp lawyer tu di Kepala Batas. Bila dpt no fon, aku terus try call. Alhamdulillah dpt ckp dgn lawyer tu, Pn Azizah namanya. Dia suh aku minta tuan rumah fax salinan S&P (muka yg berkaitan sj) supaya dia boleh sediakan apa2 yg patut dan arrangekan esoknya (Sabtu) kami jumpa di McD Seberang Jaya. Dan lepas fax2 semua dokumen yg dia nak (termasuk salinan IC kami).. dia terus sediakan dokuman S&P baru utk kami.

DI McD hari sabtu tu kami sign apa2 yg patut.. tapi atas nasihat Pn Azizah, dia minta kami hold tu stamp perjanjian ke tahun 2011 (masa tu dekat2 nak Krismas) sebab stamp duty utk 2011 mngikut budget 2011 telah turun 50%, so dari RM4500++ jadi 2000++. Kitorg ikut jer.. Mujur jugak rumah tu nama kakak tu (Alina) dan suami dia dan suami dia di KL. Tak boleh nak sign lagi. So dapatlah drag ke 3/1/2011 utk stamp S&P. Bila dah stamp S&P kitorg bayar pada kak Alina & hubby dia 5% (iaitu RM13,750). Setiap pembayaran kami lakukan thru lawyer.. meaning,kami masukkan ke acct lawyer & lawyer keluarkan cheque kpd penjual. Utk keselamatan (atas nasihat lawyer). Kami cdg nak bayar lagi 5% guna KWSP, sbb kalau boleh tak nak usik duit simpanan sendiri... tapi....

huhu.. bersambung... :P


~mel

Ahad, 27 Februari 2011

Henbeg Organiser..

Hubby selalu cakap henbag aku ni beg doraemon.. sebab segala jenis barang ada dlm henbag aku.. dari purse, henfon, kunci, tisu, beglipat, pampers, botol susu eryna, cop nama aku dllg. Henbeg aku mmg serabut. Dulu aku pernah tgk kat Watson ada jual beg organiser tp tak terbeli pulak. Entah camne tadi terfikir nak buat sendiri jer.. So aku search internet.. jumpa satu pattern yg sgt mudah.. apa lagi.. aku pun buat.. cam kt bawah nie.. sempoi jer...

bag organiser

ini dia..huhu

bag organiser
Isi henbeg aku yg serabut..

bag organiser
Isi beg yg telah disusun..

bag organiser
Ready utk masuk henbeg!!



~mel
ada org siap nk tumpang wallet & kunci kereta lak :P

Sabtu, 26 Februari 2011

Shopping di Mydin..


Hari ni sepatutnya hubby ada bengkel tapi disebabkan dia dah nak benti dan kami ada appoinment dgn lawyer kami di McD Seberang Jaya, so dia pergi bengkel half day jer. Bila hubby balik, kami lunch yg aku masak (kurma ayam, ikan pekasam goreng, ulam & sambal belacan, aku siap2 dan pkl 2.45ptg kami gerak utk jumpa lawyer utk urusan pembelian rumah. Selesai berurusan, minum sikit di McD, then aku tnya hubby kitorg nak ke mana, coz aku berhajat nak ke Mydin Bukit Jambul utk beli kain pelekat, kain batik & beberapa barang utk dihantar kepada abangku & familynya di Alaska. So hubby ckp okla kita terus ke Mydin.

Sampai di Mydin, alhamdulillah jumpa parking... sebab parking sgt susah di KBJ tu.. terutamanya lepas kemunculan Mydin ni awal tahun 2011. Barang2 dlm Mydin mmg best.. aku jumpala barang yg aku nak..tp aku perlu juga beli diapers eryna & susu eryna yg tinggal 2 kali bancuh jer lagi, mmg xcukup utk sampai esok. Tapi alangkah hampanya cari punya cari.. susu eryna mmg tak de. Cari diapers pun xde.. mungkin kami dah ter miss di bhg atas. Oleh sebab malas nak naik atas semula, dan susu mmg xde, aku cakap kt hubby, nnt balik singgah kat Tescola.. sure ada mende2 tu. Hubby setuju.

Lagi satu perkara yg menghampakan di Mydin, cashiernya yg amat lembab. Hampir sejam menunggu nak bayar.. sampai lenguh aku dukung eryna (guna sling).. so terpaksa cari kerusi sementara hubby bayar. Teringat masa 1st time gi Mydin gtu lah jugak, sampai hubby marah aku sbb dia ingat aku merayau dlm Mydin tu haaa.. sedangkan aku terpaksa beratur sikit punya lama coz cashier yg sgt2 lembab sedangkan yg beratur depan aku cuma 4 org!! Tensen betul aku.. huhu..

Dari Mydin kami terpaksa singgah Tesco kejab.. sampai Tesco aku grab susu & diapers jenama Huggies (aku mmg suka Huggies compare to other diapers)..and then terus balik. Hubby tunggu jer dlm kereta masa tu.

Dlm kereta aku ckp kat hubby.. hmm.. walaupun aku suka Mydin coz bnyk mende yg lain dari supermarket biasa.. dan menyokong org islam... tp.. aku rasa aku akan tetap shopping groceries di Tesco laa.. Satu sbb parking susah.. nak punggah barang ke kereta mmg problem.. pastu cashier lembab, pastu susu eryna xde jual.. dulu pernah cari susu yg special utk eryna pun xde.. yg xspecial pun xde.. aiseh..

So.. sorry yer Mydin... i'll have to stick to Tesco utk keselesaan kami sekeluarga membeli belah.. huhu..

~mel

Jumaat, 25 Februari 2011

Sekitar pilihanraya universiti

Pada 21/2/2011 telah berlangsung piliharaya kampus seluruh malaysia, kecuali UIAM. Bagi aku ini adalah kali kedua aku terlibat dgn prkampus, tapi pada tahun lepas aku hanya bertugas sebagai pengira undi. Tahun ini aku telah dilantik sebagai Pengurus Meja undi untuk desasiswa aku. Nak jadi cerita, pengurus Dewan Undi aku pulak ada meeting dari pagi sampai pukul 2 lebih baru dia muncul.. so aku bertindak sebagai pentadbir besar dewan tu la sebab semua keputusan aku kena buat.

Anyway.. kat bawah ni adalah gambar2 yg diambil semasa pilihanraya dijalankan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Bagi aku pengalaman menguruskan pilihanraya ini adalah sangat mencabar tetapi sangat bagus utk motivasi diri. Layan gambar2 di bawah yer.. sebab tak larat dah nak menaip.. :P


Pelajar beratur untuk mendapatkan kertas undi


Wartawan hanya dibenarkan ambil gambar dari luar

Waktu untuk membuang undi


peti warna kuning adalah untuk calon pusat pengajian


Petugas-petugas pendafttaran.. gabra aku kejab sebab 4 petugas tak hadir pada mulanya.. rupa2nya mereka salah pusat pengundian..



Peti Undi dikunci untuk dihantar ke tempat pengiraan undi. Wakil calon perlu jadi pemerhati untuk proses ini.

Peti Undi UMUM aka PARLIMEN


Mulut peti undi juga perlu di 'seal' utk menjamin ketelusan pilihanraya.

Aku sebenarnya enjoy dengan tugas2 semasa piliharaya tu. Disebelah malam aku menjadi pengerusi meja pengiraan undi dan alhamdulillah juga sebab semuanya berjalan lancar.


~mel

Siakap Stim

Aku tak ingat hari apa aku masak siakap stim ni.. Ahad last week hari tu kot.. pada hari Sabtu tu kak @aziefauzi_kl(Mummy meera) dtg ke rumah dgn bff dia kak lis. Mummy meera dok kl dan last time kami jumpa was raya tahun lepas bila Mummy Meera dtg Gombak. Ptg tu aku bawak Mummy meera pi kat kedai jeruk pak ali utk beli jeruk. Tengok2 kat kedai jeruk tu ada jual my feveret mangga muda. So aku belilah setengah kilo (RM1.50). Sambil tu adalah jugak beli sedikit jeruk utk makan sendiri.

Sebenarnya plan nak masak siakap stim ptg tu.. tapi hubby pulak xnak sebab dia nak pi tengok bola di stadium usm..dia suh masak simple2 jer.. so mlm tu aku masak burger je la.. So plan utk masak siakap stim tunda ke keesokan hari nya.

Waktu nak buat stim ni aku main belasah jer.. bubuh ape jer yg ada dlm peti ais. So kat sini nak kongsi ler resepi siakap stim aku yg main belasah.. main campak2.. as long as jadi.. alhamdulillah sedap juga rasanya.. :P


Siakap Stim, originally uploaded by melati.a.

Bahan-bahan
Seeokor ikan siakap (saiz ikut suka hati :P)
Sedikit tepung
Halia, Lengkuas, Bawang Merah, Bawah Putih, cili merah/cili padi (ditumbuk)
Boleh tambah serai juga (tp time masak ni xde serai kat umah)
Sebiji mangga muda
garam secukup rasa

Cara Membuatnya
Ambil tepung dan sapu rata pada ikan siakap yg telah disiang dan dibasuh bersih. Sapu rata juga garam ke seluruh badan ikan (ikan panggil badan ke?). Kemudian letakkan ikan di dalam bekas yg sesuai dan gaulkan pula dengan bahan-bahan yg telah ditumbuk. Kemudian masukkan mangga muda yg telah diracik @ kalau nak boleh tumbuk sedikit tp jgn lumat sgt. Pastikan semua sebati dan letak ikan dlm bekas tersebut ke dlm pengukus. Dlm 10-15 minit ikan pasti akan masak dan kuah stim akan terhasil dari air kukusan tersebut. Tapi kalau anda suka banyak kuah, boleh la letak sedikit air dlm bekas berisi ikan tadi. Boleh juga tambah sedikit gula kot sekiranya anda ingin ada rasa manis2 sikit. Setelah dingkat bolehlah dihidang terus.

Biasanya utk aku dan hubby akan beli ikan sederhana besar.. makan ikan siakap stim dgn nasi sikit.. tp lepas tu ratah.. perghhh.. memang ngam. Idea utk guna mangga muda tu aku try je.. tp alhamdulillah menjadi.. rasanya juga sedap. Sesape yg ingin mencuba boleh la guna resepi ni. kalau tak de mangga muda bolehla guna asam jawa.. cuma aku rasa mangga muda ni kaw sket rasanya...

~mel

Congrats hubby...

Congrats my dear hubby.. hihi.. walaupun congrats mungkin bukan perkataan yg sesuai.. tapi tahniahla jugakkan. Pada 1 Mac yakni hari Selasa depan my dear hubby akan melangkah ke alam baru.. to another milestone... Apa milestone tu??

~gambar hiasan~

Actually hubby akan start kerja baru.. dan kerja baru ni gaji lebih kecil (haaa?? ~awat congrats???) dan aku xleh lah shopping online sgt dgn gaji aku.. :P . Monday will his last day dgn InSPIRE Sains, dan start hari Selasa hubbyku akan start kerja di mobile learning centre. Di samping kerja di sana, hubby akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dengan melakukan research di centre tersebut.

That's why tahniah utk hubby.. hubby nak sambung belajar lagi. Mungkin agak sukarlah perjalanannya nanti tapi insyaallah i'll support him all the way through. Alhamdulillah di samping buat Master hubby akan kerja di tempat dia belajar, which melakukan kerja2 research yg menghasilkan segulung ijazah sarjana, Insyaallah. I'll pray that everything will go smooth for him. Of course aku tak boleh jadi supervisor dia laa.. haha.. but i think he will do just fine coz he will be doing something related to his degree and something that he likes to do.

Dulu masa mula2 hubby dtg penang, dia grab aje apa kerja yg dia dpt, as long as dapat dtg Penang so that kami boleh proceed utk perancangan masa depan. Sekarang segala2nya dah ok, alhamdulillah, so the next step for hubby's future career akan direalisasikan..

Anyway, next week hubby akan masuk office baru di bangunan baru betul2 depan nursery Hadhanah. Haha.. boleh ler dia dgr kalau2 eryna nangis, dan cepat2 ambik. :P.

Apa2pun good luck to hubby.. insyaallah segala2nya akan berjalan lancar dan dalam rahmat Allah.. Amin..



~Mel

Khamis, 24 Februari 2011

Jgn ragu2..huhu..


Jgn ragu2..huhu.., originally uploaded by melati.a.

Beberapa lama dulu kakak iparku @hani_fadhlina ada pos dlm blog dia ttg air nii... hihi.. jemput minum.. halal.. insyaallah.. :P

~mel

Isnin, 21 Februari 2011

Pilihanraya Kampus


Pilihanraya Kampus, originally uploaded by melati.a.

Dekat 2 thn dh aku jd felo.. dh 2 kali pilihanraya kampus utk pemilihan MPP aku lalui..tapi last year aku hnya bertugas kira undi.. this year aku dilantik jadi Pengurus Meja.. satu tugas yg agak berat..

Pagi2 td kol 7 dh kluar hntr eryna & after that terus ke HEPP utk ambil kertas undi.. then terus ke Dewan, setup meja undi.. Oleh sebab tiada wakil calon dtg awal by 8.15 kami dh mangga peti undi coz ramai dh student yg nak ngundi menunggu di luar..

Actually ni pngalaman baru utk aku.. tp susah hati gak aku selagi pengundian lom abis.. ape2 problem aku kena tanggung.. huhu..tapi rasanya student USM tak ekstrem sgt dgn pilihanraya kampus ni brbanding u lain..

~mel

Sabtu, 19 Februari 2011

The Reversible Bucket Bag Sew Along (Stage 2)


Walaupun waktu yg diberikan untuk projek ni panjang la jugak but sesak nafas juga aku nak mengejarnya.. huhu.. I was a bit busy this few weeks, mostly because of work commitment.. so haven't got much time for sewing. Anyway.. at last I was able to get the fabrics gathering stage done and starts with the cutting out pieces just a few hours ago.

My choice of fabrics :)

Using the printed patterns as guide to cut fabrics and fusible fleece & interfacing

there u go.. :P


Pieces of fabric already been cut..

Tak sabar rasanya nak start jahit.. silap2 esok kalau xde kerja sgt aku jahit.. anyway.. next week will be a very busy week. Monday will be MPP Campus Election in USM & all universities in Malaysia. Aku = Pengurus meja pengundian.. haha..so will be working from 7am Monday.. till.. who knows.. but I expect it will be like at 2am the next day baru habis kira undi.. huhu.. So.. expect me to be behind schedule laa... :P


~mel







Selasa, 15 Februari 2011

Unik..


Unik.., originally uploaded by melati.a.

Unik kipas kat Masjid Terapung ni.. Saja jalan2 di cuti Maulidurrasul hari ni..

Isnin, 14 Februari 2011

Gelagat..


Gelagat.., originally uploaded by melati.a.

Setiap kali semester 2 universiti adalah waktu untuk observation guru pelatih. /lhamdulilah kali ni hnya dpt 2 sekolah seramai 6 org guru pelatih. Biasanya aku akan dpt dlm 12 org.. huhu.. mmg jenuh.. 6 org ni kira okla utk 4 kali lawatan.

Hari ni aku observe subject English & Ekonomi Asas tiga waktu berturut2.. sgt mngantuk. Cuma yg kelakar nya bila cikgu ckp.. ok cikgu bg 2 minit utk kamu rest.. tiba2 otomatik hampir semua pelajar letak kepala atas meja & tidoo.. huhu.. selamba jer.. tak tido ke budak2 ni kat umah??

~mel
aku pun tgh ngantuk ni..

Ahad, 13 Februari 2011

Projek Baru...

Semalam pagi2 kami dah keluar ke Pasar Seberang Jaya. walaupun ada pasar dekat2 sini tapi pasar seberang jaya tetap jadi preference kami walaupun terpksa menyeberang sungai dan bayar tolll RM7 setiap kali melalui jambatan pulau pinang. Tapi utk kepuasan hati... hhihi.. pergilah jugak kan! Selepas beli lauk pauk di pasar.. aku ajak hubby ke kedai jahit. Tujuan utama nak beli barang2 keperluan jahitan utk agendaThe Reversible Bucket Bag Sew Along. Memula pergi yg dekat dgn Sunway carnival Mall.. tapi tak jumpa apa yg dicari.. so..last2 pergi ke A tu Z. Aku memula xnak gi A tu Z tu sebab kedainya besar sgt.. mende yg nak dicarinya sikit.. Tapi seperti biasa bila hubby ok.. aku pun gi jugak..

Masuk2 dalam A tu Z.. ternampak benang kait.. so itu yg aku beli dulu.. Niat dihati nak buat topi utk Eryna.. Then barulah jelajah A tu Z utk cari brg2 jahitan.. Alhamdulillah dapat apa yg dikehendaki.. dan hubby pun jumpa barang2 yg dia suka.. tp tak belilah.. plan utk rumah baru nanti..

So balik2 rumah aku terus kaitkan topi utk eryna.. Simple jer.. Alhamdulillah kejab jer dah siap.. dan pagi tadi bila nak kluar berjalan2 eryna dah pakai pun topi yg mommy kaitkan.. :D

photo 4.JPG
Ini dia topi utk baby mommy. Ada bunga kecik kat tepi tu.. huhu

photo 1.JPG
Ini dia eryna pagi tadi dah pakai topi yg mommy buat :D

photo 2.JPG
Eryna & papa... papa yg tak sabar2 nak amik gambar sebenarnya :P

photo 3.JPG
Inilah sbhg barang yg di beli di A tu utk kegunaan projek sew along reversible bag anjuran MyBotang.. hihi.. aku harap dapat ler aku ikut time line yg diberikan tu.. :)

~mel
tak sabar nak wat beg ni.. :P

Sabtu, 12 Februari 2011

Manja...

Skrg ni Eryna dah jadi manja sgt... kalau dok tgh main elok2, bila nampak jer mommy lalu mmg terus jadi.... waaaaaa... huhu.. sabor jer la... pastu dah 2 mlm ni asyik dok ajak mommy main2 bila terjaga mlm... geram betul.. rasa nk gigit2 jer dak kecik ni.. tapi apa2 pun alhamdulillah... ini menunjukkan eryna dah makin cerdik.. :D

manja mommy

~mel

Jumaat, 11 Februari 2011

31 weeks..


31 weeks.., originally uploaded by melati.a.

Tadi kat ofis tetiba dpt notification yg eryna genap 31 minggu hari ni. Makna 31 minggu lepas aku telah dicaeser utk keluarkan baby kesyganku ini.. Sbnrnya walaupun dah bnyk ku tulis di blog ni pngalaman spjg selepas aku bersalin yg amat berliku, ada satu jer yg aku xcerita sgt.. iaitu kisahku alergik pd ubat (antibiotik) yg mnjadikan aku tak berupaya mnyusukan eryna dgn susu. Bg aku waktu itu adalah salah satu waktu sengsara...

Sebab tu bila org tanya.. ehhh.. eryna xnyusu badan ke? aku sgt sensitif..nantila bila aku ada time sikit aku akan cerita.. akibat alergik pd antibiotiks.. apa jadi pd diriku pd waktu itu...

Anyway.. today sgt penat.. mlm td ada student cina wat hal.... arghhh pkl 3 pg baru tido.. so need some sleep now..

~mel

Khamis, 10 Februari 2011

Dari Taj Mahal..


Dari Taj Mahal.., originally uploaded by melati.a.

One of my Masters student (cikgu di Kolej Matrikulasi P.Pinang) gi melawat Taj Mahal pd cuti raya cina yg lalu.. so dapat souvenir dari dia tadi.. comel.. hihi..

~mel

Dilema sorg pensyarah..

Tadi after lunch and dah parking kereta, teringat pulak perlu ke kedai mahasiswa utk beli sesuatu yg amat penting... selalunya hubby akan stop by kedai tu and aku masuk jab beli brg, then balik school dgn kereta.. tapi tadi leka borak dgn hubby dlm kereta, terlupa aku nak suh dia benti kat kedai tu.. oleh sebab mende tu amat amat penting untuk dibeli hari ni jugak.. bila sampai parking aku cakap hubby aku akan menapak semula ke koop. Tak dela jauh sgt pun tp berpeluh jugakla dlm keadaan panas berdesing ni. Mujur lah on the way to sedang ada expo jual2 barang.. so xdela panas sgt sebab ada payung2 dan sempat meninjau2.. tp xbeli ape2 pun ya (perhatian utk mr hubby..hahaha).

On the way tu bila sampai dah dekat2 kedai tu tetiba dari jauh ada seorg gadis dah tersenyum lebar.. bila pandang muka dia.. mcm tak kenal.. adehhh.. sape la pulak ni.. bila sampai dekat.. Gadis tu berkata.. "Assalamualaikum Dr... " . Aku pun dgn senyum lebar & muka berseri2 (agaknya la kan) pun menjawab.. "Waalaikusalam.. dah lunch ke?". Gadis tu pun menjawab.. "baru lepas.." . Oleh sebab hanya berselisih.. aku meneruskan perjalan.. gadis tu pu teruskan perjalanan ke arah bertentangan. Dalam hati aku cakap... errr.. mmg aku tak cam gadis tu.. tp tentunya dia student aku kan?... Hihi.. yela tu agaknya..

itula dilema aku sbg seorg pensyarah.. haha.. Aku tak dapat nak kenal student aku.. setakat 10 org jer biasanya yg aku dpt kenal.. biasanya yg aktif2 tanya soklan.. dtg jumpa aku..dan biasanya cha ya.. yg melayu ni mmg jarang ler nak dtg jumpa kecuali sorang dua yg sgt3 hard working. Akus erba salah sebenarnya. kalau boleh nak kenal & cam semua student aku. Tapi kelas aku biasanya lebih dari 100 org dlm satu course.. bila masuk dewan kuliah, mmg tak nampak muka sgt.. cakap pun kena guna microfon.. bial tutorial pulak.. mmg ramai yg memenuhi lab komputer aku. kalau student 100 org.. satu sessi tutorial ada 50 org. Itupun aku suh derang bawak laptop sendiri dan duduk kat lantai jer.. guna wifi utk internet connection. Tutorial sejam manalah cukup utk nak tatap muka sorang2.. sedih kan.. tak dapat kenal student...huhu

Sebenarnya kalau aku observe guru2 pelatih kat sekolah yg tgh latihan mengajar.. aku mudah nak perhatikan kalau derang lupa nama student.. lepas tu aku biasanya cakap kat guru2 pelatih aku... "Sebagai seorg guru, kamu sepatutnya ingat semua nama pelajar yang ada dalam kelas yg kamu ajar.. supaya pelajar tak rasa tersisih sebab guru tak ingat nama...bla..blaa..blaa.." tapinya bila sampai tang aku (kira cikgula jugak aku ni kan)... aku tak ingat nama student aku.... waaaaaaaaaa... sedihnyaaaaaaa... huhu..

~mel
inilah dikatakan ketam mengajar anaknyer lompat katak.. last sendiri tergolek mcm katak!!

Busy.. & baby..

This week aku mmg sgt2 busy.. rasa tak tak cukup tgn nak buat kerja.. sampaikan tadi.. tetiba aku teringat.. ehhh.. hari ni berapa haribulan... laaa.. dah 10/2/2011.. rupa2nya semalam eryna genap 7 bulan usianya... dah besar anak mommy rupanya.. makin lasak.. makin bising dgn papapapa bababa nya.. dan dah kenal org.. sgt3 kenal org..

Actually mula2 aku tak perasan sgt yg dia dah kenal sgt2 dgn org sebab biasanya pagi2 bila hantar ke nursery eryna mmg tak nangis.. boleh senyum2 bila aku cakap bye bye.. dan terus main.. Waktu aku ke bengkel di Lumut 2 minggu lepas.. bawak eryna sekali.. time tu bila org ambil dia memang menangis.. tp time tu aku cepat ambil dia.. so tak dela nangisnyer melarat sgt.. Bila aku balik Gombak last week.. dia menangis sekuat2nya bila atuk & uwan nak ambik.. siap tergesa2 dtg kat aku smbil nangis lagi.... ooooo.. barula mommy tau.. anak mommy dah besar.. dah pandai.. Skrg ni kat umah pun gitu.. kalau aku dok atau baring2 kat tepi dia mmg dia diam je main.. bila aku bangun jer.. haaaa... terus nangis nak ikut..gapai2 tangan.. hahaha.. mmg dah besarlah tu kan kan..

