Isnin, 31 Ogos 2009

keliru..


keliru.., originally uploaded by melati.a.

aku mmg xberapa cukup tido hari ni.. sempat melelapkan mata dlm 20
minit je kot ptg td.. kerja yg aku ingat dh siap.. rupanyer kena
tambah.. agaknya disebabkan kepala yg agak weng.. bila aku tgk plat
kereta kt atas ni.. kepala aku merewang pd perkataan yg terbalik
sikit.. huhu.. terkeliru sikit..

perkataan ape? ikutla kpd kebersihan pandangan mata korang.. yg
penting td aku terkeliru.. jd perkataan yg kuar kt kepala xberapa nk
bersih sgt.. :P

Ahad, 30 Ogos 2009

hantu jeruk


hantu jeruk, originally uploaded by melati.a.

aku hantu jeruk. bukan aku sorang tp boss sama jugak.. masa mula2
kenal dulu mmg rajin gak beli jeruk & mkn sesama.. skrg ni dia dh dok
penang.. apalagi smlm ajak dia gi cari tmpt jual jeruk melayu kt area
sg nibong. xmo la beli kt chowrasta tu.. cha ya nun alif yg jual..
bila jumpa kedai tu (alamat berpandukn plastik jeruk yg sediaada aku
beli masa konvo usm)... pergh sama2 gumbira..

anyway rasa pas ni nk jd usahawan jeruk pulak la.. kalau xde org nk
beli. aku je la mkn.. cam bulan puasa ni.. sahur pun jeruk.. buka
puasa pun jeruk.. huhu..

gambar kt atas tu jeruk betik pedas.. sedap.. walaupun dh rasa pedas
mulut tp still nk mkn.. teruk betul..

kereta sape ni?


kereta sape ni?, originally uploaded by melati.a.

lawa kereta kancil ni.. warna feveret aku.. oren.. aku mmg sejak akhir-
akhir ni pantang jumpa mende2 warna oren.. kalau baju warna oren mmg
nmpk cantik jer.. ini kancil oren mmg nmpk lawa giler.. nak beli mesti
empunya kancil xmo jual.. tapi kancil ni rock ni.. mcm tuan dia gak..
nmpk rock & ganazzz..

cik.. xmo jual ka kancil tu? dah jadi usahawan cendawan boleh beli
civic ke .. warna oren gak la tapinyer.. huhu..

Sabtu, 29 Ogos 2009

santai ramadhan..


santai ramadhan.., originally uploaded by melati.a.

hari ni tghari kami dah keluar.. ke kompleks bukit jambul mencari baju
raya.. puas mencari baju akhirnya berjumpa.. puashati dgn pilihan kali
ni walaupun mahal sikit dr biasa.. dari awal boss ajak buka puasa di
luar hari ni.. so aku ok jer.. dari bukit jambul kami terus ke pantai
batu feringgi.. saja lepak2 sambil menunggu buka puasa yg lg 3 jam
lebih.. kalau balik rumah mmg sah aku tido.. xdela pulak nk berbuka
sama2 kt luar..

bestnyer layan angin sepoi2 bahasa kt tepi pantai ni... klu leh tido
tepi pantai ni kan best..

hmmm.. mana nk buka puasa hari ni yer...

Jumaat, 28 Ogos 2009

hujan..


hujan.., originally uploaded by melati.a.

Dah beberapa hari hujan turun xberhenti2 di usm ni.. rasanya since
hari pertama ramadhan di sini.. mmg tiap2 hari hujan. macam musim
tengkujuh dah.. tiap2 hari mmg sah kena hujan.. redah jer.. disebabkn
tu mmg rasa xberapa sihat sgt. tapi tula kan, bila ada tggjwb yg lebih
penting & perlu diselesaikan.. xboleh sgt nk fikir psl diri sendiri..
mcm pg ni rasa sgt x larat nk bgn.. tp ptg ni ada viva student.. nk
tak nk kena bgn & angkat kepala yg berat sgt2 ni utk gi keje.. mlm td
ada meeting smpi kol 12.30tghmlm.. aduhaii.. masa bwk kereta trhoyong
hayang jer.. kalaula leh cabut kepala & buang sakit2 tu.. pastu smbg
balik.. hihi

walau apapun hujan rahmat ni.. kalau x penang ni kering kontang.. hari
smlm aku lngsg xgi pasar ramadhan.. masak sendiri jer kt rumah.. hari
ni mcm tu gak kot.. masak sendiri makan sendiri.. walau xsedap tp sbb
laparkan.. belasah jer...huhu..

Rabu, 26 Ogos 2009

first day..


first day.., originally uploaded by melati.a.

gambar time hari pertama buka puasa.. time ni semua ada.. lepas tu ada
tahlil.. xde mood la nk nk menulis.. selamat berpuasa semua..

Jumaat, 21 Ogos 2009

Makan di rumah mak Arab..


Pada hari Rabu (2 hari lepas).. tiba2 kedengaran fon ku berbunyi.. sayup2 kedengaran suara berbahasa Inggeris yg agak tidak fasih.. terus aku tahu siapa.. Nour Ally.. satu2 nya student Arab ku dalam kelas M.eD (Master of Education). Dia mengundang aku ke rumah dia keesokan harinya, semalam utk makan malam. Aku pun cakap ok..insyaallah.. Actually aku mmg tak pernah makan2 kat rumah Arab (dia ni mmg asal Arab Saudi dan pakai purdah), so jemputan mcm ni mmg tidak aku tolak..

So, semalam selepas maghrib aku pun ke sana. Aku ajakboss sekali. Biasalah kan mesti kena ajak boss pergi punya.. Sampai2 kat rumah mak Arab ni (kat Plaza Ivory -kondominium mewah sebelah kondominium kerajaan aku..huhu), hubby dia menunggu kat luar. Bila masuk hubby dia ajak boss masuk dalam bilik kat betul2 sebelah kanan pintu masuk. Mak Arab ni macam biasa yg aku jumpa pakai purdah serba hitam tutup muka + nampak mata aje.. Ada sorang kawan dia mak arab dari Iraq kat ruang tamu tu.. so aku pun gi salam2 dgn mak arab tu..

Setelah pintu bilik tempat kaum lelaki berkumpul (ada 3 org masa tu termasuk boss) ditutup.. Mak Arab student aku ni (Nour).. terus mencabut tudung dia. Bukan setakat tudung, jubah serba hitam pun ditanggalnyer.. yang tinggal adalah baju skirt yg agak seksi ikut body.. membuka dada.. tiada lengan.. stokin jarang.. kasut high heel tinggi.. perghh... aku sangat terkejut!! Dalam hati aku.. ehh.. dia ni kang keluar org lelaki dari bilik tu.. jenuh.. Mak Arab Iraq lagi sorang tu cam tau jer yg aku tertanya2 dlm hati, terus menjelaskan it's ok Dr. the man cannot go outside. Our custom men & women are separated. Aku pun cakap... ooo.. ok. Dalam hati aku mula membebel.. aku bawak boss sbb nak dia temankan aku.. last2 kena pisah pulak! Bila si Nour ni duduk depan aku.. aku nampak kuku dia warna pink.. ler.. pakai kutex plak.. ish arab ni.. kata aku dalam hati la.. Rupa2nya inilah gayanya wanita2 arab nak menunjuk2 di kalangan kaum perempuan kot.. Si Nour ni cakap akat aku.. Dr. you can take off your tudung if you like.. errr.. aku cakap it's ok.. takkan ler aku nak bukak tudung aku plak.. huhu.. dia insist and cakap..it's ok Dr. the men will not come out.. Aku cakap.. tak pe la.. aku xmo tanggal..

Makan.. mula2 kami dihidangkan dgn juice oren.. pastu.. kuar pulak kopi arab + kek.. sedap kek tu walaupun agak manis..kopi tu pulak xde gula dan diletak 'cardomon' (aku xtau dlm BM ape), ada spice yg warna putih kecik.. rasanya agak weird.. tp aku teguk jugak sampai 4-5 cawan kecik.. masa tu dlm pkl 8.45mlm... Lepas tu borak2.. sampai pukul 9.30.. ehh.. xmuncul2 makanan ni.. dia sibuk berborak..aku dah kelaparan giler.. keroncong dah perut ni.. sambil2 borak tu aku sms kat boss...

"derang ni hidang nasi ke tak ni.. lapar giler..."

"jom ler x larat dah ni" boss jawab..

macam dia tau2 jer aku bersms dgn boss.. dia terus ke dapr.. aku intai2 nampak ler dia kuarkan nasi dll.. dia start letak atas meja.. aku pun sms balik kat boss..

"dia tgh prepare nasi kot.. tgh hidang kt luar ni..." boss pun jwb "ok"

huhu.. masa tu pukul 9.48pm.. sampai kol 10.00 tak habis lg hidang.. aku pun sms kat boss balik..

"sabar yer jab lg beriani dhab smpi".. huhu.. sbnr kar grup ada2aje kami ada email pasal arab makan "dhob" iaitu biawak padang pasir..

So, kat bawah ni lah makanan Arab yg dihidang kat kami.. berani, dah lauk pauk.. quite nice.. tapi tulah jenuh tunggu... huhu.. Dalam pukul 10.45 barulah kami balik.. Sempat jugak aku belajar cara mengikat tudung selendang dgn minah iraq tu.. mudah caranya.. siap dia demo kat aku.. nntla aku cuba ..huhu..

Bila kuar dari rumah tu.. boss pun cakap.. ada ke patut org lelaki kena kurung.. dah ler lapar..punyala lama.. hehe.. sebenarnya sama2 membebel.. tak sangka tul gitu perangai org arab ni.. nak nyer yg berpurdah.. waktu ginila derang nak menunjuk2 rupanyer..


Yang kat atas ni aku xpasti apa mendenya.. nak kata sayur mcm bukan sayur.. lauk pun bukan..


pNasi beriani & yg bawah ni anak Nour bernama Hala..
Anyway.. experience baru utk aku dan boss.. yang kelakarnyer bila kitorang dah keluar dari pintu rumah tiba2 hubby si Nour panggil Boss.. "Faizal.. Faizal" (dia pronounce as Faisal).. kitorg pusing blkg balik & tunggu.. Dia dtg bwk sepinggan desert bg kat boss.. aku cakap kat boss.. ehh.. siap dpt tapau lg.. Boss pun cakap.. tadi masa dia tgh borak2 dia suh boss makan lg.. tp boss gurau2 ckp nnt habis.. hubby dia cakap.. xpe.. ada banyak sambil tunjukkan menunjukkan tgn ada bnyk.. boss pulak cakap.. xpe kalau ada lebih boleh lah dia bawak balik... haha... agaknyer tu la sebab dia bagi tapau tu... Boss cakap.. susah betul sebab derang tak berapa reti bergurau..hehe..


Apa2 pun aku enjoy makanan derang.. boss pun gitu gak kot..



~mel
nak makan lg.. tapi xmo tunggu lama2..

Rabu, 19 Ogos 2009

life..


Sign of Life II, originally uploaded by Jeremy-G.

Hari ni aku masuk ofis agak lambat.. pukul 10.15 baru keluar dari rumah.. malas nak keluar awal2, just not in the mood to go to work early.. Sekarang ni rasa work agak hectic, lots of things to be done.. I enjoy my work actually, walaupun agak busy..

Yesterday patutnya aku dah xde kuliah dengan kelas DPLI sebab my collegue sepatutnya ambil alih, tp sebab dia ada hal aku tolong gantikan lecture dia. I enjoy lecturing so tak kisah sgt utk mengganti, as long as diberitahu awal2 so that i can prepare earlier. After aku habis lecture dan mengemas2 peralatan (mic, laptop, lcd dllg).. seorg student dtg kat aku. Dia bawak surat mc dan cakap dia kena demam seminggu so last week dia tak dtg. Sebelum2 ni mmg aku yg bg lecture kat kelas tu. Aku cakap ada surat mc ok.. aku pun tanya dah ok ke, coz ada sedikit kerisauan kot2 dia belum pulih sepenuhnya. She told me dia dah ok.

Then tiba2 dia cakap.. Dr. takziah atas pemergian mak Dr. Dah lama nak cakap personally tapi tak tercakap.. aku cakap terima kasih.. Then dia cakap.. "Dr. saya rasa respect sgt kat Dr. sbb sy tgk Dr. macam still sedih tapi bila time mengajar Dr. boleh mengajar macam biasa, still ada jokes dan nampak Dr. sgt tabah. Sy tak tau mcm mana Dr. boleh buat mcm tu.. Sy rasa mcm kalau sy, sy tak boleh nak cope kalau perkara macam tu terjadi kat sy.. "

Masa nak jawab kat dia, aku ada rasa sedikit sebak, but then terpaksa tahan2.. Aku cakap kat dia.." this is life.. nak tak nak saya kena terima, bukan senang dan kadang2 org yg tak pernah merasai situasi mcm ni takkan faham.. tapi apa2 pun kena kuatkan smgt.. kalau ikutkan sedih.. rasa hari2 nak menangis.. tapi sampai bila.. life goes on walaupun usah.. "

sebenarnya mmgla dari segi luaran org nampak aku mcm relaks.. even bila terjumpa kawan2 atau student yg mengucapkan takziah aku boleh mengawal kesedihan, but still jauh disudut hati aku.. ada satu kekosongan di situ. sometimes aku terfikir.. ehh..skrg ni aku nak balik ke mana? dulu.. di mana mak pergi disitulah aku mengekori.. ramadhan lepas.. mak di kelantan.. aku ke kelantan naik fireflyz.. first time aku naik fireflyz sebenarnya. Skrg ni aku macam keliru.. as where should i go..

Tapi tula kan.. hidup perlu diteruskan walau apa terjadi.. aku sebenarnya tak sekuat mana.. tak sekuat bagaimana student2 aku atau org sekeliling aku tgk.. hanya org yg paling rapat dengan aku saja yg tau yg aku ni bukan sekuat itu.. aku hnya insan biasa..

Minggu ni ada majlis Tahlil hari ke 40 pemergian arwah mak.. juga bersempena kehadiran Ramadhan..


~mel
tgk gambar kat atas tu... walau gelap di sekeliling.. daun itu mampu hidup dan menghijau.. survival itu penting...

Selasa, 18 Ogos 2009

just a good morning wish...

selamat pagi untuk kawan2 di luar sana... dah beberapa hari penang agak panas.. ada jugak hujan tapi tak selebat mana.. namun dapatlah juga membasahkan bumi dan menimbulkan lopak2 kecil dijalanan.. pagi ini nampak terang.. aku tak kisah kalau hujan.. biarlah hujan.. moga membuka pintu pintu rezeki buat kita di bumi Allah ini...

anyway.. terjumpa gambar yg agak kontras ni kat flickr pg ni time aku sedang di atas katil menyediakan P&P untuk pkl 11 nnt. Minggu ni adalah minggu semester break tp aku tetap ada kelas sebab kelas diploma lepasan ijazah semsternya ada berlainan dan tiada cuti. Dan sepatutnya juga aku tiada kelas hari ni sebab ada pensyarah lain sepatutnya memulakan kuliah hinggan akhir semester, tp sebab dia tak de hari ni.. aku teruskan saja kelas.. biarlah.. tp terpaksalah last minute preparation...

poem yg mengiringi gambar ni juga indah... jab nak copy paste.. hehe.. kalau nk tengok yg asal klik kat gambar dan terus akan gi ke flickr dan boleh tengok post asal.. (kredit to the original uploader)..

anyway.. have a good day ahead my friends.. semoga kehidupan kalian dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa...

"RAINING IN MY HEART" ~KILKENNY, IRELAND.

The sun is out - the sky is blue
there’s not a cloud to spoil the view
but it’s raining - raining in my heart
The weather man says clear today
he doesn’t know you’ve gone away
and it’s raining - raining in my heart
Oh, misery - misery
what’s gonna become of me
I tell blues they musn’t show
but soon these tears are bound to flow
cause it’s raining - raining in my heart
But it’s raining - raining in my heart
And it’s raining - raining in my heart


mel~
tak raining in my heart pun... huhu.. kang ada yg silap tafsir plak..

Isnin, 17 Ogos 2009

indahnya..


indahnya.., originally uploaded by melati.a.

ini adalah pemandangan dari atas rumah ku di waktu mlm.. sememangnya
sgt indah.. mlm ini suasana agak sunyi di sini.. bangunan kediaman 10
tgkt ini lengang kerana ramai pelajar pulang ke kampung utk mid
semester break.. kebetulan aku on duty until 19/08.. so tenang skit
tanpa kerenah2 student..

actually i like it here.. aku suka tugas ini tp tulah kan.. bila
bekerja dgn org yg sukar memahami situasi org lain.. susah dibuatnya..

anyway mataku dh ngantuk.. perutku masih pening2 lalat.. aku mmg cam
nila.. kalau sakit mesti lebih2...huhu..

