Selasa, 9 Julai 2019

Cucuq durian versi #ibunda. Mak.. hari ni genap 10 tahun mak pergi tapi rasanya seperti semalam. Kesibukan hari ini tidak membuatkan anakmu ini lupa akan dirimu. Balik kerja terua singgah di gerai durian, hajat hati mencari durian utk membuat cucuq durian versi arwah mak.. Rindunya Allah saja yg tahu. Ada org cakap.. ko mengada2 balik kampung raya pertama padahal patut raya ditempat lain yg lebih layak.. siapa mereka nak mempersoalkan rindu saya pada kampung saya, pada adik beradik saya.. pada kenangan yg ibu bapa saya tinggalkan.. walau ayah dah 16 tahun pergi.. mak genap 10 tahun hari ini.. tiada bezanya 1 hari atau 10 tahun atau 20 tahun.. ianya tetap sama.. fahamilah wahai manusia.. Mak.. banyak yg mak tinggalkan. Bukan harta benda tapi kecekalan hati dan ketabahan dlm menghadapi ranjau hidup yg mak titipkan dalam hati anakmu ini. Mak tak ajar diriku menjadi penakut.. mak ajar diriku berdikari dan mampu mengharungi dugaan.. mak sendiri bukan penakut.. #MakAnakMuRindu #10TahunMakPergi #Genap9TahunErynaZulaikha #KasihAnak #DoaUntukIbuAyah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan