Selasa, 24 Mei 2011

Excited..

Ok.. memalam buta dah nak tidur ni berblog pulak.. actually in the first place nak abiskan baca thesis PhD utk dinilai tp kepala macam xmo terima pembacaan.. penat hari ni full day of meeting.. Sejak beberapa hari ni aku mmg try to takes time utk menjahit.. so dah hampir siap sepasang baju kurung yg kainnya aku beli dari kakak ipar aku.. cuma bahagian yg perlu jahit tgn jer yg belum diselesaikan... Sementara nak jahit tangan baju tu.. tetiba teringat baju eryna yg aku dah potong dari kain baju aku yg dah tak muat.. so rasa excited pulak nak siapkan.. so since smalam aku try jahit sikit demi sikit.. dan akhirnya.. malam ni aku berjaya siapkan... yiehaa... seronok betul rasanya.. berjaya jahitkan dress simple utk eryna...


excited
Ni time first nak jahit poket.. mesin jahit tepi aku dah uzur sket since ada part yg patah kat tapak dia.. aku gam dgn seloptep bolehla berfungsi tp jahitan tak lawa sgt dah.. tapi xpe.. as long as berfunggi... aku saja letak poket warna merah, saja nak bagi kontras... kain merah tu aku dapat dlm scrap bags yg aku beli dari MyBotang..

excited
Jeng jeng jeng... ini baju eryna yg dah siap.. aku buat panties sekali haha.. bukan ape.. kang susah pulak yg cari yg sesuai.. so biarlah sepasang.. :P

excited
Bahagian belakang panties yg aku saja try guna one of the function kat mesin jahit Singer aku yg agak baru jugak la beli... tapi dah lebih setahun kot... :P

excited
Akhirnya... let's start each day with a great big smile.. :D

p/s sebenarnya butang lom jahit tu.. haha.. tp dah tak sabar nak pos gambar... :D

~mel

Yatim...

Terjumpa gambar di bawah ni tadi.. Gambar ini adalah gambar terakhir sebelum kejadian tanah runtuh sewaktu penghuni2 rumah tersebut buat rehearsal nasyid. Since kejadian tanah runtuh di Ulu Langat tempohari haati aku rasa sgt sakit.. Aku sgt sakit hati bila baca berita akhbar.. bila tgk berita tv.. yg menyatakan tempat tu tak berdaftarlah.. xde CF la.. and so on.. Okey.. so what?? Bila keluar berita2 cam tu mcm nak salahkan empunya tempat kediaman anak yatim ni sebab bina rumah tepi lereng bukit!! Tapinya kalau empunya kediaman tak bina di lereng bukit tu.. nak bina kat mana? ada dapat tanah free tak utk kediaman anak2 ini? Ada ENGKAU (a.k.a penunding jari tu) kisah pasal mende2 ni.. pasal kebajikan anak2 sebegini...?? Alhamdulillah ada org nak amik tahu.. nak jaga kebajikan.. nak didik anak-anak ni.. Cubalah org yg dok tunding jari tu tengok imej anak2 di bawah... cuba tengok betul2.. tak sejuk ke hati masing2?? Nampak tak kegembiraan di muka masing2?? Entah2 mereka yg pergi dah ada firasat yg mereka akan menemui Allah tanpa terus hidup dlm dunia yg penuh dusta dan nestapa ini....


Geram rasa sebenarnya.. setiap kali baca berita tentang kejadian tersebut rasa sebak.. lg sebak bila manusia2 tu menunding jari.. tak sedar kah mereka yg semua ini adalah peringatan dari Allah.. yg baik dan bersih diambil utk dibelaiNYA di sana... kita yg penuh dosa ini.. masih tetap bergelumang dgn dosa... Sedarlah...

~mel
peringatan yg sebenarnya utk diriku sendiri...

Ahad, 22 Mei 2011

Cantiknya..


Cantiknya.., originally uploaded by melati.a.

Cantiknya awan ni.. dari atas jambatan Pulau Pinang..

~mel

Sabtu, 21 Mei 2011

Nak wat dress...

Ok..hari ni aku ada kelas.. ngajar PPG Penang.. seperti biasa aku mmg enjoy teaching.. balik2 check google reader tgk ada sew along dari blog Crafting in my Closet!
Sew Along nya agak menarik iaitu buat dress toddlers. Actually nmpk cam agak besar utk size eryna tp tak pela.. nak join jugakla... This is something interesting. So, nampaknya kena cari kain laa... *bersemangat rasanya*


Bahan2 yg aku perlukan adalah:

1 1/2 ela kain (nak cari kain yg cute2 nanti)
1/4 ela utk kain tambahan (corak lain)
covered button materials
all the sewing stuff

Yang ni kena wat pattern sendiri... so kena sediakan kad manila kot utk pattern... Isnin ni penganjur akan start with making the pattern... ok.. aku akan try fitkan masa aku utk sew along ni.. walaupun sebenarnya entah bila la masanya aku nak wat..

Minggu ni PPG di Penang.. Weekend depan aku akan ke Kota Kinabalu utk ngajar PPG di sana pulak...

~mel

Khamis, 19 Mei 2011

Digital Camera..

Tengahari tadi aku ke admin office.. first nak hantar borang claim, dan second seperti biasa utk check pigeonhole aku.. tgk kot2 ada surat.. Bila aku jenguk dlm pigeon hole nampak satu envelope besar.. tau dah.. tentu dari IPS.. thesis PhD utk disemak.. so, aku terus turun bawah utk hantar borang claim dulu, sebelum ambil mende tu..

Bila dah siap, aku naik atas balik dan bukak pigeonhole.. bila angkat jer sampul surat besar tu, nampak satu kotak kecil warna putih... ehhh.. pelik pulak rasa.. rasanya hari ni tak expect poslaju dari mana2 online shopping.. hehe... esok ada kot.. :P. So dgn rasa terujanya, dan bila tgk pengirimnya macam pelik la pulak... dan tulis kat situ "Gift", aku pun rasa sgt tak sabar2 nak bukak... Haa.. kotak tu kat bawah ni...


Dig Cam

Dengan tak sabar2 aku pun try nak bukak... selotep dia sgt kuat.. adehh.. terduduk aku kat kerusi terdekat.. puas try... last2 berjaya gak bukak dgn menggunakan kunci (kalau bawak balik ofis kan senang, ada gunting/pisau boleh bukak.. :P)

Dig Cam

Bila bukak jer tgk2 ada digital camera gift dari "National Geographic".. hehe.. cute jer digital camera tu.. yg mahal nya ada lambang National geographic tu... Actually aku ni subscriber NatGeo tp bagi pihak hubby aku la... coz dia pembaca setia NatGeo.. dan dah dua tahun berturut2 hadiah besday utknya adalah subcription NatGeo.. tak taulah tahun depan aku nak adiahkan lagi ke idak... tp kalau nak senang sambung jer la subscription ni.. keh3...

~mel

Tentang Hidup...

Hari ni 19/5/2011.. cepat betul masa berlalu.. kalau ikut dalam google calender aku bahawasanya lagi 4 hari lagi gaji.. rasanya baru lagi dapat gaji.. dah gaji lagi?? haha... Bila check2 dlm purse.. duit ada RM200++ lg.. okla tu.. alhamdulillah dalam bank pun ada banyak lagi.. So still boleh online shopping lagi kan? :P Sebenarnya bukanlah aku nak hightlight kan aku ada duit.. just sebenarnya diri sendiri tertanya2 ke mana arah aku nak pergi.. Dulu2 time aku dapat PhD.. aku kata pada diriku sendiri.. ok.. this is the last one.. aku tak nak cari apa2 lagi.. enough with the title Dr.

Aku sebenarnya dah abis cita-cita.. haha... cuma kalau boleh aku nak kerja.. lepas tu bila balik rumah aku nak buat kerja2 rumah.. lain xde.. nak besarkan anak2.. hidup aman damai dan xde nak fikir masalah duit.. masalah nak beli apa2.. alhamdulillah aku rasa sekarang ni xde la aku rasa masalah2 tu.. Bila hujung bulan gaji tu cukup xperlu risau nak tunggu gaji, then, kira baguslah untuk aku. Boleh ke sana sini nak naik flight boleh.. nak drive boleh.. nak gi mana2 tak perlu kira2 sgt.. which is for is quite good...



kulit pisang
GAMBAR HIASAN: Gambar kulit pisang atas meja aku.. huhu.. baru lepas kena ngapp!!