~mel
tunggu nk bertanya khabar...

minyak panas..


minyak panas.., originally uploaded by melati.a.

inilah minyak panas yg aku beli siang td.. actually kt umah mmg xde
minyak panas nie.. sebelum ni aku selalu guna bam pala jer utk mggosok
ape2 yg sakit..

anyway, masa nk beli tu ada bnyk botol berlainan jenis.. aku tnya pcik
yg jual tu..camne nk tau minyak tu panas ke idak.. so pcik tu ckp
kalau goncang botol dn terjadinya buih kt bhg atas minyak tu.. lg bnyk
buih lg panas minyak tu.. bila dia tunjuk minyak panas yg berasaskn
gamat mmg buihnya agak kurang.. so barulah aku tau petua membeli
minyak panas..

nk kata efektif minyak panas serai ni xtau laa.. sbb perutku masih
sakit..

~mel
minyak.. minyak...

Ahad, 16 Ogos 2009

pesta konvo


pesta konvo, originally uploaded by melati.a.

today is the last day of usm's konvo festival..actually since smlm aku
xberapa boleh tido.. sbb perut sakit memulas2.. i mean sakit.. bknnya
cirit birit.. tp sbb hari ni last day.. aku pergila jugak sbb niat
dihati nk beli tudung.. biasanya hari last ada jual lelong baju2, kain
& tudung.. tpkan sakit melebihi dari keinginan mmbeli.. bila dah perut
memulas2.. nk pilih ape2 pun xselesa.. so aku end up cari gerai jual
ubat2 utk cari minyak panas.. kebetulan hari ni parking dh xde
problem.. jd aku gi masuk kereta jab.. sapu minyak kt perut & gi balik
ke gerai konvo nk beli tudung..

actually smlm dh gi dh gerai2 kt konvo ni.. aku end up beli tupperware
& jd ahli sbb aku minat dgn tupperware. tp since aku blk msia aku
xjumpa kedai2/gerai tupperware yg dekat2 usm ni.. so tu yg teruja nk
jd ahli tu.. pastu cam rasa nk jd dealer tupperware lak.. sape nk jd
pengikut??sila2 jgn malu.. jgn segan..

anyway.. berbalik kpd konvo.. pd sidang yg lepas aku kena masuk
mewakili staf akademik ke dlm upacara konvo yg last.. that was my
first time masuk konvo as an academician & my first time experience
konvo in malaysia.. it was a good experience.. nk citer lg tp perut
xmengizinkan lah..

stop kat sini..

and aku beli gak tudung beberapa helai.. sbb harga tudung harga wakaf
che yeh..

~mel
sakitnyaaa.. moga mghapus dosa..

Khamis, 13 Ogos 2009

pusat sejahtera..


pusat sejahtera.., originally uploaded by melati.a.

malam ni entah kali keberapa aku ke pusat sejahtera untuk menghantar
pelajar yg sakit.. sampaikn aku yg rasa xsihat pun xjd sakit sbb
melayan org sakit.. bila smpi pusat sejahtera ni baru rasa kritikalnya
H1N1 ni.. doktor pun mcm ketakutan.. dan mlm ni aku tetiba rasa takut
pulak bila tgk ketakutan doktor kt sini... hmmm entahlah.. tapi mmg
skrg pelajar ramai yg demam & batuk.. risau juga.. esok rasa nk pakai
maskla.. ok ke.. ok kot..

~mel
risauuuu..

