gambar ini diambil di pantai gelora kuantan hari sabtu lepas.. tenang je nampak laut di hujung sana tu... tapi tak taulah sebenarnya mungkin ada gelora yg kita tak nampak..
sekarang ni aku cuba bertenang dan menenangkan diriku.. sesekali aku rasa tertekan.. tp aku cuba juga menahan diri dari rasa sedih, suram & putus asa... tadi sebelum balik penang ibuku banyak kali turun naik mencariku.. kesian pula aku.. aku tahu dia xberapa bg aku balik... dan aku dapat rasa dia risau ttg diriku.. mungkin dia dapat teka.. tapi.. dia langsung tak bertanya apa-apa.. lgpun agaknya dia tahu... kalau dia tanyapun..aku lebih suka mendiamkan diri...
smlm sempat my sister cakap (menyindir kot..).. ehh.. tak bawak bakal menantu menjemput mak sekali ke tadi... aku hanya mampu diam....
~mel
rasa sedih..
Selasa, 31 Mac 2009
antara dua pokok...
takut..
Aku keluar dari untuk mengambil ibuku dalam jam 6 ptg. Sebelum tu aku telah melalui perjalanan lebih 2 jam utk ke sana. sebelum tu badan aku mmg rasa tak berapa o.k tapi sebab aku sudah berjanji dgn ibuku aku teruskan jua. Perjalanan pergi tiada masalah, semuanya ok belaka.
Keluar pada pukul 6ptg tu mmg hari nampak sudah agak gelap. aku agak2 mungkin nak hujan. Sebelum tu mmg ada hujan renyai2. Betul tekaan ku.. sepanjang jalan hujan. Keletihan badan dan mindaku membuatkan aku rasa goyah. hiway yang aku lalui pula turun naik bukit, dan aku tidak berapa biasa berbanding hway utara-selatan yg dah aku hafal kat mana setiap papan tandanya. Aku yg selalunya memandu agak laju, tetiba jadi pemandu yg agak slow. Dari situlah aku jadi macam gabra.
Bila aku berada di lane paling kiri (slow) aku jadi macam pening. aku rasa macam ada lori nak potong di sebelah kiri. Sedangkan sebelah kiri aku hanya divider. Bayang-bayang divider tersebut mcm berbalam2. Aku tukar memandu ke lane tgh.. ikut kereta lain.. perasaan bertukar macam rasa lampu-lampu penuh di sekelilingku. Aku rasa ketakutan tapi aku diam saja, tak beritahu kpd ibu ku yg berada di sebelah. Takut dia pula yg risau.
Bila sampai KL, hujan lebat selebat2nya. Aku makin konfius, jalan mana yg nak diikut. Masa tu aku just tawakkal. aku tak nampak apa2.. aku rasa ketakutan.. aku rasa konfius dan banyak kali aku hampir terbabas. Akhirnya aku sampai ke hiway ke Klang.. di situ ujian paling kuat.. aku tak nampak apa2.. aku rasa masa tu macam aku kat satu lotong panjang, gelap tiada penghujung. Aku berada kat lorong tengah. Kerana aku rasa takut sgt.. aku ke lorong laju.. bila aku ke lorong laju.. divider tu nampak macam cahaya putih bergaris-garis.. dengan air hujan mencurah2.. aku terus ke lorong tgh2 semula. Sebenarnya masa tu aku macam tak sedar aku di mana.. yg aku rasa hanyalah aku kat lorong gelap.. dan tak sampai2. Perasaaan aku masa tu tak dpt aku gambarkan. Aku selalu memandu dlm hujan lebat, gelap... tapi tak pernah aku rasa sebegini. Sampai aku terfikir.. adakah ini hidupku... gelap..berbalam2.. tiada penghujung...
Akhirnya aku sampai juga ke rumah. Payung aku berikan pada ibuku.. aku sengaja biarkan diriku basah kuyup sebelum masuk ke rumah...
Malam td aku tak berapa boleh tidur.. sampai saat ini aku masih terbayang2 dan ketakutan.. nak bersiap utk balik ke penang pun aku rasa berat..
~mel
takut.. lorong gelap masih menghantui..
Isnin, 30 Mac 2009
me 'n' u..
There's something about this photo.. aku lakarkan tulisan ini di Pantai Gelora, Kuantan.. Sbnrnya pada mula dia menunjukkan pada ku kad jemputan perkahwinan kawannya di Kuantan aku terus cakap.. no.. i cannot make it.. ofis aku ada jamuan/grand dinner pada hari yg sama.. takkan aku tak pergi. Tapi tiba2 oleh kerana ada plan yg lebih besar pada hujung minggu tersebut yg pada mulanya seperti akan berlaku, aku terus kansel utk ke dinner tu, dan supaya aku tak dipanggil mesyuarat mengejut pada hari isnin/selasa/rabu seterusnya, aku telah mengambil cuti.
