Isnin, 28 Februari 2011

Beli Rumah.. (General)

Penat dan serabut!! Itulah yang aku rasa apa yg aku & hubby alami sepanjang beberapa bulan kami menguruskan urusan hendak membeli rumah. Alhamdulillah... kami baru saja dapat kelulusan pinjaman perumahan kerajaan.. yg diuruskan sendiri.. Sebenarnya puas kami cari prosedur untuk pembelian rumah secara personal ni.. iaitu beli rumah yg sudah siap dari penjual/pemilik rumah bukan dari pemaju. Kalau ada pun blog yg memperkatakan tentang perkara ini tapi tak lengkap dan sebenarnya bukan melalui pengalaman sendiri. So aku bercadang untuk berkongsi pengalaman tentang perkara2 yg telah aku lalui dalam proses pembelian rumah ni. Sangat rumit.. Bila dah sampai ke kelulusan pun ada lagi kerumitan.. belum lagi kalau berhasrat nak kluarkan duit KWSP utk buat downpayment rumah (di mana setakat ini kami belum dapat apply lagi dan terpaksa keluar duit simpanan which is RM27,500 plus bayaran guaman yg dah bayar RM2500 plus RM275 utk bayaran proses pinjaman plus plus mende kecik2 lagi.. so lebih kurang kami dah keluarkan lebih RM30,000++ utk pembayaran beli rumah yg berharga RM275,000 dan rumah tu belum jadi hak milik kami sebab proses pindah milik belum dilakukan.

Kata lawyer kami, insyaallah hujung bulan Mac hopefully semua boleh settle. Mujurlah lawyer tu kawan kepada rakan sekerja aku. So, berurusan dgn dia agak mudah, dan bila telefon ofis dia pun pembantu dia sgt baik dan mudah minta apa2.

So, nanti insyaallah akan aku blogkan proses permohonan pinjamana perumahan kerajaan yg aku lakukan sendiri. Borang semua perlu lengkap dan kita kena fahamkan sendiri sebab panduan yg diberikan tidak jelas dan sukar juga nak faham. Kalau diikutkan borang yg aku isi diproses terlebih dahulu oleh bahagian pinjaman perumahan USM.. sepatutnya xde ape2 lagi yg sangkut bila tiba di bahagian pinjaman perumahan..tp rupa2nya ada gak yg tertinggal.. so, dari sepatutnya proses mengambil masa 2 minggu jadi sebulan setengah.. Anyway.. pengalaman ini sgt berharga.. sebabnya kalau tidak kami rugi lagi RM5000 sebab mulanya kami ingat nak guna agen.. sebab malas nak fikir nak uruskan dllg..

Tapi nak jadi cerita kami dapat agen yg hampess.. Agen ni kami jumpa kat giant, bayan baru. Derang ada bukak booth kat sana. Masa tu aku baru lepas pantang.. actually mmg dah lama nak beli rumah tp sebab mcm2 problem dgn kesihatan aku dulu tu.. kiv dulu sampai aku ok. Mula2 dgn agen ni.. derang mintak mcm2.. okla kitorg xkisah.. bila aku ckp nak wat loan kerajaan mcm they all tak galakkan, tp kitorg berkeras nak jugak.. pastu adalah 3 bijik rumah yg kami view thru this agen.. yg mula2 dekat sgt dgn USM (apartmen 4 tgkt).. mmg aku suka location ruman tu.. tp problem nyer rumah tu tingkat 4 (penthouse) dan apartment tu xde lift... Dgn anak kecik.. mmg xlarat daa nak panjat rumah 4 tingkat... kalau rumah bawah mmg dah amik. So xnak.. walau masa tu aku tempted sgt dgn lokasi rumah tu. Bila bincang2 dgn hubby.. fikir2 nak rumah atas tanah tp di seberang laa.. kat pulau ni mmg xtermampu.. Then agen tu tunjuk lagi satu rumah kat area bayan baru.. apartment gak.. ada lift.. tp bila masuk rumah tu cam kecik sgt.. so hubby kata nak juga tgk rumah atas tanah. Tunggu punya tunggu derang bg tengok satu rumah dekat area Juru. Dah ler jauh.. tunggu agen tu dtg.. xsampai2 (kereta rosak kononnya).. last2 kami pergi sendiri tgk rumah tu... kawasan perumahan dia sgt teruk.. mcm kawasan tinggal..rumah (2 tingkat 4 bilik) pun teruk.. kuar pagar penuh taik anjing.. jauh lak tu.. mmg aku tak berkenan 500%!! Dah ler aku bengan dgn agen tu sbb jenuh tunggu dia..