Isnin, 10 Ogos 2009

tunggu kereta servis


tunggu kereta servis, originally uploaded by melati.a.

kereta tgh tunggu untuk diservis ni.. kat kia servis sg nibong..
actually mmg sinila tmpt aku servis kereta pun.. smpi org kt tmpt ni
dah kenal aku.. bukan setakat kenal.. dgr suara aku kt fon td pun
terus jer recognise & sebut no plat kereta aku.. apalagi aku bwk
kereta yg belum cat akibat tragedi langgar lari hari tu..mmg bnyk soal
laa..

actually derang kenal aku pasal kes compressor aircon aku yg wat hal
dulu tu.. hari ni kereta aku servis utk 30,000km + aku tukar tayar
sebijik sbb ada satu tayar aku tu terkopak sbb aku terlanggar
devider.. cina tu ckp tukarla kang meletup lak tgh jln bwk laju2..
huhu.. cam derang tau jer aku mmg bawak laju... lagipun next week awal
puasa ingat nk blk klang, ada majlis tahlil utk arwah mak sabtu 22hb
tu.. bagusla kereta diservis kan...

btw... aku guna wifi kat kedai servis ni sambil menunggu.. tgk2 td
wifi ada password.. selamba jer aku mintak pwd tu.. huhu..

~mel
tq boss belanja lunch & hntr blk ke sini..

pak arab..

Kat USM ni mmg ramai pak arab dan mak arab.. kebanyakannya student postgrads & ada jugak lecturer.. Aku tak kisah sgt la kalau derang nak ramai2.. tapi aku kisah gak bila dapat student Arab ni... sbb tak berapa suka.. bukan tak suka apa.. English derang agak teruk walaupun buat Masters,so kdg2 tension utk explain dan bagi markah sebab tak mencapai tahap utkpelajar postgrads.

Yang paling membengangkan aku cara pemanduan pak2 arab ni.. err.. jarang aku tengok mak arab memandu... huhu.. Memang teruk derang bawak kereta.. menakutkan.. Kaedah derang bawak kereta cenggini..

1. Kat roundabout - Pak Arab ni akan main pusing jer.. tak tengok kiri kanan. Agaknyer sebab roundabout tu bulat so agaknyer tak perlu tengok kiri kanan.. aku kalau tengok kereta mcm kepunyaan pak arab mmg akan tgk betul2 bila nak turning kat roundabout.. huhu..

2. Parking - Pak Arab akan parking jer kat belakang kereta kita yg parking di tempat parking.. pastu menghilangkan diri.. mmg jenuh nak keluar sebab kena block & insan yg parking kat belakang bontot kereta kita tu pak arab.. mmg sah.. dan apabila dia muncul akan keluar dgn muka selamba dan tk rasa bersalah lngsung.

3. Reverse - Pergh... td hampir bontot kereta aku + dgn aku yg berdiri kat tepi kereta tu nak kena langgar dgn pak arab yg mengundur ala2 bawak kereta F1... Slurrpppp..tetiba ada kat belakang aku..melompat + terkejut aku dibuatnya...eeeiii..

4. Berhenti merata2.. ini bukan pelik dah.. sesuka dia jer berhenti kat mana2 dlm usm ni.. tepi jalan..kat tmpt pejalan kaki... biar lah kalau menghalang jalan + jalan jadi jem sebatu sbb nak menunggu pak arab ni dtg...


Ish ish... kawan2 ramai cakap org arab mmg bawak kereta teruk.. tp bg aku mmg sebenarnya org arab ni agak teruk.. menakutkan laa...


~mel
dpt ole ole dari arab saudi.. student bg.. huhu

frust..


frust.., originally uploaded by melati.a.

sbnrnya tgh bengang dgn connection internet yg tah ape2.. dari tadi
try nal upload gmbr ke facebook.. xdpt.. pastu cuba upload ke blog..
pun xberjaya sgt.. hmmm.. bilalah fon rumah nk masuk ni, i need my own
internet connection laa.. guna usm punya ni menyakitkan jiwaku.. huhu

~mel
gambar masa tunggu feri nk gi pulau jerjak..

Ahad, 9 Ogos 2009

Pulau Jerjak..

Last Sunday dah sempat blog kan yg we all gi Pulau Jerjak.. actually nak upload gambar2 & video ke facebook tapi sebab sekarang ni guna internet usm sbb rumah baru xde fon lg.. mmg problem nak upload gambar.. apa lagi nak upload video... sbnrnya mmg sgt teruja nak upload video tu sbb video aku & boss tgh memanjat rock climbing... walaupun tak sampai ke atas tp rasa best sgt sebab ramai student2 aku yg jauh lebih muda + fit tak naik sebab takut.. hihi.. sebenarnya aku segan kat student2 kalau tak naik... :P Tapi it was a good esxperience and we really had a good time climbing.. kan boss?