Malam tadi, first time dia bangun tghmlm dan xmo tidur.. ajak main.. eryna tak nangis.. tapi mulut bising sgt2.. bila susu dah abos sebotol aku suh tido.. dia bising dlm Cot.. bila aku baring atas katil aku diintainya dari Cot.. sejam lebih macam tu.. dia nangis.. akupun bawak tido dgn aku atas katil.. pasal aku ngantuk sgt. Mlm sebelumnya dah ler aku tido lmbt sbb sediakan powerpoint untk mengajar (tak sempat sediakan time ofis sbb busy dgn meeting sehari suntuk). Bila bawak atas katil.. pun xmo tidur.. ish ish ish.. papa bangun pun dia ajak main jugak.. last2 aku dah tak tahan.. gi buat susu lagi sikit.. (buat susu sambil kepala pening2 lalat).. bg kat papa.. haa.. biar papa lak tidurkan.. aku penat sgt2.. last2 tidur gak sikecik tu..


Inilah aksi si kecik eryna ni.. kalau bandingkan badan dia dgn baby2 lain yg sebaya kat nursery, mmg dia paling kecik.. lebih kurang mcm baby umur 3-4 bulan jer.. tapi.. sbnrnya dah besar.. huhu.. dah pandai jadi boss!! :D


Comot
Hehe.. berlengas dgn biskut..

Comot
Tak nak duk diam.. pusing sini..pusing sana

Comot
Nak rampas biskut kat tgn mommy..


~mel

Rabu, 9 Februari 2011

Perempuan..

This week aku mmg sgt3 busy..ditambah dengan kepenatan balik dari KL tempohari.. mmg everyday balik kerja mmg kepenatan melampau.. nak update blog apatah lagi..mmg tak sempat langsung walaupun teringin sgt nak update.. Anyway.. dlm pada aku sibuk2 tu.. aku terlibat dgn satu adegan yg membuatkan aku rasa nak muntah darah sikit.. huhu.. Adegan anak2 muda yg sedang bercinta.. dan akhirnyer....

Actually aku mmg tak pernah amik tahu pasal cinta org ni..tapi entah mcm mana boleh terjebak dan tiba2 di label sbg pengacau.. actually aku dan kakak aku yg dilabel cenggitu...so aku pun ada rasa terbengangla jugak.. dah la minah ni sgt muda lagi.. baru grad jer.. kerja baru 4-5 bulan.. dllg.. So ntah mcm mana ter 'bermsge' di fb dgn minah ni.. Aku awal2 nasihatkan dia.. please be matured. tak de sape yg nk tau psl kisah cinta dia pun..lgpun dia dh clash dgn pakwe dia. Entah mcm mana dia hntr message yg panjangnya boleh buat highway PLUS sampai ke Bangkok.. Tetiba dia citer kat aku mcm2 (yg aku tak ingin nak tau).. dan yg sebenarnya mendedahkan dia dan mentalitinya sendiri..

Antara yg diceritakan pd aku pasal keburukan2 pak we dia.. tapi sebab 'kasih'nya pada pakwe dia dia turutkan saja... walaupun dia merana. Lepas tu dia cakap.. dia tak macam kawan2 dia yg lain yg berkepit 24jam, tapi dia nak pak we dia ada masa utk keluar dgn dia, gi minum dgn dia mcm pakwe dia treat kawan2 dia yg lain. Dia juga seorg perempuan yg tak suka meminta2.. dia xde mintak kat pak we dia brg mahal2 dllg. Dia cuma nak pakwe dia beri perhatian pd dia. Dan dia sgt tak suka pakwe dia merokok. Tak suka pakwe dia lepak sampai pkl 3-4pg. Dan yg paling best.. dia nak pak we dia BOLEH jd IMAM. Dan dia siap cerita..pd satu ketika, ada event ape ntah.. budak2 lelaki termasuk pakwe dia ni bertolak2 xmo jd imam.. last2 one of her fren la yg jadi imam.. dia sgt3 terkilan dgn pakwe dia sbb tak jadi imam time tu..

Bila baca pasal imam tu.. terus aku mengucap.. bagi aku budak ppuan ni mmglah tak matang.. ishhh.. perempuan mana yg tak ingin pakwe/suami/adik/abang yg berupaya mengimamkan sembahyang. Sape yg tak nak?? Orang yg tak nak itu sbb hati dah karat la tu kan. Tapinya nak jadi imam tu bukannya mudah. Bukan boleh tetiba diminta jadi imam dlm keadaan tak besedia boleh jadi imam. Diri sendiri mesti dah cukup yakin, yakin pada diri.. yakin pada amalan sendiri. Kalau tak yakin dan bisa mengundang dosa dan menanggung dosa.. baiklah tak payah. Jangankan nak jadi imam utk event spt di atas.. nak jadi imam utk keluarga pun sukar dilakukan dan perlukan kekuatan dan keyakinan diri yg tinggi.. Budak perempuan ni nak terus2 gitu pakwe nyer berubah.. Pasal rokok pun sama.. ppuan mana suka lelaki merokok? tapi kalau nak suruh pakwe benti merokok kenalah slow2.. bukan siap tepek kat wall fb yg mengaibkan pakwe sendiri..