Tapi.. Allah lebih mengetahui.. sebaik2 perancangan kita.. perancangan Allah adalah yg terbaik.. Tak jadi pulak rancangan tu.. hasilnya.. sekarang ni kakak aku tak bercakap dgn aku.. huhu.. padan muka aku.. :( aku sendiri rasa macam separuh mati rasanya.. nak balik ke klang pun fikir 2-3 kali.. marah betul kakak aku sbb dia rasa macam main-main.. tapi apa aku nak buat.. bak kata dia.. berserah.. walaupun hati aku berat berkilo2.. pantang hati tersentuh.. airmata mudah jatuh..
Oleh sebab aku dah ambik cuti dan aku tak tahu nak buat apa dgn cuti tu.. aku tanya ajak dia utk ke kenduri kwn dia tu di kuantan. dan aku cakap kepada dia.. aku nak pergi kuantan tu sebab aku just perlukan sesuatu utk mengalihkan perhatianku pada hidup aku yg amat celaru skrg. Something yg aku boleh look forward too... dan dia ckp insyaallah.. So, we went to kenduri tu on saturday. Kenduri tu adalah kenduri yg xperlu diceritakan.. just.. tak berapa puas hati.. dari kenduri kami lepak di pantai gelora, kuantan.. actually tak tau nak buat apa.. just lepak2 and then makan abc aiskrim. masa lepak2 tu yg aku pergi ke arah pantai tgh2 panas dan coretkan tulisan di atas... dia pun tak tau apa yg aku tulis sbnrnya..
aku tulis tulisan tu sebab.. aku masih punya harapan.. walaupun sekarang ini aku tak tahu ke mana arahku.. cuma bila aku tanya kepada dia.. adakah masih ada "kita".. dan dia cakap.. masih ada.. dan itu yg aku akan pegang selama-lamanya.. sungguh sukar menaruh harapan tapi..entahlah.. kami dah terlalu lama bersama.. dan mungkin sukar difahami betapa selama ini terlalu banyak suka-duka di antara kami.. dan itu yg membuatkan kami menjadi semakin kuat.. dugaan Allah terlalu banyak.. dan itu banyak mematangkan perhubungan ini.. tapi aku tak tahu skrg.. ke mana arahnya...
aku hanya mampu berserah.. aku cuba bertahan walau aku tahu makin ku cuba semakin aku tak berdaya dan ku rasa makin dekat diriku pada kematian.. tapi teringat pulak kata-kata dia smlm.. kalau nak mati jgnlah mati sorang2, nanti tinggal dia menghadapi segalanya sendirian.. hihi.. saya takkan tinggalkan awak.. selagi awak perlukan saya.. saya pulak? u know how much i need u..
~mel
lakaran hidup yg sukar utk dilafazkan...
hanya airmata peneman sejati..
muka pun dah jadi tah apa2 jer..
Khamis, 26 Mac 2009
boss
Tadi di ofis, mula2 aku kena selesaikan satu kes student aku meniru assignment. Lepas tu aku ada kelas yg terakhir utk semester ni, just rumusan utk keseluruhan semester,tips2 utk exam dsbgnya. Then tghari aku macam biasa tak keluar makan.. sebabnya aku tak rasa lapar sgt.. keduanya badan xberapa best rasanya utk pergi cari makan, sambil ada kerja pencarian sedikit di Internet. Beberapa kali telefon ofis aku berbunyi tp aku tak angkat. Ada perkara yg menybbkan aku takut utk angkat telefon ofis. Tiba2 henfon aku berbunyi, panggilan dari Main office.. boss aku ingin berjumpa. Ada sesuatu yg membuat aku rasa berdebar2. Aku turun pergi ke pejabat boss aku di bangunan yg berlainan.
Macam-macam yang boss aku perkatakan, dari hal kerja ke peribadi. Boss aku dah agak berumur, dah tak lama nak pencen. So dia selalu cakap aku mcm anak dia.. hari ni dari cerita pasal peralatan mulmedia ke hal peribadi yg disentuh. Dia cakap dia sepatutnya ada perkara yg agak penting ingin nyatakan, tp bila dia tgk muka aku, dia cakap dia tak sampai hati nak cakap. Dia ckp muka aku cengkung, aku nampak macam orang sakit dan tidak happy. Dia try nak korek rahsia aku, tp aku katakan hal aku terlalu peribadi dan aku mmg sedang sakit.