Anyway, sejak akhir2 ni aku rasa preassure sebab aku tgk kat tempat kerja aku masing2 sibuk.. Dekan aku pulak macam anggap org yg selesa dgn kedudukan sekarang ni macam xproduktif.. entahlah.. aku malas laa.. frankly speaking dulu aku mmg tak terfikir nak jadi lebih dari sekarang.. tp tekanan di tempat kerja macam memaksa pulak aku jadi lebih dari sekarang.. aku xmola balik rumah fikir hal kerja.. boleh?? Tapi tak boleh laa... Kalau boleh aku balik rumah nak jahit baju.. nak wat beg.. nak jahit manik...hihi.. tanpa fikirkan hal2 kerja yg memenatkan. Tapi sebagai pensyarah, satu masalahnya bila student tak faham... kadang2 mereka ingat pensyarah ni cam kerja 24jam.. sedangkan pensyarah pun ada family.. dan ada life yg ingin dikecapi...

Tapi mlm tadi (actually awal2 pagi waktu eryna bangun nak susu pkl 3.30pg).. aku terbaca email dari seorang pensyarah di pusat pengajian aku.. start hari ni dia bersara sepenuhnya dari mengajar... sebelum ni dia dah bersara pd umur 55 thn tpi dia sambung kontrak hingga hari esok.. bila mana umur dia genap 66 tahun 3 bulan. Beliau lebih tua dari arwah mak.. tapi tak nampak tua.. sgt cergas.. sgt merendah diri, sgt keibuan.. Beliau ada hantar email selamat tinggal utk kami semua... dan bila aku baca sedikit sebanyak berlinang air mata aku.. dan sedikit sebanyak aku rasa lega.. yaa... lega..

Pesanan Beliau:
Elakkan daripada perasaan ‘iri-hati’ di antara kita disebabkan ‘anugerah duniawi’ --kerana perasaan sedemikian akan melemahkan sifat syukur-dan-sabar dalam diri kita, dan mungkin juga melemahkan keyakinan kita bahawa “Rezeki itu adalah dalam ketentuan Ilahi (Allah)”; dan “Berusahalah UNTUK MENDAPAT (KEREDHAAN) ALLAH” dalam masa yang kita “bertugas untuk Institusi” – kerana Allah Maha Mengetahui dan Kekal, manakala Institusi akan juga Fana, walaupun jangkaan hayatnya lebih panjang daripada kita/ individu.


Aku rasa lega.. sebab.. aku tidak mahu anugerah duniawi tp seperti dipaksa untuk melaksanakannya.. aku tak mencari apa2 lagi... kecuali keredhaanNYA.. sebab aku rasa.. alhamdulillah.. aku bersyukur dgn limpah kurnia yang diberikan olehNYA... Lagipun.. berapa lama sgtlah umur kita utk terus mengejar duniawi... entah esok entah lusa kita dipanggilNYA..



~mel
p/s cuma tula kan.. kdg2 tertekan disebabkan oleh tekanan individu yg lebih berkuasa!!

Keh3..


Keh3.., originally uploaded by melati.a.

Hubbyku bawak kereta dlm hujan sambil memancing ikan.. :P. Wiper patah dlm ujan lobat!!

~mel

Selasa, 17 Mei 2011

[liveblog] QB Beach..


[liveblog] QB Beach.., originally uploaded by melati.a.

Jalan2 cuti hari Wesak.. seperti biasa ramai juga org kt tepi muara Queensbay ni.. agak2 dari mana yer dapat nama Queensbay ni.. nama ke'orangputih'an.. Kat depan sana Pulau Jerejak..

~mel

Ahad, 15 Mei 2011

Projek Weekend...

Okey.. susah betul nak cari beg yg memenuhi spesifikasi aka memenuhi kehendak aku.. hehe.. (alasan). So dah beberapa lama aku teringin nak buat beg utk keperluan mengisi barang eryna. Beg yg aku inginkan adalah simple beg yg boleh muat satu botol susu, satu @ dua keping diapers, purse/iphone purse aku dan sehelai dua sapu tangan/baju eryna..

Hari ni aku bertugas di desasiswa.. so xleh nak gi mana2 sebab menunggu kehadiran penghuni sementara desasiswa utk ambil kunci.. so terpaksa dok umah aje.. masa itulah yg aku guna utk menjahit beg kat bawah ni... hihi.. dah dirasmikan pun gi pasar malam tadi... :)


PROJEK WEEKEND
Disebabkan xde 'batting' yg sesuai, so aku guna span biasa jer utk batting beg kecil ni... ok gak!