Last2 aku sound minah tu balik.. ko tu.. nak suh org jadi imam.. dah tengok diri sendiri tak. Aku tak pernah jumpa minah ni.. tp gmbr2 dia mmg aku bnyk kelebet. Aku cakap dia.. kalau nak minta org berubah.. ubahlah diri sendiri dulu.. kalau dah bergambar dgn pakwe tu rapat2.. seluar yg dipakai pun ketat.. tudung pun ala kadar tak tutup dada.. jgn expect too much from org lain. Perbetul diri sendiri dulu..tunjukkan contoh dan baru org segan. Even pakwe pun akan ada rasa segan bila makwe nyer sopan. Dan aku sound dia gak.. tak perlu paksa org berubah ikut kehendak kita sbb kalau terpaksa perubahan itu hanya sementara.. contoh klu dia benti merokok sebab kita paksa (konon2 sygkan kita) nnt bila ada sesuatu berlaku..rokok tu la yg akan jadi isu dan dia akan kembali kepada rokok tu.. So aku cakap.. apa2 yg dia nak pakwe dia lakukan tu perlu dibentuk perlahan2 dan paling penting dah jadi muhrim nanti bolehla kalau nak buat permintaan lebih2.. belum jadi muhrim lg ni.. jgn demand bnyk2.. nk deman pun biar perkara logik.. contohnya.. kalau pakwe nyer tak solat.. perlulah demand supaya solat.. kalau tak solat xmo kawan..buat yg wajib dulu.. barulah yg lain akan menyusul...

So, bagi akula.. perempuan2 yg terlalu demanding ni.. perlu muhasabah diri.. kalau kita nak yg baik.. kita perlu jadi baik.. kalau kita jahat/kurang baik.. Allah akan beri kita yg sekufu dgn kita.. Sebenarnya apa2 yg Allah berikan itu adalah yg terbaik buat kita.. kalau Allah tak redha.. maksudnya itu buka jodoh kita... bersykur saja dgn apa yg ada.. Paling penting.. utk jd imam bukan satu perkara yg mudah.. mulakan dgn keluarga sendiri.. insyaallah...suatu hari nanti kekuatan dan keyakinan itu akan muncul..


~mel
muhasabah diri...

Jumaat, 4 Februari 2011

Good Morning..


Good Morning.., originally uploaded by melati.a.

Salam & Selamat Pagi semua.. Aku & family di Gombak pagi ni.. semalam sampai dari Penang.. sampai2 smlm just realised yg eryna dah besar.. dah kenal orang.. smlm septg nangis coz takut.. hihi.. alhamdulillah time mlm dah ok..

~mel

Rabu, 2 Februari 2011

Carrot Cake..


Petang tadi sempatlah aku membuat carrot cake yg dah berzaman aku tak buat.. Memang teringin sgt nak makan sebab dah lama tak makan... tengahari tadi lepas lunch bersama hubby, aku terus ke Tesco cari bahan2 yg diperlukan.. beli2 terus aku balik rumah kejab.. masak kek tu.. Abis masak aku ke ofis balik.. sambung kerja.. haha.. Satu perkara yg aku suka tentang kerja aku adalah flexi time yg diberikan.. as long as kerja siap & kelas berjalan.. Lagi satu sebab kerja yg tak tentu masa.. ada kelas malam.. kena pi sekolah tak kira waktu.. that's why time nya fleksible..

Anyway.. nilah gambar2 time aku men'develop' kek tadi..haha..

Adunan kek karot


Kek yg dah siap

Kek yg dah dipotong... haha.. xsabar2 nk makan.. :P


~mel

Petua Menawan Hati Suami..

Hah... gah betul tajuk kat atas tu.. huhu.. sebenarnya kena betulkan sikit.. Petua Menawan Hati Suami Yang SUKA Makan Sambal Belacan!! Hihi..

Ok.. hubby ku memang suka makan mende2 pedas.. masakan pedas ke. sambal belacan ke.. atau apa2 jenis sambal la.. so.. utk aku yg pemalas (sikit) memasak ni, aku selalu akan buat sambal apabila time makan supaya kalau lauk pauk lain sempoi jer.. sambal2 ni boleh 'pulih' kan selera hubbyku. Lagipun salah satu azam tahun 2011 adalah untuk mem 'boroi'kan hubbyku... huhu.. Ampunnn!!

