Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Februari 2011

Siakap Stim

Aku tak ingat hari apa aku masak siakap stim ni.. Ahad last week hari tu kot.. pada hari Sabtu tu kak @aziefauzi_kl(Mummy meera) dtg ke rumah dgn bff dia kak lis. Mummy meera dok kl dan last time kami jumpa was raya tahun lepas bila Mummy Meera dtg Gombak. Ptg tu aku bawak Mummy meera pi kat kedai jeruk pak ali utk beli jeruk. Tengok2 kat kedai jeruk tu ada jual my feveret mangga muda. So aku belilah setengah kilo (RM1.50). Sambil tu adalah jugak beli sedikit jeruk utk makan sendiri.

Sebenarnya plan nak masak siakap stim ptg tu.. tapi hubby pulak xnak sebab dia nak pi tengok bola di stadium usm..dia suh masak simple2 jer.. so mlm tu aku masak burger je la.. So plan utk masak siakap stim tunda ke keesokan hari nya.

Waktu nak buat stim ni aku main belasah jer.. bubuh ape jer yg ada dlm peti ais. So kat sini nak kongsi ler resepi siakap stim aku yg main belasah.. main campak2.. as long as jadi.. alhamdulillah sedap juga rasanya.. :P


Siakap Stim, originally uploaded by melati.a.

Bahan-bahan
Seeokor ikan siakap (saiz ikut suka hati :P)
Sedikit tepung
Halia, Lengkuas, Bawang Merah, Bawah Putih, cili merah/cili padi (ditumbuk)
Boleh tambah serai juga (tp time masak ni xde serai kat umah)
Sebiji mangga muda
garam secukup rasa

Cara Membuatnya
Ambil tepung dan sapu rata pada ikan siakap yg telah disiang dan dibasuh bersih. Sapu rata juga garam ke seluruh badan ikan (ikan panggil badan ke?). Kemudian letakkan ikan di dalam bekas yg sesuai dan gaulkan pula dengan bahan-bahan yg telah ditumbuk. Kemudian masukkan mangga muda yg telah diracik @ kalau nak boleh tumbuk sedikit tp jgn lumat sgt. Pastikan semua sebati dan letak ikan dlm bekas tersebut ke dlm pengukus. Dlm 10-15 minit ikan pasti akan masak dan kuah stim akan terhasil dari air kukusan tersebut. Tapi kalau anda suka banyak kuah, boleh la letak sedikit air dlm bekas berisi ikan tadi. Boleh juga tambah sedikit gula kot sekiranya anda ingin ada rasa manis2 sikit. Setelah dingkat bolehlah dihidang terus.

Biasanya utk aku dan hubby akan beli ikan sederhana besar.. makan ikan siakap stim dgn nasi sikit.. tp lepas tu ratah.. perghhh.. memang ngam. Idea utk guna mangga muda tu aku try je.. tp alhamdulillah menjadi.. rasanya juga sedap. Sesape yg ingin mencuba boleh la guna resepi ni. kalau tak de mangga muda bolehla guna asam jawa.. cuma aku rasa mangga muda ni kaw sket rasanya...

~mel

Rabu, 2 Februari 2011

Carrot Cake..


Petang tadi sempatlah aku membuat carrot cake yg dah berzaman aku tak buat.. Memang teringin sgt nak makan sebab dah lama tak makan... tengahari tadi lepas lunch bersama hubby, aku terus ke Tesco cari bahan2 yg diperlukan.. beli2 terus aku balik rumah kejab.. masak kek tu.. Abis masak aku ke ofis balik.. sambung kerja.. haha.. Satu perkara yg aku suka tentang kerja aku adalah flexi time yg diberikan.. as long as kerja siap & kelas berjalan.. Lagi satu sebab kerja yg tak tentu masa.. ada kelas malam.. kena pi sekolah tak kira waktu.. that's why time nya fleksible..

Anyway.. nilah gambar2 time aku men'develop' kek tadi..haha..

Adunan kek karot


Kek yg dah siap

Kek yg dah dipotong... haha.. xsabar2 nk makan.. :P


~mel

Petua Menawan Hati Suami..

Hah... gah betul tajuk kat atas tu.. huhu.. sebenarnya kena betulkan sikit.. Petua Menawan Hati Suami Yang SUKA Makan Sambal Belacan!! Hihi..

Ok.. hubby ku memang suka makan mende2 pedas.. masakan pedas ke. sambal belacan ke.. atau apa2 jenis sambal la.. so.. utk aku yg pemalas (sikit) memasak ni, aku selalu akan buat sambal apabila time makan supaya kalau lauk pauk lain sempoi jer.. sambal2 ni boleh 'pulih' kan selera hubbyku. Lagipun salah satu azam tahun 2011 adalah untuk mem 'boroi'kan hubbyku... huhu.. Ampunnn!!

So, hari ni aku nak share salah satu sambal yg aku buat utk hubbyku.. sambal ni resepi nyer aku dapat dari sorang peniaga gerai suatu ketika dulu sbb aku rasa sambal dia sedap.. Dan dia sgt baik sebab share resepi ni dgn aku.. tak sangka berguna diwaktu skrg.. :P

Sambal ni simple jer.. Bahan2nya cuma cili api secukupnya, belacan juga secukupnya & sebijik bawang merah (bwg kecil). Bahan2 ni semua tumis sehingga naik bau.. kemudian masuk dalam lesung, ditambah garam & gula secukupnya. Kemudian tumbuk hingga lumat.. Bila dah lumat, perahlah limau nipis.. dan ianya sedia untuk dihidang... Seperti gambar di bawah..


Rasanya.. aku rasa cam sedap jer.. huhu.. harap2 hubbyku suka la.. last week aku wat sambal belacan nenas.. pernah wat sambal mangga.. sambal bacang.. etc. Cuma sambal budu letak ikan bakar jer belum aku propose kan utk hubby ku.. huhu..

Oklah.. sape2 nak cuba silakan.. untung2 leh menambat hati suami.. kalau tak.. tambat perut sendiri jer la.. :P

Episod semasa makan:
"Mami.. ni sambal ape ni?" tanya hubbyku
"Sambal jawa" jawab aku..
"Oh.. patutlah pedas sgt.. rasa keras.. jawa rupanya.. patutla papa tak suka" kata hubbyku

Haha.. dlm hatiku cakap.. hehe.. dia tak baca blog post aku lagi ni.. keh3.. tak berjaya la pulak petua menambat hati suamiku melalui sambal belacan jenis ni.. hahaha.. dah ler sambil makan dia dok cakap berat dia makin naik.. (risau la tu nnt tak hensem :P) hihi.. kena cuba resepi lain la pulak..


~mel
hahahaha..