Actually ok gakla aktiviti2 yg ada kt pulau jerjak tu... ada tracking, rock climbing.. suspension bridge, flying fox (aku dok sebut firefox..huhu).. dan boleh gak berriadah.. Student2 aku combination of freshies, junior & senior. Bayaran utk join aktiviti kat pulau jerjak ni RM55 perpax.. tp biasala kami ada sponsor.. makan tghari buffet di resort pulau jerjak....



jeti untuk ke Pulau Jerjak.. letaknyer dekat2 dgn Queensbay..

dgn penuh smgt.. pg2 buta dah kuar tp feri lmbt...

bergambar sebelum feri sampai... lama gak menunggu feri tu...

nyorok blakang beg ke boss??

menunggu lagi satu group xsampai2.. feri penuh utk muatkan semua..

buat bulatan... nak main bola beracun...

hehe.. dok tengah2 bagi ajaran sesat jab.. :P

ecehhh.. lepak atas suspension bridge a.k.a jambatan gantung

aiseh... terseliuh lak kaki time rock climbing...

yess!!... we had a great day.. :)

BYE.....


~mel
mmg minat mende2 cam ni

Sabtu, 8 Ogos 2009

kenyang..


kenyang.., originally uploaded by melati.a.

baru lepas makan kat restoran kapitan dgn faizal, shikin & dak
chengeng.. dah lama ngidam nk mkn nan cheese.. rasa best sgt.. tgklah
abis licin kami makan.. tq shikin belanja makan.. asyik shikin jer
belanja.. huhu..

~mel
best!!

Jumaat, 7 Ogos 2009

Sebulan berlalu..

Pagi in mendung & hujan.. Semendung hatiku diwaktu ini. Hari ini genap sebulan arwah mak pergi... mak pergi pada 9.7.09.. meninggalkan kami adik beradik yatim piatu tanpa ayah & tanpa ibu... Malam tadi aku rasa sgt sedih.. sehingga hari ini.. aku sepatutnya pergi menjalankan kajian di sebuah sekolah pagi ni tapi disebabkan serabut.. aku tak jumpa sekolah tu.. last2 aku balik semula ke ofis.. aku tak contact sape2 cakap aku xjumpa sekolah, dan aku malas nak ambik kisah.. biarlah.. hari ni aku rasa lost.. i don't care..

Dari malam tadi aku teringatkan mak.. disaat aku terpaksa bertugas hingga hampir pukul 2pg.. aku rasa sgt rindukan mak..aku rasa sgt susah.. aku tak tahan asyik disindir.. dan diberi hint, kalau tak mampu baik undur diri.. Aku benar2 rasa tiada support.. tiba2 teringat.. mmg aku dah tiada siapa2.. dulu ada juga mak, dlm sakit2 dia dapat juga aku berbual mencurahkan perasaan aku.. yg cakap dia sayangkan aku walaupun apa terjadi.. yg sanggup buat apa saja walau dirinya tak terdaya.. itulah mak.. setelah mak pergi.. pada siapa aku nak mengadu...

Walau apa pun.. aku sedar sekarang ni aku hanya ada diriku.. aku tak boleh bergantung pada siapa2, mak dah tiada.. ayah mmg sudah sekian lama pergi.. adik beradikku yg lain ada keluarga mereka sendiri.. aku? just here... meniti hari...


~mel
sampai bila harus begini...

Ahad, 2 Ogos 2009

waiting for feri..


waiting for feri.., originally uploaded by melati.a.

pagi ni aku diajak join student2 aku utk aktiviti riadah di pulau
jerjak.. oleh sebab smlm exco yg mngendalikn aktiviti gtau aku bahawa
ada 8 lg tmpt kosong, aku pun ajak boss ikut sekali.. huhu..

aktiviti2 bnyk.. yg paling best rock climbing.. walaupun kami masing2
xsmpi ke puncak sbb xlarat tp rasa kalau ada peluang nk buat lg.. kan
kan bosss.. pastu kami main ping pong.. pastu rasa letihhhhh...

tu haa mcm ler letih sgt..

~mel
penatttttt...