So, hari ni aku nak share salah satu sambal yg aku buat utk hubbyku.. sambal ni resepi nyer aku dapat dari sorang peniaga gerai suatu ketika dulu sbb aku rasa sambal dia sedap.. Dan dia sgt baik sebab share resepi ni dgn aku.. tak sangka berguna diwaktu skrg.. :P

Sambal ni simple jer.. Bahan2nya cuma cili api secukupnya, belacan juga secukupnya & sebijik bawang merah (bwg kecil). Bahan2 ni semua tumis sehingga naik bau.. kemudian masuk dalam lesung, ditambah garam & gula secukupnya. Kemudian tumbuk hingga lumat.. Bila dah lumat, perahlah limau nipis.. dan ianya sedia untuk dihidang... Seperti gambar di bawah..


Rasanya.. aku rasa cam sedap jer.. huhu.. harap2 hubbyku suka la.. last week aku wat sambal belacan nenas.. pernah wat sambal mangga.. sambal bacang.. etc. Cuma sambal budu letak ikan bakar jer belum aku propose kan utk hubby ku.. huhu..

Oklah.. sape2 nak cuba silakan.. untung2 leh menambat hati suami.. kalau tak.. tambat perut sendiri jer la.. :P

Episod semasa makan:
"Mami.. ni sambal ape ni?" tanya hubbyku
"Sambal jawa" jawab aku..
"Oh.. patutlah pedas sgt.. rasa keras.. jawa rupanya.. patutla papa tak suka" kata hubbyku

Haha.. dlm hatiku cakap.. hehe.. dia tak baca blog post aku lagi ni.. keh3.. tak berjaya la pulak petua menambat hati suamiku melalui sambal belacan jenis ni.. hahaha.. dah ler sambil makan dia dok cakap berat dia makin naik.. (risau la tu nnt tak hensem :P) hihi.. kena cuba resepi lain la pulak..


~mel
hahahaha..

Selasa, 1 Februari 2011

Plan..

Ini dia cream cheese yg beli yg beli kat kedai Arab tadi... harap ok..

Huhuhu... Dah berapa lama aku plan nak wat carrot cake.. tapi tak jadi2.. Dulu time di New Zealand mmg feveret aku buat carrot cake ni.. sebabnya carrot kat sana segar2 dan bahan2 mudah dapat.. especially cream cheese utk topping yg mmg sedap... Tadi hubby ajak ke depan masjid USM.. kat depan tu ada gerai pak Arab. Hubby selalu beli cheese utk wat kudap-kudapan kat situ dengan harga yg agak murah dlm RM3 atau RM3.50 utk satu kotak.. ada 8 kiub dlm tu.. kalau di Supermarket biasanya kalau yg cam tu dlm RM8-10. Mmg murah dan sedap. Tadi time ikut hubby ke sana... aku ternampak satu tin cream cheese Arab.. terus teringat akan topping carrot cake yg biasanya guna cream cheese.. So aku rembat setin (tiga inggit jer)..

So.. tadi cari ler resepi carrot cake feveret aku.. yg feveret aku ni moist carrot cake.. ada letak walnut + nenas dlm tin.. ingat esok nk buat.. kalau ada masa.. dan kerajinan..huhu.. tapi aku tepekla resepi tu kat sini.. esok kalau nk wat boleh rujuk kat blog sendiri jer.. :P

Ingredients
2 cups all-purpose flour
2 teaspoons baking powder
1 1/2 teaspoons baking soda
1 teaspoon salt
2 1/2 teaspoons ground cinnamon
4 eggs
1 1/2 cups vegetable oil
2 cups white sugar
2 3/4 cups shredded carrots
1 (8 ounce) can crushed pineapple, drained
3/4 cup chopped walnuts
1 cup flaked coconut

Directions
Preheat oven to 325 degrees F (165 degrees C). Grease and flour a 9x13 inch pan. Mix together the flour, baking powder, baking soda, salt and cinnamon. Set aside. In a large bowl, mix sugar, oil, and eggs. Beat in flour mixture. Stir in shredded carrots, crushed pineapple, chopped nuts and flaked coconut. Pour into prepared pan. Bake in the preheated oven for 35 to 40 minutes, or until a toothpick inserted into the center of the cake comes out clean. Allow to cool. Frost with Cream Cheese Frosting and sprinkle with toasted coconut. Enjoy!

~mel
harap plan menjadi la... huhu...

Aksi Eryna nakal...

Makin hari makin lasak dak eryna ni.. bak kata papa eryna.. skrg ni dah boleh merentasi org dah.. kalau letak tgn utk tahan dia.. sedaya upaya dilawannnya utk 'ke seberang'.. hihi.. Kat bawah ni aksi eryna pagi tadi nak lintas tgn papa..

"papa.. lalulah.. caye nak gi tepi ni"

"haaa.. caye kepit tgn papa.. xbagi sgt org lalu... huhu"

Sekarang ni mmg eryna dah boleh merayap sekitar rumah.. laju jer si kecik ni...:)

~mel