PROJEK WEEKEND
itu dia interior dlm beg ni.. aku guna valcro jer utk jadi pelekat beg.. senang & simple..

Actually projek weekend aku ni sebenarnya aku mulakan dgn 'tempahan' dari @aliffzachary utk buat beg simple sempena hari guru esok. Nak bagi kat cikgu Rafidah katanya. So, aku pun jahitkan beg kecil itu dan kemdiannya diisi kat hari guru seperti di bawah. Esok nak bg cikgu rafidah..

projek weekend

Itu lah projek weekend aku... hajat hati nak gunting baju kurung Pahang utk diri sendiri.. ada 3 pasang kain lom berusik... + nak jahit baju kurung pertama eryna buatanku sendiri.. hihi.. tp baju kurung pertama eryna dah siap.. kakak aku dah tempah di Kelantan utk hari raya... :P

~mel


Khamis, 12 Mei 2011

Kek Pisang Cenonet..

Dua hari lepas aku ke tesco sorang2 utk membeli barang rumah. Disebabkan barang rumah mmg dah tandus.. xde ape2 dah dlm fridge, so aku pergilah sorang2 sebab hubby tgh dok kedemaman yg amat sgt.. Bila dah pergi sorang tu biasalah.. abis semua mende dijenguk.. slow2 je meredah tesco. Entah mcm mana bila tgk kat cleareance kat tesco tu adalah banyak bungkus pisang clearance.. pada pandangan aku pisang tu semua ok lagi just ade beberapa yg lebam sket kulitnya. Hajat hati nat wat kek pisang atau cekodok pisang.. Semalam, balik kerja dah kepenatan di samping hubby masih demam.. yina pun sama.. tak jadi nak wat ape2..

Tadi balik kerja.. terus tanpa tangguh2.. ambil pisang, ambil bahan2 seperti telur, gula, soda dllg.. blend semua dlm blender.. then..terhasillah kek pisang cenonet kat bawah ni... rasanya.. umphh.. sedap! haha.. aku la rasa sedap sbb aku suka kek pisang... kek pisang ni sgt simple sebab semua bahannya di blend aje.. pastu masuklah dalam acuan yg dikehendaki... dan resepi ini adalah resepi yg diajar oleh arwah ibuku sejak dari dulu lagi.. So, kat bawah ni adalah hasil pembuatan kek pisang hari ni... esok leh bawak gi ofis..


9A7loEWH.JPG


Al-fatihah untuk ibuku... aku merinduimu...setiap detik dan ketika... setiap kali memasak sesuatu yg diajarmu.. pasti kenangan muncul lagi.. Semoga Allah merahmatimu selalu..

~mel

Selasa, 10 Mei 2011

Hari Ibu..


Hari Ibu.., originally uploaded by melati.a.

Berapa kali agaknya dlm hidup kita, kita nyatakan pd ibu atau bapa kita.. i love you.. Masyarakat melayu mmg sukar utk meluahkan rasa syg.. klu kita tgk masyarakat barat.. antara parents & anak2 sentiasa mengucapkan ucapan kasih syg antara mereka..

Walaubagaimanapun.. aku bersyukur sebelum arwah pergi hampir 2 thn yg lalu, iaitu pd hari ibu.. sempat aku meluahkan pd arwah ibuku.. i love u.. tak sangka that was the last time aku mengucapkannya pd arwah ibuku.. hmmm..

Anyway, Hujung minggu lepas time hari ibu kami sekeluarga berada di Kota Kinabalu. So hubbyku telah belikan hadiah special untukku.. seperti gambar di atas, custom made (hubby yg design tu.. huhu) gelang mutiara bersalut emas sabah.. :P. Thanks suamiku syg... love u sooo much!!

~mel

Isnin, 9 Mei 2011

Sabah Tea...

Weekend tempohari aku & family ke Kota Kinabalu sebab aku bertugas di sana. We all pergi hari Jumaat malam dan balik ke Penang mlm tadi.. Kat sana xde lah aku beli apa2 sangat sebab xde yg menarik sgt pun... tertarik jugak nak beli ikan kering tp tak tau nak beli yg mana satu. My colleague cakap ada ikan kering yg nipis2 kat sana yg sedap.. tp mmg xcari pun.. may be next time aku beli la.. coz tiga minggu yg akan dtg aku akan ke sana lagi.

