Isnin, 30 Mac 2009
me 'n' u..
There's something about this photo.. aku lakarkan tulisan ini di Pantai Gelora, Kuantan.. Sbnrnya pada mula dia menunjukkan pada ku kad jemputan perkahwinan kawannya di Kuantan aku terus cakap.. no.. i cannot make it.. ofis aku ada jamuan/grand dinner pada hari yg sama.. takkan aku tak pergi. Tapi tiba2 oleh kerana ada plan yg lebih besar pada hujung minggu tersebut yg pada mulanya seperti akan berlaku, aku terus kansel utk ke dinner tu, dan supaya aku tak dipanggil mesyuarat mengejut pada hari isnin/selasa/rabu seterusnya, aku telah mengambil cuti.
Tapi.. Allah lebih mengetahui.. sebaik2 perancangan kita.. perancangan Allah adalah yg terbaik.. Tak jadi pulak rancangan tu.. hasilnya.. sekarang ni kakak aku tak bercakap dgn aku.. huhu.. padan muka aku.. :( aku sendiri rasa macam separuh mati rasanya.. nak balik ke klang pun fikir 2-3 kali.. marah betul kakak aku sbb dia rasa macam main-main.. tapi apa aku nak buat.. bak kata dia.. berserah.. walaupun hati aku berat berkilo2.. pantang hati tersentuh.. airmata mudah jatuh..
Oleh sebab aku dah ambik cuti dan aku tak tahu nak buat apa dgn cuti tu.. aku tanya ajak dia utk ke kenduri kwn dia tu di kuantan. dan aku cakap kepada dia.. aku nak pergi kuantan tu sebab aku just perlukan sesuatu utk mengalihkan perhatianku pada hidup aku yg amat celaru skrg. Something yg aku boleh look forward too... dan dia ckp insyaallah.. So, we went to kenduri tu on saturday. Kenduri tu adalah kenduri yg xperlu diceritakan.. just.. tak berapa puas hati.. dari kenduri kami lepak di pantai gelora, kuantan.. actually tak tau nak buat apa.. just lepak2 and then makan abc aiskrim. masa lepak2 tu yg aku pergi ke arah pantai tgh2 panas dan coretkan tulisan di atas... dia pun tak tau apa yg aku tulis sbnrnya..
aku tulis tulisan tu sebab.. aku masih punya harapan.. walaupun sekarang ini aku tak tahu ke mana arahku.. cuma bila aku tanya kepada dia.. adakah masih ada "kita".. dan dia cakap.. masih ada.. dan itu yg aku akan pegang selama-lamanya.. sungguh sukar menaruh harapan tapi..entahlah.. kami dah terlalu lama bersama.. dan mungkin sukar difahami betapa selama ini terlalu banyak suka-duka di antara kami.. dan itu yg membuatkan kami menjadi semakin kuat.. dugaan Allah terlalu banyak.. dan itu banyak mematangkan perhubungan ini.. tapi aku tak tahu skrg.. ke mana arahnya...
aku hanya mampu berserah.. aku cuba bertahan walau aku tahu makin ku cuba semakin aku tak berdaya dan ku rasa makin dekat diriku pada kematian.. tapi teringat pulak kata-kata dia smlm.. kalau nak mati jgnlah mati sorang2, nanti tinggal dia menghadapi segalanya sendirian.. hihi.. saya takkan tinggalkan awak.. selagi awak perlukan saya.. saya pulak? u know how much i need u..
~mel
lakaran hidup yg sukar utk dilafazkan...
hanya airmata peneman sejati..
muka pun dah jadi tah apa2 jer..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan