Jumaat, 21 Ogos 2009

Makan di rumah mak Arab..


Pada hari Rabu (2 hari lepas).. tiba2 kedengaran fon ku berbunyi.. sayup2 kedengaran suara berbahasa Inggeris yg agak tidak fasih.. terus aku tahu siapa.. Nour Ally.. satu2 nya student Arab ku dalam kelas M.eD (Master of Education). Dia mengundang aku ke rumah dia keesokan harinya, semalam utk makan malam. Aku pun cakap ok..insyaallah.. Actually aku mmg tak pernah makan2 kat rumah Arab (dia ni mmg asal Arab Saudi dan pakai purdah), so jemputan mcm ni mmg tidak aku tolak..

So, semalam selepas maghrib aku pun ke sana. Aku ajakboss sekali. Biasalah kan mesti kena ajak boss pergi punya.. Sampai2 kat rumah mak Arab ni (kat Plaza Ivory -kondominium mewah sebelah kondominium kerajaan aku..huhu), hubby dia menunggu kat luar. Bila masuk hubby dia ajak boss masuk dalam bilik kat betul2 sebelah kanan pintu masuk. Mak Arab ni macam biasa yg aku jumpa pakai purdah serba hitam tutup muka + nampak mata aje.. Ada sorang kawan dia mak arab dari Iraq kat ruang tamu tu.. so aku pun gi salam2 dgn mak arab tu..

Setelah pintu bilik tempat kaum lelaki berkumpul (ada 3 org masa tu termasuk boss) ditutup.. Mak Arab student aku ni (Nour).. terus mencabut tudung dia. Bukan setakat tudung, jubah serba hitam pun ditanggalnyer.. yang tinggal adalah baju skirt yg agak seksi ikut body.. membuka dada.. tiada lengan.. stokin jarang.. kasut high heel tinggi.. perghh... aku sangat terkejut!! Dalam hati aku.. ehh.. dia ni kang keluar org lelaki dari bilik tu.. jenuh.. Mak Arab Iraq lagi sorang tu cam tau jer yg aku tertanya2 dlm hati, terus menjelaskan it's ok Dr. the man cannot go outside. Our custom men & women are separated. Aku pun cakap... ooo.. ok. Dalam hati aku mula membebel.. aku bawak boss sbb nak dia temankan aku.. last2 kena pisah pulak! Bila si Nour ni duduk depan aku.. aku nampak kuku dia warna pink.. ler.. pakai kutex plak.. ish arab ni.. kata aku dalam hati la.. Rupa2nya inilah gayanya wanita2 arab nak menunjuk2 di kalangan kaum perempuan kot.. Si Nour ni cakap akat aku.. Dr. you can take off your tudung if you like.. errr.. aku cakap it's ok.. takkan ler aku nak bukak tudung aku plak.. huhu.. dia insist and cakap..it's ok Dr. the men will not come out.. Aku cakap.. tak pe la.. aku xmo tanggal..

Makan.. mula2 kami dihidangkan dgn juice oren.. pastu.. kuar pulak kopi arab + kek.. sedap kek tu walaupun agak manis..kopi tu pulak xde gula dan diletak 'cardomon' (aku xtau dlm BM ape), ada spice yg warna putih kecik.. rasanya agak weird.. tp aku teguk jugak sampai 4-5 cawan kecik.. masa tu dlm pkl 8.45mlm... Lepas tu borak2.. sampai pukul 9.30.. ehh.. xmuncul2 makanan ni.. dia sibuk berborak..aku dah kelaparan giler.. keroncong dah perut ni.. sambil2 borak tu aku sms kat boss...

"derang ni hidang nasi ke tak ni.. lapar giler..."

"jom ler x larat dah ni" boss jawab..

macam dia tau2 jer aku bersms dgn boss.. dia terus ke dapr.. aku intai2 nampak ler dia kuarkan nasi dll.. dia start letak atas meja.. aku pun sms balik kat boss..

"dia tgh prepare nasi kot.. tgh hidang kt luar ni..." boss pun jwb "ok"

huhu.. masa tu pukul 9.48pm.. sampai kol 10.00 tak habis lg hidang.. aku pun sms kat boss balik..

"sabar yer jab lg beriani dhab smpi".. huhu.. sbnr kar grup ada2aje kami ada email pasal arab makan "dhob" iaitu biawak padang pasir..

So, kat bawah ni lah makanan Arab yg dihidang kat kami.. berani, dah lauk pauk.. quite nice.. tapi tulah jenuh tunggu... huhu.. Dalam pukul 10.45 barulah kami balik.. Sempat jugak aku belajar cara mengikat tudung selendang dgn minah iraq tu.. mudah caranya.. siap dia demo kat aku.. nntla aku cuba ..huhu..

Bila kuar dari rumah tu.. boss pun cakap.. ada ke patut org lelaki kena kurung.. dah ler lapar..punyala lama.. hehe.. sebenarnya sama2 membebel.. tak sangka tul gitu perangai org arab ni.. nak nyer yg berpurdah.. waktu ginila derang nak menunjuk2 rupanyer..


Yang kat atas ni aku xpasti apa mendenya.. nak kata sayur mcm bukan sayur.. lauk pun bukan..


pNasi beriani & yg bawah ni anak Nour bernama Hala..
Anyway.. experience baru utk aku dan boss.. yang kelakarnyer bila kitorang dah keluar dari pintu rumah tiba2 hubby si Nour panggil Boss.. "Faizal.. Faizal" (dia pronounce as Faisal).. kitorg pusing blkg balik & tunggu.. Dia dtg bwk sepinggan desert bg kat boss.. aku cakap kat boss.. ehh.. siap dpt tapau lg.. Boss pun cakap.. tadi masa dia tgh borak2 dia suh boss makan lg.. tp boss gurau2 ckp nnt habis.. hubby dia cakap.. xpe.. ada banyak sambil tunjukkan menunjukkan tgn ada bnyk.. boss pulak cakap.. xpe kalau ada lebih boleh lah dia bawak balik... haha... agaknyer tu la sebab dia bagi tapau tu... Boss cakap.. susah betul sebab derang tak berapa reti bergurau..hehe..


Apa2 pun aku enjoy makanan derang.. boss pun gitu gak kot..



~mel
nak makan lg.. tapi xmo tunggu lama2..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan