Jumaat, 22 Ogos 2008

Khamis, 21 Ogos 2008

Perjalanan...

Jalan di hadapan kita tidak semestinya lurus sebagaimana yg kita harapkan
semuanya di luar pengetahuan kita sebagai seorg insan
andai kita berdepan dengan seorg insan yg telah melakukan kesilapan
moga kita mampu memaaf dan menadah tangan
moga Allah memberikan keberkatan
Agar diri kita juga tidak akan tersilap langkah di dalam perjalanan
Yang tiada arah kepastian...
Kita hanya insan yg serba kekurangan




mel~~
pandanglah daku walau sebelah mata
itu sudah cukup memadai buat diriku yg hina..

Ahad, 17 Ogos 2008

Konvokesyen ke 38 usm.. (part 3)

Hahaha..oleh kerana aku takut esok aku akan lupa even2 hari ni.. aku nak tulis part 3 malam ni jugak.. As aku dah ulang2 kali ckp bahawasanya ini first time aku join konvo uni tempatan.. mmg pelbagai perkara pelik di pandangan mata ku...

Dan yg paling aku insaf sgt... bila tengok mak ayah yg menghantar anak2 ke konvokesyen.. setelah aku renung2 kan, aku rasa situasi ni tentunya sama di mana2 universiti tempatan.. Utk menghantar seorg anak ke graduation day.. ada yg dtg sampai 2-3 kereta.. Bangga ibu bapa atas kejayaan anak2.. tak kisah apa jua halangan.. masing2 susah payah dtg nak tengok anak2 naik pentas.. walaupun kalau tak silap aku naik pentas tu lebih kurang 1 minit jer seorang.. tp kerana bangga dan suka di atas kejayaan anak2.. ibu bapa tu sanggup buat ape saja..

Actually setelah habis upacara td.. ada makan2 bersama org2 besar dlm dewan makan yg besar.. dgn makanan yg best dll... dlm pkl 6 aku pun keluar dr dewan makan tu.. dan pergi ke tapak pesta konvo.. hajat hati nak beli tudung sebab kawan aku ckp hari last sure ada lelong.. mmg betul.. so akupun mmg memborong tudung, baju kurung.. sbb harga hari ni jauh lebih murah.. Sbnr bukan nak cerita psl shopping tp.. pasal org2 yg hadir meraikan graduan2 ni... aku tgk mcm2 derang shopping.. bungala.. teddy bearla..ish ish..kaya penjual tu selama 4 hari kat konvo usm ni..

Lepas dah abis duit aku memborong tudung.. hahaha.. aku gi kat kereta dan balik rumah. pas tu tingat nak beli something kat kafe depan rumah aku.. so aku park kereta depan kafe tu kejab.. Tetiba aku nampak satu family ni.. (masa tu dh nak maghrib) tgh lepak tepi jln dekat dgn aku park kereta tu.. mak & ayah nyer tgh baring tepi kereta tu beralaskan surat khabar... pastu ada anak kecik dua org.. si graduan.. ada anak perempuan remaja.. yg semuanya nampak agak letih.. Kesian sgt aku tengok..

Bila aku lalu kat derang lepas beli brg tu, aku senyum kat derang dan bertanya "dari mana ni makcik?" .. dgn slang makcik tu terus aku tau.. walaupun dia ckp.."dari kelate". pas tu dia terus ckp.. letih, smpi pkl 4 pg td.. mlm nnt nak terus balik kelatan.. ni nak rehat kejab tunggu maghrib.. bla.. blaa... (akhirnya dia ckp kereta sewa nak kena pulang esok). Dlm hati ku terdetik.. kesiannya... nak tengok konvo anak punya pasal.. sanggup bersengkang mata.. rehat kat mana yg boleh aje.. hmm..

Oleh kerana aku kesian sgt... aku ckp la.. makcik, pakcik jomlah pergi rumah saya.. rehat kat sana dulu.. bolehlah nak mandi2 ke ape... makcik tu ckp eh.. tak pela.. nak rehat kejab je ni.. yg minah yg graduate ni pun ckp xpe la.. aku pun ckp xpe.. rumah sy depan tu je.. xde sape2.. sy sorang jer.. rumah sy xde ape2 tpnye.. tp bolehla setakat nak rehat2 kejab.. (taula..rumah aku ada satu je bilik.. perabot pun hrp perabot usm.. hahaha). Actually aku tau mcik & pcik tu mmg dah letih sgt..anak2nyer pun letih.. so at least dia setuju..

So sampai rumah aku derang mandi2.. maghrib.. dan pakcik tu pun bila aku bg bantal terus zzz di ruang tamu rumah aku. Anak2 yg perempuan tergolek atas katil aku... tak kisahla.. kesian aku tgk.. bila semua tgh dok rehat2, baring + tido.. aku lari ke cafe dekat umah aku ni.. order mee goreng.. bila derang bangun dah ada makanan. Mujurlah kakak kafe tu bg aku pinjam mangkuk besar isi mee goreng tu.. dan mujur jugak budak2 dah start cuti sem break.. so tak dela ramai kat kafe tu... huhu... dptla kakak kafe tu sediakan mee goreng tu secepat mungkin..

Bila derang nak gerak balik td.. mcik tu dok ulang syukur sgt sebab dpt berehat kejab kat umah aku. Aku ckp xpelah.. takkan aku nak biar derang lepak mcm tu.. yelah aku rasa ramai lg family yg buat cara mcm tu.. nak save duit utk accomodation.. tp sbb derang ada depan mata aku.. at least aku kena offer setakat yg aku mampu. Last2 aku ckp kat mcik tu... tak pela makcik nnt kalo aku nak gi kb adalah tmpt aku nak port nnt... hehehe...

Anyway.. apa yg aku nak highlight kat sini.. tak dpt aku bayangkan macam mana susahnya org2 mcm pcik & mcik tu datang dari jauh semata2 nak tgk anak mereka menerima segulung ijazah.. Siap sewa kereta lg.. aku cuma hrp.. anak mcik & pcik tu tgk kesusahan mak ayah dia.. nnt dah kerja..dah bergaji tak lupa akan mereka... pengorbanan utk datang konvo tu sikit jer.. pengorbanan spjg hayat tu.. tak terkira..

Terus terang... aku tak pernah merasakan saat2 macam tu... sbb itu aku terkaget sebentar bila melihatkan situasi ibubapa yg amat2 bersungguh.. & amat bangga dgn kejayaan anak2 mereka.. This is a whole new episode of life for me... dan malam ini aku rasa semua ini akan berlegar2 di benak fikiranku.. Sedikit sbnyk aku cemburu... tp tak pelah.. life is not always the way we want to..

Just aku harap.. kepada graduan2 yg aku lihat td.. bersyukurlah di atas susah payah ibu bapa u all semua.. berbaktilah pada mereka.. jgn hampakan harapan mereka...

Lagipun tak semua org merasakan apa yg u all rasakan...


p/s.. aku doakan mcik & pcik serta keluarga yg dlm perjalanan ke kb skrg ni selamat smpi ke destinasi mereka & dilindungi Allah di spjg perjalanan... Amin...


mel~~
sebak...

Konvokesyen ke 38 usm.. (part 2)

Di part 2 ni aku sebnrnya nak berkata ttg kemusykilan dan kesedihan aku semasa menyaksikan konvokesyen usm tadi...

Masa aku di bilik serbaguna menunggu taklimat utk masuk dlm dewan, aku membelek2 buku aturcara konvo yg diberikan pada kami di pintu bilik tu.. Bila aku tgk senarai graduan.. aku sebenarnya terkejut.. dlm hatiku berkata.. hmm... ramainya cha ya nun alif...Aku sbnrnya mmg tak biasa dgn situasi IPTA tempatan.. Namun sebabkan semasa aku belajar biasanya melayu adalah golongan minoriti, contohnya semasa aku 1st degree akulah satu2nya pelajar melayu@asia dlm course aku, so aku mcm dah tunekan kepala aku dia IPTA pelajar melayu akan jauh lebih ramai dari pelajar bukan melayu. Tapi bila aku tgk bilangan pelajar bukan melayu.. aku jadi kaget!

Ya.. aku terkejut sgt.. aku tak sangka.. dan aku rasa keluh kesah.. Aku bukanlah racist, tp aku juga tidak suka melayu tenggelam di Tanah Melayu. Bila aku tengok anugerah2 yg diberikan, 80% digondoli oleh pelajar bukan melayu. Di manakah anak bangsa kita? Ini di IPTA, bukan IPTS. Kalau di Universiti Kolej Tun Abdul Rahman (sori kalau silap namanya).. okla.. sbb itu tempat mereka. Tapi di IPTA?? Aku benar2 kaget.. Ish aku sekeh jugak budak2 melayu ni kang!!


Teringat di group ada2aje yg mana ada pertikaian mengenai setuju @ tak saranan MB Selangor ttg berikan kuota 10% kpd bukan bumiputra di UiTM. Nope.. aku tak setuju! Kita tak perlu masukkan kaum lain di UiTM, tp kita perlu sedarkan org melayu terutama yg muda remaja.. terasa tak skrg disgokkan dgn pelbagai kaedah hiburan yg mengasyikkkan?? Siapa yg terjebak? Anak muda melayu kan? Tak kira yg sekolah tinggi ke tak tinggi... sama je.. Yg perlu skrg ada kesedaran anak melau kita.. walaupun kita perlu bersaing dgn kaum lain.. tp persaingan itu haruslah ke arah yg positif... Kiranya kita ingin lihat pelajar melayu UiTM bersaing ke arah positif perlu ada agenda utk memperbetulkan apa yg ada sekarang..


Aku sbnrnya takut kalau suatu hari nanti hak istimewa org melayu akan lupus.. tgkla sekarang, susah betul anak melayu nak dpt biasiswa.. balik2 harap ptpn. Even biasiswa KPM pun dikuasai oleh bukan melayu.. sedih rasanya.. bukankah dulu2 biasiswa itu utk anak2 melayu kampung yg berkelulusan baik supaya dpt melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi?? Skrg? Sape dapat biasiswa tu? Intai2 la background mereka... anak pengarah.. anak somebody... hmm... melayu..melayu..


Ish... aku sedihla.. bila yg berucap di hadapan sbg wakil siswazah tadi (menggondol 3 award) adalah bukan melayu... mana anak melayu di usm?? Sebak hatiku.. Mana kita nak letak diri kita di malaysia ni dlm masa 20thn lagi... mana anak2 kita nak meletakkan diri mereka nanti... jgn jadi... Bumi dipijak milik org... renung2 kan la...


Sedih... Kaget.. dan Geram! tak suka tgk konvo tu sbb rasa mcm bukan di IPTA!



p/s sedih betul xdpt nak amik gmbr aku pakai robe and suasana dlm dewan... pda aku lom amik kat low yatt.. dig. cam kat klang plak... grrrr... rugi... rugi...


mel~~
where are we??

Konvokesyen ke 38 usm.. (part 1)

p/s.. Tulisan aku ttg konvo ni akan ada 3 part.. banyak yg aku ingin perkatakan.. 1st part ttg perasaan & cita2ku... 2nd ttg the konvo itself.... 3rd pasal kehadiran graduan ke konvo.. slow2 akan ku tulis...


Petang tadi tepat jam 2ptg aku sampai ke Aras 1 Bilik pelbagai Guna, Perpustakaan Hamzah Sendut USM, utk menjadi wakil (staf akademik) pusat pengajian aku ke konvo sidang 8 (last) usm. Sbnrnya inilah pertama kali aku menghadiri konvokesyen ipta tempat, dan hadirku sbg staf akademik adalah sbg tetamu yg agak terhormat. Konvo yg pernah aku hadiri sblm ni adalah konvo uni luar negara... walau ada persamaan tp ada rasa kelainan bila mendengar bunyi gamelan... ada keunikan yg tak mampu utk aku huraikan..

Sampai di bilik pelbagai guna tu aku sign kehadiran, dlm senarai tu ada 24 org staf, dan petugas terus menunjukkan aku jubah akademik staf yg aku pakai. Minah sorang tu bg aku saiz 44, dgn konfiden aku cakap... besar ni.. cuba 42. Betulkan.. saiz 42 ngam2 cantik. etiba aku rasa bangga... aku pakai jubah academician.. jubah yg sukar utk disarungkan oleh org biasa.. hmmm...

Sambil2 tunggu tu salah seorg kakak prof madya dari dept. aku cakap.. kalau nak gi toilet baik gi skrg.. nanti pkl 6 baru habis tak boleh keluar... jenuh... hehe.. Then ada taklimat.. yg kelakar nyer time taklimat yg staf perempuan2 yg membawa henbeg diminta menyorokkannya di dalam jubah... jenuh jugak nak sorokkan... huhu... and then kami kena berbaris di dewan chanselor.. sampai kat pintu besar.. stop!!

Masa kat pintu tu baru aku perasan.. ibu bapa & graduan semua dah masuk.. semuanya sedang berdiri menanti ketibaan kami. Waaa.. tetiba rasa mcm best.. baru terasa i'm somebody.. and i have something.. Dalam row tu.. kami staf akademik beratur di hadapan, diikuti org besar2 kat belakang we all.. (Pro Chanselor, TNC, dekan2 & pro2.). Dlm kumpulan aku, ada prof. madya, timbalan dekan, Dr.2 .. termasuk aku la (rasa yg paling cabuk!!). Bila music start, kami berjalan ke dlm dewan tu.. semua ibu bapa & graduan tepuk tgn... waaa.. aku lost lg.. ada perasaan terharu jugak.. rupanya aku dah sampai ke tahap ini.. tahap yg aku rasa xde ape2 tp sukar bg org lain nak mencapainyer...


Tiba2 rasa bersyukur.. i'm here now.. i've got to make the most of it.. Semasa upacara penyampaian ijazah berlangsung... aku memandang ke bawah.. tgk org besar2 tu duduk di "takhta" yg agak tinggi... apalah perasaan mereka.. dalam hatiku berkata... aku ingin menjadi seperti mereka... aku ingin.. aku ingin... dan aku harus berusaha mencapainya... aku boleh melakukannya.. Kalau aku boleh mencapai ke tahap sekarang.. mengapa tidak aku teruskan ke satu destinasi sedemikian..

Tiba2 aku rasa ada semangat.. Aku bangga aku ada di sini, terasa usaha ku selama beberapa tahun ini tidak sia2... tetapi aku tak suka dipandang luarbiasa... aku suka bergaul dgn semua org.. aku tak suka bila org tau siapa aku.. akan ada jurang antara aku dgn org lain.. aku tak mahu... aku mahu mencapai sesuatu yg lebih tinggi.. tp aku tak mahu dikenali sbg sorg yg punya pangkat dan berada di puncak menara gading... I just want to be known as... the plain melati... that is me.. and that is always me... even if i'm up there...

Part 2... coming...


mel~~
thinking of u even when i'm so ambitious..
because i want u to share it with me...

Sabtu, 9 Ogos 2008

Dari mi menjadi megi...

Today i was quite tired from a long drive in the morning.. so, ptg just lepak kat rumah.. kemas apa2 yg patut.. lipat kain.. sambil2 online sempat jugak tertido 2-3 kali lelap.. boringnya rasa.. oleh kerana dlm peti ais stock makanan dah abis, aku decide nak gi tesco xtra just kat luar pagar usm ni.. dlm kol 5.30 + cam tu... abis satu tesco tu aku rayau.. dari kedai tudung, kedai jewellery, kedai jual asam, kedai jual xcercise machine... and last masuk tesco beli groceries.. balik umah dlm kol 7..

time beli groceries, teringin plak rasa nak makan mee sup.. rasa cam nak buat sendiri.. lama dah dapur rumah aku tak berasap.. so aku pun belilah bahan2 nak wat mee sup tu.. mmg semangat.. lepas maghrib.. aku tgk berita kejab..sambil bertangguh2 nak masak.. tetiba jer rasa mcm kenyang walaupun xmakan apa2 langsung.. yg masuk dlm tekakku cuma air soya kotak yg mmg menjadi bekalan aku skrg ni.. tgh2 dok tgk news, terfikir nak check sms... tgk2 ada satu sms.. dari kawan aku - Nik, Nik dok kat tingkat bwh 'kondo' usm aku ni haa... sms dia berbunyi "ko kat ne haa.. ada kat rumah ke?".. dan sms tu di hntr kol 5.45 ptg td.. mula2 aku fikir nak balas jer sms tu.. last 2 aku fikir..call je la.. Bila call dia cakap... "weh tolong lah aku, ada sekor katak dari ptg td kat rumah aku ni.. kecik jer.. aku geliii.. dah try buat mcm2 tp xmo kuar gak, dia melompat tinggi lak tu.." So aku pun ckp.. okla, jab gi aku turun bwh.. (walaupun aku pun geli gak dgn katak, tp xde la geli cam aku geli tikus)..

So, aku pun terus turun bwh.. mmg betul kecik jer katak tu.. tp.. bila melompat boleh naik atas kepala.. puas berbagai tektik aku buat (sambil geli2 jugak).. nik pulak siap nyorok dlm bilik tutup pintu sbb geli + takut.. last2 kuar jugak sikatak tu... nik pun teramat la lega.. huhu.. Aku sbnrnya dah agak lama xborak dgn nik.. nama jer dok satu "kondo".. so bila dah jumpa.. sesssi beramah mesra tu mmg sure pjng la.. sedar2 dah kol 10.. so aku pun mintak diri laa...

