Selasa, 31 Mac 2015

After 4 years..

4 tahun lalu ada tarikh 23 Mac 2011 kami ke Wad Kardiologi dan Paedetrik (Pakar Jantung Kanak-kanak, Hospital Pulau Pinang untuk memantau perkembangan jantung Eryna. Sewaktu Eryna lahir doktor mendapati degupan jantung Eryna tak stabil, jadi dia perlu follow-up di klinik pakar tersebut. Ceritanya di sini.

Eryna sewaktu pemeriksaan ketika berumur kurang 8 bulan. Doktor mendapati ada lubang sebesar jarum dijantung Eryna, namun begitu doktor positif bahawa ianya bukan satu masalah dan lubang tersebut akan tertutup sendiri. So appoinment seterusnya adalah apabila Eryna berumur 4 tahun 8 bulan. Sewaktu kami diminta membuat appointment untuk 4 tahun lagi pada masa itu, kami macam terkejut. Hah!! 4 thn.. entah2 apa yang berlaku. Jururawat disitu berkata, insyaallah kami berada di sini lagi 4 tahun nanti...huhu..

Selama 4 tahun aku menjaga kad appoinment eryna dengan baik, siap letak dalam plastik dan disimpan dalam purse.. takut hilang/musnah.

Day goes very fast. Sekejab sahaja rupanya 4 tahun.. semalam adalah hari yg ditunggu2. Awal2 aku dah minta hubby minta cuti hari isnin supaya kami dapat pergi bersama2. Mencari parking di hospital sangat susah di pagi hari, appointment jam 9 pagi. Apabila dah tak jumpa parking, hubby turunkan ku dan eryna sementara dia pergi cari parking. Masa tu dah 9.20pg. So aku dan eryna pergi dulu. Mujurlah misi tak kisah sgt kami lambat. Sementara menunggu eryna check berat (12.8 kg je pun) dan degupan jantung. Bila hubby sampai dia terpaksa pula ke tingkat 3 untuk ambil GL yang boleh di print melalui HRMIS. Memula misi suruh aku tapi USM tak guna HRMIS, so guna hubby punya je la.

Sewaktu menunggu nama dipanggil

Bila nama dah dipanggil utk scan.. eryna pun dengan gembiranya berbaring di atas katil. Memula sebelum pergi tu takut katanya.. puas pujuk!




Mamat pengimbas ni waktu mengimbas cakap semuanya nampak ok.. so kami agak lega.. tapi kena jumpa doktor dulu..

Setelah jumpa doktor tak sampai 2 minit, dotor cakap semua dah ok, lubang dan fully covered dan Eryna dah boleh discharged dari Hospital Pakar Jantung Kanak-Kanak. Alhamdulillah.. Eryna siap high five dengan doktor lagi... Semua Happy..

Dah sampai parking kereta.. punyalaj jauh papa park.. tapi tak pe.. we are happy..


~mel
kalau tak tulis cepat-cepat nanti lupa :P

Ahad, 22 Mac 2015

Zoo Taiping

Kami ke Zoo Taiping hari ni. Kalau tak pos ke blog cepat2 gambar ni jawabnya terperamlah dlm henfon tak upload2. Sepanjang minggu cuti sekolah ni, Eryna memang sibuk cakap cikgu kak limah (cikgu dia namanya Halimah) suruh pergi ke zoo waktu cuti sekolah. So tiap-tiap hari dia dok tanya.. mommy.. bila kita nak gi zoo... Di Penang ni zoo yg terdekat rasanya zoo Taiping laa... walaupun adalah kat sini taman burung, taman rama-rama dllg...dalam hati aku cakap.. haii papa balik hari sabtu mmg sah kena pi zoo taiping.. kalau tak mesti merajuk la jawabnya dak kecik ni...

Di depan Zoo Taiping

Beratuq tunggu nak naik keretapi dengan Aliff dan Eryna

Tengok gajah mandi manda... Panas2 ni kalau dpt berendam mmg best kata gajah

Selfiee...

Ada arnab.. nmpk cam tak berapa jinak, ada bangau.. ada beruang... seronok si eryna.. dia ni berani la sangat, semua nak pegang.. seriau mommy dibuatnya...


Penat gak berjalan dalam zoo ni..

Kadang-kadang papa yang terlebih aksi :P


Tengok tu.. tak takut pun dengan monyet.. tapi lepas tu monyet tu nampak garang.. terus lari suh papa dukung :P


Seronok bagi makan rusa...