Time kat airport smlm, sementara tunggu flight.. aku dok tgk Sabah Tea.. haha.. cam biasala kan.. org pompuan ni.. tgk barang semua berkenan.. Harga satu packet kecik kat kedai dlm airport tu RM4.50... ok ler tu.. aku angkat letak..angkat letak.. sebab dok fikir rasanya kat kedai kat penang pun ada... last2.. aku tak jadi beli.. hahaha...
Tiba2 tadi aku ke koperasi usm..seperti biasa tempat shopping aku dalam usm ni.. haha.. tengok2 ada sabah tea ni... harganya... hehe...RM2.00.. keh3.. terus aku amik... :P Konon2nya mcm beli kat sabahla kan.. sebab semalam baru balik dari sabah.. huhu..


~mel

Ahad, 8 Mei 2011

ngantuk sgt..


ngantuk sgt.., originally uploaded by melati.a.

Eryna ngantuk sgt.. so tidur atas kerusi sementara nak tunggu flight. Mummynya pun ngantuk.. kalaulah boleh tidur cam eryna tu... mmg heaven.. huhu...

Sabtu, 7 Mei 2011

Lok Kawi Wild Life Park


Lok Kawi Wild Life Park, originally uploaded by melati.a.

Live blogging dari Lok Kawi Wild Life Park, Sabah. Pagi ni mmg aim nak ke sini.. pkl 10.30 gerak ke sini.. and wow!! KK sgt panas.. pkl 10.30 dh mcm 12tgh.. Eryna yg mmg kuat berpeluh mcm mandi jadinya.. huhu..

~mel

Khamis, 5 Mei 2011

Kebab...

Teringat-ingat kebab di Melbourne.. actually one of my favourite food is kebab. Tapi bukan kebab kat malaysia coz for me kebab kat malaysia ni 'tipu punya'.. sebab daging yg sikit, sayur & bawang jer yg banyak... huhu.. Masa aku wat first degree di UK mmg Donner Kebab (kambing) adalah makanan rutin yg aku suka.. Ataupun kalau nak lagi best boleh order pizza dgn extra topping donner kebab... perghh.. sungguh lazat.. tambah pulak dgn cheese banyak2.. mmg heaven... Rindu betul dgn kebab UK..

Di NZ pun kebabnya sedap.. mmg favourite jugalah.. Since balik dan menetap kat malaysia mmg kerindu rinduan kepada kebab NZ.. Time gi Melbourne hari tu.. tgh jalan2 ternampaklah kedai kebab halal... wahhh.. terujanya aku.. So one of the days kat sana, kami pun singgah la utk beli.. Harga utk satu adalah AUD8.50.. which is kalau convert dalam RM30.. haha.. so kalau nak makan kat sana, jgn convert.. kalau tidak tak makan la jawabnya..

Aku beli Donner Kebab and hubby beli mix kebab (kambing + ayam).. Dengan harganya yg AUD8.50 tu.. kebesaran kebabnya amat melampau... haha.. patutnya kitorang beli satu dan kongsi dua org.. tp sebab dah beli sorang satu..kenalah habiskan.. hihi...
Ini lah kedainya.. hubby kat depan kedai tu bersama @amirulzahid & @akmalzahidi

Pasti halal..insyaallah..

Itu dia kebab yg sangat besar tu.. jenuh nganga mulut nak makan...

Hubby tgh layan kebab.. tak pandang kiri kanan...

Muat ke mulut ni nak masuk..huhu

Makan kat tepi padang sambil diperhatikan oleh burung-burung.. Padang ni kat tgh bandaraya Melbourne.. sejuk jugak time ni...

Ini dia donner kebab aku yg sgt besar... nyum nyum..!!


Tersadai kekenyangan setelah selesai makan... nak jalan2 tgh bandaraya pun xlarat dah..


~mel
alahai.. rindu kat kebab ni.. mana mau cari??



Rabu, 4 Mei 2011

Zaiton Sameon di Danau Kota...

Andainya.. kau dapat menyelami hatiku..
Pasti kau.. tahu betapa pedihnya..
Hidupku.. sering berendam air mata,
Sejak cintaku hancur dan musnah...