Smpi umah aku... hmmm... tgk mee masih tersadai atas bench..tp mood nak masak mmg dah hilang terus.. so.. aku pun simpan ler balik bahan2 yg dah ready nak buat mee sup td.. aku capai megi.. masak megi je laa... tp.. hmm... smngt sungguh masak megi.. dah ler packaging kat megi jenama MAMEE tu mmg buat org cam aku terpikat.. (mee segera kari pedas gilerrr).. bila aku masak.. rasa sikit.. xsedap..xpedas lngsung... terus aku tolak tepi... hmmm.. xtau la megi tu ke... aku ke yg xboleh nak makan..


konon2 je la aku ni... nak masak la.. nak makan laa.. tp satu pun xmenjadi... hmmm...




mel~~
there's no life without you..

Jumaat, 1 Ogos 2008

Hectic day..

Aku at last buat keputusan nak gi hospital hari ni.. badan rasa lemah sgt.. mlm td tidur asyik terjaga2 rasa sesak sgt dada.. hatiku mula2 mcm serba salah.. aku terpaksa kerja luar pg ni.. tp kalau aku tak pergi hospital mmg aku rasa aku tak larat nak drive ke tempat yg aku nak pergi.. so pg2 aku dah keluar ke hospital mutiara kat bayan baru.. kalau setakat gi klinik biasa aku kurang yakin dlm keadaan aku cam ni.. oleh kerana awal, b4 8 aku dh smpi kat situ, maka segeralah aku dpt jumpa dgn doc.. sikit sbnyk doc tu ckp mcm2 dan buat mcm2 termasuklah utk immediate solution kpd aku yg dah separa larat nak berdiri + sesak nafasku...

After sejam lebih kat hospital tu.. aku rasa agak ok.. so aku decide utk terus drive ke tmp kerja yg aku harus pergi.. mujurlah dah abis time jem.. so sekejab dah sampai dan aku pun tak sesat nak ke sana...amik masa dlm 15 minit dh smpi... Buat kerja kat sana dlm sejam lebih.. terus aku balik semula ke ofis (+ sesat pulak time nak balik).

masa aku nak keluar pg td.. aku mcm weng sikit jd aku capai baju mana2 yg ada.. gosok.. dan pakai. oleh kerana kerja formal hari ni aku amik je la baju kurung ala2 kebaya. masa nak pakai tu aku tetiba perasan... eh.. kain ni longgar sangat2. walaupun 2-3 hari lepas aku discover aku hilang 3 saiz jeans, aku mcm tak sngka effect kat baju kurung.. jeans mmg dah semua tolak tepi.. takkan baju kurung pun sama... hmmm...

kat opis.. very busy.. kerja banyak la pulak.. ptg pulak kena hadiri bengkel kol 2.45.. oleh kerana aku xtau mana bengkel tu aku gi lah bertanya kat sorang kakak dekat dgn ofis aku.. dia ckp xpe nnt pergi dgn dia lah.. bengkel tu kat makmal biologi.. hahaha... rasanya last aku gi makmal biologi time aku sekolah dulu... sbnrya bukan bengkel biologi tp sebab banyak group jd mana2 tmpt yg available ada pc/lcd/projector.. sume derang belasah..

otw kat tangga nak turun opis.. kakak yg temankan aku tanya... "eh.. akak nak tanyala.. ko ni masih sakit ke.. makin hari akak tgk makin kurus.. akak tgk ko dulu masa mula2 dtg mmg nampak berisi.. lepas tu nampak kurang sikit.. skrg ni.. hilang dah berisi tu.. muka dah lonjong.. nampak sgt berlainan...baju mmg dulu nampak ok.. skrg ni semua nampak besar sgt.. tak padan.." ... aku sbrnya tak tau nak jawab apa... just aku cakap.. mmg tak berapa sihat.. kurang selera makan.. jawapan yg betul, tepat... cuma penyebabnya xdpt ku jelaskan padanya.. hmmm...

abis bengkel dlm kol 5 lebih.. ada jamuan minum ptg.. aku ikut jer pergi ke tmpt jamuan.. exclusif tmptnya dan makanan nmpk ok.. bila aku senduk mi goreng dlm pinggan.. rasa loya plak.. terus aku kansel.. aku ckp kat kakak yg teman aku tu.. kansellah nak makan.. so aku minum je la teh o... nk bg hilang loya tgk makanan tu... huhu.. sabor je la.. nmpknyer lepas ni aku kena google pasal symptoms tak lalu nak makan ni.. bila aku telan ubat yg doc bg td bolehla makan sikit, tp ubat kna makan ikut time... hmm...

entahlah.. semakin aku sepi.. badan aku pun ikut kesepian...



mel~~
di dalam kesibukan semuanya ttp hadir diingatan... :'(