Kononnya si Aliff nak buat karangan perjalanan ke zoo.. jadi kena amik gambar dekat nama2 haiwan :P

Ciri-ciri muka tak puas hati dan nak merajuk huhu

Dari dalam zoo sibuk mintak nak aiskrim tp kat dalam tu xde org jual sgt.. bila kluar kat kedai di luar rasa cam tak berbaloi pulak aiskrim paddle pop harganya RM2... so kami beli aiskrim dari penjaja dekat parking kereta... haa.. tu dia mommy dan papa makan aiskrim roti... kenyang dibuatnya  Disebabkan dah kenyang mommy cakap papa macam xlarat nak makan nasi, so papa suggest utk makan di Doli Kuey Teow.. katanya femes di Taiping. So dari zoo kami terus ke bandar Taiping untuk cari di manakah gerangannya Doli Kuey Teow. Tak susah mencari kedainya dengan bantuan makcik google. Actually sebab 2 minggu lepas aku ke Taiping sorang2 jaga exam budak sakit di hospital, jadi aku pun dah rasa agak familiar dgn bandar Taiping.



Simple review tentang Doli Keuy Teow ni.. tempatnya ok.. ada aircond.. tapi bagi aku makanannya so so ajelah.. kuey teow dia tak delah special mana.. just biasa aje.. nasi ayam mungkin sedap sebab 2 pinggan Aliff dan Eryna tak cukup... Service pun so so ajelah.. sebab masa minta nasi ayam tambah jenuh menunggu sampai muka budak duorg ni dah macam muka... $%^&. So bolehlah dikatakan service agak slow. Tapi aku tengok ramai juga org datang makan, so may reputation menyebabkan masih ramai pelanggan.. but for me.. kalau ada choice may be tak datang dah kot.. huhu..

Ok that's our activity for today...

Balik2 suami isteri tergolek sebab kepenatan.. huhu..

~mel

Sabtu, 21 Mac 2015

Trip to Kuantan

Punyalah busy, mmg tak sempat nak update blog. Anyway dlm busy2 sempatlah juga take a quick vacation ke Kuantan time cuti Raya Cina tempohari. Trip without plan ni mmg main belasah je.. Mula2 ingat nk book resort ke dekat2 pantai tp semua fully book je.. maklumla raya cina kan.. So end up aku book grand continental yg tak berapa nak best di tgh bandar. Tapi hubby suka sgt sbb hotel tu di sebelah sekolah dia masa kecik2 dulu iaitu SK St Thomas. Pulak tu dpt bilik mngadap sekolah tu.. so kerjanya dok menung ngadap sekolah je.. terkenang memori lama lah tu.. nostalgia mengorat anak dara sk st thomas laa tu.. hihihi...

Sampai2 Kuantan dah ptg xde la ape sgt buat.. Pagi2 hari kedua barulah ke pantai Batu Hitam.. Eryna yg first time mandi laut sejak dah besar mmg seronok.. Orang pun tak ramai masa tu, so mmg syoklah enjoy mandi laut.. smpi xmo keluar..


On the way ke Kuantan

Wefie somi isteri

Abgcik dok ngutip ketam

We were enjoying ourselves

Anak dan papa xmo keluar dr laut

Cantik.. dah tak ingat bila last time kami mandi laut dan menikmati pemandangan pantai


Lagak eryna yg berani sungguh!!

Aliff tayang perut

Doa ape tu bang?

Bestnya dapat main pasir tanpa larangan!

Dah puas main dah..


Kenangan..

Dari pantai Batu Hitam kami lajak ke kemaman ziarah kakak sulung aku. Singgah makan sata, mi chalong dllg.. Then singgah mkn burger bakar yg diusahakan anak sedara aku..

Eryna keletihan dah tak larat dah..

Anak sedara aku belanja berger bakar phree..


Tudia beger bakar.. tp aku kongsi dgn hubby jer sbb kenyang..  kalau ke Kemamang jemputlah datang makan di Deen's Burger Bakar di sebelah Kedai Elyza's (kedai kakak aku juga huhu)

Malam tu kami dinner kat mana ntah tempatnya.. haha.. tak ingat pasal abg aku yang no. 2  belanja pulak hihi.. Mlm tu smlman lagi kami di Grand Continental. Pagi2 esoknya kami singgah kenduri kawen kawan hubby di kompleks sukan bandar indera mahkota...


Kenduri anak dato.. kena ikut protokol.. 

Makan phree lagi..

My princess...

Dari kenduri kami terus je Bera.. rumah cikjan.. nak tgk di kembar..

Dah besar sikembar ni Afifah.. tak amik pulak gmbr dgn Afif.. huhu

Hari Ahad balik Penang.. singgah hntr hubby ke TM.. ya Allah jalan jem.. penat gilossss...


~mel
Tulis sikit2 jela dr atas flight ke KK..