Dia banyak bg aku nasihat.. dan minta aku jaga kesihatan. Aku berterus terang padanya.. kesihatan aku amat bergantung kpd tekanan hidup aku.. bak kata doktor semalam.. lg bnyk tekanan yg aku hadapi.. mungkin menyebabkan aku makin lemah..(mati? kalau dah sampai ajal tiada siapa mampu menolaknya..) Last2 boss aku bnyk beri nasihat.. dan dari kata-kata dia mcm dia tahu apa yg aku alami... dia cakap kalau aku mahukan sesuatu.. dia mahu aku terus mencuba... jgn putus asa.. biarlah apa terjadi pun.. kegagalan selepas berusaha lebih baik dari kegagalan tanpa usaha. dia ckp kat aku.. jgn mudah mengaku kalah.. tapi ada sesuatu yg betul2 menghiris hati aku... dia ckp.. mencuba adalah sesuatu yg baik.. tetapi usah menaruh harapan.. harapan itu adalah sesuatu yg bisa membuat kita tersungkur sekiranya harapan tidak kesampaian... aku hampir menangis di hadapannya. Aku mengakui betapa benarnya kata2nya.. tapi buat masa ini.. hanya harapan itu yg aku ada.. aku tak tahu bagaimana utk hidup andai tiada harapan itu... sesungguhnya aku tak tahu..
Entahlah.. aku tk tahu sekarang apa yg perlu aku lakukan.. cuma aku bersyukur kerana boss aku cuba memahami situasi aku ketika ini. Agaknya mungkin bila dia tgk je muka aku.. dia tau aku tgh tensen.. huhu... muka toye kot..
anyway.. syukur nothing happen to me td.. seram sejuk sbnrnya.. tp aku tahu Allah tu maha pengasih dan penyayang.. dan siapalah kita utk menghalang takdir Allah.. dapatkah kita menghalang sebuah pertemuan? kalau kita tahu apa yg akan terjadi di masa hadapan.. kita tidak akan ikut jalan yg sukar.. kita akan cari jalan yg bahagia.. sentiasa.. tapi siapalah kita utk menolak takdir itu..
~mel
how could i ever live wihout you...
Isnin, 23 Mac 2009
harapan.. utk awk..
yang aku mahu skrg.. aku mahu hidup bersama insan yg aku syg.. sepenuh hati.. dan aku percaya Allah itu maha adil.. Allah takkan pertemukan aku dengannya utk berpisah.. Harapan itu masih ada.. selagi aku masih bernafas selagi itu harapan itu takkan pudar.. Ini adalah takdirNYA..
awak.. kuatkan semangat awak.. jgn serabut2.. ingat kali terakhir kita jumpa.. tiap2 hari dan setiap hari tersebut adalah hari yg membahagiakan.. dan insyaallah bahagia itu akan jadi milik kita.. InsyaAllah.. Allah takkan menguji kita sesuatu yg kita tak mampu hadapi.. kita mesti kuat..
saya tak tahu macam mana tiba2 sy dapat semangat ini.. dan sy berdoa semoga semangat ini tak kan pudar sehingga apa yg kita impikan menjadi kenyataan.. PadaNYA berdoa.. berusaha & bertawakkal...
Dan.. terima kasih kerana memberi sy harapan di bawah.. i'm with u.. apa2 pun.. (yr words become my words..)..
Ceritera 4 Lilin
Ada 4 lilin yang menyala, sedikit demi sedikit habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.
Lilin yang pertama berkata : “Aku adalah Damai, namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.
Lilin yang kedua berkata : “AKu adalah Iman, sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala” begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.
dengan sedih Lilin ketiga bicara : “Aku adalah Cinta, tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya” tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga.
Tanpa terduga…. seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar dan melihat ketiga lilin telah padam.Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata : “Apa yang terjadi?! kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!” lalu ia menangis tersedu-sedu.
Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata : “Jangan takut, jangan menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya, Aku Adalah HARAPAN” dengan mata bersinar, sang anak mengambil lilin harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.
:~Intinyaa…..
Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita… dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN nya!!!
~mel
harapan yg tak akan pudar... insyaallah..
Sabtu, 21 Mac 2009
hmmm...
Hidup ini ada pasang ada surut.. ada tenang ada gelombang.. tp kadang2 gelombang tu melebihi segala-galanya dan rasa nak tersadai & tak mampu nak bergerak ke mana-mana.. entahlah..aku kalau boleh tak mahu menangis lagi.. cukuplah derita hidup aku selama ini.. kdg aku terfikir.. sampai bila harus aku hadapi kesedihan.. teringin juga utkku mengecapi bahagia.. tapi dapatkah aku merasainya?? maaf kan aku..kerana aku tidak sempurna...
Lagu ini buat seseorg yg selama ini sentiasa berikan keyakinan utkku meneruskan segala2nya...
desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan..
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
ketika ku bersujud...
~mel
'i'm with you..apa2 pun..
alarm..