Dah lama sebenarnya nak cerita pasal ni.. tapi kesuntukan masa. Cerita pasal Zaiton Sameon.. Tadi dalam kereta otw nak ke ofis terdengar lagu kat atas.. di Sinar fm.. sedap2 lagu zaiton sameon ni.. tak lapuk dek hujan.. tak lekang dek panas..Malam sebelum berangkat ke Melbourne tempohari, kami ke uptown danau kota, saja jalan2.. Sedang jalan2 tu tetiba sampai kat 'pentas' persembahan di situ. Bila aku amat-amati mcm kenal jer penyanyi tu.. tiba2 hubby cakap.. bukan ke tu Zaiton Sameon?? Aku cakap.. a'ah.. Zaiton Sameon.. Dah sgt berumur orangnya.. Bergerak pun agak slow..

Bila tengok situasi dia time nyanyi tu.. mmg agak sayu hati aku.. dulu dialah diva.. sekarang mencari rezeki dgn menyanyi di pasar larut malam.. Rambut yg dah beruban diwarnakan blonde.. pakaian pun biasa2 aje.. ada org kata ingatan dia dah kurang.. Suara masih ok walau ada glitch di sana sini.. Dan ayat dia membuatkan aku sebak.. dia cakap.. mungkin org akan cakap dia macam2.. dah tua pun menyanyi lagi.. tp inilah sumber rezeki dia skrg ni.. hmmm.. mmg sedih tgk dia.. kesian aku tgk.. Mungkinlah ini apa yg Allah nak tunjukkan pada kita semua.. kita tak semsetinya sentiasa di atas.. kalau Allah nak bagi ujian/dugaan pada kita.. sekejab jer DIA boleh ubah nasib kita.. mcm kak eton ni.. masa dia kat atas mmg sgt2 glamer.. tak tahulah apa yg dia alami selama dia koma beberapa lama selepas eksiden tu.. tp.. setelah dia kembali pulih pun.. dia tidak mampu nak kembali ke atas..




p/s sori.. kualiti video sgt2 xbest.. huhu.. dok dekat sgt dgn speaker masa tu.. :P

Apa2 pun moga kisah kak eton ni jadi pedoman kepada kita.. Kdg2 kita selalu terlupa bila dah senang sikit.. Aku doakan semoga hidup dia lebih baik.. tak perlu dah menyanyi2 dikhalayak ramai utk mencari rezeki.. Semoga dia dapat menghabiskan usianya yg telah senja utk megabdikan diri kepada Yang Maha Esa...

~mel

Isnin, 2 Mei 2011

Otw to Penang..


Otw to Penang.., originally uploaded by melati.a.

Gelagat eryna yg sgt2 nakal dlm kereta.. jenuh nk pegang.. licin mcm lintah...

~mel

Ahad, 1 Mei 2011

Balik Gombak..

Alhamdulillah.. minggu ni dapat juga balik ke Gombak. Dengan kesibukan tiap-tiap minggu mmg bila dapt bercuti mmg rasa suka sgt. Naknya kalau dpt balik KL.. hehe.. Semalam hari Sabtu, habis aje mengajar kuliah PPG pkl 3 ptg, aku terus balik.. siap2 dan pkl 4 kami gerak ke KL. Penat? Kepenatan mmg tak terkata.. maklumla.. aku ke ofis pkl 9.30am.. print apa2 yg patut.. pkl 10 dah ada kat DK.. Dekan yg supposed to come at 10am, tetiba nak dtg 10.30 pulak. haiyaaa.. lepas 'lecture' dekan..baru la aku start kelas, then pkl 1pm, amik hubby.. pi makan di Khaleel sama2. Pkl 2 bergegas sambung kelas... pkl 3..balik rumah packing... wow.. aku rasa hectic sgt semalam.. tak pe laa.. inipun kira pengorbanan jugak..kan..

Eryna sampai2 Gombak okla.. xde la cam dulu2 bila sampai nangis.. as long as mula2 mummy ada dekat.. dia ok. Rumah Gombak ada tangga.. so eryna dah belajar naik tangga.. nampkanya bila we all pindah rumah baru nnt jenuhla nak kepung..huhu..

errr..boleh ke yina panjat ni...

boleh rasanya... nak cubala..

oh.. senang rupanya... hihihi

yeayyyy.. lari..lari.. mummy kejar tu.. :P


Petang kang nak gi pasar mlm.. kalau dah Penang.. bila pi pasar mlm kat sini mmg rasa best.. environmentnya mmg lain..

~mel