Kebetulan b4 kami pi tengok rumah kat Juru tu hubby ada baca adverts kat Mudah pasal rumah kat Tmn Pauh Jaya yg nak jual. Pada hari yg sama sebelum ke Juru, kitorg singgah ler kat rumah tu (thru agen lain)... lokasi dia 5-10 mins dari jambatan pulau pinang. Bila pergi ke rumah tmn pauh jaya tu, kitog benti kat satu rumah tulis House For Sale. Ingat kan itu rumahnya. Bila agen tu dtg rupa2nya rumah sebelah (ada org) dan rumah tu nak dilelong... so kitorg pun xjd coz mmg kalau rumah lelong lagi susah nak arrange. Lepas tu, smbil dok perati kat umah yg tulis house for sale tu, hubby pun try call. Tuan rumah ckp boleh dtg esoknya utk tgk sbb dia dok kt KL. Kitaorg pun set! Lepas tu baru kitorg pergi tgk rumah tak senonoh yg direkemen oleh agen tu yg kat Juru tu. Lepas kitorg tgk, agen tu call sambil mintak maaf, pastu tanya nak ke rumah tu?? Aku cakap tak nak. Tapi (sebab nak tolong org melayu kan), aku tanya kat dia, kalau aku ada dpt rumah, dia tologn uruskan boleh? Dia sure ckp boleh kan?

Esoknya, bila tgk rumah tu.. aku terus jatuh cinta! Tapi ramai org nak rumah tu.. entah camne tuan rumah ckp nk bagi kat kitorg sebab time pergi tu dia ckp kesian tgk aku dok dukung eryna ke sana sini. So bila dia cakap nak jual kat kitog, syukur sgt. Gtau kat agen tu suh uruskan apa2 yg patut sebab tuan rumah tu nak balik kl dlm masa seminggu. tunggu punya tunggu agen tu senyap je. Last2 kakak tuan rumah tu ckp nak jumpa aku & hubby. Hari Jumaat (6 hari selepas aku gi rumah dia hari ahad) dia dtg USM. Kami jumpa depan masjid jer. Dia cakap kat kami, xyahlah pakai agen tu. Agen tu mintak 10% pulak kat dia padahal dia xde kena mengena. Kakak tu cakap, suh aku cari lawyer jer. Dia try call kawan dia (lawyer) xdpt. Masa aku jumpa kakak tuan rumah tu, patutnya agen tu dtg.. tapi.. nak jadi cerita dia xdtg atas alasan demam. Time tu memang aku geram abis-abisan. Last2 aku & hubby decide xmo guna agen tu.

Bila balik ofis.. terserempak dgn kak Aida rakan sekerja aku. Aku tanya dia ada tak kenal mana2 lawyer. Dia ckp ada sorang kawan dia, tp lama tak jumpa. Dia bg satu kad bisness yg dah berzaman, bila aku try call, no dah tak wujud.. huhu.. pastu aku try search nama company lawyer tu di internet.. dapat!! Bila call branch penang, derang ckp lawyer tu di Kepala Batas. Bila dpt no fon, aku terus try call. Alhamdulillah dpt ckp dgn lawyer tu, Pn Azizah namanya. Dia suh aku minta tuan rumah fax salinan S&P (muka yg berkaitan sj) supaya dia boleh sediakan apa2 yg patut dan arrangekan esoknya (Sabtu) kami jumpa di McD Seberang Jaya. Dan lepas fax2 semua dokumen yg dia nak (termasuk salinan IC kami).. dia terus sediakan dokuman S&P baru utk kami.

DI McD hari sabtu tu kami sign apa2 yg patut.. tapi atas nasihat Pn Azizah, dia minta kami hold tu stamp perjanjian ke tahun 2011 (masa tu dekat2 nak Krismas) sebab stamp duty utk 2011 mngikut budget 2011 telah turun 50%, so dari RM4500++ jadi 2000++. Kitorg ikut jer.. Mujur jugak rumah tu nama kakak tu (Alina) dan suami dia dan suami dia di KL. Tak boleh nak sign lagi. So dapatlah drag ke 3/1/2011 utk stamp S&P. Bila dah stamp S&P kitorg bayar pada kak Alina & hubby dia 5% (iaitu RM13,750). Setiap pembayaran kami lakukan thru lawyer.. meaning,kami masukkan ke acct lawyer & lawyer keluarkan cheque kpd penjual. Utk keselamatan (atas nasihat lawyer). Kami cdg nak bayar lagi 5% guna KWSP, sbb kalau boleh tak nak usik duit simpanan sendiri... tapi....

huhu.. bersambung... :P


~mel

3 ulasan:

  1. huhu.. bagus ler sis kongsi.. syok baca.. yelah.. pengalaman.. bukan suma org ada.. leh jadikan panduan utk kami plak.. x sabar nak tunggu part seterusnya..

    BalasPadam
  2. tiba tiba rasa hangin dengan agent tuh....tak sabarnya nak singgah umah baru akak..hee

    BalasPadam
  3. beli rumah ni memang banyak cabaran...dgn kerenah penjual, agen, lawyer, bank dan pejabat tanah.jadi sebelum beli rumah kena prepare emosi dan juga mental..saya pun dah experience bende ni.

    BalasPadam