Makin lama aku makin curious sebab bunyi alarm kereta tu sama saja.. mula berbunyi.. lepas tu stop.. aku yg nak tido tadi jadi terbantut.. last2 aku bukak mata.. sambil2 baring tu aku just tekan mouse sambil main hatchlings. Tapi alarm kereta tu still berbunyi.. kejab bunyi.. kejab stop..
Tiba-tiba entah macam mana aku terfikir.. ehh.. aku mmg tak pernah dengar bunyi alarm kereta aku. Entah-entah alarm kereta aku tak?? Hatiku berbelah bahagi.. nak turun ke tak.. nak turun ke tak... Ada gak kata hatiku cakap.. kalau kereta aku mesti guard kat bawah akan naik ketuk rumah aku.. tapi entah macam mana hati aku ckp..baikla aku aku turun gi tengok kat bawah... manalah tahu mmg kereta aku.. teringat ada seplastik sampah yg perlu di bawa turun.. so, boleh gak buang sampah..
So aku pun bangkit dari katil.. suasana kat luar macam masih gelap.. so aku capai aje sweater bg menutup baju tidur ku, sarung tudung, capai plastik sampah, tekan lift dan turun ke bawah.. kuar dari lift aku campakkan sampah dalam tong sampah depan lift tu.. dan mataku meleret ke tempat aku parking kereta... laaaa... lampu alarm kereta ku menyala2.. bunyi alarm tu memang dari kereta aku!! dalam hati ku cakap.. ya allahh.. betul rupanya kereta aku.. cepat2 aku tekan alarm kereta bagi bunyi alarm tu stop.. dah ler hujan.. mujur aku parking tepi bangunan rumah aku tu.. so.. xdelah kena hujan sgt..
Mula2 bila aku dah matikan alarm (actually aku xtau apa yg perlu aku buat sebenarnya).. aku try bukak pintu pemandu.. eh.. tak boleh.. aku tekan lg button buka pintu.. banyak kali aku try tp tak boleh.. so aku pusing ke sebelah pemandu lak.. bila nak bukak.. baru boleh.. ish pening aku masa tu..bila aku tutup pintu tu aku dari luar, icon pintu terbukak masih menyala kat dashboard kereta... aikk... aku pergi kat pintu pemandu balik.. try bukak.. baru boleh.. aku nyalakan enjin beberapa lama.. pastu aku tutup. Aku bukak semua pintu dan tutup (termasuk bonet). After check semua & puas hati baru aku tekan alarm balik semula.. main2 dengan button alarm tu.. and then naik atas..
Tapi sampai sekarang ni aku masih tertanya2.. kenapa alarm kereta aku berbunyi.. ada org nak try bukak pintu ke.. atau something wrong dgn bateri ke.. tapi baru semalam aku gi servis kereta tu yg ke 20,000. Ke ada yg tak kena time derang servis tu.. dah beberapa kali lepas servis kereta aku buat hal tah apa-apa.. aircon tak fungsi dgn betul.. stering goyang dllg.. entahlah..
Ish.. bila fikir2 balik.. mujur aku ambil keputusan nak turun tengok tadi.. kalau tak.. sampai sekarang la kot alarm tu berbunyi.. dan kadang-kadang kita dok fikir sesuatu tu mungkin takkan terjadi pada diri kita.. mcm mula2..aku ingat kereta org lain... sebenarnya possibilities tu tetap sama.. apa yg terjadi kat org lain mungkin akan berlaku kepada kita..
~mel
trust your instinct!
Jumaat, 20 Mac 2009
scared..
gaya..
Rabu, 11 Mac 2009
ppsmi..
jgn ikut2 saja... fikir nasib anak2 kita di masa akan dtg...
Ahad, 8 Mac 2009
Nyaris..
tiba-tiba.. entah macam mana penyambung salur getah gas (gambar di bawah) yg menyambungkan antara dapur gas dan tong gas tercabut.. gas berbunyi zsssssssss keluar dari penyambung tu.. api kat dapur yg tadi sedang menyala tu jadi disembur tiba2 oleh gas yg laju dari salur paip tu.. aku jadi panik.. tapi secepat kilat aku menghala ke dapur gas dan dan cabut penutup gas.. gas pun berhenti..takut betul aku.. satu rumah bau gas...
Setelah beberapa lama barulah aku dapat recover dari terkejut dan bawak turun dapur dari atas rak dapur tu, dan cuba sambungkan balik penyambung dapur gas tu.. agak susah juga rupanya utk ketatkan penyambung tu. Bila dah sambung secekak yg aku mampu, aku masih takut2 nak pasang semula gas pada dapur tu.. tapi tawakkal sajala... harap tak terjadi lagi... akhirnya aku sambung balik masak brekfast yg terbengkalai..